Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, February 21, 2012

SURAT PANASSS..!!! MENGAPA MALAYSIAKINI TAK SIARKAN SURAT INI..?


Menurut sahabat saya di sini, surat ini tidak disiarkan oleh editorial Malaysiakini.com. Tema yang digunakan Malaysiakini ialah "News and Views That Matters", tapi kenapa "views" ni tak disiarkan? Macam tu ke menyiarkan yang adil dan tak berat sebelah.

Jadi, memandangkan begitu, saya mengikut jejak langkah RBF untuk menyiarkan surat berkenaan di blog ini. Pembangkang sila baca (Tu pun kalau sanggup terima kebenaran la...heh!)



Assalamualaikum Dr. Maszlee

Saya ingin merujuk pada tulisan Dr. di Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/189406) yang bertarikh 17 Februari 2012. Dalam tulisan tersebut, Dr. membuat satu surat terbuka pada Datuk Maslan yang bertindak mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ Pakatan Rakyat. Tulisan Dr. nyata penuh dengan istilah-istilah besar demokrasi yang pasti dikagumi oleh orang yang membacanya. Jadi izinkan saya juga menulis satu surat terbuka pada anda. Tulisan saya bukan untuk menjawab bagi pihak Datuk Maslan, kerana saya yakin beliau lebih berkemampuan untuk menjawab atas kapasiti beliau sendiri. Cuma, tulisan saya ini adalah dasar terkilannya saya melihat corak penulisan Dr. sebagai seorang ahli akademik yang ternyata amat bias dan penuh dengan percanggahan fakta dan hujah.

Menurut anda, ‘Buku Jingga’ yang dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat merupakan sebahagian dari pengamal domokrasi yang adil dan tatakelola yang baik. Persoalannya adakah sesiapa yang menyekat Pakatan Rakyat dari menerbit dan menyebarkan ‘Buku Jingga’ mereka? Kalau ada sila kemulakan. Sekiranya Pakatan berhak menerbitkan ‘Buku Jingga’ apakah kita sebagai rakyat tidak berhak menolaknya, terutama apabila kita mengkaji isi kandungannya, kita merasakan ia satu idea propaganda yang lebih bersifat retorik dan tidak berpijak dibumi yang nyata? Apakah Datuk Ahmad Maslan tidak mempunyai hak sebagai salah seorang pengamal demokrasi untuk menolak ‘Buku Jingga’ bila beliau merasakan ia tidak lain merupakan satu propaganda murahan yang tidak praktikal untuk dilaksanakan? Dan apakah kita rakyat jelata tidak boleh mendengar pandangan yang tidak bersetuju dengan isi kandungan ‘Buku Jingga’ yang diutarakan oleh Datuk Maslan? Tindakkan Datuk Maslan membuang buku jingga hanyalah satu bentuk ekspresi untuk menguatkan hujah beliau bahawa kandungan dalam ‘Buku Jingga’ adalah ‘tidak boleh pakai’. Apakah mengkritik dan menolak ‘Buku Jingga’ bererti kita ini sudah tidak demokrasi dan menyekat kebebasan maklumat? Jadi nampaknya kebebasan maklumat yang dilaung-laungkan Dr. juga sekadar satu retorik yang pada pendapat saya bersikap bias terhadap usaha propaganda pembangkang.

Menurut Dr. lagi, “Di antara sine qua none (perkara yang mesti ada) bagi demokrasi ialah kebebasan maklumat serta ketelusan fakta.” Itu saya setuju. Tetapi bagaimana kita boleh mengetahui maklumat serta fakta itu telus sekiranya kita tidak dibenarkan untuk mengkritik maklumat tersebut. Apakah tindakan Datuk Maslan bukan termasuk dalam mengkritik maklumat yang terkandung dalam ‘Buku Jingga’? Apakah jaminan Dr. bahawa kandungan dalam ‘Buku Jingga’ itu betul-betul telus?

