Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, April 6, 2012

ABAI..!!! BILA BUMI KEDAH JADI NERAKA UNTUK ANWAR BERAHIM...


Anwar Ibrahim  mungkin tidak menyangka, kehadirannya di Kedah akan ditentang dan cuba dihalang. 

Selama ini, Anwar Ibrahim, sungguhpun pernah bergelar sebagai orang yang disyaki atau suspek, dia bebas ke sana ke mari, malah boleh terbang ke luar negara dengan penuh bebas berbanding suspek-suspek yang lain di Malaysia. 

Keistimewaan yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim, ternyata mengundang perasaan jengkel memandangkan pada masa yang sama, dia terus melaung-laungkan tentang kebebasan walaupun hakikatnya, dialah orang yang paling bebas di negara ini.

Selama ini, Anwar Ibrahim ‘tidak pandang’ Kedah. Dia terlalu memperlekeh-lekehkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dengan menganggap orang tua itu tidak setanding langsung dengannya.

Bahkan  Anwar menganggap segala arahannya akan diterima dengan sepenuh hati oleh Azizan Abdul Razak tanpa sebarang bantahan.

Namun, berbeza daripada apa yang difikirkannya, Azizan Abdul Razak ternyata bukan seorang tua yang boleh dipandang mudah. Ketegasannya menangani masalah yang ditimbulkan oleh kumpulan ANWARINAS dan PARASIT PAS Kedah, menyebabkan Anwar Ibrahim berasa terlalu bergoncang.

Anwar terpaksa mengutuskan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat yang merupakan agen ANWARINAS yang dianggotai oleh individu-individu yang dilihat amat mudah tunduk kepada desakan PARASIT. 

Anwar menjangkakan, Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat dapat menundukkan Azizan Abdul Razak.

Namun sekali lagi juga, Anwar tersasar. Azizan Abdul Razak yang cukup yakin dengan sokongan yang diperolehinya, tidak mengendahkan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat biarpun pada masa yang sama, PAS Pusat cuba mengenakan tekanan kepadanya ekoran ketundukan mereka kepada Anwar Ibrahim dan DAP.

Melihat kepada situasi yang amat merbahaya bagi PKR dan PARASIT-PARASIT upahannya dalam PAS Kedah, terutama selepas Azizan dengan tegas menolak desakan PKR dan DAP agar kerusi selamat untuk kedua-dua parti itu tandingi di Kedah ditokok, Anwar Ibrahim terpaksa turun sendiri berkempen.

Dua minggu lalu, Anwar Ibrahim berkempen di Bandar Baru dan Kulim. Sambutan yang diberikan tidak begitu memuaskan walaupun kawasan berkenaan diketahui cukup pekat dengan hijaunya PAS dan melautnya biru muda yang mewakili Parti Keadilan Rakyat.

500 orang jumlah hadirin yang mendengar ceramahnya di Bandar Baru dan Kulim dengan sebahagian besarnya  merupakan hadirin yang sama yang bergegas dari Bandar Baru dan Kulim antara jam 9:00 malam sehingga jam 11:30 malam hanya untuk memastikan ceramah Anwar Ibrahim tidak kurang orang.
Hendak diharapkan kepada para penyokong PAS biasa, kebanyakan daripada mereka sudah mulai tidak mempercayai Anwar Ibrahim, terutama dengan penyebaran video lucahnya di kawasan tersebut selain edaran risalah-risalah yang giat dijalankan oleh pihak-pihak tertentu.

Kecewa dengan dengan sambutan yang diterimanya, Anwar Ibrahim cuba mengulangi semula kempen besar-besarannya di Kedah hari ini. Malangnya, sekali lagi, sambutan yang diterima bukan sahaja amat tidak memuaskan tetapi juga sudah mulai menggentarkan Anwar Ibrahim sendiri.

Pukul 6:18 petang, di No.170-1, Tkt 2, Jalan Putra atau lebih tepat lagi bersebelahan dengan Sentosa Mall, Alor Star, Anwar Ibrahim telah menghadiri Majlis Perasmian Pusat Komuniti PKR & Hi Tea anjuran Gooi Sheau Leong, AJK PKR Kedah dan bakal calon Parlimen Alor Star.

Jumlah hadirin adalah lebih kurang 80 orang. Majlis dipengerusikan oleh Azman Nasruddin, Ketua AMK Kedah. Antara pemimpin Pakatan yang turut hadir adalah, Wan Salleh Wan Isa, Pengerusi PKR Kedah; Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas; Tian Chua, Naib Presiden PKR; Zamri Yusuf, Timbalan Pengerusi PKR Kedah; Saiful Izham Ramli, Naib Pengerusi PKR Kedah; Ahmad Kassim, Ahli Parlimen Kuala Kedah; V.Arumugam, Ketua PKR Cabang Jerai; dan Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan.

Sebelum itu, pada pukul  5:00 petang pula, berlangsung tunjuk perasaan di hadapan Masjid Negeri yang dihadiri oleh lebih kurang 150 orang membantah kedatangan Anwar Ibrahim ke Kedah untuk Majlis Pelancaran BERSIH 3.0 dan JOM 100. 

Mereka kemudiannya telah berarak ke Bangunan Sentosa di mana Anwar dijangka hadir. Pada pukul 5:30 sehingga 5:50 petang pula, di hadapan Pasaraya Sentosa Alor Star, PERKASA telah mengadakan demonstrasi membantah kehadiran Anwar Ibrahim yang turut disertai oleh lebih kurang 30 orang ahli PERKASA.
Demonstrasi tersebut mengakibatkan provokasi antara PERKASA dengan AMK-PKR sehingga tercetus pertengkaran serta insiden pukul-memukul dengan rotan oleh Wira PERKASA terhadap anggota AMK.

Kekecohan itu melibatkan 50 orang dan berjaya disuraikan oleh pihak polis tanpa sebarang tangkapan.

Selain PERKASA, turut sama dalam perhimpunan membantah kehadiran Anwar Ibrahim di Bumi Kedah adalah beberapa orang ahli dan pemimpin Pemuda MIC Alor Star. Risalah ABAI (Asal Bukan Anwar Ibrahim) turut diedarkan secara meluas.

Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

anwar hanya akan menjahanamkan negara dan memecah belahkan kaum melayu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!