Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 28, 2012

BERSHIT 3.0: POK NIK BAYAR SORANG RM150, BAS & HOTEL FREE UNTUK KENA PUKUL DENGAN POLIS..!!!

Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah ‘memberikan wang’ untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri hari ini.

Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu ‘menyuap’ duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan itu yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.

Perkara itu didedahkan oleh beberapa peserta daripada Kelantan yang mana kedatangan mereka ditaja sepenuhnya meliputi pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Menurut Wan Ismail Wan Mad, 34, beliau tiba di Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas dari Tumpat dengan menaiki bas yang ditaja Pas bahagian itu.

Katanya selain disediakan hotel, beliau dan peserta lain turut diberi “duit poket” sebanyak RM150 setiap seorang.

“Semasa perhimpunan tahun lalu (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel.
 
“Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka),” katanya ketika ditemu bual Bernama di sini.

Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 25, berkata peluang untuk turun berhimpun dengan segala perbelanjaan, termasuk duit poket disediakan kerajaan Pas Kelantan, menjadi dorongan utama kepadanya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

“Kami turun dua bas dari Pasir Mas untuk demo kali ini, kami tinggal di hotel berdekatan bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka,” katanya.

Pasangan suami isteri berusia sekitar 50-an, dari Kedah pula berkata, mereka didatangkan dengan 20 bas dengan dikenakan bayaran serendah RM10 seorang, berbanding harga tambang biasa kira-kira RM100 pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Beliau yang hadir bersama suaminya sejak semalam dan ditempatkan di sebuah hotel berdekatan Dataran Merdeka berkata tambang semurah itu memberi lebih dorongan untuk mereka turun ke ibu negara.

Sementara itu, Azizah, 23, dari Permatang Pauh pula berkata, beliau datang bersama dua saudara maranya bagi memberi sokongan kepada perhimpunan itu.

Katanya, mereka yang didatangkan dengan sebuah bas turut diberikan RM20 seorang sebagai wang belanja, didakwa diterima daripada seseorang bernama Mansor.

“Yang menghairankan saya ialah kenapa hanya sebuah bas sahaja dari Permatang Pauh,” katanya. - Mynewshub.my

P/s: aku mintak maaf...dua kali kena teargas hari ni..kuran tidur..sakit badan dan nak demam... kasi aku rehat malam ni...boleh? Nanti aku cerita...

4 comments:

Anonymous said...

hehehe...bantu membantu dalam perkara mungkar....ape nak jawab didepan Allah?

Anonymous said...

ambiga pun berkata - "matlamat bersin kita telah tercapai, kita telah berjaya mencederakan polis, dan bar counsil akan mempertahankan sepenuh tenaga dan menggunakan segenap ruang yang diberikan olih perlembagaan dan undang-undang demi mempertahankan para peserta demonstran yang berjaya mencederaparahkan polis, dan ini kita akan buat dengan lebih baik lagi pada bersin 4.0 dan kecederaan kepada pihak polis kita akan tambah lagi, tetapi pada masa yang sama kita hendaklah memasang perangkap dan bersiap sedia dengan rakaman vidio jika sekiranya peserta demontran dari bersin tercalar walaupun sedikit kita akan tayangkan ke seluruh dunia dan dedahkan sebagai kezaliman polis. rakaman vidio olih pihak polis itu kita akan patahkan dengan menggunakan fatwa yang dikeluarkan olih haji adi - vidio itu besi dan tidak bolih menjadi saksi. tetapi jika kita siarkan vidio keganasan polis, kita akan gunakan karpal singh atau saya sendiri beserta pakar dari dalam dan luar negara untuk kita buktikan bahawa vidio itu benat dan bolih dibuktikan sebagai keterangan di mahkamah. itulah kelebihan yang ada apabila kita tahaluf siyafi bersama pas." sekarang ini, saya kena berlakon sat, "er .. saya tak sangka keganasan demonstran ini bolih berlaku, ini semua salah polis, kalau polis benarkan kami buat demontrasi di dataran merdeka saya yakin perkara seperti ini tidak akan berlaku ..."

Anonymous said...

padan le wajib hadir kata pok nik...

mjaffny77 said...

...terserlah sifat2 mulia Rasulullah pd puak2 pas, apalagi mursidul am nya, wlaupn dh tua nk mampos, ttp tegar mmerangi pemerintah...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!