Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, December 31, 2011

MARI SAMBUT TAHUN BARU 2012 DENGAN SAMBUTAN BEGINI MALAM NI...


Sempena malam tahun baru ni, aku percaya ramai umat Islam yang akan menyambutnya dengan cara yang tersendiri...

Aku? Aku seperti kebiasaan menyambut setiap tahun baru Hijrah dengan "qira'atulQuran". Dan begitu juga dengan sambutan tahun baru Masihi, aku selalunya melakukan perkara yang serupa...

Aku rasa, ramai jugak kengkawan yang sama sambutan tahun barunya macam aku. Dan kali ni, aku harap kengkawan semua menghayati apa yang terkandung di dalam kitab suci Allah itu...

Ingatlah Islam itu sentiasa syumul dan Kitabullah itu sentiasa relevan sepanjang zaman. Kita ikutlah sedaya mampu sementara menunggu masa ke alam yang lebih kekal abadi...

Aku harap, fahami lah Islam yang sebenar dan usahlah memperdagangkan Islam untuk keduniaan kerana ia bersifat fana dan tidak baqa' selamanya...

Bersama-samalah kita menjadi yang lebih baik pada tahun depan berbanding tahun ini kerana mereka yang lebih baik dari sebelumnya tergolong dalam golongan yang beruntung.

Orang yang dirinya sama saja dengan tahun ini dan tahun sebelumnya adalah mereka yang rugi. Orang yang dirinya lebih teruk tahun ini berbanding sebelumnya adalah mereka yang mal'unn (terlaknat).

Dan mereka yang beruntung adalah mereka yang lebih baik dirinya tahun ini berbanding tahun sebelumnya...Wallahuaa'lam.

GEMPARRR..!!! JAMIL KHIR & AZIZAN RAZAK PAKAT NAK HENTAM MAHPOSSSSS...???!!!


Baru-baru ni Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diserang bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, kononnya beliau menyeleweng wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk bayaran guaman kes qazaf yang difailkan Anwar terhadapnya.

Pembangkang kata..
KEADILAN akan membuat laporan polis pada minggu depan jika tiada penjelasan munasabah (dari Jamil Khir) -Nik Nazmi
Jika beliau (Jamil Khir) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong -Jinggay 13

Lebih menarik lagi, Mahfuz menghasut rakyat supaya bangkit tuntut dakwa Jamil Khir menyeleweng wang zakat.
"Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. -dipetik dari Harakahdaily.

Ya. Jamil Khir dah jawab. Rujuk sini. Dan jawapannya pada aku cukup rasional dan menjawab dakwaan busuk puak-puak kat atas tu. Jelas sekali duit yang digunakan itu BUKAN DUIT ZAKAT sebagaimana yang didakwa puak-puak pembohong pemfitnah kat atas tu...

Persoalannya, mengapa Mahfuz beriya-iya nak buruk-burukkan Jamil Khir?

Sebab..Jamil Khir merupakan candidate terbaik untuk jadi MB Kedah. Dan Mahfuz tahu kekuatan dan ketokohan Jamil Khir tu mampu menewaskan PAS di Kedah, sedangkan Mahfuz sendiri dok aim nak jadi MB Kedah lepas dia gulingkan Azizan Razak.

Mahfuz tahu Jamil Khir dan Azizan memang sahabat baik. Dan dia takut Azizan pakat dengan Jamil Khir untuk kalahkan dia masa PRU 13 nanti. Bukan rahsia lagi tentang hubungan retak antara Azizan dan Mahfuz...depan orang ramai boleh la diorang "auta"...

Melihat kepada kenyataan Mahfuz dalam Harakah, aku rasa wajar sangat Jamil Khir saman dan buat report polis terhadap Mahfuz atas dakwaan memfitnah, memburuk-burukkan nama baik dan menghasut serta menipu rakyat untuk memperjuangkan fitnah.

