Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, February 4, 2012

GEMPARRR..!!! POK NIK BERGADUH DENGAN HADI KE..???!!!

hadi karpal pok nik

Baru-baru ni, media Bernama melaporkan bahawa Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa dia ada rahsia untuk diberitahu. Saya fikir, ada rahsia besar yang mahu didedahkan…

“Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh PAS Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini,” kata Nik Aziz selamba.

Cheh! Itu saja rahsianya? Itu bukan rahsia..!!! Itu satu dunia dah tahu bahawa Nik Aziz Nik Mat akan bertanding PRU dan pegang jawatan sehingga dia meninggal dunia. Macam tu pun dikategorikan sebagai rahsia ke?

Selain itu, dia turut memberi komen tentang Presiden PAS, Hadi Awang yang dilaporkan enggan lagi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN)…

“Adalah masalah dia…” katanya sambil menegaskan bahawa dia tidak mampu buat apa-apa berhubung hasrat Presiden PAS itu.

Heh! Lain macam saja bunyinya! Kalau Nik Aziz tak mahu bertanding PRU, ramai yang membantah kononnya. Tapi kalau Hadi yang tak mahu bertanding, puak-puak PAS buat tak tahu je?

Amboi! Sayang benar puak-puak PAS pada Nik Aziz? Hadi pulak tidak disayangi ke? Atau Nik Aziz cuba berkias menyatakan dia lebih popular berbanding Hadi?

Nampaknya, sikap riak, ujub, takbur dan angkuh sudah sebati dengan Nik Aziz pada peringkat ini. Nik Aziz langsung tak beri muka pada Hadi Awang dalam hal ini. Hebat sangat ke Nik Aziz?

Sebetulnya, jika difikirkan secara rasional, Nik Aziz Nik Mat sudah lama patut letak jawatan. Dia sudah tak relevan, uzur, lebih banyak merepek dari menyatakan kebenaran dan tak mampu mentadbir dengan baik.

Nik Aziz tak relevan sebab dia sudah ketinggalan zaman. Islam yang telah lama maju ke hadapan pun sudah lama meninggalkan Nik Aziz. Islam sudah iktiraf rakaman video sebagai bukti, tapi tidak Nik Aziz!

Sudah banyak kali Nik Aziz keluar masuk hospital. Dulu pejabatnya di tingkat tiga, tapi pasal Nik Aziz selalu uzur, pejabatnya dipindahkan ke tingkat bawah. Khabarnya lagi, nak kawal kencing pun dah tak mampu sekarang. Muntah darah tu tak payah cakap lah…

Islam “halalkan” berkawan dengan syaitan? Mazhab mana yang Nik Aziz belajar ni? Mazhab Al-Juburi ke? Kalau mazhab Al-Juburi tu, main belakang pun dia halalkan! Udah-udah la merepek tu Nik Aziz oiii…!!!

Nik Aziz mentadbir dengan baik? Heh! Kalau Nik Aziz mentadbir dengan baik, dah tentu Kelantan dah jadi negeri terkaya dalam Malaysia ni. Rasulullah SAW dulu berjaya mengembangkan Madinah Al-Munawwarah sehingga dikenali di seluruh pelosok dunia. Kelantan? Buat malu je kalau cakap pun…

Nik Aziz memang tak gentleman. Dia tidak seperti Tun M.

Ketika Tun M nak letak jawatan dulu, bukan setakat pemimpin atau orang UMNO, malah rakyat dan ramai pemimpin pembangkang yang merayu agar beliau menarik balik keputusan itu. Tapi Tun M tetap dengan pendiriannya.

Meskipun sebak ketika itu, saya sendiri terpaksa hormati keputusan Tun M. Kalau boleh, memang nak Tun M jadi PM sampai akhir hayat pun! Kalau Nik Aziz boleh buat, kenapa Tun M tak boleh, kan? Tapi, itulah…semuanya terpaksa tunduk dengan ke”gentleman”an Tun M!

Satu perkara saya nak sedarkan Nik Aziz. Jangan percaya sangat la orang PAS Kelantan yang tak kasi letak jawatan tu. Mereka bukan sayang sangat Nik Aziz pun. Mereka sebenarnya nak sangat Nik Aziz letak jawatan, tapi tak sampai hati dan takut nak kasi tahu.

Bukan apa, takut nanti tiket ke syurga tu ditarik balik. Tak pasal-pasal je free-free masuk neraka!


Sumber:

1 comment:

Lebai Malang said...

..sebenarnya dia sayang nak tinggalkan kerusi empok MB.kebetulan pula PAS Kelantan sebenarnya telah menjadikan Nik Aziz sebagai 'alat' untuk menarik sokongan kebanyakan pentaksub PAS...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!