Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, February 3, 2012

PANASS..!!! ORANG LAIN DAH LAMA SEDAR..TAPI ADA LAGI YANG SOKONG MAMAT NI...???!!!


Pendirian Anwar tentang Yahudi Israel sangat jelas. Pendedahan hubungannya dengan tokoh-tokoh dan proksi-proksi yahudi di Amerika telah lama dibuat. Dan kehadiran Al Gore untuk “menghina” kedaulatan negara di bumi bertuah ini suatu ketika adalah klimaks kepada pembuktian siapa yahudi di hati Anwar.

Terbaru, inilah kenyataan Anwar di Wall Street Journal;

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”

Itu adalah kenyataan yang sangat jelas akan pendiriannya sehingga kini. Dan apakah itu tidak bermaksud dia menyokong penubuhan negara Israel?

Malangnya, ramai pengikutnya yang lebih percaya kepada kata-katanya apabila menafikan apa yang dia sendiri katakan di Wall Street Journal, satu entiti media yang sudah tentu bukan milik UMNO mahupun BN. Ini membuktikan bahawa penyokongnya gagal berfikir secara rasional, dan percayakan bulat-bulat kata-kata Anwar Ibrahim.

Ini bijaknya permainan politik Anwar. Pertama, dia mendapat kredit dari kenyataannya itu, apatah lagi dilafazkan di media antarabangsa yang sememangnya milik Yahudi. Ia akan membuatkan sokongan yahudi akan bertambah terhadapnya, yang mungkin memberi manfaat dari sudut tekanan politik kepada Malaysia, ataupun bantuan kewangan kepada cita-cita politiknya.

Dan penafian yang dibuat ke atas kenyataan yang serupa di Malaysia pula telah meletakkan para penyokongnya di tahap paling bawah dalam piramid kebolehan otak berfikir.

Tentunya penyokong Anwar menggunakan penafian ini sebagai hujah terbaik bagi menentang apa yang ditulis oleh Wall Street Journal. Apakah media tersebut berbohong? Maka, cabarlah Anwar, yang terkenal dengan gempak politik saman menyaman, melakukan perkara yang digemari itu (selepas liwat) terhadap Wall Street Journal.

Dari satu sudut yang lain, apa yang berlaku ini adalah bukti nyata tentang keperibadian unggul yang ada pada Anwar; si putar alam.

Benarlah kata Sdr Zahid Mat Arip, bekas PKR, yang mengatakan Anwar berbohong pada setiap kali dia membuka mulutnya untuk berbicara! Kata Woo Chee Keong, ahli parlimen Wangsa Maju, penipuan sudah sebati dengan Anwar! Itu belum diambil kira kata-kata dari Zul Nordin, Zahrain dan ramai lagi bekas PKR yang kenal benar dengan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Itu kata-kata dari mereka yang rapat dengan Anwar.

Malangnya ramai pula yang tidak mengenali Anwar berkata seolah-olah lebih kenal dari mereka-mereka ini!


Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!