Tak tahulah sama ada Jamil Khir akan buat begitu atau tidak. Cuma, kalaulah aku ditempat Jamil Khir, dah tentu aku saman je Mr. Bean PAS nih..Dah tentu Azizan sokong aku punya..!!!

NAK MOHON MENGADU PADA ALLAH PUN DIHALANG..??? NI NEGARA MALAYSIA KE ISRAEL..???


Menjelang penutup tahun 2011, macam-macam yang berlaku. Dilaporkan semalam rujuk sini bahawa Ketua Pemuda PAS Kedah buat laporan polis untuk halang majlis solat hajat yang dianjurkan pihak Madrasah Salihiah Kanchut.

Majlis tersebut, Majlis Munajat Perdana adalah bertujuan memohon kepada Allah SWT menyelamatkan Madarasah Salihiah dari dirobohkan Kerajaan Negeri Kedah. Tidak ada motif lain selain itu...

Perkara pokoknya ialah menyelamatkan Madrasah Salihiah dari dirobohkan oleh Kerajaan.

Tak kiralah, jika Kerajaan yang nak robohkan Madrasah itu adalah Kerajaan BN atau PAS sekalipun, anak kariah itu memohon kepada Allah agar pusat aktiviti mengimarahkan agama itu agar diselamatkan.

Aku percaya, kalau Kerajaan BN yang robohkan madrasah tu, puak-puak PAS sanggup bergolek tidur atas jalan kerana nak selamatkan madrasah itu. Namun memandangkan yang nak merobohkan madrasah tu ialah Kerajaan PAS, maka puak Pemuda PAS tak berminat pun nak join..

Aku hairan. Nak buat solat hajat dan program Munajat minta pertolongan dari Allah pun nak dihalang? Sampai sanggup buat report polis??? Begitu sekali Pemuda PAS punya teruk???

Selama ni, ada ke BN halang PAS buat solat hajat atau majlis apa-apa? Kerajaan BN siap bagi stadium lagi untuk pembangkang buat majlis keagamaan. Masjid tak payah cakap la..dah beribu kali dah diberi pelepasan...

Macam ni mentaliti Ketua Pemuda PAS Kedah? Heh?! Aku rasa, Nasrudin Hasan Tantawi perlu kaji balik kedudukan Pemuda PAS Kedah ni. Tak layak langsung! Bodoh tindakannya mengalahkan kafir harbi..!!!

Friday, December 30, 2011

LAWAK PAGI INI..!!! MARI KITA TANYA PROF KHALID GAGAP PASAL SELANGOR..!!!

Heh! Apa la yang si "gagap" ni tahu pasal Selangor? Nampak sangat bengongnya...! Korang ingat pasal skandal pasir kat Selangor hari tu kan? Sampai sekarang tak settle sebenarnya..pasal apa? Pasal abang kandung si Khalid ni ketua taiko pasir kat Selangor..!!!? Patut pun tak tahu memanjang...!!!

Thursday, December 29, 2011

GEMPARRR..!!! DR. ASRI LUNYAI DIBELASAH PUAK-PUAK PKR..!!!?


Tu diaaa..!!! Habis la Dr. Asri lepas ni dijadikan punching bag puak-puak pembangkang! Tu laaa...lain kali jangan la bagi komen pedas-pedas kat Badrul Amin tu...Anwar tu "poooja"aaann hatinya...

Walaupun lubang kunyitnya bolos...tetapi dia tetap menjadi "pooooja"aaaan hati Badrul Amin..! Heh!
Pemujaan Dr. Badrul Melebihi Batas – Dr. Asri

Dr. Asri Zainul Abidin membidas penceramah bebas, Dr. Badrul Amin Baharon berhubung kenyataannya dalam satu ceramah yang membayangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Imam Mahdi’ yang ditunggu-tunggu umat Islam di seluruh dunia.

