Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, April 6, 2012

GEMPARRR..!!! CERITA SEBENAR DARI PEMUDA YANG TUMBUK ADAM ADLI DI KAMPUNG KERINCHI..!!!?

BARU-BARU ini, seorang pelajar yang terkenal dengan sikap kurang ajarnya, Adam Adli telah mengadu kepada pihak berkuasa bahawa dia telah ditumbuk di bahagian muka. Akibat ditumbuk, matanya lebam dan bibirnya pecah.

Menurut laporan, dia mengaku ditumbuk oleh seorang pemuda yang dia kenali kerana mendakwa mereka ada berbual bersama sebelum kejadian

Budak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang digantung belajar itu berada di Flat PKNS Kampung Kerinchi kononnya datang untuk berunding dengan 34 orang penduduk yang enggan pindah.

Sepatutnya, rundingan tersebut adalah di antara pihak penduduk yang enggan pindah dengan pihak Pihak Berkuasa Tempat (PBT) yang mewakili Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Persoalannya, apa yang Adam Adli buat di situ? Khabarnya dia menyibuk saja seolah-olah dialah “wakil PBT” untuk memujuk penduduk flat itu untuk berpindah.

Saya ingin bertanya, apa kaitan seorang pelajar UPSI yang kononnya “aktivis pelajar” dengan kes rundingan PBT dan penduduk flat Kampung Kerinchi? Dia tidak tinggal di flat itu. Dia juga bukan seorang pegawai penguatkuasa. Apahal yang dia menyibuk di situ?

Menurut sumber, dia berada di situ bagi pihak Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk menghalau penduduk flat itu.
 Kenapa tumbuk je? Apsal tak kasi penendang sekali? Alang-alang nak jadi kes..balun sampai lembik!

Dan memang kepakarannya membuat demo, dia dikatakan “menghasut” beberapa penduduk yang telah berpindah untuk berdemo menjerit memaksa 34 keluarga lagi untuk pindah dari situ.
Dan dipercayai kerana “tugasan” itulah dia telah ditumbuk.

Menurut cerita dari ‘anak murid Anwar’ itu, dia naik ke flat Kampung Kerinchi untuk “menenangkan penghuni” flat yang menangis dan merayu agar PBT tidak menghalau mereka. 

Dia pujuk untuk suruh mereka keluar dan bukannya menyelamatkan penduduk yang terdesak dipaksa berpindah itu.

Dan mungkin kerana geram melihat gelagat Adam Ali itu maka salah seorang pemuda penduduk flat tersebut dikatakan telah menumbuk pengkhianat pelajar IPT itu.

Pada saya, dia memang layak kena tumbuk pun. Dengar kata, ramai pelajar-pelajar UPSI yang bertepuk tangan mendengar berita Adam Adli ditumbuk mukanya. 

Ada di antara mereka yang berkata bahawa Adam Adli patut kena lebih teruk dari itu. Mungkin mereka berkata begitu kerana menganggap Adam Adli sebagai “wira”, kot?

Setahu saya, sekiranya Adam Adli ketika itu berada di rumah membaca buku dan menelaah pelajaran, sudah tentu dia tidak akan lebam mata atau pecah bibirnya. Sudah tentu dia sihat-sihat saja dan tak dapat sakit.

Apakah pemuda yang menumbuk Adam Adli itu sengaja dan suka-suka menumbuknya tanpa sebarang sebab? Logik, kah? Pada saya, Adam Adli tidak akan ditumbuk sekiranya dia tidak mencari pasal..!

Sudah tentu ada sebabnya Adam Adli ditumbuk. Sudah tentu dia ada melakukan sesuatu yang sangat melampau sehingga ditumbuk begitu rupa. Dan kesalahan itu mungkin bukan sesuatu yang kecil salahnya. Takkanlah Adam Adli ditumbuk kerana mengelap airmata seorang ibu yang mahu dihalau? 

Logikkah dia ditumbuk kerana itu?
 Nasib budak ni memang baik kena tumbuk je...heh!

Pada saya, sudah tentu ada jawapannya. Jawapan itu ada pada pemuda tersebut. Kita sudah dengar “cerita kurang logik” dari “pelajar yang terkenal dengan sikap kurang ajar”nya itu. Tapi kita belum dengar lagi cerita versi pemuda yang tidak dapat menahan sabar dan menumbuk Adam Adli.

Pada saya, sudah tentu pemuda itu ada jawapan yang solid untuk mendorong dia melepaskan tumbukan ke muka budak “kanyaq” itu. Takkanlah dia suka-suka tumbuk muka Adam Adli?

Takkanlah dia tumbuk muka budak tu hanya kerana Adam Ali jelir lidah padanya? Tentu Adam Adli ada buat satu kesalahan yang tidak dapat diterima akal..

Laporan polis telah dibuat oleh Adam Adli. Saya tak sabar menunggu jawapan balas dan cerita sebenar dari pemuda itu. 

Meskipun saya tahu pemuda itu tetap bersalah kerana menjejaskan fizikal Adam Adli, tapi saya pasti hatinya puas melebamkan mata dan memecahkan bibir ‘anak murid Anwar’ itu.

Selepas pemuda itu bercerita dan beri keterangan nanti, kita sama-sama fikirkan sama ada layakkah Adam Adli ditumbuk atau tidak!!

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!