Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, March 21, 2012

RONNIE LIU KATA TAKDE SAPA NAK BELI RUMAH KOS RENDAH KAT SELANGOR.. RAKYAT SELANGOR NAK BELI RUMAH MEWAH SAHAJA KE..???


Selangor Negeri Berkebajikan, itulah slogan paling menarik untuk didengari. Saban hari, rakyat Selangor didendangkan dengan slogan retorik, bertujuan untuk mengaburi minda rakyat.

Itu belum diambil kira dari satu lagi slogan yang diwujudkan untuk menghina paradigma pemikiran rakyat Selangor, iaitu merakyatkan ekonomi Selangor.

Kenyataan dari YB Ronnie Liu, Exco Perumahan, bahawa tiada rumah kos rendah akan dibina di Selangor atas alasan tiada pembeli yang ingin membeli rumah tersebut benar-benar menunjukkan sikap sebenar yang ada pada wakil rakyat DAP itu. Fahaman imperialis, kapitalis dan komunis digembleng menjadi ideologi chauvinis, bagi menafikan hak mereka yang berpendapatan rendah.

Jangan pula dilupa sikap rasis. Alasannya itu jelas berbohong. Untuk apa Ronnie berbohong? Kerana dengan berbohong Ronnie mampu mengelakkan dirinya dituduh rasis. Perhatikan, siapa sebenarnya sasaran Ronnie dalam kenyataan yang diberikannya di Sidang DUN pagi tadi?

Jumlah paling ramai dalam kategori berpendapatan rendah adalah India dan Melayu. Siapakah golongan yang akan teraniaya dengan alasan tiada pembeli yang mahu membeli rumah tersebut?

Jelas, ini adalah satu penghinaan kepada masyarakat India dan Melayu. Sungguhpun tergolong dalam golongan berpendapatan rendah dalam majoriti yang ramai, ia tidaklah sampai ke tahap tidak mampu memiliki rumah kos rendah!

Kenyataan ini menyerlahkan sikap chauvinist yang ada pada DAP.

Fakta sebenar ialah di kebanyakan kawasan perumahan, rumah kos rendah adalah jenis rumah yang akan habis ditempah dan dibeli oleh pembeli berbanding jenis rumah yang agak mahal harganya. Lihatlah di kawasan Setia Alam, Shah Alam dan Petaling Jaya, carilah rumah kos rendah yang tidak berjaya dijual, sekiranya anda mampu cari!

Atas dasar apakah Ronnie Liu berkata sedemikian? Apakah beliau mempunyai statistik rumah kos rendah yang tidak berjaya dijual?

Untuk makluman, Khalid Ibrahim telah berjanji untuk membina kira-kira 30 ribu unit rumah kos rendah pada 2008 setelah menang pilihanraya dan dilantik sebagai Menteri Besar. Malangnya, sehingga kini, tiada satu pun rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri.

Pada setiap Jumaat, umat Islam akan mengaminkan doa yang dibaca oleh khatib, merujuk kepada Selangor Berkebajikan. Benarkah Selangor ini negeri berkebajikan, sedangkan keperluan memiliki rumah jatuh no. 2 di dalam hierarki keperluan Abraham Maslow!

Menghalang umat Islam memiliki rumah adalah seperti menghalau mereka dari kampung halamannya (tempat tinggal). Maka, adalah menjadi kewajiban umat Islam dan Melayu menentang DAP laknatullah.

Pernahkan PAS memikirkan mengapa Allah tidak mengabulkan doa yang mereka cipta pada setiap Jumaat?


Sumber: Klik sini

2 comments:

Anonymous said...

dalam bab ni aku sokong ronnie liu...
memang betul apa yg dia cakap tak ada siapa yg nak beli rumah kos rendah diselangor.
kaum melayu dan india akan dihalau dari selangor bila DAP berkuasa secara mutlak..
yg tinggal cuma keturunan cina kominis,cina mana nak beli rumah kos rendah..
cina yg tinggal di kawasan rumah kos rendah sekarang adalah ejen DAP..
mereka inilah yg buat bising pukul gendang sana sini supaya melayu dan india bangkit menentang dasar kerajaan yg ada.
contoh mudah harga barang..cina kominis sorok barang,naikan harga..lepas tu NGO2 kominis akan menuduh kerajaan menipu rakyat.
melayu dan india beli ikan rm 9.00 sekilo..cina beli cuma rm8.50..
pergi ke bengkel kereta...melayu/india harga lain..cina repair harga lain.

pengumpul sabut

Anonymous said...

tak payah nak ulas panjang2. dapig sememangnya parti babi haram jadah!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!