Memetik kenyataan Bekas Mufti Perlis itu di laman sosial Twitter miliknya, Asri menyifatkan dakwaan Badrul Amin itu sebagai satu bentuk ‘pemujaan’ yang merbahaya dan tidak sepatutnya diungkapkan.

“Sy rasa pmujaan Dr Badrul Amin kpd DSAI mlebihi batas yg patut. Ia sdh ke-1 prgkat yg bahaya. Hrp dibtulkan,” katanya. (Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin kepada DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke-1 peringkat yang merbahaya. Harap dibetulkan).

Dalam Twitternya itu, beliau turut meletakan link ke video klip yang memperlihatkan kenyataan yang dibuat oleh Badrul Amin.

Asri turut memperingatkan tentang apa yang berlaku terhadap bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad yang mendakwa dirinya sebagai pemimpin umat Islam akhir zaman yang dijanjikan Allah SWT sehingga menyebabkan timbulnya unsur fanatik dan merosakkan para pengikutnya.

“Dlu, Ashaari Arqam prnh mngaku dia pmimpin y djanjikan Allah. Jadi fanatik n rosak pngikut. Elakkn dkwaan spt itu. Bnyk ksannya,” katanya lagi. (Dulu, Ashaari Al-Arqam pernah mengaku dia pemimpin yang dijanjikan Allah. Jadi fanatik dan rosak pengikut. Elakkan dakwaan seperti itu. Banyak kesannya).

Sebuah blog politik pro-pembangkang baru-baru ini menyiarkan sebuah video yang kemudiannya dimuat turun ke laman Youtube memaparkan Badrul Amin menyifatkan Anwar sebagai pemimpin dari timur yang akan menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab.

Memburukkan lagi keadaan, Badrul Amin turut mendakwa bahawa Anwar akan membebaskan Masjid Al-Aqsa yang kini berada di dalam cengkaman Yahudi melalui rejim Zionis Israel.

Badrul Amin, sebelum ini di dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya menafikan ada mengeluarkan kenyataan menyamakan Anwar sebagai Imam Mahdi dan tidak sekalipun menyebut perkataan ‘Imam Mahdi’ di dalam ceramahnya.

Bagaimanapun, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam itu menyebut mengenai ciri-ciri seorang pemimpin dari timur sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW sebagai Imam Al-Mahdi, di mana lelaki itu akan menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab yang sedang bertelagah serta membebaskan Masjid Al-Aqsa dari kekuasaan Yahudi Israel.

Badrul Amin menamakan pemimpin tersebut kini ada di Malaysia dan dia yang dimaksudkan ialah Anwar Ibrahim. -Mynewshub.my

Mampukah Kerajaan Menangani Syak Wasangka Rasuah..?


Walaupun rata-rata sudah gah meramalkan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan dalam beberapa bulan saja lagi tetapi hingga sekarang tiada siapa pun boleh memastikan tarikhnya yang sebenar melainkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sebelum ini pun ramai telah menjangkakan ia akan diadakan bulan November lalu tetapi jelas sakaan itu sudah meleset.

Apa pun ramai yang berangan besar mahu menjadi wakil rakyat khususnya dikalangan sesetengah anggota Pakatan Rakyat yang mahu menjadi anggota parlimen kerana kononnya Pakatan itu kali ini akan dapat mempengaruhi secukup jumlah pengundi bagi membolehkannya menduduki kerusi empuk pemerintahan negara.
Maka itulah sejak ujudnya desas desus PRU13 itu akan diadakan dalam bulan-bulan awal 2012 ini pertelingkahan juga berlaku di kalangan PR lebih-lebih lagi dalam DAP dan Pas.

Begitu yakinnya mereka akan dipilih pengundi untuk menduduki Putrajaya sudah tidak habis-habis berita menunjukan keghairahan sesetengah daripada mereka yang menonjol-nonjolkan diri untuk mendapatkan tempat sebagai calon.

