Wednesday, February 29, 2012

PANASSS..!!! BADRUL AMIN DIGESA LETAK JAWATAN JIKA TAK MAHU VIDEO AKSI DI HOTEL TERSEBAR..???!!!

Imej Badrulamin suatu ketika dahulu...

Sebelum Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan PM dahulu, Badrulamin dikenali sebagai seorang ustaz yang popular dengan rakaman zikir munajatnya yang mendayu-dayu. Zikir-zikirnya itu begitu menyentuh ramai pihak.

'Reformasi Badrulamin...dari berSERBAN..kini berCAP...heh! Anwar la yang ajar tu..!

Namun, setelah Anwar dipecat dan Badrulamin seolah-olah telah "berbai'ah" untuk menyokong Anwar tak kira dalam apa jua keadaan, dia dilihat seolah-olah hilang arah. Bagai orang tak tentu hala...

Sebelum ini, dia mencetus kontroversi mengandaikan Anwar sebagai "Imam Mahdi". Agaknya mungkin Anwar dah desperate sangat kot sampai pergunakan ketaksuban Badrulamin padanya...

"Imam Mahdi"? Heh?

Namun baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden dia dikatakan ditangkap khalwat dengan isteri orang oleh JAIP. Sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan aku sebab pemimpin yang memilih Anwar selalunya mempunyai "tabi'at" yang sangat mirip pada peliwat itu...

Aku malas nak tunjuk gambar yang nampak muka pompuan tu..heh!

Badrulamin kata, dia dipukul oleh 20 orang samseng, termasuk suami wanita tersebut. Akibatnya, dia mendakwa bahagian bawah cuping telinganya sedikit lebam. Hebat betul silat Badrulamin, dipukul 20 orang samseng pun hanya dapat lebam sikit je..heh!

Menurut sumber yang aku terima dari hotel tempat pasangan itu didakwa berkhalwat, Swiss Garden, tak ada seorang pun staff yang nampak 20 orang samseng masuk ke hotel tu ketika masa kejadian.

Mungkin staff hotel tu 'buta' kot? Atau depa tidur? Tapi setahu aku, datanglah pukul berapa pun, jarang sangat la staff hotel yang ada nama macam Swiss Garden tu nak tidur masa bertugas walaupun di waktu malam.


Namun, aku difahamkan bahawa VIDEO RAKAMAN BADRUL AMIN DIPUKUL DAN "MEMUKUL" tu telah berada ditangan satu pihak! Tapi, khabarnya pihak tu belum mahu siarkan video tersebut buat masa ini kerana enggan memalukan Badrulamin, khususnya keluarga dan sanak saudaranya.

Namun, rakaman video cctv yang dipercayai bersumber dari hotel tersebut dikatakan sangat 'berbisa' sehingga boleh menjejaskan reputasi Badrulamin sebagai 'tokoh ustaz PKR' untuk seumur hidup. Ishhhh..! Seram aku aiiiihhhh..!!!

Juga aku difahamkan oleh sumber bahawa dia berniat mahu melihat Badrulamin meletakkan semua jawatannya di dalam dunia politik dan bertaubat dari segala dosa dan kekeliruan yang pernah dia timbulkan, khususnya ketaksuban Badrulamin terhadap Anwar.

Aku tak tahulah, tapi itu yang disampaikan oleh sumber aku.

Jadi macamana ni Badrulamin? Bukan la aku sokong sangat cara nak letak jawatan begini. Tapi, pada aku sebaik-baiknya Badrulamin fikirkan soal maruah dan masa depan keluarga serta sanak saudaranya...

Badrulamin ada 2 isteri, kan? Ada anak-anak, kan? Takkan la nak aibkan anak isteri pulak? Mana depa nak letak muka kalau video tu tersebar? Jangan la biarkan sanak saudara di Tawau tu malu lagi. Depa kat sana dah cukup malu dah selama ni dengan perangai Badrulamin. Kasihanilah mereka...

Ingat la pada Allah SWT..pada anak isteri tu wahai Badrulamin...

Tapi, ikut sukalah. Nak letak jawatan atau tidak, terserah. Tapi, kalau Bill Clinton yang "kantoi" dengan Monica Lewinski pun letak jawatan kerana maruah. Diingatkan, Clinton tu Presiden US yang kafir. CSL pun letak jawatan jugak lepas kantoi dengan video...heh!

Agak menghairankan juga kalau Badrulamin seorang Islam pulak yang takde maruah untuk tidak meletak jawatan lepas 'kantoi'..heh! Sebaiknya, letaklah jawatan secara terhormat. Usahlah malukan Anwar lagi. Anwar dah cukup malu dah tu...heh!

1 comment:

Anonymous said...

kesian..madah xlaku..syok sendiri

Bila Kak Su Bersuara... Heh!