KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Friday, April 20, 2012

AARON AZIZ DAN ZED ZAIDI NGABIHKAN BOREH JE KALAU TAKLEH BANTU KES NI..!!!


Baru-baru ni Gomo dan Parpu gaduh pasal Aaron Aziz dan Zed Zaidi. Err..aku tak mau campur hal tu. Cuma..aku nak tanya pada Zed Zaidi dan Aaron Aziz, diorang boleh bantu tak kes BAPA FILEM MELAYU ni?

Kalau takleh bantu...hehehehehe...ngabihkan boreh je la jadi ketua SENIMAN dan BINTANG PALING POPULAR...kan? Heh! Larikkkkkkkkk..!!!
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita yang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh seminggu kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee supaya membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah RM10,000 bagi mengelak rumah pusaka Seniman Agung itu di Taman Setapak disita.

Arahan itu berdasarkan notis yang ditampal kakitangan DBKL di hadapan rumah berkenaan, Rabu lalu.
Rumah yang dibeli Allahyarham pada lewat 60-an dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahannya, Gerimis (1968), kini didiami menantunya, Suria Bakar, 43, bersama dua cucunya.

Tak cukup dengan itu, hari ini kita dimaklumkan yang impian peminat teater muzikal tanahair untuk menyaksikan pementasan P.Ramlee The Musical Season 3 di Istana Budaya juga tidak akan menjadi kenyataan.

Kenyataan rasmi penarikan diri teater muzikal itu dibuat oleh Datin Seri Tiara Jacquelina, Penerbit Eksekutif teater muzikal tersebut yang juga Presiden Enfiniti Vision Media Sdn. Bhd.

“Enfiniti Vision Media ingin memaklumkan bahawa kami tidak dapat mementaskan produksi P. Ramlee The Musical seperti yang dijadualkan pada bulan November ini oleh kerana kami tidak berjaya mendapatkan penajaan yang mencukupi kali ini,” jelas Tiara dalam kenyataannya kepada Gua.com.my.

Tambahnya lagi, “Kami akan mempertimbangkan semula keputusan ini seandainya projek ini mendapat penajaan yang sesuai di masa akan datang, supaya Enfiniti dapat terus melahirkan produksi teater muzikal yang berkualiti untuk peminat seni tanahair.”
Teater muzikal yang diangkat dari perjalanan hidup Seniman Agung itu dekat dengan hati setiap rakyat Malaysia, ikon seni yang menjadi kebanggaan Malaysia.

Lagu-lagu dan filem-filemnya menyentuh hati dan mengusik perasaan pelbagai bangsa dan kecemerlangan serta geniusnya P.Ramlee terus diraikan sehingga ke hari ini.

Teater muzikal yang memenangi 6 trofi di Anugerah Kesenian BOH Cameronian ke 6 pada tahun 2007 itu diterbitkan dengan objektif untuk mendekatkan lagi rakyat Malaysia dengan kisah hidup dan cabaran yang telah ditempuh oleh P.Ramlee, ini termasuk menceritakan semula kisah-kisah lampau zaman kegemilangannya serta era kejatuhannya di arena perfileman tempatan.
Legasi yang ditinggalkan seniman legenda itu perlu disuburkan lagi untuk dinikmati generasi yang akan datang. Dibintangi oleh Sean Ghazi, Liza Hanim, Atilia, Melissa Saila dan Dato’ Siti Nurhaliza, P.Ramlee The Musical telah dipentaskan sebanyak dua kali di Kuala Lumpur dan sekali di Singapura dan ditonton lebih 60,000 peminat pelbagai bangsa dan peringkat usia.

P.Ramlee The Musical Season 3 dijadual akan dipentaskan pada 1 hingga 18 November di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Apalah malangnya nasib insan yang ‘kononnya’ digelar Seniman Agung tetapi hakikatnya ia seolah-olah tidak memberi sebarang makna.

Banyak rakan seangkatan P Ramlee termasuk peminat setianya tahu, P. Ramlee dipenghujung usianya, banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan.

Ada hajatnya yang tidak kesampaian termasuk untuk menjadi produser, untuk menyiapkan beberapa filem yang skripnya sudah ada seperti Hidayah, Air Mata Di Kuala Lumpur dan Seniwati.

P. Ramlee juga mengimpikan untuk melihat pawagamnya sendiri tetapi juga tidak berkesempatan.

Bahkan dikatakan punca kematian beliau juga disebabkan salah satunya terlalu runsing dengan kes hutang yang bakal dihadapinya di mahkamah.
Dan nampaknya kisah sedih arwah tidak berhenti di situ, kini ia ‘melekat’ pula pada anak, menantu dan cucunya.

Inilah nasib arwah yang kita gelarkan Seniman Agung itu.
Bersamalah kita sedekah Al-Fatihah buatnya, semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat.

No comments: