Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, March 30, 2012

PRU13: PANDANGAN TUN M, TUN DAIM, DR. KHIR...APA DUKE KATA?

Mengikut padangan Ayahanda Tun M di sini, agak sukar baginya untuk meramalkan keputusan PRU13 kali ini. Tun Daim pula sebelum ini menyatakan bahawa BN hanya akan menang mudah di Johor, Melaka dan Pahang. 

Mantan MB Selangor, Dr. Khir pula meramalkan BN bakal menghadapi kesukaran di Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.

Ya. Saya hormati semua pandangan tokoh-tokoh yang disegani itu. Terima kasih atas ingatan tersebut. Dan insyaAllah, saya dan rakan-rakan blogger yang lain akan lebih bekerja keras memastikan majoriti 2/3 buat BN pada PRU13 ini.

Saya tahu, bukan mudah untuk raih 2/3 pada PRU13 ini. Namun, itulah yang perlu kami lakukan sekarang. Meskipun kami tidak punya apa-apa kepentingan, namun demi masa depan Islam, Melayu dan Tanah Melayu ini, kami tidak akan berhenti dari memberi sokongan kepada BN, khususnya DS Najib.

Memang benar, PRU13 kali ini cukup mendebarkan saya. Namun pada saya, membujur lalu melintang patah, kebenaran pasti akan saya julang. Biar tak cukup tidur dan letih sampai sakit-sakit, saya akan terus berjuang membasmi kebatilan yang dibawa oleh PKR, DAP dan PAS...

Saya sedar UMNO/BN pun ada "lompong"nya. Tapi, se"lompong-lompong" UMNO/BN, lebih lompong dan busuk lagi Pakatan Haram. Takdir Allah SWT memberikan mereka kuasa di beberapa negeri pada PRU12 yang lalu hasil "kelemahan" Pak Lah. Dan itu ujian yang cukup perit bagi UMNO/BN...

Tapi, 'tsunami' politik itu juga saya lihat sebagai ujian dari Allah kepada Pakatan Haram dan jelas mereka gagal dalam pentadbiran mereka.Mereka gagal di Perak, tapi mereka menyalahkan UMNO/BN. Mereka gagal di Selangor, tapi mereka tak mahu mengaku. Mereka gagal di Penang, tapi mereka tipu. Dan mereka gagal buat kesekian kalinya di Kelantan, dan itu pun mereka salahkan UMNO/BN...

Saya fikir, ada segelintir rakyat, khususnya segelintir golongan muda yang masih "buta" dan menyokong Pakatan Haram secara membuta tuli. Otai-otai PKR dah lama keluar dari parti itu, tapi mereka masih lagi "buta". DAP dah lama serang Islam, tapi mereka buat tak tahu. PAS sudah lama menjual Islam siang dan malam, tapi mereka masih tak nampak...

Hakikatnya, mereka terlalu percaya dan obses dengan persepsi serta fitnah yang dilemparkan kepada UMNO/BN. Kononnya, mereka tahu apa yang berlaku. Sedangkan, apa yang mereka tahu itu semua bohong belaka dan tidak tepat sama sekali.

Tak mengapalah. Pada saya, itulah tugas yang saya galas selama saya berblog ini. Mujur kini blogger pro-UMNO/BN semakin banyak membantu. Saya cuma perlukan doa dari Tun M, Tun Daim dan Dr. Khir buat kami pejuang-pejuang pro-Kerajaan di alam maya ini. 

Demi Allah dan RasulNya, perjuangan kita semua belum selesai...Allahu Akbar...!!!

3 comments:

Anonymous said...

Saya sokong kenyataan tuan. Mudah-mudahan dengan doa rakyat Malaysia, BN dan UMNO akan terus menerajui negara. Selalu berdoa agar terhapus terus DAP dan tersungkur rebah PKR.

Doa rakyat marhaen seperti saya selalunya lebih ikhlas ...

Amin.

Jokiden said...

Seperti Tun M, Tun Daim n Dr Khir, Jokiden juga berhak membuat pandangan. Bagi Jokiden BN akan dapat undi popular lebih 60%, ini bermakna target majoriti 2/3 kerusi boleh dicapai.

Alasan Jokiden??? banyak.. simpan dulu hahahah!!!

Anonymous said...

BAGI SAYA PULA, PEMIMPIN2 INI SEKADAR MEMBERIKAN REVERSE PSIKOLOGI KEPADA MAJLIS TERTINGGI BN...KERANA MEREKA TIDAK INGIN BN LEKA DENGAN RAMALAN....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!