Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, January 30, 2012

GEMPARRR BERAPI..!!! SAIFUDDIN NASUTION JADIKAN KRISTIANISASI BAHAN JENAKA..???!!!

Tiada yang lebih malapetaka melainkan ada segolongan manusia yang mengaku beragama Islam, tetapi sikap dan tindakan mereka adalah memusuhi Islam. Lebih menjadi malapetaka lagi ialah apabila golongan itu menjadikan akidah umat Islam sebagai bahan jenaka dan bahan yang boleh ditertawakan.

Itulah yang ditunjukkan oleh Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR yang cuba menjadikan Islam dan umat Islam sebagai bahan jenaka murahannya. Semata-mata untuk menghalalkan perlantikan diri Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Saifuddin Nasution meremeh-remehkan usaha kristianisasi yang sedang berlangsung dan telah terbukti dilakukan oleh golongan ekstremis yang tidak pernah menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara itu.


PERKASA menerusi Presidennya, Ibrahim Ali memberi amaran, pengangkatan diri Khalid Ibrahim selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam akan menyaksikan kerja-kerja pengkristianan yang tersentak dengan tindakan berani Hasan Ali melakukan pendedahan dengan bantuan penguatkuasa JAIS Ogos lalu, akan bersambung semula. Kehadiran sebuah kapal mubaligh menambahkan lagi kebenaran berita tentang proses pengkristianan yang akan dilakukan secara besar-besaran ekoran pemecatan Hasan Ali.

Dengan kata lain, pemecatan Hasan Ali sebenarnya telah dilakukan secara terancang dan teliti bagi membolehkan musuh-musuh Islam bergerak bebas tanpa sebarang kongkongan.

Namun Saifuddin Nasution cuba menjadikan berita dan kebimbangan itu sebagai satu jenaka yang boleh digelak-gelakkan. Twitternya sudah cukup untuk membuktikan bagaimana orang politik yang paling banyak melompat parti itu tidak pernah memperkirakan tentang akidah umat Islam, sebaliknya hanya mementingkan tentang survival parti yang disertainya sahaja.

Kenyataannya bahawa peringatan yang dibuat oleh PERKASA bahawa pengangkatan diri oleh Khalid Ibrahim akan menyebabkan proses kristianisasi berleluasa di Selangor, merupakan PENDERHAKAAN kepada DYMM Sultan Selangor, sebenarnya tidak lebih daripada perlecehan yang sangat biadap.

Memperolok-olokkan kuasa DYMM Sultan Selangor bahkan semua sultan di Malaysia merupakan kegemaran dan hobi utama para pemimpin Pakatan Rakyat. Saifuddin sebenarnya mempersendakan DYMM Sultan Selangor. Mengetahui bahawa DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam di Selangor, Saifuddin Nasution sengaja menekankan tentang penderhakaan yang kononnya dilakukan oleh PERKASA.

Penderhakaan apakah yang dimaksudkan oleh PERKASA kalau diberitahu bahawa orang seperti Khalid Ibrahim hanya akan menambahkan lagi masalah umat Islam menerusi tindakan-tindakannya yang semberono terlebih meraikan golongan yang memusuhi Islam dan umatnya? Atau Saifuddin sebenarnya ingin memberitahu, kuasa apakah yang ada pada DYMM Sultan Selangor lagi setelah orang seperti Hasan Ali dipecat dan disingkirkan.

Dengan kata lain, Saifuddin Nasution sebenarnya mencabar kuasa DYMM Sultan Selangor yang merupakan Ketua Agama Islam di Selangor. Ejekannya kepada DYMM Sultan Selangor ialah DYMM Sultan Selangor tidak akan dapat berbuat apa-apa dengan kuasa baginda kerana Exco Agama Islam Selangor sekarang adalah milik Khalid Ibrahim. Dan Khalid Ibrahim pula tidak akan mengambil sebarang tindakan kepada projek kristianisasi yang sedang berlaku di Selangor secara bebas.

Buruk benar kelakuan yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung PKR itu. Mungkin berasa terlalu besar kepala kerana akhirnya PKR berjaya merampas jawatan Exco Hal Ehwal Islam yang menjamin industri lendir, arak, judi dan kristianisasi di Selangor, menjadikan Saifuddin Nasution tidak menggunakan otak untuk membuat tweet sebegitu rupa.

Dalam Islam dan dalam mana-mana budaya, peringatan dan memberi amaran merupakan sebahagian daripada rukun hidup yang berlangsung tanpa sekatan, tetapi dalam Pakatan Rakyat, peringatan dan memberi amaran terutama kepada kelompok sendiri tentang bahaya dari luar, dianggap sebagai satu ancaman kepada kelompok itu sendiri.

Kelompok sendiri yang dimaksudkan adalah kelompok masyarakat Melayu-Islam!

Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Semua ini demi politik bro ...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!