Seterusnya Dr. menulis, “Maka, berdasarkan prinsip ini, ‘Buku Jingga’ yang telah dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat sekaligus sebagai tawaran pihak Pakatan merupakan sebahagian daripada pengamalan demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik.” Persoalan saya ialah apakah kerana ia tawaran dari Pakatan, secara automatik ia menjadi pengamal demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik? Sepatutnya, demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik ialah setiap pihak diberikan peluang untuk mengemukakan tawaran mereka dan pihak lawan juga perlu diberikan peluang untuk mengkritik tawaran pihak lawan. Jadi saya ulangi, sila buktikan dimanakah Pakatan dihalang daripada mengemukakan tawaran ‘Buku Jingga’ mereka. Tunjukkanlah pada umum, bila dan dimana KDN menyekat penerbitan ‘Buku Jingga’. Jadi tindakan Datuk Maslan adalah semata-mata menjalankan demokrasi adil dan tatakelola yang baik, sedangkan Dr. sendirilah yang mencabulinya dengan tidak membenarkan pihak lawan menkritik ‘Buku Jingga’.

Perlu diingat bahawa Datuk Maslan adalah pembangkang bagi ‘Buku Jingga’ sepatutnya beliau mempunyai segala hak untuk melakukan apa yang dilakukan. Ini kerana tindakan beliau bukan atas kapasiti pihak berkecuali, sebaliknya sebagai pembangkang kepada ‘Buku Jingga’. Yang jeleknya ialah pihak yang sepatutnya berkecuali dan bertindak atas kapasiti pihak berkecuali (umpama seorang ahli akademik) tetapi melakukan perkara-perkara yang nyata bias terhadap kecenderungan peribadinya (saya tidak tujukan ini pada Dr., tapi secara umum). Mungkin alasan Dr. ialah tindakan membuang ‘Buku Jingga’ adalah tidak beradab, namun begitu, ia adalah tafsiran Dr. semata-mata sedangkan pada pendapat saya, ia adalah satu bentuk ekspresi yang sah, selagi ia tidak menjadikan peribadi individu sebagai sasaran.
Pesuruhjaya Pas Trengganu merangkap MP Kuala Trengganu sedang mencucuh api untuk membakar akhbar Utusan Malaysia

Arab Spring

Bakar Utusan Malaysia menghina demokrasi
Dr. seperti ada satu obsesi pada Arab Spring. Hakikatnya ialah Malaysia adalah amat jauh berbeza dengan sesetengah Negara Arab. Membandingkan Malaysia dengan Arab dan menjadikan Arab Spring sebagai ukuran ternyata merendahkan rakyat serta system yang wujud dinegara ini. Dr. ada menulis “Sistem yang tidak memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat maklumat yang tepat adalah sistem demokrasi yang tiruan (pseudo-democracy). Sistem seperti ini hanya meletakkan rakyat ditahap mentaliti yang rendah. Rejim yang berkuasa seakan-akan mengatakan bahawa pihak rejim sahajalah yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat, kerana rakyat masih tidak mampu berfikir. Sistem yang berat sebelah di mana sesebuah rejim menguasai semua maklumat dan tidak memberikan ruang yang adil kepada semua pihak yang bertanding merupakan politik dunia ketiga.” Sekiranya diteliti apa yang Dr. tulis, ternyata Dr. lah yang mempelopori budaya pseudo-democracy. Dr. seperti mengatakan Pakatan sahaja yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat melalui ‘Buku Jingga’ mereka sehinggakan orang yang mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ dianggap telah menolak kebebasan maklumat serta ketelusan fakta. Apakah Datuk Maslan tidak mempunyai ruang untuk beliau mengkritik dan mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ sehinggakan tindakkan beliau dianggap tidak beradab dan menyanggahi demokrasi? Bukankah tindakan Datuk Maslan itu semata-mata proses demokrasi untuk beliau menzahirkan pandangannya kepada rakyat supaya rakyat boleh membuat pilihan. Kita tidak pernah mendengar pun Datuk Maslan menghalang sesiapa dari membaca ‘Buku Jingga’ dan sebagai individu dalam sistem demokrasi, bukankah beliau mempunyai hak untuk menzahirkan pandangan beliau? Apakah itu pun dianggap salah menurut kaca mata demokrasi Dr.?

