Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, April 5, 2012

AZIZAN TURUNKAN PANGKAT DUA "BUDAK HITAM"..!!! MUAHAHAHAAA...

Dua Exco kanan kerajaan Pas Kedah yang sebelum ini memberontak terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ‘turun pangkat’ dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila jumlah portfolio mereka dikurangkan berbanding yang disandang pada penggal lalu.

Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi yang mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini hanya dikekalkan memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.

Ia menyaksikan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu ‘hilang’ dua portfolio asal yang dianggap kanan dalam kerajaan negeri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerja Raya.

Kedua-dua portfolio itu diberikan kepada Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang turut memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi.

Seorang lagi Exco yang mengangkat sumpah hari ini, Dr. Ismail Salleh turut ‘hilang’ dua porfolio asal yang disandang pada penggal lalu iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Insan yang masing-masing diberikan kepada Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib serta Abd. Ghani Ahmad.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah itu hanya dikekalkan portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Phahrolrazi dan Ismail mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini selepas menerima tawaran pelantikan semula untuk melengkapkan senarai 10 Exco kerajaan negeri.

Sebelum ini, hanya lapan Exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan pada 28 Februari lalu iaitu Amiruddin, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Hamdan, Lim Soo Nee, Abd. Ghani, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S. Manikumar.

Kelewatan lebih sebulan pelantikan semula Phahrolrazi dan Ismail disebabkan krisis dalaman Pas Kedah yang menyaksikan mereka menolak dilantik semula ke jawatan itu akibat mempunyai pecanggahan pendapat yang ketara dengan Menteri Besar.

Bagaimanapun Jawatankuasa Pas Pusat pada 5 Mac lalu telah mengarahkan Phahrolrazi dan Ismail menerima jawatan Exco tanpa sebarang syarat.

Berikutan pelantikan semula dua Exco berkenaan, Azizan yang mengumumkan senarai portfolio Exco kerajaan negeri selepas majlis mengangkat sumpah jawatan hari ini turut melakukan rombakan kecil pada portfolio beberapa penyandangnya.

Beliau bagaimanapun menafikan telah mengurangkan peranan Phahrolrazi dan Ismail kerana mengganggap tugas yang diberikan kepada mereka adalah banyak walaupun portfolionya kelihatan kecil.

Katanya, perubahan portfolio yang disandang barisan Exconya adalah perkara biasa dan bukan perkara baru kerana pelantikan dibuat setiap penggal atau setahun sekali.

”Jawatan Exco ini bukan macam jawatan pegawai pentadbir yang ada gred seperti N17, N28. Kita bukan macam itu dalam politik ini, kita tengok kesesuaian,” katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah turut mengakui tindakan mengurangkan portfolio Phahrolrazi dan Ismail adalah sebagai strategi Pas negeri untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

”Kedua-dua mereka merupakan timbalan saya (dalam Pas Kedah). Mereka jeneral saya untuk menghadapi pilihan raya, maka sebab itu saya kurangkan mereka dari segi portfolio,” katanya. – Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!