Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, February 4, 2012

AMARAN..!!! ARTIKEL INI UNTUK MAHASISWA/SISWI SAHAJA..!!!


Entry kali ni aku tujukan khas buat adik-adik mahasiswa dan mahasiswi di zaman ini yang kononnya bijaksana, sangat pandai, sangat 'advance', hensem, jelita, cun, kacak, macho dan hebat dalam semua perkara sehingga tidak memerlukan undang-undang untuk mengawal mereka...

Dalam ceramah Datuk Dr. Hasan Ali di Jalan Kebun baru-baru ini, beliau mendedahkan bahawa dalam rush-rush yang beliau anjurkan bersama JAIS dan polis bagi membanteras maksiat di hotel-hotel, majoriti yang tertangkap dengan aksi tak senonoh tu ialah PELAJAR IPTA/IPTS.

Jadi, aku nak tanyalah. Apasal korang dan kengkawan korang teruk sangat sekarang ni?

Korang takde akhlak ke? Mak bapak korang tak ajar korang ke?

Korang sibuk hal politik, tapi daftar mengundi pun belum. Apa pun tak tahu, maklumat main ikut sedap kepala lutut, lepas tu nak cakap itu salah ini salah?

Belajar pun tonggang langgang, CGPA bawah 2.0 pun belambak! Ponteng kelas toksah cakap laaa..

Dari korang sibuk hal politik, lebih baik korang cermin diri korang dan selamatkan kawan-kawan korang tu...

Aku dulu pun masuk universiti jugak. Tapi kami dulu takde la seteruk korang!

Korang ni bukan takde otak, tapi takde akal untuk berfikir kot? Nak sedap, nak seronok je memanjang. Belajar la dik...kejar ilmu tu dulu. Sayyidina Ali RA dulu pun suruh kejar ilmu.

Err...korang tak belajar hadis ke dulu? Tak pernah jumpa hadis Rasulullah SAW suruh belajar sampai ke negeri China? Atau korang tak di"bayan" tentang hadis tu?

Harap korang jaga diri bebaik. Solat jangan tinggal. Ingat, kerja korang cari ilmu. Lepas habis belajar, gunakan ilmu tu untuk lawan Yahudi. Ada jugak faedahnya.

Jangan lupa, hentam sekali "agen Yahudi" yang nak lindung Israel baru-baru ni tu...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!