Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, January 27, 2012

EDISI BONGKARRR..!!! SALAHGUNA KUASA DI KULIM HI-TECH INDUSTRIAL PARK OLEH KRONI-KRONI PAS...!!!


Sebelum ni, aku diberitahu bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak berjaya tarik pelabur asing masuk melabur di Kedah sedangkan BN telah menyediakan prasarana industri lengkap bertaraf dunia di KHTP...

Mukhriz pun dah sahkan perkara ni dan memberitahu Kerajaan PAS Kedah seolah-olah lepas tangan dan tak berminat nak tarik pelabur masuk. KHTP nampaknya makin jahanam!!!

Aku juga terima emel dan fakta yang berhujah mengenai salahguna kuasa tok-tok lebai PAS yang manage KHTP. Korang baca sendiri dan nilaikan sendiri...

KEPINCANGAN KERAJAAN DALAM PENTADBIRAN KULIM HI-TECH PARK

Setelah memegang tampuk pemerintahan sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengambil alih pentadbiran Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dari Kerajaan Barisan Nasional (BN) secara rasmi pada bulan Ogos 2008.

Sebelum itu, mereka telah menghantar wakil mereka sebagai Pengarah Eksekutif pada Mei 2008.

Pengarah Eksekutif ini akhirnya telah dilantik menjadi Presiden oleh Ahli Lembaga Pengarah yang didominasi oleh PAS di bawah Pengerusi YB Datuk Hj Amiruddin Hamzah, dibantu oleh YB Gobalakrishnan dan pemimpin PAS dan PKR Kulim-Bandar Baharu pada Ogos 2008.

Tindakan pertama beliau ialah membawa masuk seorang kakitangan dari anak syarikat yang terbukti mempunyai penglibatan dalam rasuah dan manipulasi wang (money laundering) ke syarikat pengurusan KHTP iaitu Kulim Technology Park Corporation (KTPC).

Ini adalah tindakan yang amat dipersoalkan oleh semua kakitangan.

Tindakan kedua ialah membawa masuk seorang eksekutif bank menjadi Naib Presiden Kewangan KTPC. Ternyata tindakan ini juga mengundang persoalan kepada kakitangan KTPC. Beliau adalah ahli PAS juga.

Tindakan ketiga beliau ialah mengambil tindakan untuk menggantung Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) dan juga seorang Timbalan Pengurus Besar (DGM) KTPC tanpa sebarang alasan kukuh.

Semua ini hanya kerana beliau amat marah kerana mendapati CEO dan DGM ini membuat cadangan kepada Kerajaan Pusat agar mengambil alih KTPC dari Kerajaan Negeri, sedangkan cadangan itu adalah arahan dari Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) yang dipengerusikan oleh YB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak

Memiliki dokumen rahsia kerajaan iaitu Kertas Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) yang dipengerusikan oleh YB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pada 7 November 2008, pada pukul 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, satu mesyuarat telah diadakan oleh Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC), dipengerusikan oleh Haji Muhamad Sobri bin Osman, Presiden, KTPC.

Dalam mesyuarat itu, Haji Muhamad Sobri bin Osman, Presiden, KTPC telah menunjukkan kepada semua yang hadir beliau mempunyai dokumen rahsia dan sulit milik Kerajaan Malaysia berjumlah 25 mukasurat mengenai cadangan menjadikan KTPC milik Kerajaan Persekutuan.

Ini adalah menyalahi Akta Rahsia Rasmi (OSA), di mana satu dokumen rahsia dan sulit boleh berada ditangan beliau yang diperolehi secara tidak sah.

Dipendekkan cerita, beliau berjaya menyingkirkan pengurusan lama dengan yang baru, dan pasukan pengurusan yang selebihnya hanya akur dengan beliau. Kerajaan Negeri juga amat yakin dengan kebolehan Hj Sobri ini walau pun jawatan beliau sebelum ini hanyalah sebagai Pengurus sahaja di Renesas/ Hitachi Sungai Petani.

