Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, February 8, 2012

KHALID LAGI TERER DARI GUAN ENG SEBAB BAWA MASUK RM1.9 BILION MASUK SELANGOR..!!!


Khalid Ibrahim dah berbunyi balik. Sebelum cerita Anwar Ibrahim MEMAKSA Yayasan Selangor menyediakan RM300 juta untuknya bagi tujuan peribadi dan aktiviti politik PKR, Khalid Ibrahim perlu terlebih dahulu bercerita tentang ‘kejayaan’ Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor bergaji seringgit. Maka, diuar-uarkanlah cerita tentang simpanan tunai kerajaan negeri Selangor sekarang yang kononnya sudah mencecah RM1.9 bilion berbanding RM1.2 bilion tempoh yang sama tahun lepas. Dan selepas itu, tentera-tentera Pakatan pun mulai menepuk gendang, meuwar-uwarkan betapa hebatnya kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor sehingga simpanan tunai meningkat begitu banyak sekali, ‘hasil pengurusan’ yang sangat baik, telus dan agung.

Datang dari mana simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor itu? Adakah datangnya dari langit? Atau Khalid Ibrahim telah menemui harta karun yang tertanam dalam perut bumi negeri Selangor?

Sama seperti negeri-negeri yang lain, sumber-sumber tunai Selangor datangnya dari cukai, hasil bukan cukai. Tetapi sedikit berbeza dengan pentadbiran negeri-negeri lain, Selangor ada KELEBIHANNYA iaitu kepandaian Khalid Ibrahim menipu dan memutarbelitkan fakta.


Selepas mengumumkan sekian banyak program untuk rakyat seperti TAWAS, Air Percuma, Tabung Anak Selangor, Mesra Usia Emas, Tabung Anak Masuk Universiti dan sebagainya, berkompang sakan para jurugendang Pakatan tentang kejayaan Khalid Ibrahim menguruskan kewangan negeri. Padahal semua rakyat Selangor tahu, semua program yang dicanangkan itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah cerita kosong, Trik dan helahnya mudah, kumpulkan dua tiga orang yang dikatakan dibantu dengan program-program khayalan tersebut, kemudian ambil gambar, masukkan ke dalam media-media milik atau condong kepada Pakatan, selepas itu buatlah pengumuman tentang program berkenaan. Sedangkan apa yang berlaku ialah, setakat itu sahajalah program yang kononnya berkebajikan sangat untuk rakyat Selangor.

Itulah juga yang berlaku dalam hal AIR PERCUMA. Kalau ditanya kepada kebanyakan rakyat Selangor, terutama sekali yang berkeluarga besar, adakah air percuma itu membantu mengurangkan perbelanjaan mereka atau tidak, jawapannya sudah pasti, bil air yang perlu dibayar sekarang berbanding sebelum Selangor diambilalih oleh Pakatan Rakyat berkali-kali ganda tingginya. Sebabnya, AIR PERCUMA yang diberikan hanyalah helah untuk mengaburi pemikiran rakyat Selangor sedangkan bayaran untuk meter padu selepas 20 meter padu berharga lebih tinggi kerana ‘kebijaksanaan’ Khalid Ibrahim mentadbir Selangor.

Begitu juga dengan penjualan serta perobohan hartanah milik Yayasan Selangor dan PKNS serta ‘kerugian’ PKPS serta KDEB yang menyebabkan ratusan juta ringgit hilang begitu sahaja. Gelembong dan penipuan tentang simpanan tunai yang kononnya lebih banyak sekarang ini, tidak lain dan tidak bukan hanyalah permainan silap mata yang serba memalukan serta menghina tahap keintelektualan rakyat Selangor.

Rakyat Selangor sedar tentang ketidakmampuan Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor. Walaupun pelbagai gambaran hebat diberikan kepada batang tubuh Anwar Ibrahim, sesuatu yang sangat pasti ialah sepanjang Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, tidak ada satu pun pelaburan dibawa masuk, sebaliknya aset-aset negeri pula dijual oleh PKR dan Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku kepada Yayasan Selangor, PKNS, KDEB dan sebagainya terserlah di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Tidak ada satu pun laporan kewangan yang baik distatuskan oleh Ketua Audit Negara kepada entiti-entiti kerajaan negeri. Sebaliknya seperti KDEB dan PKNS, Ketua Audit Negara dalam laporannya memperkatakan tentang kerugian dan ketidakcekapan pengurusan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Begitu juga dengan Yayasan Selangor serta Yayasan Basmi Kemiskinan yang bukan sahaja cuba diranapkan serta objektif penubuhan entiti tersebut dilupuskan, bahkan segala aset mereka turut dirompak dan dijual oleh kerajaan Khalid Ibrahim dengan rakus.

Satu persoalan tentang simpanan lebihan tunai RM1.9 bilion seperti yang didakwa oleh Khalid Ibrahim, mengapa agaknya dalam keadaan negeri mempunyai simpanan tunai yang cukup banyak, bangunan asrama Yayasan Selangor, bangunan-bangunan milik Yayasan Selangor di sekitar Kuala Lumpur dan tanah Yayasan Selangor dijual kepada para pemaju hartanah?


Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!