Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, March 19, 2012

PANASSS..!!! PAKATAN HARAM PERLU LANGKAH MAYAT RAKYAT DULU SEBELUM BERKUASA...



Sedang PAS dilanda kemelut Jawatankuasa Pemandu yang disogok golongan Anwarinas kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, diam tak diam perbalahan dalaman di dalam DAP yang membabitkan Pengerusinya, Karpal Singh dan Timbalan Setiausaha Agungnya, P. Ramasamy terselak kembali.

Siapa kata pertelingkahan di antara “Singh is King” dan Profesor tersebut sudah selesai? Tak selesai-selesai jugak…

Terbaru, Karpal yang terkenal dengan kediktatoran dan kepimpinan seumur hidupnya itu menempelak ahli jawatankuasa disiplin parti DAP kerana melepaskan Ramasamy dari dikenakan tindakan disiplin.

Ramasamy pada Disember tahun lalu dituduh menjadi dalang di sebalik demonstrasi ahli-ahli DAP Pulau Pinang yang berhimpun di luar Hotel Pearl View tempat kepimpinan parti itu mengadakan konvensyen.

Demontrasi tersebut diadakan bagi menunjukkan ketidakpuasan hati dan tanda protes terhadap pucuk pimpinan DAP, khususnya RSN Rayer dan A Thanasekharan.

Dalam kenyataannya hari ini, Karpal menuduh jawatankuasa disiplin parti itu sebagai tidak layak untuk menghakimi kes disiplin membabitkan Ramasamy memandangkan Timbalan Setiausaha Agung DAP itu juga merupakan salah seorang dari ahli jawatankuasa tersebut.

Menurut bapa kepada Gobind Singh ini, jawatankuasa disiplin DAP sedia ada sepatutnya berundur dari mengendalikan kes tersebut dari awal dan menyerahkannya kepada sebuah jawatankuasa baru bagi mengendalikannya. Kononnya, ia adalah untuk mengelak “conflict of interest” berhubung kes itu.

Pelik benar sikap Karpal. Dendamnya terhadap Ramasamy nampaknya memang dalam. Mungkin orang tua itu rasa sangat tersinggung pada kenyataan Ramasamy sebelum ini yang menghadiahkan gelaran “god father” kepadanya. Salahkah kenyataan Ramasamy itu? Karpal “god father” kepada siapa agaknya? Gobind? Atau beberapa kroninya di dalam kepimpinan DAP?

Mungkin Karpal mahu Ramasamy dipecat dari parti sebagaimana yang berlaku terhadap Hasan Ali yang dipecat PAS, Zulkifli Noordin yang dipecat dari PKR dan Wee Choo Keong yang dipecat partinya sebelum ini. Siapa tahu? Lagipun, Ramasamy memang serang Karpal habis-habisan sebelum ini.

“Apa nak jadi..jadilah..!,” kata Ramasamy berhubung perbalahannya dengan Karpal.

Persoalannya, PAS sedang huru-hara ekoran pemecatan serta merta kerana melawan Anwarinas dan Parasit. PKR sudah tentu sentiasa huru-hara akibat Ketua Umumnya yang memang huru-hara dan disyaki ‘mental breakdown’ serta dikatakan mempunyai masalah seks luar biasa.

Dan kini, DAP melengkapkan “3 samdol” di dalam arena politik pembangkang dan membuktikan bahawa mereka memang tidak “fit” untuk dipilih menjadi kerajaan.

Macamana nak jadi kerajaan kalau asyik bergaduh saja? Itu pergaduhan yang kita nampak terang-terangan dan bagaimana pula dengan pergaduhan yang kita tak nampak di dalam? Parti masing-masing pun huru-hara, macamana nak berpakat nak pilih PM nanti? Alamatnya mahu bergaduh teruk laaa!

Saya tak sabar nak melihat Anwar “meliwat” Hadi atau Nik Aziz. Saya ternanti-nanti menunggu saat Hadi dan Nik Aziz membelit leher Karpal dan Kit Siang dengan serban mereka. Dan saya tak sabar-sabar menunggu masa Karpal baling kerusi rodanya pada Anwar dan Kit Siang beri “flying kick tendangan tanpa bayang” ala-ala Wong Fei Hong pada “Imam Mahdi”! Pasti menarik..!!!

Menjelang PRU ke-13 yang dikatakan bakal berlangsung tidak lama lagi, Allah SWT telah membuka segala kepalsuan dan kebatilan yang wujud di dalam Pakatan Haram di mata rakyat. Biar rakyat negara ini menilai sebaik-baiknya tentang kebobrokan dan betapa busuknya hati perut ketiga-tiga parti pembangkang itu.

UMNO/BN? Ya, kita kian gagah dan makin utuh memperbaiki diri dari masa ke semasa berkat pimpinan Presiden UMNO/BN, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tidak dinafikan UMNO/BN dahulu agak ‘sakit’. Namun, formula ‘ubat’nya telah ditemui oleh Najib yang melakukan transformasi besar-besaran ‘mengubati penyakit’ yang dideritai pihak kerajaan.

Alhamdulillah, rakyat pun sudah membuka mata mereka dan berupaya membandingkan keikhlasan UMNO/BN. Bangsa Melayu khususnya sudah tidak sabar-sabar mengajar DAP yang rasis. Kaum India pula tak sabar mahu “melingkupkan” Anwar dan kaum Cina pula mula yakin kepada peningkatan prestasi ekonomi yang kukuh dipacu Kerajaan BN.

Tentang DAP, PKR dan PAS? Biarlah Luncai-Luncai itu terjun dengan labu-labunya. Mungkin mereka akan menang sedikit di beberapa kerusi di kubu kuat mereka seperti biasa. Namun untuk memenangi PRU ke-13, rasanya mereka perlu langkah mayat rakyat dahulu untuk berbuat demikian…


Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!