Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, April 12, 2012

BUKTI JELAS..!!! PAKATAN HARAM TINGGAL NYAWA-NYAWA IKAN DI SELANGOR..!!!

Sabtu malam Ahad berlangsung majlis Munajat Perdana Pertahankan Selangor yang dianjurkan oleh Pas Shah Alam di Stadium Malawati.

Majlis bermula jam 7 malam dengan solat maghrib diikuti dengan doa, zikir munajat dan sembahyang isyak. Setelah sembahyang, doa dan zikir munajat, program diteruskan pula dengan siri ceramah fitnah dan tidak lupa juga maki hamun.
 
Apa yang kami ingin kongsikan dengan anda disini adalah tentang sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Apabila penganjur memilih Stadium Malawati sebagai lokasi program, maka sudah tentulah mereka mengharap atau menjangkakan kehadiran orang ramai paling kurang pun mencecah 4-5 ribu orang.

Jika mereka letak sasarkan kehadiran 1-2 ribu orang, maka sudah tentulah mereka akan memilih tempat yang lebih kecil untuk adakan program tersebut.

Apa yang terjadi di Stadium Malawati dua malam lepas sungguh mengejutkan. Walaupun dengan kehadiran pemimpin-pemimpin superstar pembangkang kehadiran orang ramai ke majlis berkenaan sungguh mengecewakan penganjur.

Stadium yang kapisitinya boleh memuatkan 13 ribu orang hanya dihadiri 800 orang ketika majlis munajat berlangsung dan meningkat kepada 1500 orang ketika ceramah berlangsung.

Laporan dari lapangan dan gambar boleh dilihat di sini.

Di peringkat awal pemerintahan mereka dulu,setiap kali mereka adakan ceramah di Stadium Malawati kehadirannya pasti akan penuh sesak. Makin lama makin berkurangan dan kini makin berkurangan lagi. Jika kehadiran program dua malam lepas dijadikan ukuran, maka ianya jelas satu perkara yang sangat-sangat mendebarkan PAS, PKR dan DAP.

Cakap-cakap yang mengatakan rakyat Selangor menolak kerajaan yang memerintah Selangor sekarang juga bukan lagi omongan kosong .

Tidak lupa juga sasaran BN Selangor yang mengatakan mereka boleh menang 36 dari 56 kerusi DUN Selangor bukan lagi mimpi di siang hari.

Bye-bye Khalid Ibrahim.

Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

nyawa2 ikan buntai...

pejuang hamas...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!