Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, February 3, 2012

KOMEN PALING PANASSSS MINGGU INI..!!! RENUNGAN SEBELUM SOLAT JUMAAT...


Assalamualaikum semua...

Aku terbaca komen seorang Anon Tidak Bernama ni di sebuah blog. Aku agak tertarik dengan komen yang diberikan mengenai gerakan Hasan Ali dan rakan-rakannya...

Cuba baca komen tersebut di bawah sampai habis dan apa pendapat anda?

1.Jiwa kami kosong,jiwa kami lembut, kami jauh tersesat kerana dunia.

2.Kami memerlukan IMR..IMR adalah jalan untuk kami bahagia dunia dan akhirat.

3.Siapa boleh bantu kami??PAS adalah parti check and balance kerajaan UMNO ketika dahulu dari aspek agama dan kerohanian.

4.sekarang macam mana???adakah mereka didalam PAS lebih sesat dari UMNO???

5.Biarlah UMNO memerintah.Kita hidupkan Jati dengan teras IMR dan pilihkan imej dan dasar PAS.Biarlah PAS tidak duduk dalam pakatan, biarlah PAS tidak perintah negara asalkan jangan jiwa kami kosong.asalakan jangan kami jauh dari IMR tanpa ada check and balance seperti ketika zaman kegemilangan pembangkang PAS.

6.Melalui JATi dengan teras IMR pulihkan PAS sebagai parti tonggak Agama Islam,melayu dan Raja.

7.Kuatkan saf dan naikan martabat.apabila kuat kita demand UNDI antara UMNO dengan PAS memerintah negara tak kira siapa harus bertunjangkan IMR..

8.Kami tidak mahu generasi kami terus kosong hingga kiamat kerana kecelaruan politik sehingga agama islam,melayu dan raja di pinggirkan tidak kira UMNO mahupun PAS.

9.PKR dan DAP memang terang boleh menghancurkan negara hanya kerana mengejar tampuk kuasa pemerintahan.ini bahaya bagi kita yang beragama islam dan berbangsa melayu.

10.IMR..IMR..IMR..jangan biarkan seluruh umat jiwa kosong..semakin jauh semakin liberal..

11.Aku rasa inilah yang ramai mencari---suntikan emosi bagi kembalikan kita kejalan yang lebih diredai Allah.

12.Sehingga setakat ini dan yang terkini hanya sebahagian UMNO,sebahagian PAS dan mungkin gerakan JATI ini akan dapat memulihkan imej Islam,melayu dan Raja..

13.kembalilah..tidak kira UMNO,PAS dan sebahagian PKR mengerakkan JATI demi IMR..buanglah ketaksuban POLITIK demi IMR untuk generasi akan datang.

14.UMNO juga kini dilihat terpaksa mengikut rentak PKR sehingga boleh membawa kita semakin jauh dan kosong.PAS tidak lagi mampu menjadi check and balance untuk kerajaan dalam aspek kerohanian dan Islam,melayu dan raja..PKR mengheret lagi jauh dan sesat..

15.bantulah kami dan percaya ramai yang memerlukan pengisian kedalam JIWA.kami benar-benar kosong dan kecewa dengan situasi politik kini yang menejaskan keharmonian agama,bangsa dan nagara.

16.kami yang sentiasa menyokong perkara yang baik demi IMR dan membanteras gejala kerosakan.Kami yang berkecuali,diatas pagar, mungkin pejuang-pejuang dasar-dasar Islam didalam PAS, dasar-dasar bangsa didalam UMNO dan keadilan didalam PKR amat memerlukan jalan tengah menyalakan api obor kebangkitan institusi Agama,Bangsa dan Negara demi untuk tidak terus tersesat jauh sehingga kami mati kelak atau kimat tiba.

17.sesungguhnya kami amat takut, sesunguhnya dari riak muka Dr.Hassan ali adalah ketakutan dibalik keberanian..semunya demi IMR..mungkin pengorbanan nyawa,maruah,penghinaaan boleh menjadi galang gantinya.

18.Mohon pada Allah semoga ini dijauhkan dan dipermudahkan demi Agamanya, bangsanya dan tampuk pemerintahanya.

19.Doakanlah..

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa



Dedicated by Duke...

4 comments:

Aliffnajmi said...

Setuju.
Perlu ada check n balance bukannya perebutan n gila kuasa.

Anonymous said...

Setuju,baik UMNO atau PAS apa saja IMR first.Tiada pilihan lagi.Gelombang JATI mesti di sokong harap PERKASA dapat bersama sama.Demi IMR korbankan jiwa raga.FISABILILLAH.

Anonymous said...

SETUJU,baik UMNO atau PAS semestinya IMR first.Tiada pilihan lagi.Sokongan penuh tanpa berbelah bagi kepada gelombang JATI dan mengharap PERKASA dapat bersama-sama.BANGSA MELAYU MESTI BERSATU MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN INSTITUISI RAJA RAJA MELAYU.KORBANKAN JIWA RAGA DEMI IMR.FISABILILLAH!

Anonymous said...

Kita tak mau Kerajaan sekarang dan Kerajaan PR..Kita mahu satu saf baru menerajui negara..Islam memayung semua umat dan agama..Siapa lead kita akan ikut...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!