Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, April 20, 2012

GEMPARRR DI KEDAH..!!! ADUN PAS JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN GADIS JELITA DI MIDA..??!!!


Pada ketika Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh dengan penuh yakin menolak untuk dilantik semula ke jawatan Exco, Amiruddin Hamzah tiba-tiba menggemparkan kem Anwarinas dan PARASIT PAS Kedah apabila bercerita tentang betapa 'hormatnya' dia kepada Azizan Abdul Razak, sekalipun dia cukup dikenali sebagai penyembah Anwar Ibrahim yang sangat tegar.

Pujian dan menjadi orang terawal untuk menerima tawaran sebagai Exco membolehkan Amiruddin dilihat sebagai orang yang boleh dipercayai. Sekaligus membolehkan tanggapan negatif terhadapnya dikurangkan.

Dengan menjadikan Phahrolrazi Zawawi sebagai 'penjahat' dalam PAS Kedah dan pentadbiran negeri, Amiruddin mendapat tempat utama di sisi Azizan Abdul Razak.

'Pengorbanan' yang dilakukan oleh Amiruddin akhirnya berbaloi apabila dia masih berjaya mengekalkan jawatannya walaupun DRAMA PAS KUALA KEDAH turut menjadikan Amiruddin Hamzah sebagai salah seorang daripada pelakon yang amat hebat.

Drama 'tendang-terajang' kemudian tidak mengiktiraf dan kemarahan terhadap Amiruddin kononnya telah melanggar taat setia kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah di mana Amiruddin sendiri adalah Naib Yang Dipertua Kawasan yang sama.

Sebenarnya gelagat yang ditunjukkan oleh Amiruddin sudah dapat dijangka. Amiruddin yang mempunyai masalah moral, terutama yang membabitkan isteri kedua

nya, menggelapkan masa hadapannya jikalau PAS terus berkuasa di Kedah.

Amiruddin memerlukan sokongan yang sangat besar terutama daripada Azizan Abdul Razak yang diketahui mempunyai kekuatannya sendiri di Kedah.

Benarkah Amiruddin Hamzah 'ular air'?

Itu persoalan yang sangat menarik untuk dikupas. 'Ular air' sangat banyak dalam PAS. Sama ada 'ular air' itu berbentuk atau berjenama ulama mahupun profesional.

Amiruddin mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan Anwar Ibrahim. Amiruddin selagi boleh cuba menafikan yang dia adalah Erdogan atau Anwarinas.

Apabila ditanya soalan kepadanya, jawapan standard yang diberikan oleh Amiruddin ialah, 'Semua orang kata saya Anwarinas atau Erdogan. Kemudian bila saya sokong Ustaz Azizan, orang kata saya ulama pula.'

Itu adalah jawapan standardnya. Walaupun dalam beberapa perkara, memang jelas keerdogan dan keanwarinasnya, Amiruddin selagi boleh cuba memisahkan diri daripada label berkenaan.

Namun berada dalam kem Anwar Ibrahim sebenarnya memberi ruang serta peluang yang sangat besar kepada mana-mana pemimpin PAS terutama yang sedang berhadapan dengan masalah moral yang sangat serius.

Amiruddin Hamzah tidak sebaik air mukanya. Amiruddin Hamzah mempunyai pelbagai masalah termasuklah masalah hubungan sulitnya dengan seorang wanita yang merupakan kakitangan MIDA.

Sekurang-kurangnya itulah yang didakwa ke atasnya dan Amiruddin tidak pernah mampu dapat menjawab apatah lagi menafikan label Anwarinas yang diberikan kepadanya.

Amiruddin tidak mampu membuat penafian kerana kalau dia menafikan, bererti dia akan menutup peluang yang disediakan oleh kumpulan Anwar Ibrahim kepadanya.

Dia tidak mampu mengakui kerana kalau dia berbuat begitu bererti, dia sengaja mencari masalah dengan kumpulan Azizan Abdul Razak yang masih menguasai pentadbiran negeri.

Jadi, kaedah terbijak yang dilakukan oleh Amiruddin adalah dengan menjadi ULAR AIR.

Ini dapat dilihat dengan jelas apabila sehari selepas Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan memberi amaran kepada Azizan Abdul Razak tentang tuntutan kerusi-kerusi DUN yang bakal ditandingi oleh PKR, Amiruddin bersama-sama Anwar Ibrahim berceramah di Bandar Baru dan Kulim.

Bagaimanapun, Amiruddin mengambil pendekatan yang 'terlebih bijak' apabila tidak duduk bersebelahan dengan Anwar Ibrahim sebaliknya berada di tempat yang berasingan walaupun di atas satu pentas.

Secara tidak langsung, Amiruddin telah berjaya 'memperdayakan' Azizan Abdul Razak dengan perangai ular airnya. Dengan kata lain, Azizan Abdul Razak tetap tidak akan selamat apabila di sekelilingnya terdapat banyak musuh.

Pada masa yang sama juga, PAS Kedah tidak akan berhenti bergolak biarpun Azizan Abdul Razak cuba menenangkan keadaan dengan berkata, musuh terus cuba mengocak keruh sedangkan perkara telah selesai.

Selesai atau tidak selesai, ianya akan dapat dilihat pada hari-hari terakhir pentadbiran PAS Kedah sebelum Pilihanraya Umum Ke-13.

Sumber: Kedahan69ers

*Kat atas tu sekadar gambar hiasan jer..

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!