Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, March 30, 2012

SIAPA BALACI TERBARU PEMBANGKANG BUAT KACAU DALAM FELDA..?!!!

KHABARNYA baru-baru ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula masuk campur berkenaan hal ehwal penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia setelah sekian lama membiarkan PAS melalui Mazlan Aliman “menyalak” sendirian.

Dilaporkan juga mereka telah berjaya menghasut beberapa “kerat” orang Asli dalam PKR untuk mengumpul tandatangan memorandum bantahan penyenaraian itu dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata ketua balaci Biro Masyarakat Peneroka dan Orang Asli PKR, Suhaimi Saad, mereka sudah ada 2,000 tandatangan buat masa ini dan akan diserahkan kepada PM pada Jumaat ini di Putrajaya.

Hujah Suhaimi untuk membantah agenda kerajaan itu ialah “penyenaraian FGVH hanya menguntungkan jangka pendek peneroka tetapi akhirnya mereka akan menyesal”.

Persoalan utama, benarkah jumlah 2,000 tandatangan tersebut adalah tandatangan para peneroka Felda dan ahli KPF?

Sebagaimana kita tahu, PKR sememangnya licik dalam hal-hal “tandatangan”. Selalunya, mereka sanggup menipu rakyat dengan beribu-ribu tandatangan. Padahal, itu semua hanyalah rekaan mereka sahaja, kononnya mereka mewakili suara ramai.

Melalui pengalaman saya dengan seorang bekas orang kuat PKR, memang menjadi kebiasaan bagi mereka menggunakan cara begitu untuk menipu berkenaan sesuatu isu tuntutan. Beribu-ribu nama yang direka-reka dan begitu juga dengan nombor kad pengenalan yang dibuat-buat.

Paling hebat, tukang buat senarai tersebut selalunya ‘terpaksa’ menandatangani beribu-ribu tandatangan pada setiap nama di dalam senarai tersebut. Dan adakalanya mereka terpaksa mengupah anak bini mereka untuk ‘tolong tandatangan’.

Tak tahulah betul atau tidak dakwaan bekas pemimpin PKR itu. Namun, itulah yang diceritakan pada saya. Kalau seorang saja yang cerita, mungkin saya boleh sangsi. Namun masalahnya ramai pula yang menyatakan perkara yang sama!

Persoalannya, bolehkah kita percaya kepada tandatangan atau “petisyen palsu” sebegitu?

Kalau mengikut hujah Suhaimi, FGVH hanya akan beri keuntungan dalam jangka masa pendek dan mengalami kerugian dalam jangkamasa panjang. Benarkah dakwaan Suhaimi? Apakah dia seorang pakar pelaburan? Atau dia sehebat ‘penyangak matawang’ George Soros?

Kalaulah benar seperti tanggapan Suhaimi, saya kira sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang, 

Datuk Seri Najib takkan berani memperjudikan masa depan para peneroka Felda.

Kawasan-kawasan Felda selama ini adalah “fix-deposit” BN. Jika Najib menganiaya para peneroka Felda, nescaya mereka akan beralih arah dan pembangkang akan dapat memasukkan jarum politik jahat mereka terhadap para peneroka untuk menyokong, sekaligus memberi undi kepada mereka.

Jadi, apa yang jelas sangat bahawa hujah yang dinyatakan Suhaimi tersebut tidak logik sama sekali dan menampakkan bahawa dia hanya “burung kakak tua’ yang hanya pandai berkata-kata tapi tak tahu apa yang diperkatakannya.

Persoalannya, siapa yang suruh dia berhujah begitu? Mungkinkah Mazlan Aliman? Atau Rafizi Ramli? Jika benar dia disuruh berhujah begitu oleh Mazlan, Rafizi atau sesiapa saja, nampak sangat mereka mahu mengenakan Suhaimi. Mungkin mereka mahu Suhaimi kelihatan “bodoh” dikalangan masyarakat!

Saya mencadangkan kepada Suhaimi agar fikir sedalam-dalamnya tentang “penganiayaan” mereka terhadapnya. Harap-harap dia sedar bahawa dirinya hanyalah seorang balaci PKR yang diperbodoh dikhalayak ramai dan dipergunakan untuk mencapai cita-cita politik seseorang.

Ramai yang sudah terkena dan mungkin Suhaimi belum lagi. Bila sudah “diliwat” nanti, barulah terhegeh-hegeh mencari pemimpin Kerajaan memohon pertolongan. Tak percaya? Tanya Nallakarupan, Zul Noordin, Zaharin Hashim dan Gobala Krishnan!

Sumber: Perak Today

2 comments:

Alisha Residenc said...

Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya?
http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak

Alisha

Anonymous said...

KERAJAAN PATUT BERI PILIHAN KEPADA PENEROKA UTK MENYERTAI PENYENARAIAN ATAU TIDAK,USAHLAH BERTEGANG URAT DGN YG ENGGAN MENYERTAINYA,KEMUDIAN KITA LIHAT SIAPAKAH YG BENAR,PENENTANG SANGGUPKAH BERTANGGUNG JAWAB KEATAS HASUTANYA,ATAU MEREKA AKAN GUNAKAN ALASAN SUDAH TAKDIR,

Bila Kak Su Bersuara... Heh!