Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, April 6, 2012

BOYFRIEND AMBIGA NAK SUSAHKAN WARGA KL LAGI...BOLEH?

Nampaknya Pak Samad Janggut sudah nekad mahu meneruskan niat busuknya menghuru-harakan ibu negara lagi dengan menganjurkan himpunan Bershit 3.0 pada 28 April ini bertempat di Dataran Merdeka. Dan himpunan seumpama itu diakui seluruh warga ibu negara sebagai menyusahkan mereka menyebabkan ramai yang menggelarnya “Susahterawan” Negara…

Kononnya himpunan berkenaan dibuat atas dasar permintaan beberapa individu yang ditemuinya di majlis-majlis dan Facebook. Bagi siri “huru-hara 3.0” ini, Pak Samad Janggut mensasarkan penyertaan himpunan seramai setengah juta orang peserta (500,000).

Sebagaimana kita tahu, sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) telah ditubuhkan bagi membincangkan tuntutan bagi memperbaiki mutu pilihanraya di negara ini. Dalam jawatankuasa tersebut, ia turut diwakili oleh pemimpin pembangkang yang dipilih sendiri oleh mereka.

PSC yang bersidang selama 6 bulan itu telah membincangkan tentang hal-hal tuntutan Bershit 2.0 yang berlangsung pada Julai tahun lalu, termasuk kelapan-lapan tuntutan merapu penaung LGBT, Ambiga Sreevenasan.

Dalam memberikan komitmen, PSC berikrar akan melaksanakan segala tuntutan yang wajar dan boleh dilaksanakan dan perbincangan itu dilakukan secara adil dan persetujuan bersama di antara Ahli Parlimen wakil kerajaan, pembangkang dan bebas.

Kini, PSC sudah selesai bersidang, bermesyuarat dan memutuskan sebanyak 22 perkara yang dipersetujui untuk dilaksanakan pada PRU13.

Jadi, apa lagi perlunya Bershit 3.0 yang Pak Samad Janggut nak buat itu? Apa motif mereka sebenarnya? Apa lagi yang mereka mahukan?

Pada saya, tindakan Pak Samad Janggut menganjurkan satu lagi program menghuru-harakan ibu negara adalah satu tindakan yang sangat bodoh, sangat tidak wajar, kebudak-budakan, sangat tidak bertamadun dan tidak langsung mencerminkan dirinya sebagai seorang Muslim.

Sebagaimana kita tahu, konsep yang dianjurkan Islam iaitu konsep syura telah dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan ‘bajingan-bajingan’ yang mengada-ngada itu. Jadi, mengapa pula Pak Samad Janggut menolak apa yang diputuskan oleh PSC yang bersyura dengan mengadakan Bershit 3.0?

Apakah Pak Samad Janggut tidak belajar dari pengalaman Bershit 2.0 yang mengakibatkan ramai pihak mengamuk tidak puas hati dengan tindakan bodoh kumpulan pimpinannya itu? Apa yang Pak Samad ‘khayalkan’? Pak Samad Janggut ‘khayalkan’ jadi calon PRU13?

Kalau Pak Samad ‘khayalkan’jadi calon PRU13, minta saja satu kerusi Parlimen atau DUN dari Anwar atau Nik Aziz. Saya fikir, mereka tidak punya sebarang masalah untuk memilih Pak Samad Janggut sebagai calon parti mereka. Tapi, janganlah menyusahkan rakyat Kuala Lumpur dengan “huru-hara 3.0”!

Tahukah Pak Samad bahawa majoriti rakyat KL sangat marah dengan himpunan Bershit 2.0 dulu? Rakyat di KL menyumpah-nyumpah Pak Samad dan konco-konco Pak Samad tempohari. Yang datang menyokong Pak Samad itu pun semuanya dari luar KL. Orang KL memang tolak Bershit 2.0, apatah lagi 3.0!

Begitu juga dengan nyawa yang melayang dijemput Allah pada Bershit 2.0 dahulu. Kali ini Pak Samad mahu nyawa siapa pula yang melayang? Nyawa Pak Samad sendiri? Tolonglah Pak Samad, kalau nak meninggal pun, janganlah di jalanan. Nanti menyusahkan orang pula mahu mengusung mayat Pak Samad ke sana ke mari…

Kali ini Pak Samad mahu mengupah siapa pula untuk berlakon “sketsa mati olok-olok”? Sudah dibuat sesi “audition”, kah? Siapa pula yang akan memegang watak ‘Suhardi’ kali ini? Pakai skrip lama, kah? Watak ‘Suhardi’ kali ini ada heroin tak? Apa kata Pak Samad pilih Ambiga saja jadi heroin? Jimat bajet sikit!

Maafkan saya Pak Samad sekiranya kecaman saya terhadap Pak Samad kali ini agak keras. Sebenarnya, saya sudah berlapik sebaik mungkin. Tapi niat Pak Samad ini membuatkan saya benar-benar nekad untuk melabelkan Pak Samad sebagai ‘susahterawan’negara.

Harap Pak Samad fikir-fikirkan tentang perkara yang saya nyatakan ini dan kembali berfikiran sebagai seorang manusia. Tapi, kalau Pak Samad teruskan juga, maka bolehlah saya simpulkan bahawa Pak Samad bukan lagi seorang manusia kerana manusia normal atau waras tidak akan bersikap seperti ini. Harap Pak Samad maklum.

Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Orang tua comot ni sudah hijack Ambiga punya kedudukan sebagai Pengerusi Bersih. Lagi tak bersih lah jadinya. Agaknya elaun demo pun kena naik kerana harga barang-barang dah naik. Samad comot tu banyak duit ke, atau harapkan duit elaun dari Ambiga?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!