Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 3, 2012

BERITA BURUK UNTUK UMAT ISLAM: PAS KATA MURTAD HANYA ISU KECIL...

Siapa saja umat Islam yang waras fikiran dan molek pegangan agamanya takkan sesekali memandang remeh isu murtad kerana lumrah sebagai umat Nabi Muhamad s.a.w sepatutnya bila dicubit peha kanan peha kiri pun terasa sakitnya.

Tapi berbeza betul dengan pemimpin Pas sekarang, bagi mereka persoalan isu murtad yang mencengkam masyarakat kini dianggap sekadar satu isu kecil yang tak wajar diperbesarkan. 

Sebaliknya isu politik pula prioritinya menjadi lebih ke depan & berbaloi untuk diperdebatkan untuk manfaat kepartian.

Itulah reaksi pemimpin utama Pas Selangor sebaik saja diminta mengulas perihal kesediaan Dr Hasan Ali untuk mendedahkan video murtad bagi membuktikan kejadian memurtadkan umat Islam memang benar-benar berlaku.
Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting”.
- Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman / Sinar Harian, 02 April 2012
Pelik betul sikap yang ditunjuk oleh Pas semenjak begitu mesra bersekedudukan dengan parti pro sosialis DAP dan pejuang liberalisme PKR. 

Lagi pelik pemecatan Dr Hasan Ali dari Pas dan dilucutkan jawatan exco pun dek kerana perjuangannya menentang dasar liberalisme yang cuba diterapkan oleh DAP dan sekutunya PKR dalam pentadbiran negeri.

Tingkahlaku & arah tuju Pas sekarang dah macam orang kena santau kalau tidakpun mungkin dah termakan nasi kangkang, segala reaksinya hanya menjurus kepada menurut segala pandangan rakan sekatil dari DAP & PKR, konon demi kesaksamaan seperti dasar & polisi liberalisme yang menjadi tonggak PR.

Dulu bukan main marah apabila timbul saja isu adanya orang Islam murtad, tidak cukup dengan berdemo dibuatnya ceramah politik ke hulur hilir mengecam perlembagaan negara & sistem perundangan negara yang dikatakan menghalalkan murtad.

Sekarang nah ambil engkau, perlembagaan inilah yang Pas ikrarkan sepenuh hati akan dipertahankan sebagaimana direkodkan dalam buku jingga dan sistem perundangan sekarang inilah juga yang digunapakai oleh Pas bilamana mahu mengemukakan hak menyaman atas kapasiti peribadi, hak berhimpun, menuntut royalti minyak dan sebagainya.

Pokok pangkalnya mudah, isu murtad bagi Pas hanya berbaloi diperjuangkan hanya jika ianya boleh memberi manfaat untuk politik kepartian. 

Bila isu murtad terjadi tatkala Pas bersekongkol memerintah negeri bersama DAP & PKR, automatik prioriti masalah murtad turun menjunam dan isu lain yang dirasakan lebih memberi keuntungan politik akan menggantikan tempat.

Sebab itulah agaknya tanpa fikir panjang Dr Rani menganggap isu murtad ini umpama masalah remeh temeh dan kecil nilainya. 

Rupanya bagi Pas hal ehwal agama hanya layak di usung ke sana ke mari hanya jika memberi manfaat pada politik duniawi saja, kalau ianya memberi impak negatif pada jawatan & kuasa maka jalan mudahnya buat tak tahu saja.

Parti Islam Semalaysia konon…

Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Samalah dengan kenyataan Hadi, sebelum ayam berkokok Trengganu akan melaksanakan hukum hudud sekirnya PAS memerintah. Dengan takdir Allah SWT apabila PAS dapat memerintah, hudud pun tak dilaksanakan malah salahkan UMNO. Kata Hadi hudud adalah 0.01 % sahaja salam undang-undang Islam.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!