Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, March 20, 2012

KOHILAL & TABUNG MEMALI: DIN PUDU ADA 3 HARI UNTUK JAWAB..!!!

din pudu

Hebat benar dengarnya Salahuddin Ayub atau lebih dikenali sebagai Din Puduraya yang memberikan masa 3 hari kepada Timbalan Menteri JPM, Datuk Ahmad Maslan, untuk menjelaskan prestasi terkini Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Alah! Nampak sangat dia mahu memaksa Ahmad Maslan untuk mengaku bahawa FGVH rugi. Ya, tak payah Ahmad Maslan umum, saya pun boleh mengaku FGVH yang ditubuhkan pada tahun 2009 itu rugi.

Apa yang Din Puduraya jangkakan dari sebuah syarikat yang ditubuhkan baru 3 tahun? Itu biasa bagi setiap perniagaan. Misalnya, Mcdonalds dan Guiness, dua syarikat gergasi dunia itu dah berpuluh tahun berniaga di Malaysia, tapi hanya dapat untuk dua tiga tahun ini saja.

Maksudnya, setiap perniagaan atau pelaburan selalunya akan rugi dahulu sebelum mencatat keuntungan. Biasalah. McDonalds perlukan penjenamaan terlebih dahulu sebelum mencatat untung. Syarikat itu perlu melabur dan membuka banyak kedai dahulu untuk pusing duit dan dapat untung. Itu standard.

Dan begitu juga dengan Guiness atau Carlsberg. Mereka melabur membuka kilang dahulu dan itu bukan pelaburan yang sedikit. Mereka rugi dulu sebelum mencatat keuntungan baru-baru ini. Itu syarikat gergasi dunia tu..!

Jadi, samalah dengan FGVH. Baru ditubuhkan 2-3 tahun, sudah tentu anak syarikat Felda itu perlu melabur di negara-negara luar dulu. Din Puduraya fikir FGVH tak perlu bayar apa-apa ke untuk membina kilang penapisan minyak canola di Kanada? Ingat “free”ke?

Sebenarnya, FGVH ada catat keuntungan di Batam. Itu fakta. Saya difahamkan bahawa FGVH untung sebanyak RM40 juta di Batam dan dijangka untung RM80 juta pula pada tahun ini. Jadi, Din Puduraya tak perlu risau kerana FGVH tahu apa yang mereka lakukan dan berpotensi kaut lebih banyak keuntungan selepas penyenaraian di Bursa Malaysia nanti.

Sepatutnya, sebelum Din Puduraya pertikai mengenai prestasi FGVH, dia perlu kemukakan dulu tentang prestasi terkini KOHILAL, sebuah syarikat koperasi milik penuh penganu-penganut“agama PAS” terlebih dahulu.

Apa dah jadi dengan KOHILAL? Khabarnya syarikat itu dah lingkup punah ranah, betul ke? Mana perginya duit dalam KOHILAL yang berjuta-juta ringgit tu? Mengalir ke poket siapa?

Macamana pula dengan prestasi KOHILAL? Hebat ke tidak? Berapa keuntungan KOHILAL setahun? Berapa banyak ahli koperasi tu dapat dividen setahun? Errr..pernah ke dapat dividen?

Atau Din Puduraya boleh kemukakan laporan terperinci mengenai TABUNG MEMALI di Baling dahulu. Mana perginya duit berjuta ringgit tu? Hilang jugak ke? Siapa yang kebas?

Dengar-dengarnya, duit TABUNG MEMALI tu “ghaib” begitu saja. Manakala para balu dan anak-anak yatim mereka-mereka yang meninggal dunia tu dikatakan terabai dan tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya, betul ke Din?

Bagaimana pula dengan buku yang bertajuk “Airmata Memali” yang dikarang oleh seorang ahli PAS tu? Penulis buku tersebut, Zainal Ismail atau dikenali sebagai Cikgu Non pernah membuat laporan polis kerana diugut akan dibunuh oleh samseng PAS jika dia terus mengedar dan menjual buku tersebut. Betul ke PAS nak bunuh Cikgu Non?

Din Puduraya sepatutnya rasional dalam hal ini dan tidak termakan hasutan bodoh Mazlan Aliman yang sememangnya tak tahu menahu tentang selok belok perniagaan dunia korporat. Presiden ANAK tu hanya tahu menyalak, tapi dia sendiri tak tahu apa yang disalaknya…

Saya rasa, elok diberikan masa 3 hari kepada Din Puduraya untuk kemukakan laporan sebenar (bukan yang direka-reka) mengenai KOHILAL dan TABUNG MEMALI.

Atau sekiranya dia gagal berbuat demikian, kita akan bawa laporan dan maklumat mengenai “bangkai busuk” PAS tersebut ke pengetahuan umum. Mungkin kita boleh bawa Cikgu Non ke Parlimen untuk menceritakan sendiri mengenai ‘Airmata Memali’ di depan Din Puduraya?

Macamana, Din? Boleh sahut cabaran itu? Atau Din Puduraya mahu kisah “pemimpin PAS di Puduraya”kembali menjadi perbualan ramai..?


Sumber: Klik sini

2 comments:

Ahmad Shukri Mokhtar said...

dalam bnyak2 nama timangan bagi ahlul politik pas, gelaran puduraya amat lah sinikal dan begitu misteri skali dgn bgtu bnyk kemusykilan yg sering bertandang. Mengapa PUDURAYA?? Apakah entiti yg melekat di tubuh Din ini dtg dari puduraya? Atau apakah peristiwa gamat yg berlaku di puduraya yg bkn hanya pusat perhentian bas tp ia adalah pusat sepusat sepusatnya. Mgknkah ia kena mengena dgn hotelnya? Jwb lah din..

Anonymous said...

Salam. TUAN DUKE, diharap TUAN dpt memulakan gerakan menyedarkan bakal2 calon PRU 13 ciri2 yg patut ada pd mereka yg rakyat mahukan. Dicadangkan setiap blogger drpd semua negeri mengemukakan cdgn pd pucuk pimpinan parti2 yg bakal berentap siapa calon 'winnable candidate' masing2. Ini penting utk memberi info kpd rakyat supaya dpt menolak calon2 HAPRAK UMNO dll yg hanya tau meraih untung drpd kerja keras dan gigih bloggers spt tuan. Jika calon HAPRAK yg akan bertanding kerana pakar dlm melobi dan pulus, lepas PRU 13 nanti kerja bloggers mcm tuan akan bertambah 100 kali lipat utk dedahkan pula taik2 mereka. Saya harap TUAN DUKE beri perhatian pd syor ini sbb saya terpaksa akui tuan2 bloggers 1000 km terkehadapan dalam menjaga keharmonian dan kehormatan negara ini drpd lebih sejuta ahli UMNO yg setiap hari tunggu subsidi je tu. Ni bukan saya kata tapi jiran sebelah saya, Mr Lim kata. Anyway teruskan usaha murni tuan. Tqvm. Wassalam.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!