Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, March 12, 2012

PANASSS..!!! 8 JAWAPAN PADA TUNTUTAN RAFIZI SUDAH TERJAWAB DI SINI..!!!

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli tuntut 8 perkara dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkenaan pembiayaan pertunangan anaknya yang berlangsung pada tahun lalu.

Pada saya, Perdana Menteri tak perlu jawab tuntutan Rafizi tersebut.Beliau banyak lagi kerja untuk dibuat. Najib bukannya tak ada kerja macam Rafizi, Anwar, Zuraida ‘Mak Lampir’ dan puak-puak pembangkang yang lain.

Lagipun, siapa Rafizi untuk diberi keistimewaan untuk dijawab setiap soalan atau tuntutan yang dibuatnya? Rafizi bukan peguam atau hakim mahkamah.

Pada saya, Rafizi hanyalah pencacai yang ditugaskan Anwar untuk memburuk-burukkan Najib saja. Itu saja kerjanya untuk mencari rezeki menyara keluarga. Tak tahulah halal atau tidak…

Tapi, kalau Rafizi nak juga jawapan bagi kelapan-lapan tuntutannya itu, saya boleh jawabkan. Tapi janganlah marah atau tak puas hati pula dengan jawapan yang bakal diberikan. Tuntutan yang berunsur fitnah memang selayaknya dijawab sebegitu.

Berikut adalah tuntutan Rafizi dan jawapan saya…

1. Najib perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau.

Jawapan: Tak perlu dilayan. Sebab Najib bukan pekerja Hotel Shangrila. Dokumen tu mungkin dikeluarkan oleh Hotel Shangrila atau Rafizi sendiri yang reka dan keluarkan, dan bukan dari Najib.

2. Najib perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh Rafizi adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu.

Jawapan: Juga tak perlu dilayan tuntutan bodoh ini. Jawapannya sama seperti di atas. Soalan bodoh dari orang yang bodoh. Next…

3. Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut.

Jawapan: Tak payah. Sebab dulu masa Rafizi menikah (saya dengar dia dah menikah), Pakcik Ramli tak kemukakan salinan PO pada rakyat pun. Arwah Pakcik Ibrahim (bapak Anwar) pun tak dedahkan PO. Bapa Rafizi bertunang dan nikah dengan mak Rafizi ada tunjuk PO kat rakyat tak?

4. Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia.

Jawapan: Tak perlu dibuat. Semua rekod adalah rahsia Kerajaan. Buat apa nak dedah kat Rafizi? Bodoh betul la. Dah tak dibayar dengan duit kerajaan, macam mana nak ada rekod. Logik pun boleh fikir. Memang tak ada rekod langsung. Setahu saya, tauke restoran mamak pun takkan layan kalau didesak Rafizi kemukakan rekod akaun mereka pada orang ramai.

5. Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Jawapan: Tak perlu. Itu hak peribadi PM dan keluarga. Kenapa Rafizi nak tahu tentang hal peribadi orang ni? Jaga tepi kain sendiri sudah la. Menyibuk betul! Cuba pergi tanya Kak Wan tu macam mana dia menikah dengan Anwar dulu. Saya dengar Anwar bawa lari Kak Wan, kes kahwin lari. Ada invois tak?

6. Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia.

Jawapan: Tak perlu pun. PMO banyak lagi kerja berfaedah nak dibuat. Dari melayan kehendak bodoh Rafizi, baik pergi buat kerja dan tolong rakyat. Dah confirm Najib yang bayar pakai duit sendiri. Rafizi ingat Najib pakai duit Soros macam Anwar tu ke?

7. Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut.

Jawapan: Tak perlu jawab jugak. Jawapannya macam di atas, PMO banyak kerja lain yang lebih berfaedah. Rafizi boleh pergi ke Kelantan dan tanya kambing Japari milik Husam Musa untuk mengetahui jawapan. Itu pun kalau kambing tu nak jawab…

8. Najib perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.

Jawapan: Gila ke apa sampai nak tahu hal-hal akaun peribadi orang ni? Gila ke apa ni? Itu semua hal “private and confidential” la. Cuba pergi minta pada Anwar tentang butiran akaun peribadinya di Bank Israel tu. Tak pun tanya Nurul Izzah. Khabarnya beratus juta duit mereka di bank tersebut! Itu pun kalau anak beranak tu nak mengaku dan dedahkan la…

Kesimpulannya, pada saya memang tak perlu layan pun ‘sampah’ macam Rafizi ni. Dia memang cari makan begitu. Tak ada kerja lain selain buat kecoh kononnya ada itu dan ini. Padahal tujuannnya untuk memburuk-burukkan PM dan Kerajaan. Tak tahulah sampai bila dia nak buat begitu. Mungkin sampai pencen kot?


Sumber: Klik sini

5 comments:

Anonymous said...

jawapan yg senang, kalau mahal pun saya mampu bayar dengan bayaran ansuran selama 2 tahun 1 bulan, sebab gaji saya sebagai PM pun paling kurang 20K, sebab apa mahal, kalau dah YDPA datang takkan nak kasi nasi lemak lak. akai ada ke.

Anonymous said...

bro, ulasan no.5 bro pasal kawin lari tu mmg betul bro, ada gak dengar2 dulu, kawin lari, nasib baik x kene tembak dgn ayah wan azizah.

Johan said...

Rafizi manuasia luar biasa baiknya...kentutnya pun dikumpul untuk dibuat loji kuasa masa depan...korang ada buat macam tu tak... fikirlah

Johan said...

Masa Tun Razak masih hidup, nak-anaknya (Najib) minta buatkan kolam renang. Namun Tun Razak tidak mahu walaupun dia mampu. Sebab orang melayu pada masa itu tidak ada kolam renang sendiri. Saya percaya Najib juga begitu, beliau tidak akan bersetuju guna duit kerajaan untuk urusan peribadinya....

aShz FiRez said...

bodoh betul...ade soalan knp xnk jwb...bodoh xbelajar sekolah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!