Agak
mengejutkan saya apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap”
menyatakan kepada media bahawa hampir kesemua manifesto Pakatan Haram
Selangor telah terlaksana dengan jayanya. Dia begitu yakin ketika
mengatakan perkara tersebut kepada wartawan baru-baru ini.
Menurutnya,
kerajaan pimpinannya itu tidak pernah “tergagap-gagap” dalam
membangunkan negeri Selangor dan memberi khidmat yang “efisien” kepada
semua rakyat negeri Selangor.
Tapi
yang peliknya, meskipun mengaku sudah menunaikan manifesto PRU12 yang
lalu, Khalid tetap takut berdepan dengan PRU13 dan enggan membubarkan
DUN Selangor untuk mengadakan pilihanraya serentak dengan peringkat
pusat. Takut apa lagi jika semua sudah sempurna?
Sepatutnya,
jika Khalid sudah menunaikan hampir semua manifesto itu, sudah tentu
rakyat Selangor akan gembira dan dia tiada sebarang masalah untuk menang
PRU13 di Selangor. Khalid boleh bubar DUN Selangor sekarang dan Pakatan
Haram pasti menang!
Apa
kata kalau Khalid bubarkan saja DUN Selangor minggu ini dan kita tengok
sama ada rakyat Selangor “sayang”kan balaci DAP itu atau mereka sudah
serik dengan kepimpinan yang menghancurkan negeri Darul Ehsan itu?
Cubalah!
Sebenarnya,
masih bertimbun-timbun manifesto Pakatan Haram pada pilihanraya yang
lalu yang masih gagal ditunaikan dengan sempurna oleh Khalid “gagap”.
Rakan PAS saya menyatakan bahawa Khalid masih belum puas jadi MB dan
sebok penuhkan kantung poketnya dengan wang rakyat Selangor…benarkah?
Antara
manifesto yang masih ‘gagap’ dan gagal disempurnakan ialah seperti
tabung permulaan RM100 bagi bayi yang baru lahir di Selangor, bantuan
elaun RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat penjagaan
kanak-kanak dan bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan
pra-sekolah.
Selain
itu, Pakatan Haram Selangor juga masih gagal memberikan bantuan dan
biasiswa pelajaran bagi setiap anak Selangor, bantuan kepada golongan
muda untuk mendirikan rumahtangga, mencarum takaful bernilai RM2,500
untuk warga emas, OKU dan anak yatim.
Begitu
juga dengan memberi elaun khas kepada setiap ibu tunggal yang tinggal
di dalam negeri Selangor, Khalid masih gagal menunaikan manifesto
pilihanraya Pakatan Haram pada PRU12 yang lalu.
Sekiranya
ada pun yang menerima segala yang saya katakan di atas, berapa orang
sangat yang dapat? Hanya segelintir dari kroni-kroninya yang terpilih
saja yang dapat. Malah majoriti kroninya dan rakyat Selangor hanya dapat
“habuk”…!
Tanyalah
rakyat marhain yang tinggal di flat-flat kos rendah di Selangor, apakah
mereka ada menerima semua yang saya nyatakan di atas? Rasanya, kalau
diikutkan hati mereka, mahu mereka berkhemah di depan rumah Khalid
“gagap”. Tapi mereka tahu perbuatan itu hanya sia-sia. Khalid takkan
mampu tunaikan pun…
Yang
Khalid tahu ialah memberikan kontrak-kontrak kepada syarikat-syarikat
bumiputera secara terancang yang akan memberikan kontrak-kontrak itu
semula kepada “satu syarikat”yang akan memberikan “masyukkkk” kepadanya.
Tidak percaya? Tanya mendiang Teoh Beng Hock!
Yang
Khalid tahu ialah membiarkan aqidah umat Islam terancam di Selangor.
Gereja dilayan begitu istimewa manakala individu yang mengganggu
aktiviti gereja itu akan dipecat serta merta. Padahal, individu itu
tidak mengganggu pun, dia hanya nak selamatkan aqidah umat Islam
Selangor, salahkah?
Khabar
yang saya terima baru-baru ini menyatakan bahawa Khalid mungkin hanya
akan membubarkan DUN Selangor pada awal tahun depan, sebelum Mac.
Khabarnya,
Pakatan Haram Selangor sedang kuat berkempen dengan dana yang berjumlah
RM1 bilion dari hasil “wang gelap” dari negeri itu, benarkah? Jika
tidak benar, takkanlah semua pemimpin Pakatan Haram Selangor sebok
mengadakan program ‘mewah’ di tempat masing-masing setiap hari?
Kalau
nak diikutkan, takkan lah mereka mampu buat program besar setiap hari
di kawasan masing-masing? Sudah kaya dalam sekelip mata? Dari mana
datangnya dana itu? Dari pusat hiburan haram? Kedai judi? Rumah urut?
Pelacuran? Eli Wong tu bukan banyak duit sangat pun…
Maknanya,
Pakatan Haram memang benar-benar “all out” dengan Selangor. Mereka mahu
terus menggenggam dan memerah wang Selangor. Mungkin tak cukup puas
lagi mereka menghabiskan wang perbendaharaan negeri. Akaun Negeri memang
banyak duit, tapi dipercayai ia hanya “on paper” sahaja…
Namun,
sekiranya Khalid “gagap” menafikan artikel ini, dan tetap yakin bahawa
manifestonya sudah selesai, maka saya cabar dia bubarkan DUN Selangor
pada 25 April ini. Itupun kalau benar dia anak jantan dan tidak menipu
laaaa…amacam Khalid? Ada berani?
Sumber: Klik sini
1 comment:
UMNO lebih wajar membaiki kekurangan dan kelemahan mana yang patut sebelum mana2 DUN dibubarkan.
Antara April 2012 hingga April 2013 bukanlah satu tempoh yang panjang dan tidak banyak perbezaan bila DUN dan Parlimen akan dibubarkan.
Perbezaannya sejauh mana dan sebanyak mana persediaan dan strategi baru yang berkesan telah dibuat???
Jika sudah bersedia dan galah tidak panjang sejengkal, tidak perlu ada kebimbangan samada DUN dan Parlimen dibubarkan serentak atau tidak.
Post a Comment