Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, January 29, 2012

PANASSS..!!! RAKYAT NSEMBILAN TAK REDHA AIR DIJUAL PADA SELANGOR, RAKYAT KEDAH REDHA JUAL AIR PADA GUAN ENG?

Kartun_Air_Selangor-

Penulis dimaklumkan majoriti rakyat Negeri Sembilan merasa kecewa dengan keputusan tergesa-gesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan akur dengan cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menjual air dari negeri tersebut kepada negeri Selangor.

Dari segi kemanusiannya, usaha MB Negeri Sembilan itu baik, tapi dari segi politiknya, ia adalah kerja sia-sia yang hanya menguntungkan PKR. Sudahlah berjaya memerintah Selangor melalui pakat-pakat setaraf pakat orang kahwin.

Jangan salah, ini tidak ada kena mengena langsung dengan dendam atau sakit hati penulis atau mana-mana rakyat NS dengan rakyat Selangor, sebaliknya ini berkenaan dengan cakap besar Menteri Besar negeri tersebut (yang juga merangkap Exco Agama) kononnya bekalan air di negeri itu masih boleh bertahan sehingga 2019.

Maka itu dengan bongkaknya Menteri Besar gagap ini menolak segala kerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah bekalan air yang dijangka meruncing pada 2014 nanti.

Bukan setakat bongkak, Khalid menghentikan projek penyaluran air dari Sungai Pahang ke Selangor yang sedang berjalan semata-mata untuk menunjukkan kuasanya.

Inilah masanya nak mengajar. Nanti elok-elok kita tolong dan selesaikan masalah, PKR akan dakwa itu adalah kerana usahanya, kerja kerasnya.

Penulis sarankan, baik SPAN, baik Negeri Sembilan, mengelaklah daripada membantu Selangor. Selangor ada kerajaan yang cukup ‘istimewa’. Dikala semua pihak kata bekalan air akan meruncing pada 2014, Menteri Besar Gagap kata bekalan cukup sehingga 2019.

Memetik kata Exco ratu pornonya Elizabeth Wong:-

Selangor juga mahu mempromosikan pemuliharaan air dan menggalakkan penggunaan yang bijaksana, kitar semula air, pengumpulan dan pemeprosesan air hujan, menurunkan kadar NRW dan meneroka sumber air alternatif.

Kerajaan Selangor tetap berpendirian bahawa isu air boleh diselesaikan jika semua pihak memberi tekanan kepada kerajaan Pusat untuk menyelesaikan proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air.Jika isu ini tidak diselesaikan terlebih dahulu, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat tidak dapat dilaksanakan.

Hebat, bijaksana dan dasyat ‘rancangan’ Khalid untuk menyelesaikan masalah air di Selangor tanpa memerlukan bantuan kerajaan pusat.

Seeloknya biar Khalid gagap uruskan masalah itu dengan sendiri. Biar dia bekerjasama dengan konsultan yang konon menasihatkan dia bahawa bekalan air di negeri tersebut cukup sehingga 2019.

Pendek kata biar dia selesaikan masalah itu sendiri tanpa bantuan sesiapa dan rakyat akan menilai siapa kuat kencing. Inilah masa nak tunjuk terer pun.

Tak cukup air nanti, biar Khalid jilat air kencingnya sendiri kerana cakap besar, sombong dan bongkak sehingga rakyat menjadi mangsa. Penulis walaupun suka melihat keadaan itu berlaku pada Khalid tapi tidak sampai hati melihat rakyat Selangor menderita.

Jadi masih belum terlewat dan terlambat, paling lewat tahun 2013 untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan BN. Insya Allah, kami akan selesaikan semua masalah, termasuk masalah sampah yang gagal diselesaikan Khalid sehingga kini.

Sumber: Klik Sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!