Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, January 14, 2012

SO...LIWAT SUKA SAMA SUKA LAH...UNDANG-UNDANG BENARKAN? BERMORAL KE..?

anwar-dna

Suka sama sukalah.

Itu yang pelik macam mana Hakim bebaskan Anwar hanya kerana ragu-ragu dengan bukti DNA itu tercemar atau tidaknya bila mana peguam bela Anwar sendiri kata perbuatan liwat itu memang berlaku tapi suka sama suka.

Bila Karpal kata liwat memang berlaku itu bermakna dia tidak dispute yang DNA asal air mani itu memang ada disitu.

Sebab itu penulis menanti dengan penuh minat penghakiman penuh yang akan dikeluarkan bila-bila masa dari sekarang sebab penulis yakin sangat bahawa penghakiman itu akan mendedahkan dengan lebih terperinci pendapat hakim dalam kes yang memakan masa 3 tahun ini.

Cakap pasal 3 tahun, ada sebab kenapa kebanyakan orang terkejut bila hakim baca hanya 3 perenggan penghakiman ringkas pada 9 Januari untuk membebaskan Anwar sebab biasanya penghakiman berkajang-kajang panjang.

Apatah lagi bila kes yang makan masa 3 tahun. Sepatutnya bukan berkajang tapi ber’padang-padang’ panjang.

Paling penting rakyat nak tahu sekarang ialah macam mana Hakim kata bukti itu sudah tercemar bila peguam belanya sendiri pun tak nafikan kredebiliti bukti itu semasa masih dalam dubor Saiul, yang dipertikaikan mereka ialah proses mengeluarkan bukti itu yang konon tidak mengikut standard antarabangsa.

Begitu juga dengan soal-soal lain yang dibangkitkan peguam bela seperti Anwar tidak ada keupayaan untuk meliwat kerana sakit tulang belakang dan sebagainya (tapi dalam masa sama Karpal kata liwat memang berlaku cuma suka sama suka).

Kita juga minat nak tau apa yang terdedah dalam tidak kurang 3 sesi perbicaraan tertutup yang dipohon peguam Anwar terutama bila Saiful beri keterangan tentang aksi-aksi intim yang berlaku pada 26 Jun 2008.

Tapi, sekarang soal ‘suka sama suka’ ini yang penting kerana jika benar hakim bersetuju dengan Karpal bahawa liwat suka sama suka itu berlaku, maka masih ada lagi Seksyen 377C Kanun Keseksaan dimana Anwar dan Saiful boleh didakwa secara bersama-sama kerana melakukan hubungan terlarang.

Nampak gayanya Anwar masih belum tidur lena juga lagilah, imej meliwat itu masih lagi terpalit kepada dirinya, tapi lebih teruk bila peguam bela dia sendiri pula cakap tu. Ini lagi bagus dari 2004 (sewaktu Anwar dibebaskan kali pertama dari tuduhan meliwat Azizan), kerana waktu itu hakim kata dia terlibat dalam kegiatan homoseksual, kali ini peguam dia sendiri cakap, main-main tu?


Sumber: Klik sini

2 comments:

Anonymous said...

Seksyen 377C Kanun Keseksaan dimana Anwar dan Saiful boleh didakwa secara bersama-sama kerana melakukan hubungan terlarang.


CANTIKK....!!
jazakallahi kathiran


anti-seksualiti merdeka

pukimaq said...

Aku pun suka liwat suka sama suka. Suka hati aku la nak meliwat.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!