Wednesday, February 8, 2012

KEADAAN TERKINI LANDSKAP POLITIK UMNO KEDAH...?




Hari ni sepetang aku bersama seorang tokoh pemimpin politik Kedah. Haaaa...jangan salah faham. Beliau takdak jawatan apa-apa pun dalam Kedah, tapi pengalaman dan pengetahuannya cukup luas pasal politik Kedah...

Tapi, biarlah aku rahsiakan siapa beliau yang aku maksudkan...

Dan aku rasa, biarlah aku rahsiakan dulu butiran perbincangan kami tadi. Tapi, aku bagitau la hint-hint dulu sikit...kami banyak berbincang pasal politik Kedah dan senario terkini di sana...

InsyaAllah, aku akan reveal sedikit demi sedikit pati perbincangan kami dari masa ke semasa untuk dikongsi bersama...

Dan suka juga aku nak bagitau bahawa mungkin kini aku di KL, tapi rasanya aku tak pernah ketinggalan keretapi mengenai isu-isu dan keadaan politik terkini di Kedah...

Cuma, pada aku, aku tidak hanya bergantung kepada satu sumber sahaja dan tidak mudah tertipu dengan "political surface" yang cuba disogokkan pada aku.

Aku lebih gemar melihat, mendengar dan memahami rakyat berbanding membiarkan aku tertipu dengan gambaran yang cuba diberikan..

Aku bukannya bodoh untuk tidak tahu menilai sesuatu yang genuine atau yang fake atau dibuat-buat. Zahir tidak mencerminkan segalanya...

Justeru, pada aku, adalah lebih adil untuk aku membuat analisis melalui tinjauan aku dari kedua-dua belah pihak sama ada pemimpin sendiri mahupun rakyat yang bakal mengundi nanti...

Perlu diberi perhatian ialah program, aktiviti, gerak kerja dan corak pendekatan yang dibuat sama ada memberi kesan atau sekadar syok sendiri kepada jiwa rakyat...

Rakyat Kedah ni unik sikit corak pemikirannya dan begitu juga landskap politiknya yang agak sukar difahami berbanding corak "straight forward" di sesetengah negeri...

Jadi, jangan cepat buat conclusion itu dan ini sebelum benar-benar faham atau kita akan malu sendiri berdepan dengan politik Kedah...heh!


Dedicated by Duke...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!