Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, March 21, 2012

SELAIN BUKU JINGGAY, ANWAR JUGA BERIMAN KEPADA THE SATANIC VERSES..?!!!

Kalau sudah namanya penipu tegar, maka memanglah kerjanya menipu, menipu dan menipu setiap hari. Kalau sehari tak menipu, dia takkan senang duduk. Menipu dan membohong adalah makanan nuraninya setiap hari.

Namun, dia tidak akan sekali-kali mengaku dia menipu. Di depan rakyat, dia mengaku difitnah dan sebagainya. Biarpun dibawakan bukti kukuh, solid dan berfakta sahih, dia tetap takkan mengaku. Hakikatnya, itulah dia Anwar Ibrahim.

Mungkin dia fikir segala penipuannya itu tidak akan dapat dihidu rakyat negara ini. Apatah lagi jika dia ke luar negara. Dia fikir, rakyat takkan tahu apa yang dia buat di sana. Padahal, sudah banyak kali tembelangnya pecah…

Terbaru, dia kantoi lagi menipu. Kali ini, dia ke India bersama ‘isteri rasmi’nya, Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadiri satu majlis, “India Today Conclave”, walaupun pada awalnya dia menegaskan dia tidak akan hadir ke majlis itu.

Pada 16 Februari lalu, Anwar Ibrahim memberitahu di Twitternya bahawa dia tidak akan ke majlis India Today Conclave. Kononnya dia bertindak untuk tidak hadir kerana membantah kehadiran Salman Rushdie yang dikatakan akan hadir di majlis yang sama.

Dia nak tunjuk baik di depan rakyat Malaysia bahawa dia bencikan Salman Rushdie, pengarang buku ‘The Satanic Verses’ dan biadap menghina Rasulullah SAW. Kononnya sebagai pemimpin Islam, dia tak mahu berdiri sepentas dengan Salman Rushdie. Kononnya…

Tapi, itulah yang ditulis di Twitternya itu. Dan harapannya, agar seluruh rakyat negara ini, khususnya yang beragama Islam tahu mengenai protesnya terhadap musuh Islam tersebut.

Peliknya, baru-baru ini media antarabangsa, Dailymail.co.uk, memberitahu di sini, tentang ucapannya di majlis berkenaan, sekaligus mengesahkan bahawa dia hadir di India Today Conclave.

Lebih teruk lagi, Salman Rushdie juga hadir dan berkongsi pentas yang sama dengan Anwar. Secara tidak langsung mengesahkan bahawa Anwar merelakan diri bersekongkol dengan musuh Islam yang nyata itu.

Nak tengok bukti bergambar? Para pembaca boleh klik di sini dan di sini. Mungkinkah gambar-gambar Anwar dan Salman Rushdie itu di“super imposed”kan oleh laman media rasmi majlis tersebut?

Persoalannya, mana perginya pendirian Anwar di dalam Twitternya sebelum ini? Mana perginya bantahan Anwar terhadap Salman Rushdie? Mana hilangnya protes Anwar terhadap musuh Islam itu? Tergamak Anwar sepentas dengannya?

Sebenarnya, saya sedih dengan Anwar dan para penyokongnya. Saya sedih berkenaan Anwar kerana dia sebagai pemimpin yang beragama Islam, sanggup sepentas dengan musuh Islam. Saya sedih dengannya kerana dia sanggup menipu jutaan rakyat dan umat Islam. Benci dan bantah Salman Rushdie kononnn…

Saya sedih juga terhadap para pemimpin dan mereka-mereka yang menyokong Anwar selama ini. Anwar terang-terangan menipu mereka pun, mereka tetap sokong Anwar. Kononnya, UMNO fitnah Anwar, padahal yang benar adalah yang sebaliknya. Anwar pembohong!

Sebelum ini, Anwar terang-terang beritahu Wall Street Journals bahawa dia menyokong memberikan perlindungan kepada Israel. Tapi UMNO jugak yang dipersalahkan. Apa UMNO ke yang suruh Anwar kata begitu pada WSJ? WSJ tu UMNO jugak yang punya ke?

Itulah hakikatnya Anwar yang didewa-dewakan pengikutnya dan mahu dijulang sebagai PM yang ketujuh. Persoalannya, selepas pelbagai skandal, penyelewengan, penipuan, persekongkolan dengan Yahudi dan musuh Islam, layakkah dia diangkat menjadi pemimpin no.1 di Malaysia?


Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!