Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, January 31, 2012

PARASITTT..!!! SIAPA LEBIH MEMALUKAN ANTARA KHALID GEREJA DAN HASAN ALI..?!!!

khalid gereja

Saya sekadar tersenyum lebar apabila Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan bahawa salah seorang “parasit” yang beliau maksudkan ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Sememangnya kenyataan beliau itu sudah dapat dijangka sejak awal bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membangkitkan soal ‘parasit’ yang perlu dinyahkan dari terus merosakkan parti itu.

Dan senyuman saya makin lebar apabila mendapat tahu tentang komen Khalid Samad seperti yang berikut…

“Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd,”

Nampaknya, Khalid Samad ni memang seorang yang tolol dan dungu. Dia faham maksud ‘parasit’ yang dikatakan Hasan Ali, tapi dia pura-pura tak faham.

Sebenarnya, tidak timbul tentang siapa tumpang siapa dalam hal ini. Memang benar sifat ‘parasit’ ialah menumpang dan kemudiaannya merosakkan perumah yang ditumpangnya itu. Kalau nak diikutkan, siapa masuk PAS tu semuanya ‘menumpang’. Tiada sesiapa yang ‘parasit’ di dalam PAS selagi ia tidak merosakkan PAS.

Persoalannya ialah siapa yang merosakkan PAS sebenarnya?

Hasan Ali sebelum ini boleh dikatakan pelopor PAS di Selangor. Sebelum Hasan Ali mengetuai PAS Selangor, PAS bagaikan hidup segan mati tak mahu’ di negeri itu. Dan paling nyata, PAS Selangor memang punya hubungan baik dengan kepimpinan UMNO. Maklumlah, kita semua kan bersaudara…

Setelah PAS dapat sedikit kuasa di Selangor, Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco mewakili PAS dalam kerajaan negeri cuba menyuarakan polisi PAS. Kalau polisi tu tak dapat dikuatkuasakan semua, sedikit pun jadilah. Malangnya, yang sedikit itu pun disekat dan dimatikan DAP dan PKR!

Itu yang menyebabkan Hasan Ali angin satu badan! Sudahlah PAS dibisukan, dilarang pula kuatkuasakan polisi dan perjuangan parti itu. Sikit pun tak boleh!

Salahkah Hasan Ali pertahankan akidah umat Islam?

Burukkah Hasan Ali rampas arak di kawasan Khalid Samad?

Berdosakah Hasan Ali pertahankan Institusi Raja-Raja Melayu?

Terkutukkah Hasan Ali mempertahankan kalimah “Allah” dari tercemar?

Bagaimanapula dengan Khalid Samad yang dilihat begitu terdesak menghentam Hasan Ali dan bertindak luar kewajaran umat Islam serta menentang setiap polisi yang menguntungkan umat Islam?

Dapat pahalakah Khalid Samad membenarkan kalimah ‘Allah” digunakan oleh kuffar?

Berjasakah Khalid Samad menyerahkan kembali arak yang dirampas?

Hebat sangatkah Khalid Samad melawat kilang arak dan gereja-gereja di seluruh Selangor?

Best sangatkah Khalid Samad menghalang JAIS mencegah gejala murtad di Selangor?

Semua persoalan itu akan memberi jawapan mutlak tentang siapa sebenarnya yang “parasit” di dalam PAS..!!!

Justeru, tidak perlulah Khalid Samad memalukan diri sendiri dengan menyatakan Hasan Ali yang “memalukan” tentang isu “parasit” ini. Sebenarnya, dia yang patut malu pada diri sendiri setelah “dibogelkan” begini!

Percayalah, dalam masa terdekat, Hasan Ali bakal “membogelkan” banyak lagi kekhilafan, penyelewengan, salahguna kuasa dan kepincangan yang akan membuktikan betapa teruknya DAP, PKR dan PAS Selangor.

Nantikan saja pendedahan-pendedahan terbaru yang akan disampaikan Hasan Ali di dalam ceramah-ceramahnya nanti…


Sumber: Klik Sini

1 comment:

Wake UP! said...

Tentunya si Khalid Gereja yang suka orang kafir guna nama Allah untuk pesongkan akidah umat Islam.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!