Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, March 21, 2012

BILA SEBUAH KERAJAAN HALAU RAKYAT DARI RUMAH MEREKA...APA AKAN JADI?

Waktu nak dapat undi bukan main lagi berjanji bulan bintang.

Waktu baru dapat kuasa bukan main lagi istihar mereka adalah kerajaan kebajikan.

Kemudian gugurkan matlamat perjuangan islam dan tukar kepada membangun negara kebajikan.

Kini itu semua hanyalah pembohongan semata-mata.

Keratan akhbar diatas menunjukkan kenyataan seorang Exco Selangor dari parti Pas yang diberi tanggungjawab menjaga portfolio perumahan dengan begitu angkuh mengeluarkan arahan agar penyewa-penyewa perumahan awam rakyat di Selangor membayar tunggakan sewa atau dihalau keluar dari rumah yang mereka tinggal sekarang.

Dimanakah janji-janji kebajikan yang dilaungkan selama ini ?

Semasa ‘kerajaan zalim ‘ BN memerintah Selangor, penyewa-penyewa yang mempunyai tunggakan tidak pernah dihalau keluar dari rumah yang mereka sewa. Malah jika ada antara mereka yang mempunyai masalah kewangan yang teruk , sewa untuk mereka dimansuhkan.

Begitu juga dalam soal pemindahan setinggan yang sering Pas katakan BN zalim, yahudi, zionis dan sebagainya. Setiap mereka yang rumah setinggannya dirobohkan akan digantikan dengan rumah baru yang lebih selesa dan tersusun. Bukan setakat generasi pertama sahaja yang menerimanya , generasi kedua pun turut menerimanya.

Sekarang terbukti siapa yang zalim, yahudi dan zionis yang nak menghalau rakyat yang tidak mampu membayar sewa keluar dari rumah yang mereka diami.

Khalid Ibrahim berbangga dengan jumlah simpanan Kerajaan Selangor yang mencecah RM 1.9bilion, tapi nak tolong rakyat yang tak mampu bayar sewa rumah pun tak mampu.

Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!