Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, January 31, 2012

GEMPARRR..!!! KENYATAAN ANWAR LINDUNGI ISRAEL SELARI DENGAN PENDIRIAN HAMAS, GERAKAN ISLAM..???!!!

manuty

P. ANWAR Ibrahim sekarang kelihatannya begitu terdesak untuk mempertahankan diri dari komitmenntya untuk melindungi keselamatan Israel dalam satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang disiarkan pada Khamis.

Setelah cubaan mengaitkan kerajaan Malaysia gagal, P. Anwar dan balacinya cuba mengalihkan tumpuan kepada pihak-pihak lain pula.

Keadilan Daily baru-baru ini memetik kenyataan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. bahawa kenyataan P. Anwar itu adalah selari dengan pendirian Hamas dalam prinsip Penyelesaian Dua Negara

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Palestin-Israel adalah selari dengan Inisiatif Keamanan Arab, malah didokong gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas- sebuah gerakan yang mempelopori perjuangan rakyat Palestin.

Kenyataan Anwar, yang disiarkan oleh Wall Street Journal melalui satu wawancara 26 Januari lalu bagaimanapun diputarbelitkan media milik Umno, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau ditanya mengenai prinsip Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution yang turut dipersetujui Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Hamas pernah menyatakan kebarangkalian untuk melihat realiti kewujudan dua buah negara yang berasingan, tetapi pemimpin Hamas mahu memastikan Israel benar-benar jujur untuk mengiktiraf negara Palestin menurut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1967,"

Persoalannya sekarang, Hamas?

Macam mana Hamas yang melancarkan serangan roket hampir setiap hari ke kawasan yang dikuasai Israel boleh dikaitkan dengan cuba melindungi keselamatan Israel? Itu bukan setakat nampak tidak logik, malah juga tidak masuk akal sama sekali.

Kalau ya pun nak menipu, tengok-tengoklah sekeliling. Rakyat Malaysia hari ini bukan mudah diperbodohkan oleh Anwar, apatah lagi oleh balaci belaannya.

Ini sekarang siapa cuba putar belit siapa?

Kita persoalkan kenyataan P. Anwar untuk melindungi keselamatan Israel, bukan tentang komitmennya pada perjuangan Palestine. Adakah kami pertikaikan soal Anwar dan Palestine? Kalau ada sila tunjuk yang mana.

Lagipun toksah kelentonglah. Sila tunjuk dalam interview P. Anwar dengan The Wall Street Journal, mana dia ada disebut perkataan yang kemudiannya ditafsir sebagai Inisiatif Keamanan Arab, Two-State Solution? Itu baru tanya dimana wujud, kalau wujud sekalipun, di mana yang kita pertikaikan soal itu?

Inilah sebenarnya drama Anwar, maka itu layak dia diberi gelaran ‘P’ pada pangkal namanya. Kita dok pertikai lain, dia persoal lain


Sumber: Klik sini

3 comments:

Anonymous said...

Kalau selari mengapa Duta Phalestin mengeluarkan kenyataan berikut


......Sementara itu, Duta Palestin Abdelaziz Abughoush menganggap kenyataan Anwar sebagai "aneh dan pelik". "Kami terperanjat dan terkejut dengan kenyataan yang pelik di mana beliau menyokong keselamatan Israel," kata Duta Palestin ke Malaysia dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa Palestin adalah isu utama bagi semua umat Islam dan oleh itu ia adalah aneh dan pelik untuk mempunyai apa-apa kenyataan dari seorang pemimpin Islam Malaysia..........

Wake UP! said...

Semua tu pengkhianat kepada agama Islam.

Kendi said...

These articles are fantastic, The information you show us is interesting for everybody and is really good written, very informative. It’s just nice! continue posting. Thanks!

- Kendi of webdesign

Bila Kak Su Bersuara... Heh!