KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Thursday, March 8, 2012

MAZLAN ALIMAN TAK SEDAR PENEROKA KETAWAKAN DIA RAMAI-RAMAI..!!! HEH..!!!


MAZLAN Aliman tak habis-habis buat kecoh. Baru-baru ini dia buat hal lagi dengan Felda dan sangat aktif meracun minda para peneroka untuk menolak penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Benarkah dia dan agenda busuk hatinya itu mendapat tempat di hati orang-orang Felda?

Dari sejumlah lebih kurang 1,300 orang ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF), Mazlan Aliman hanya mampu meracun segelintir dari mereka iaitu dalam lingkungan 100 ke 120 orang peneroka dan ahli KPF untuk memfailkan injunksi di mahkamah untuk menghalang EGM membincangkan hal penyenaraian FGVH.

Ya, dia berjaya. Dengan meracun 10 peratus sahaja dari ahli KPF, dia berjaya menafikan hak dan kehendak lebih 90 peratus ahli KPF lain yang mahu menjayakan penyenaraian FGVH. Dia berjaya menghalang ‘durian runtuh’ yang mahu diberikan Kerajaan kepada para peneroka.

Dia memberi alasan bahawa penyenaraian FGVH bakal menggadai tanah peneroka. Dia taburkan racun mengatakan bahawa FGVH akan rugi besar. Dia kata FGVH akan menganiaya masa depan para peneroka Felda. Dia tabur tohmahan terhadap Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Dengan alasan-alasan begitu, dia berjaya meracun segelintir peneroka yang termakan hasutan jahatnya…

Siapa Mazlan Aliman sebenarnya? Dia adalah merupakan anak peneroka Felda yang kecewa. Dia membesar dengan rezeki Allah yang diberikan melalui Felda. Dia generasi kedua Felda dan bukanlah peneroka. Dalam ertikata lain, dia orang luar yang tidak berhak untuk bersuara.

Mengapa dia menghuru-harakan Felda? Dulu dia pernah keluarkan tanah milik keluarganya dari Felda di Johor untuk diusahakan sendiri. Namun, mengusahakan sendiri dan bekerjasama dengan seorang “tauke” kilang sawit, Mazlan Aliman gagal meraih keuntungan seperti ketika di dalam Felda.

Rugi, Mazlan Aliman bawa masuk balik tanah keluarganya ke dalam Felda. Mujurlah Felda cukup baik hati untuk menerimanya untuk kembali bernaung bersama tanah rancangan Felda yang lain. Namun, kembalinya Mazlan Aliman adalah bersama hati dan niat yang lebih busuk…

Dia kembali sebagai penghasut politik yang mahu menghuru-harakan Felda dan para peneroka. Bagaikan “anjing tersepit yang dilepaskan”, Mazlan menggigit Felda dan Kerajaan yang melepaskan diri dan keluarganya dari kesempitan hidup dahulu.

Dia membawa agenda politik PAS dan dia buruk-burukkan kerajaan di dalam tanah rancangan Felda. Buruk betul perangainya, kan?

Kenapa dia halang FGVH? Sebab dia tahu sekiranya FGVH disenaraikan, para peneroka akan mendapat lebih banyak limpahan kek ekonomi yang lebih mewah.

Sekiranya sebelum ini Felda belum lagi tersenarai di Bursa Malaysia mampu melahirkan seorang peneroka yang memiliki Porshe Cayenne, bayangkan apa yang FGVH akan hasilkan kelak kepada para peneroka. Mungkin FGVH akan mampu membuat para peneroka memiliki Audi Q7 seperti Azmin Ali.

Jangan terkejut sekiranya terdapat Toyota Camry baru di setiap rumah selepas penyenaraian FGVH nanti. Dan sebab itulah Mazlan Aliman tidak mahu dan menghalang penyenaraian FGVH.

Dia tahu, sekiranya FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia dan para peneroka menerima ‘durian runtuh’, nescaya para peneroka tidak akan memilih PAS lagi sampai bila-bila. Dia tidak mahu kebaikan BN itu menjadi sebutan dari zaman ke zaman. Dia tak mahu para peneroka sayang pada UMNO/BN!

Dia kata tanah peneroka akan tergadai? Felda dan Kerajaan sudah sebut banyak kali dan beri jaminan bahawa 360,000 hektar tanah yang terlibat dengan FGVH tiada kena mengena dengan tanah peneroka.

Dalam ertikata lain, tanah tersebut hanya membabitkan tanah Felda Plantation dan bukan tanah peneroka. Jadi di mana logiknya tanah peneroka akan tergadai? Satu fitnah besar dari seorang penganut “agama” PAS!

Baru-baru ini, dia kata Isa Samad membelanjakan RM352,687 untuk 3 majlis di beberapa Felda ketika awal lantikannya. Persoalannya, sejak bila Mazlan Aliman jadi “tukang audit” akaun Felda? Dia bertauliah atau tidak?

Dia kata Mazlan Aliman membazir dengan perbelanjaan sebegitu? Sepatutnya Mazlan Aliman perlu cermin dirinya sendiri. Kemudian, dia perlu pergi ke depan pejabat MB Selangor dan maki dahulu Khalid Ibrahim yang mengadakan majlis ulangtahun Yayasan Selangor yang didakwa menelan belanja lebih dari RM800,000 sehingga menyebabkan kemurkaan DYMM Sultan Selangor.

Untuk satu majlis saja, Pakatan Haram Selangor menghabiskan sebanyak RM800,000? Itu sudah terlebih melampau namanya! Dan apahal pula Mazlan Aliman nak persoalkan belanja Felda sedangkan ia memang majlis Felda pun. Takkanlah Isa Samad perlu keluarkan duit koceknya untuk majlis Felda? Agak-agaklah sikit…

Sebenarnya, saya pernah meninjau ke Felda Ijok di Selama. Nak tahu apa yang para peneroka kata bila disebut nama Mazlan Aliman? Mereka tak izinkan saya sebut nama Mazlan jika berpijak di bumi Felda mereka.

Kenapa? Kerana mereka memang bencikan Mazlan Aliman dan tak mahu nama penghasut berhati busuk itu masuk ke tanah rancangan mereka. Menurut salah seorang dari peneroka, mereka pernah menghalau Mazlan yang pernah cuba masuk ke Felda mereka suatu masa sebelum ini. Melucukan, mengelabah Mazlan Aliman angkat kaki melihat kemarahan para peneroka!

Jelaslah Mazlan Aliman tidak diterima dan dibenci oleh para peneroka. Hatta keluarganya sendiri pun dikatakan malu dan tidak merestui perbuatan Mazlan Aliman tersebut. Tapi yang peliknya Mazlan Aliman kecoh di Harakah kononnya dia cukup “power” di Felda-Felda. Padahal, para peneroka hanya mentertawakannya saja…memalukan!


Sumber: Perak Today

No comments: