Wednesday, January 4, 2012

GEMPARRR SURAT KHABAR CHINA..!!! ANWAR BUNUH HUDUD DI MALAYSIA, APA KATA PAS..??? HEH..!!!

nanyang1

HALAMAN 3 akhbar Nanyang Siang Pau hari ini menjadi medan Anwar melepaskan geramnya kepada banyak pihak termasuk UMNO dan Raja Petra Kamarudin (RPK) – dipercayai antara interview eksklusif terakhir sebelum Anwar kembali menjadi warga Sungai Buloh.

Penulis sebenarnya tidak sampai hati nak menyatakan satu persatu apa yang dikatakan Anwar tapi percayalah, dia banyak merapu daripada memberikan fakta. Tapi yang nyata Anwar memberikan keyakinan kepada akhbar tersebut akan beberapa perkara, antaranya yang dia sudah bersedia masuk penjara dan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia walaupun Pakatan memerintah.

Penulis ‘reserved’ keyakinan Anwar yang pertama sehingga 9 Januari nanti dan menumpukan kepada ‘keyakinan’ yang kedua iaitu hudud dalam coretan kedua hari ini.

Tentunya pengakuan Anwar ini bakal mematahkan lagi hajat PAS untuk memanjangkan soal hudud ini sehingga menjadi undang-undang di Kelantan mahupun Malaysia. Sudah banyak digebang 2 ke 3 bulan kebelakangan ini yang PAS akan tetap melaksanakan hudud di Kelantan jika Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya (mintak jauh).

Rakyat yang mendapat tahu tentang temubual eksklusif Anwar ini sudah tentu akan tertanya-tanya, mana satu yang betul? Anwar punya atau Nik Aziz punya (cakap)? Yang penting ada di antara 2 ekor ini yang menipu, cuma nak ditentukan yang mana satu.

Mungkin Anwar ingat tidak ada orang Melayu yang membaca akhbar cina tapi disitulah Anwar silap. Generasi hari ini bukan tersekat oleh satu bahasa sahaja malah banyak bahasa juga. Bahkan sudah ada pepatah mengatakan “kalau nak tahu Anwar cakap betul tentang Melayu dan Islam dibawah Pakatan, bacalah akhbar cina”.

Kembali semula kepada temubual eksklusif tadi.

Penulis tidak langsung menipu ataupun berniat menipu pembaca. Dapatkanlah naskah NanYang Siang Pau hari ini daripada sesiapa yang diketahui ada membelinya dan selak sendiri laman 3 itu untuk memastikan kebenaran yang penulis katakan.

Kesimpulan penulis, Anwar tanpa sedar sebenarnya sedang ‘membunuh’ PAS dari dalam dengan tidak langsung membantu retorik politik mengenai hudud yang sedang hebat berlangsung sekarang.

Sejak ditentang oleh pihak dalamannya sendiri kerana menukar konsep negara Islam kepada negara Kebajikan, PAS cuba menipu pengikutnya dengan memberi harapan palsu yang hudud akan dilaksanakan (tapi di Kelantan sahaja) bila Pakatan Rakyat memerintah nanti.

Sepatutnya Anwar menyokong pembohongan ini tapi malangnya Anwar ada keutamaannya sendiri iaitu DAP. Justeru, tidak mungkin Anwar akan turut serta dalam isu mengenai hudud ini walaupun tahu ia hanya taktik PAS untuk membohongkan penganutnya sehingga pilihanraya umum akan datang selesai.


Sumber: klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!