Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 3, 2012

13 MEI DAN 1MALAYSIA, MANA SATU YANG ANDA INGINKAN?


Tarikh 13 Mei 1969. Tarikh yang sangat bersejarah bagi semua kaum di Malaysia. 43 tahun dulu, negara ini pernah mengalami satu peristiwa hitam yang tidak akan terpadam dalam lipatan sejarah. Sejarah memang sejarah, namun tarikh ini kembali pada setiap tahun, memperingatkan rakyat tentang betapa pentingnya keharmonian kaum di negara ini.

Bagi bangsa Melayu, tarikh ini cukup memberikan semangat yang kuat kepada bangsa itu. Khususnya dalam membela ketuanan Melayu di negara Tanah Melayu ini. Bukan kerana "asobiyyah", bukan kerana semangat "perkauman", bukan kerana bencikan kaum lain. Namun kerana mempertahankan maruah, hak dan keistimewaan bangsa Melayu yang hampir tergadai 42 tahun dahulu...

Bangsa Cina pula, kalau boleh, tak mahu ingat langsung peristiwa ini. Kalau boleh, mahu dibuangnya hari yang ke-13 dalam kalender bulan Mei dari hidup mereka.Pada mereka, tarikh itu "suwey"! Sensitif betul mereka dengan tarikh 13 Mei. Kalau kita sebut depan mereka, terus mereka melenting minta kita di"ISA"kan. Padahal, mereka juga yang beriya-iya suruh ISA dimansuhkan!

Saya pun kurang faham mengapa kaum Cina sensitif sangat mengenai tarikh hari ini. Tanyalah mereka sendiri. Saya pun kurang pasti...

Bagaimanapun, tarikh 13 Mei tidak membawa apa-apa kenangan dalam sejarah hidup mereka di negara ini. Cuma sejarah negara ini memberitahu mereka bahawa bangsa Melayu sememangnya baik, bertolak ansur dan mesra tanpa prejudis. Namun jangan sesekali mengambil kesempatan atau "menjolok" mereka. Silap hari bulan, merana seumur hidup! Tentunya kaum India mempelajari sesuatu yang "berharga" pada tarikh ini.

Apa pun, saya fikir, apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 dahulu dijadikan iktibar dan sempadan pada mana-mana pihak, mahupun Melayu, Cina, India atau pun kaum-kaum lain. Ingatlah bahawa negara ini terbina melalui perlembagaan, kontrak sosial dan jus soli. Hormatilah dan hargailah apa yang diterima dari kesan pembentukan negara ini.

Melayu haruslah bersatu dan menjadi "tuan rumah" yang baik. Cina dan India pula haruslah menghormati dan hidup sebagai warganegara yang baik serta tidak menimbulkan kekecohan di negara ini. Saling hormat menghormatilah hak-hak yang dimiliki selama ini. Jangan minta lebih, jangan pula dikurangkan.

Peliharalah semangat ini dengan baik. ISA itu perlu demi memelihara kita semua dari ancaman melalui isu sensitif sebegini. ISA penting untuk kita yang hidup dalam "keistimewaan" begini. Jika tidak mahu peristiwa hitam itu berulang kembali, saya percaya, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain tahu apa yang harus dilakukan...

Kitakan 1Malaysia, kan? DAP, PKR dan PAS saja yang tak dapat terima semua ni...

2 comments:

Anonymous said...

13mei tu bukan rusuhan politik antara UMNO dgn GERAKAN ke? correct me if i'm wrong..

Anonymous said...

tapi andai terlalu lembut sangat pun akan memakan diri bro..perpatah org berbudi, kita berbahasa ni tak wujud dlm kamus hidup bangsa diaorg ni...lu takut lu kalah maa..ni jer yg diaorg tahu..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!