KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Tuesday, April 24, 2012

BILA KEPALA MAHASISWA HINA YAZID IBNU MU'AWIYYAH DENGAN PERKATAAN "CELAKA"...

Tahukah anda bahawa "pemimpin" mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka itu secara terang-terangan menghina anak sahabat Rasulullah SAW yang bernama Yazid bin Mu'awiyyah dengan perkataan "celaka"?

Tahukah anda bahawa Khalid Ismath dan ibubapanya merupakan salah sebuah keluarga yang menyokong fahaman Syiah?

Dan tahukah anda bahawa meskipun PAS mengaku di dalam perlembagaannya berpegang kepada mazhab sunnah wal jamaah, tapi PAS tetap menerima sekiranya ahlinya berpegang kepada ajaran Syiah.

Ibu Khalid Ismath, iaitu Faridah Ismath baru-baru ini menyatakan di FB bahawa Majlis Raja-Raja Melayu yang "ke-12" sebelum ini mengiktiraf Syiah.

Padahal, tidak logik langsung Majlis Raja-Raja Melayu berpandangan sedemikian kerana ulama sunnah wal jamaah secara jelas menyatakan bahawa Syiah itu sesat.

Ikuti kupasan seorang ustaz mengenainya...wallahu'alam.

3 comments:

Wali Selipau said...

Yang nie aku tak boleh nak sokong. Puak Wahabi nie selalu hina puak2 lain termasuk syiah. Rasulullah telah bersabda, diakhir zaman umat islam akan berpecah kpd 72 puak, hanya 1 puak saja akan masuk syurga.

Yazid nie org pemerintah zalim. 3 dosa besar Yazid :-

a) Membunuh cucu rasulullah. Kepala Saidina Hussein dipanggal dan digantung di ka'abah.

b) Memandolkan (mengkasi) org lelaki utk dijadikan tentera.

c) Merosakkan kaabah.

Seperti mana kita marah bila pembangkang berkata Chin Peng adalah perjuang kemerdekaan, kita juga patut marah bila Yazid nak diangkat sbg pejuang islam dgn dosa2 yg telah beliau lakukan.

Ustaz Fathul Bari sendiri pun tak nafi bahawa Yazid tu zalim. Jadi jgn menonjolkan kejahilan kita dengan tulisan sebegini.

Anonymous said...

Kau confirm ke Yazid tu yg bunuh hussain?? ke puak syiah iran sendiri? memandai aje

ONESiXdesign said...

sajak dia tu sesuai untuk PAS la...