Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, March 30, 2012

HASAN AKIDAH, KHALID KASUT DAN KHALID GEREJA...

KHalid Shoes Car
 “Orang panggil saya Hasan Akidah, Ok, tapi orang panggil dia Khalid Gereja”!… Petikan kata-kata tersebut diungkapkan oleh Dr Hasan Ali, di salah satu ceramahnya di Selangor sekitar dua tiga hari lepas.

Kita semua dah maklum, gelaran Hasan Akidah cukup popular dikalangan penganut Pas Parasit, manakala gelaran Khalid Gereja pula agak top hingga menjadi sebutan ramai orang termasuklah ada tikanya turut menjadi bahan senda gurau penyokong Pas sendiri.

Bagaimana pula dengan Khalid Kasut? Mungkinkah suatu masa kelak gelaran Khalid Kasut bakal membayangi liku-liku hayat politik Khalid Ibrahim gara-gara sikapnya  yang segan untuk berenggang dengan kasut kesayangan?

 
Sehari dua lepas beberapa blog telah memaparkan gambar Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang duduk bersila sambil memakai kasut semasa menziarahi sebuah keluarga Melayu Islam.

Amat jarang orang Melayu Islam yang masuk ke dalam rumah tanpa menanggalkan kasut apatah lagi duduk bersila di atas tikar & karpet dengan kasut masih lekat di kaki.

Malah tidak kira di dalam rumah atau di dalam surau mahupun masjid, suka atau tidak, kita di ajar supaya menanggalkan kasut atau sandal sebelum memijak ruang dalam kerana jika gagal mengikutinya nampak sangat mak ayah kita kurang memberi tunjuk ajar atau dalam bahasa mudah – kurang ajar dan takde adab.

Begitu juga kiranya kita menziarahi keluarga fakir yang mungkin rumahnya hanya ada satu ruang saja. 

Di situlah tempat makan, tidur dan berehat mereka sekeluarga ataupun di pusat pemindahan banjir/bencana yang menyediakan satu ruang untuk satu keluarga tinggal sementara di dewan, lagilah teramat kurang ajar dan tak beradabnya bila kaki kita yang masih berkasut memijak-mijak tikar atau karpet yang menjadi tempat mereka tidur, duduk dan berehat.

Soal mahal atau murah kasut kita, busuk atau wangi bau cagu kaki, tetap kasut wajib ditanggalkan sekalipun mungkin stokin yang di pakai berbau semerbak menusuk rongga hidung dek kerana seminggu tidak di basuh.

Berbalik semula pada Khalid Kasut yang barangkali dia dah terlebih ajar dengan gaya korporat western life dan agaknya dah terbiasa makan minum dan tidur di dalam rumah tanpa sesaat kasutnya ditanggalkan. 

Maklumlah bekas korporat maybe gaya hidup kena follow cara keparat barulah melambangkan taraf & darjat. Gitukah?

Tapi kot manapun, alang-alang sekarang dah memegang portfolio agama Islam takkanlah tak reti-reti walau sedikitpun soal adat dan adab serta perihal kebersihan yang dianjurkan oleh Islam. 

Entah-entah tahi khinzirun mana yang kita terpijak dan terlekat di tapak kasut alih-alih terpalit pula di atas tikar tempat berehat dan tidur, haru biru jadinya.
 
Tak tahulah samada kebetulan atau agaknya sudah takdir Illahi sejak azali untuk dijadikan renungan kepada kita semua barangkali, masalah memakai kasut tak kena tempatnya ni agak sinonim sungguh dengan gaya kepimpinan Pakatan Rakyat.

Dulupun dah pernah berlaku kes yang lebih kurang sama di Perak bilamana pemimpin DAP, Nga Kor Ming pun begitu gemar dengan kasutnya hingga sayang sekali untuk ditinggalkan di luar pintu rumah.

Selain itu, baru saja seminggu dua lepas di Kuala Lumpur, Nurul Izzah telah membawa ramai wartawan Cina pro PR untuk merakamkan aktiviti lawatan propagandanya, terjadi juga kejadian sebegini bezanya kali ini ia berlaku di Rumah Allah (Surau di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai).

* Untuk pengetahuan balaci Pas, Nurul Izzah adalah YB Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Di masa yang sama, Presiden PKR ialah ibu kepada Nurul Izzah dan isteri kepada Anwar. Saja nak bagitahu, PKR ni parti family & kroni only :)
 
Entah di manalah agaknya dakwah Islamiah yang kerap balaci Pas gebang kononnya dah berjaya melembutkan hati non muslim pro PR kepada Islam.

Yang nampak sangat sejak dulu hingga kini ialah disebabkan dakyah sesat dan sikap jahil murakkab pemimpin Pas yang terbukti gagal menunjuk ajar perkara yang betul pada DAP, hasilnya macam yang kita sedang lihat sekarang inilah.

Maruah orang Melayu Islam semacam hanya dipandang sebelah mata hanya layak setaraf debu kotor yang melekat di kasut saja.
Surau pula dah jadi tempat lepak tanpa aurat di tutup.

Dahlah madrasah di Kedah hendak di robohkan dan tanah wakafnya nak di ambil demi kepentingan membangunkan supermarket, di surau Kampung Kerinchi pula kasut amoi pro PR mengotori ruang solat dan peha putih menodai kesucian Rumah Allah. Parah sungguh.

Sia-sia Pas melaungkan Islam sambil mengepau duit rakyat mengisi tabung dan dana itu ini, tapi dakwah sesama PR sendiri pun gagal dilaksanakan. Sekarang, tak pasal-pasal, Khalid Kasut pun turut sama jadi kurang ajar dan tak beradab selepas terikut dengan tabiat buruk pemimpin DAP.

Kasut letaknya di kaki, takdir kaki pula fungsinya untuk berdiri dan memijak. Penulis menyerulah pada sekalian orang Melayu Islam, cuba-cubalah renungkan petunjuk yang Allah s.w.t dah zahirkan ini.

Kalau sekarang ini taraf rakyat hanya di celah tapak kasut pemimpin PR, jangan duk peliklah jika mereka menang PRU 13 kelak mungkin ada antara kita yang makan nasi berlaukkan kulit kasut ataupun entah-entah ada kaki yang bakal memijak kepala. Tak ke haru dibuatnya...

Sumber: Klik sini

2 comments:

Anonymous said...

Jgn cerita pasal PAS ler...
Parti tu dah karut dan sesat..
Lebih sesat dari ajaran Ayah Pin

Mana ada Ulama PAS yg berani menegur perbuatan kroni2 mereka..aci kerat jari...

Kalau ada pun hanya akan cakap itu pandangan peribadi mereka...
Islam korok tok dia...

Kalau dah bergelumang dgn najis politik, hilang habis islam tu...hanya pada kulit jer...isi tadak....

PAS mmg munafik dari dulu sampai sekarang...siapa yg undi PAS sah masuk NELAKA ooooooooo

Anonymous said...

Woi korang terlupa dengan beberapa gelarang lagi : 1. Najib 1 Malaysia 2. Azizah sarung [ sarung tangan ] 3. Anuar spender 4. Azmin Saham 5. Guan Eng [ eng! eng! macam anjing menyalak aje ]masjid 5. Ni ajis malay reserve. Mcm sempol ta cadangan aku.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!