Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, March 29, 2012

TERKINI DARI KEDAH..!!! AZIZAN RAZAK NAK LOMPAT PARTI? "PANCING" SESEORANG SUPAYA JADI GENG DIA?


Azizan pancing Najib atau Najib yang pancing Azizan?


Seperti yang aku janjikan tadi, terhangat yang aku dengar dari Kedah ialah mengenai Ustaz Azizan yang sekarang dikatakan sedang cuba "memancing" seseorang untuk geng dengan dia. Heh!


Ikut info terkini yang aku dapat, MB Kedah tu cuba tarik YB Radzi (dulu PKR, sekarang Bebas) untuk jadi geng dia. Khabarnya, dia dok mengadu nasib kat Radzi, tak tahan kena "balun" oleh Exco-Exco yang tak sebulu dengan dia...

Adoi laaa..!!! Kesian kat MB Kedah. Dia baru sedar wujudnya gerakan menjatuhkan dia dari dalam...

Dia baru sedar bahawa puak-puak PAS Kedah memang buruk perangainya....

Dia baru nak tahu bahawa saudara-saudara dalam UMNO lebih baik dan berakhlak berbanding beberapa pemimpin-pemimpin PAS Kedah dan PAS Pusat. Yang okay dalam PAS pun tinggal 2-3 kerat saja...

Dia baru sedar semua tu sekarang selepas dia jadi MB dan pegang kuasa...

Khabarnya, dia pernah menyuarakan isi hatinya untuk meletak jawatan dan join UMNO. Tapi dia kata benda tu time dia bebal (marah) laaaa..lepas dia okay, dia tak buat pun lagu tu...

Tapi, dengan kata-katanya yang terkeluar masa marah tu, ramai yang beranggapan bahawa Azizan dah tawar hati pada PAS...dan dia lebih rela bersama UMNO yang baik hati, berkebajikan dan lebih berakhlak dari puak-puak PAS zaman sekarang ni...

Apa pun, kita tunggu apa jawapan Radzi kat Azizan lepas dipujuk berkali-kali tu...dan kita tunggu jugak sama ada Azizan akan lompat masuk UMNO atau tidak dalam 2-3 tahun ni...heh!

2 comments:

Anonymous said...

maka akan keluarlah satu cerita umno beli ustaz azizan ... kasihan ....

Gombug said...

Flashback trojan: Ancaman virus terbesar 2012 bagi pengguna Mac. Artikel sepenuhnya - www.gombug.net

Bila Kak Su Bersuara... Heh!