Beliau juga mempunyai sikap agak gatal dan dikhabarkan mempunyai teman wanita di Kuala Lumpur. Beliau juga suka kepada seorang Pengurus Perundangan di KTPC, yang akhirnya berhenti dari KTPC, walau pun ditawarkan gaji lebih.

Beliau telah membuat pelbagai lawatan kerja mengikut MIDA ke luar negara walau pun sebelum ini YB Amiruddin mengatakan tidak perlu ikut MIDA, cukup hanya dengan lawatan sendiri oleh Kerajaan Negeri.

Untuk makluman beliau telah melawat US, Vietnam, London, Paris dan Milan, mengikut MIDA (untuk pengetahuan, teman wanita beliau juga dari MIDA).

Beliau amat peka menegur ’tile’ pecah, ’signboard’ senget dan bumbung bocor. Beliau juga telah mengira tapak kaki babi hutan, mengira pokok kelapa sawit dan mengambil gambar tandas kotor. Beliau juga kurang membaca dan membuat keputusan dalam keadaan kurang pengetahuan dan tidak cekap.

Cukup dengan masalah peribadi beliau, mari kita menilai prestasi kerja beliau sebagai Presiden KTPC yang mengurus Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Setelah memegang tampuk pemerintahan selama hampir dua tahun, mari kita lihat apakah yang terjadi kepada KHTP dan KTPC. Di sini disertakan beberapa fakta yang menarik seperti berikut:

i. KHTP telah mengalami masalah ketiadaan air sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Oktober 2009, Disember 2009 dan terbaru terdapat kandungan karbon yang tinggi dalam bekalan air di KHTP pada bulan Februari 2010. Mengapa ini berlaku sewaktu Hj Sobri dan tidak pada masa BN memerintah?

ii. Terdapat juga gangguan bekalan elektrik pada bulan Januari 2010.

iii. Juga kurang pelaburan dari segi usaha KTPC sendiri (95% pelaburan adalah hasil usaha MIDA).

iv. Ramai kakitangan yang berhenti kerja sejak pemerintahan Presiden Hj Sobri ini (terbaru ialah Pengurus Perundangan).

Mari kita kaji statistik MIDA untuk pelaburan di Kedah untuk 2009, 2008 dan 2007.

2006

2007
2008
2009

Berdasarkan statistik MIDA di atas ini, Kedah berada di kedudukan ke lima dari segi pelaburan pada 2009, kedudukan 6 pada tahun 2008, jauh kurang pencapaian dari masa lalu iaitu tempat pertama kedudukan pada tahun 2007 dan 2006 dengan jumlah pelaburan yang besar, pada masa pemerintahan BN.

Untuk jumlah pelaburan ke KHTP, ia sebenarnya adalah berkurangan jika kita nilai dari segi sebelum dan selepas PIS memerintah. Apa yang kita lihat sekarang terdapat pelaburan oleh First Solar yang besar, yang adalah usaha dari Kerajaan BN yang terdahulu.

Kita belum lagi melihat sebarang pelaburan besar atas hasil usaha MB sekarang, Ustaz Azizan, atau pun YB Dato’ Amiruddin, atau Hj Sobri.


Tidak apa yang perlu dibanggakan oleh penyokong mereka kerana apabila ekonomi dunia pulih, pelabur akan datang melabur atas usaha MIDA dan bukannya Kerajaan Negeri.

Mereka ini tidak perlu mendabik dada kerana terdapat desas-desus yang mengatakan kilang-kilang di KHTP akan menuntut kerugian atas sebab ketiadaan air di KHTP dan juga kandungan karbon yang tinggi dalam air, kemungkinan berjumlah berjuta ringgit juga.

3 comments:

Anonymous said...

SPRM patut siasat dari segi penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Geng PAS PIS PUS pun kaki kelentong, buat projek bagi kat kroni. Ada duit lebih salur kat projek parti tapi bertopengkan kerajaan negeri.

Anonymous said...

Banyak cerita-cerita menarik pasal Kulim Hi-Tech di blog DKS (dahulukiniselamanya.blogspot.com) untuk berkongsi maklumat.

pukimaq said...

Homo cun ni tak tau salah guna kuasa.Kalau salah guna kote untuk meliwat adalah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!