Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, February 21, 2012

PERHATIAN UNTUK SEMUA BLOGGERS KEDAH YANG PRO UMNO/BN..!!!


Baru-baru ni aku ada bertemu dengan Mc dan beberapa blogger pro-UMNO/BN Kedah. Aku dan team dia dah capai kata sepakat untuk gempur Pakatan Haram Kedah habis-habisan sampai depa kalah pilihanraya...

Dalam ertikata lain, kalau PRU13 ni depa bungkuih, kami akan pertahan Kedah. Kalau PRU13 ni depa menang lagi, kami akan terus menerus "haria" puak-puak tu...

So, mana-mana geng blogger Kedah yang join, sangat-sangat dialu-alukan. Aku dah senarai sebahagian blogger Kedah kat blog aku. So far dah ada 20 bloggers termasuk Flyingkick, Kedah Times, McTheory Team etc...

Ada yang aku tak kenai pun..tapi aku masukkan jugak. Mana-mana blogger yang belum tersenarai sila tinggalkan pesanan di ruangan komen. Kalau rasa tak mau join atau tak sudi nak join perjuangan ni...tak pa. Kami tak kecik hati dan boleh minta untuk dikeluarkan dari list..heh!

Pasal pemimpin UMNO Kedah nak marah aku ka..nak blacklist aku ka..nak kata apa kat aku ka..aku tolak ke tepi dulu. Tu tak berapa penting. Yang penting kena selamatkan Kedah dulu. Pemimpin tak ke mana dan boleh settle kemudian...heh!

So, aku mintak jasa baik dari semua pihak yang menyokong UMNO/BN sama ada dari golongan akar umbi hinggalah kepada pemimpin tak kira dari negeri mana (khususnya dari Kedah la..heh!) supaya merestui perjuangan kami ni...

Doakanlah kami dan semoga perjuangan kami diberkati Allah SWT sehingga ke akhirnya...Amin...

3 comments:

Anonymous said...

sebagai cybertrooper yg berlidah pedas aku akan menyokong apa yg baik untuk kedah dan malaysia...

pejuang hamas...

Servant of God said...

Selamat berjuang, sahabat.

Aku sekadar tukang sorak.

Pakteh said...

satu usaha yg baik utk UMNO Kedah...
tahniah bro...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!