Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, January 17, 2012

TERKINI..!!! AKU DAH TAHU SIAPA PARASIT YANG DIMAKSUDKAN HASAN ALI SEMALAM..!!!



Semalam, aku diberitahu rakan bahawa Datuk Dr. Hasan Ali ada buat PC kat rumahnya di TTDI. Dan beliau ada cakap pasal PARASIT...korang tahu siapa yang dimaksudkan sebagai PARASIT tu?

Aku rasa, aku ada jawapannya dan aku yakin dengan jawapan aku.

Dalam PC tu, Hasan Ali tak dedahkan satu nama pun yang dimaksudkan sebagai PARASIT. Tapi...dia ada sebut bahawa DIA MEMANG TAK BOLEH BERSEKONGKOL DENGAN ANWAR..!!!

"Sebab itulah saya tak boleh bersekongkol dengan Anwar," tegasnya yang merujuk kepada kenyataan Anwar yang mahu hak LGBT diberikan di negara ini ketika di wawancara BBC di Mumbai baru-baru ini.

Lepas tu, Hasan Ali kata, beliau takkan masuk balik Pas selagi PARASIT tu masih berada dan mempengaruhi PAS. Dia kata, PARASIT tu ada di luar dan di dalam PAS.

Beliau membayangkan bahawa lebih banyak PARASIT di luar PAS (bukan PAS). Dan PARASIT di dalam PAS diletakkan di jawatan-jawatan strategik dalam parti tu sehingga berjaya meliberalkan perjuangan PAS yang sebenar.

Itu faktanya. Dan hanya mereka yang hadir PC tu saja yang faham isi penuh yang tersirat di sebalik kenyataan Hasan Ali yang penuh makna tu.

Merujuk kepada fakta itu, aku yakin bahawa apa yang dimaksudkan Hasan Ali sebagai PARASIT itu adalah ANWAR. Kalau tidak, takkanlah dia begitu nekad bantai Anwar sebelum dipecat dan selepas dipecat!

Seperkara lagi, masa PC tu, seorang wartawan ada tanya Hasan Ali sama ada benar bahawa PARASIT itu adalah Anwar? HASAN ALI LANGSUNG TAK NAFIKAN..!!! Cuma, beliau kata, soalan itu akan dijawab ketika roadshow yang akan diadakan nanti...

Itu lebih meyakinkan aku bahawa Anwar dan askar-askar Anwar yang telah lama menyusup masuk dalam PAS adalah merupakan PARASIT yang dimaksudkan Hasan Ali.

Jadi, tak payahlah Khalid Samad atau Rani nak cabar Hasan Ali suruh dedahkan identiti PARASIT tu. Dah jelas sangat bahawa PARASIT ITU ADALAH ANWAR IBRAHIM KETUANYA DAN KONCO-KONCONYA yang diletak di dalam PAS yang memiliki jawatan-jawatan strategik dalam parti tu!

No doubt! Sila rujuk transkrip penuh PC Hasan Ali semalam...

3 comments:

Anonymous said...

hassan ali sendiri yg PARASIT !

Anonymous said...

Sebenarnya ia telah terbongkar lama tetapi ramai yang tidak mempedulikannya. Cuna sekarang Dr Hasan kena pecat dan perhimpunan 901 baharu ia dihebohkan.

Kem PAS terbahagi dua, satu pro ulama satu lagu pro erdogan. geng erdoganlah sebenarnya parasit itu... berasal usul dari abim dan irc. mereka berkiblat kepada anwar.

lihat http://abatasa2.blogspot.com/2012/01/dr-hasan-ali-jadi-mangsa-racun.html

Anonymous said...

apa plak Dr. Hassan Ali parasit?? ko bengong ker? Orang2 fanatik PAS/PKR memang perangai macam ko nie. Suka sangat putar-belit fakta. Fikirlah PAS sudah terpesong dahhh..dah tak perjuangkan objektif asal penubuhan PAS. Sekarang dah jadi kuda tungangan PKR/DAP... tu ler yg Dr. Hassan terpaksa bersuara...fikir2kanlah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!