Ada dua tanda menarik di seluruh Selangor kalau anda sentiasa membuka
mata dan peka. Satu tulisan besar berwarna putih berlatar belakangkan
warna hijau sama ada di atas permukaan jalanraya mahupun di atas papan
tanda iaitu ZON BERSIH dan satu lagi, di merata-rata tempat, iklan DILDO
atau ADULT TOY dan UBAT KUAT yang sesetengahnya bertulisan Cina boleh
dilihat tergantung atau dilekatkan.
Iklan berkenaan boleh dilihat dengan mudah. Tiada sebarang usaha
daripada PBT untuk menghapuskan atau menanggalkan iklan berkenaan.
Sebaliknya berdasarkan material yang digunakan sebagai medium,
iklan-iklan ubat kuat dan ‘adult toy’ itu seolah-olah telah mendapat
restu daripada PBT.
Agak menarik untuk diperhatikan, di beberapa PBT, Ahli-Ahli Majlis
pada zaman Pakatan Rakyat kini, banyak dikaitkan dengan kegiatan tidak
bermoral termasuklah melakukan serta menjalankan urusniaga jenayah.
Timbul pertanyaan sama ada ‘INDUSTRI’ ini sebenarnya dilindungi oleh
Ahli-Ahli Majlis PBT memandangkan sehingga bunting yang digunakan dan
digantung, merupakan medium tahan lasak.
Dan yang paling ketara ialah,
bagaimana tindakan ‘membersihkan’ kawasan oleh PBT, amat perlahan
seolah-olah iklan-iklan berkenaan tidak wujud di mata mereka.
Iklan-iklan ubat kuat dan alat perangsang seks ini juga seperti satu
industri hiliran buat rumah-rumah urut serta pusat-pusat maksiat yang
begitu banyak di Selangor.
Di Selangor, tidak ada satu daerah pun yang
berkecuali daripada dilanda demam rumah urut dan pusat maksiat,
sehinggakan di Bandar Baru Bangi yang merupakan kubu kuat PAS dan
kawasan majoriti Melayu-Islam pada ketika ini di Selangor, turut terkena
tempias syurga dunia ini.
Dua keping gambar iklan tepi jalan dalam artikel ini, diperolehi di Bandar Baru Bangi.
Bagi menarik perhatian orang ramai membeli produk mereka, pengiklan
tanpa sebarang perasaan menggantung iklan mereka pada lampu isyarat.
Taktik tersebut digunakan untuk membolehkan pengguna jalan raya yang
berhenti di lampu isyarat tersebut, melihat dengan jelas iklan terbabit,
sekaligus menghubungi nombor yang tertera padanya.
Dengan tiga bahasa yang digunakan iaitu Bahasa Inggeris, Cina dan
Melayu, secara tidak langsung sasaran pengiklan tidak mencangkupi bangsa
atau suku kaum tertentu sahaja.
Ditambah pula dengan kawasan strategik
yang digunakan untuk mengiklankan produk terbabit adalah kawasan
bermajoriti Melayu, seolah-olah ia satu penggalakan besar dan satu
‘paksaan halus’ kepada orang Melayu-Islam di kawasan berkenaan untuk
menyuburkan industri lendir dan maksiat selain hilirannya seperti dildo
dan ubat kuat.
Sebenarnya PBT mempunyai kuasa untuk bertindak. Malah dengan nombor
telefon yang tertera jelas pada iklan-iklan tersebut, PBT seperti MPKj
sebenarnya tidak mempunyai masalah langsung untuk bekerjasama dengan
pihak polis mencari, menyiasat seterusnya menamatkan perbuatan mencabul
lampu-lampu isyarat dengan pengiklanan haram seperti sekarang.
Malangnya, PBT-PBT di Selangor seperti buta dan tuli. Para petugas
PBT seperti tidak menggunakan jalanraya biasa, sebaliknya mereka mungkin
menggunakan laluan udara kerana mereka langsung tidak dapat melihat
iklan-iklan haram itu.
Faktor ketidakpedulian petugas-petugas PBT di
Selangor itulah yang seringkali cuba dilindungi oleh kepimpinan utama
Kerajaan Negeri dengan alasan ‘tidak mendapat aduan’ sepertimana kisah
Pegawai Perhubungan Awam MPAJ mempertahankan disko dan pusat tarian
lucah di Pandan Perdana dengan alasan yang sama.
Justeru, fenomena ini seharusnya membuka lebih banyak mata dan otak.
Pembabitan Ahli-Ahli Majlis dalam industri maksiat di Selangor, tidak
boleh ditolak sama sekali, terutama dalam beberapa kes seperti di Ampang
dan di Kajang.
Sebaliknya satu tindakan yang lebih tegas, lebih
bersepadu dan lebih berani perlu dilakukan, baik oleh pihak berkuasa,
mahupun orang awam, apatah lagi pengundi dan pemilih!!!
Sumber: Klik sini


1 comment:
kat kepong ni berlambak2 iklan mcm 2. naik jemu dah geng2 dbkl dok turunkan iklan haram jadah 2. rumah urut, kedai judi, bar, disco suma ada kat cni. tan seng giaw buat bodoh je. mmg btl la. mana adanya DAP. mesti ada suma benda jadah ni berkumpul.
Post a Comment