Perlu disedari bahawa bukan semua rakyat mempunyai peluang untuk mencapai maklumat dan bukan semua mempunyai pengetahuan untuk mencerna maklumat dan menentukan mana yang betul dan mana yang salah. Oleh itu menjadi tugas ahli politik dalam sistem demokrasi untuk menyampaikan pandangan serta idea mereka. Pihak pembangkang telah kehulu dan kehilir untuk mempropagandakan ‘Buku Jingga’. Bukankah kalau menurut pandangan Dr., rakyat sudah mampu berfikir dan mereka sepatutnya dibiarkan menilai sendiri tanpa campur tangan ahli politik? Kalau Dr. kata itu hak pembangkang untuk mempropagandakan ideologi mereka, maka persoalan saya kepada Dr. ialah apakah Datuk Maslan tidak mempunyai hak untuk mempropagandakan pandangan beliau yang tidak menyetujui ‘Buku Jingga’.

Demokrasi ala DAP , Pas dan PKR
Seterusnya, Dr. menulis “Walaupun mungkin ramai yang terpaksa tersenyum di hadapan Datuk ketika Datuk beraksi, yakinlah di dalam hati mereka, mereka rasa terhina.” Saya seperti terkejut melihat kenyataan sedemikian keluar dari seorang ahli akademik dalam pengajian Islam, sedangkan semua ahli agama tahu tentang hadith Usama Ibn Zaid r.a yang telah membunuh seorang yang mengucap dihadapan beliau sewaktu peperangan dengan anggapan beliau mengucapkannya kerana takut dibunuh. Apabila perkara tersebut dibawa pada Nabi S.A.W., maka Nabi S.A.W. mengatakan apakah anda sudah membelah hati beliau dan mengetahui apa yang tersirat. Saya biarkan bahagian ini untuk difikirkan pembaca lain, tetapi persoalannya ialah apakah kerana Datuk Maslan membuang ‘Buku Jingga’, Dr. sudah tahu ramai orang Felda yang akan terhina? Seolah-olah ‘Buku Jingga’ ini satu kitab yang tidak boleh dipertikaikan dan seolah-olah Dr. tahu ‘Buku Jingga’ ini diterima ramai warga Felda?

Sebagai akhir kata, dapat saya simpulkan, tulisan Dr. ternyata banyak sangat kecacatannya. Dr. menyeru kepada kebebasan maklumat, demokrasi adil dan tulen, tatakelola dan segala istilah-istilah besar demokrasi masakini, tapi Dr. sendiri menyanggahi prinsip-prinsip tersebut dalam tulisan Dr. sendiri. Dr. seolah-olah member gambaran yang bebas, adil, tatakelola dan segala istilah itu semua hanya hak mutlak Pakatan sedangkan pihak lain tidak mempunyai hak untuk mengkritik dan menolak persembahan Pakatan. Tulisan Dr. nyata amat bias terhadap pakatan. Mungkin itu adalah parti sokongan Dr. dan saya tidak mempunyai masalah terhadap kecenderungan Dr. Ini kerana dalam tulisan Dr. sendiri pun tidak menyatakan yang ia adalah satu tulisan yang tidak berpihak. Cuma fokus saya adalah pada tulisan itu sendiri yang ternyata bersikap “double standard” dan tidak bersikap adil kepada kedua-dua pihak, walaupun motto tulisan itu adalah tentang keadilan dan ketelusan maklumat. Cacatnya tulisan Dr. bukan kerana kecenderungan politik Dr., tetapi adalah kerana kelemahan hujah yang ternyata menyanggah apa yang Dr. sendiri sarankan.

Semoga kita semua diberikan petunjuk dan dijadikan orang yang benar-benar Adil oleh Allah S.W.T.

Sekian

Grand Marquis

Bila Kak Su Bersuara... Heh!