Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 2, 2012

BILA MELAYU DAP BELA KAFIR HARBI, SALAHKAN SAUDARA MUSLIM SENDIRI...

Saya rasa terpanggil untuk mengulas mengenai kenyataan anak bekas Menteri yang belot kepada bangsa, Zairil Khir Johari, yang menyalahkan UMNO apabila “tuan”nya “diserang” oleh umat Islam yang berang membabitkan penjualan sebidang tanah rizab yang merupakan tapak masjid di Pulau Pinang.

Akibat penjualan tanah milik masjid itu oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Guan Eng dikecam dan menimbulkan kemarahan ramai umat Islam, khususnya di negeri itu. Anehnya, Zairil menyalahkan UMNO dalam hal ini, kononnya kerana UMNOlah tuannya itu dimarah rakyat…

Sesedap mulut saja Zairil menuduh begitu. Tuannya yang buat tahi, UMNO pula yang dipersalahkan. Tuannya yang jual tanah rizab milik masjid, UMNO jugak yang salah? Mana Zairil belajar berfikir begitu? Hebat sungguh cara “putar belit”nya!
 
Sebagaimana kita tahu, tanah yang menjadi tapak rumah ibadat merupakan satu aset yang sangat sensetif untuk “disentuh”, apatah lagi untuk dijual tanah tersebut.

Sebelum ini, BN sering dipersalahkan apabila tapak rumah ibadat diambil semula kerajaan meskipun tanah tersebut dibina di atas tanah milik kerajaan secara haram. 
 
Tapi, memandangkan BN merupakan sebuah kerajaan yang bertimbang rasa dang sering mendahulukan rakyat, tapak rumah ibadat yang baru telah ditawarkan bagi menggantikan tapak yang diambil itu.

Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Guan Eng, dia sebagai “khalifah” sudah tentu tahu bahawa tapak tersebut adalah milik masjid, di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Dalam ertiakata lain, ia adalah di bawah kuasa TYT Negeri Pulau Pinang.

Sebagai “khalifah” juga, Guan Eng perlu tahu tentang sensitiviti mengambil tanah masjid yang mampu menimbulkan kontroversi. Jadi, mengapa dia jual juga tanah tersebut kepada pemaju?

Sebenarnya, Guan Eng boleh mengelak dari menimbulkan kemarahan umat Islam dengan tidak menjual tanah rizab tersebut. Dia boleh buat begitu untuk menjaga hati umat Islam. Tapi ternyata dia tidak memilih untuk berbuat begitu.

Apakah tindakan Guan Eng itu merupakan salah UMNO? UMNO yang berkuasa di Pulau Pinang atau Guan Eng?

Nampaknya Zairil begitu ‘buta’ dalam hal ini. Setahu saya, Zairil beragama Islam. Tapi dia sanggup mengkhianati kepentingan Islam dan tapak rumah Allah itu demi kuasa politik. 

Malah yang lebih menyedihkan, Zairil sanggup membela seorang “kafir harbi” dan menyalahkan pembela kepentingan Islam di Pulau Pinang.

Saya ingin bertanya kepada Zairil, pernahkah seorang MB atau KM dari BN diugut dan dipersalahkan sedemikian rupa? Tak pernah bukan? Ini adalah kerana cara pendekatan yang berbeza. 

BN begitu mengambil berat kepentingan agama, hak bangsa dan kedaulatan tanahair berbanding Pakatan Haram, khususnya DAP, yang memang kurang ajar!

DAP tidak menghormati kepentingan dan keistimewaan Islam di negara ini. DAP begitu biadap mahu kesamarataan hak bagi semua kaum untuk sama taraf keistimewaannya dengan Melayu. Dan
DAP begitu kurang ajar mencabar institusi Raja-Raja Melayu. Parti itulah yang dianggotai oleh Zairil sekarang!

Dan kini Zairil mahu menyalahkan UMNO tentang sesuatu yang bukan perbuatan UMNO pun. Adilkah begitu? Saya fikir, budak sekolah tadika pun akan marah kalau dia dituduh bersalah melakukan sesuatu yang dia tidak lakukan.

Sepatutnya Zairil bertindak adil dalam hal ini. Sebagai seorang Islam di dalam DAP< dia sepatutnya menghalang Guan Eng menjual tanah itu. Itu tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Zairil. Tapi menyedihkan, pengkhianat ini menyebelahi “boss”nya pula. Wajarkah?

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!