Dalam pada itu Najib nampaknya sudah mendahului inisiatif untuk mendapatkan sokongan ramai dengan berbagai sekim bantuan yang telah pun dilaksanakan antaranya bantuan murid sekolah, bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan, menyediakan perumahan PRIMA untuk mereka yang berpendapatan sederhana yang tidak mampu membeli rumah dikawasan-kawasan bandar besar seperti Lembah Kelang kerana rumah yang sedia ada atau pun yang baru mahu dibina berharga diluar kemampuan mereka .

Ini sebagai tambahan kepada sekim Perumahan Rakyat untuk mereka yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.
Dalam pada itu kerajaan Pusat juga telah mewujudkan kedai rakyat 1 Malaysia (KRIM) dan kini kedai ikan Rakyat 1Malaysia. Sejumlah 20 buah kedai demikian telah pun didirikan yang menawarkan sehingga 250 barangan generik dijual pada harga antara 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran barangan berjenama walau pun di pasaraya besar.

PR sendiri telah sedar betapa sokongan terhadap kedai itu akan memberikan impak baik kepada kerajaan dan beberapa anggotanya berusaha menggagalkannya dengan membuat berbagai tohmahan kononnya barangan yang disediakan di KRIM tidak seperti yang di war-warkan.

Jelas tohmahan itu kemudiannya didapati tidak berasas dan orang ramai berterusan berpusu-pusu mendapatkan barangan keperluan mereka dari kedai itu.
Tetapi apa yang boleh mengelecek usaha ini ialah ujudnya desas desus perlakuan rasuah besar-besaran yang tidak terjawab hingga sekarang. Misalnya apa jadi dengan tempahan bot ronda di mana berbilion ringit telah diberikan kepada pembekal yang kononnya boleh menyediakan kapal itu. Tetapi hingga sekarang dikatakan hanya dua buah saja telah diadakan itu pun tidak boleh beroperasi sebagaimana dikehendaki.

Bagaimana pun pembekalnya dikatakan sudah pun diberikan bayaran yang melebihi harga untuk dua bot. Malangnya mereka yang bersangkutan dengan perlakuan ini tidak pula dikemukakan ke pengadilan.

Demikian juga dengan berbagai lebuhraya yang diadakan. Timbalan Menteri Kerjaraya Yong Khoon Seng memberitahu Parlimen baru-baru ini bahawa syarikat-syarikat yang mengendalikan 27 buah lebuhraya bertol memperolehi sejumlah RM37.7 bilion dari kutipan tol ditambah RM2.1bilion diberikan kerajaan sehingga akhir 2010.

Pemberian kerajaan itu kononnya sebagai gantirugi kerana kerajaan tidak membenarkan mereka menambahkan kadar tol mengikut perjanjian.
Sebenarnya syarikat-syarikat itu telah menggondol keuntungan sehingga RM13 bilion, berbanding dengan kos pembinaan RM26.4 bilion. PLUS misalnya dikatakan sudah pun mendapat kembali kos membina jalanraya itu tetapi hingga sekarang penggunanya masih dibebankan dengan bayaran tol yang akan dinaikan mengikut jadual yang ditetapkan dalam perjanjian.

Konsesi itu akan berlarutan hingga 2039 walau pun hingga kini PLUS sudah pun mengutip sejumlah RM23.5 bilion ditambah gantirugi yang diberikan kerajaan (duit rakyat) sebanyak RM735.2 juta walaupun harga binaannya hanya RM5.9 bilion.

Demikian juga Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dibina dengan harga hanya RM1.1billion tetapi telah pun mengutip RM2.1bilion ditambah RM631juta bayaran saguhati oleh kerajaan.

Jelas kerajaan waktu memberikan konsesi itu tidak prihatin dan meneliti dengan sebenarnya pulangan yang bakal diperolehi syarikat konsesi. Syarikat-syarikat perunding yang diamanahkan meneliti projek juga tidak dapat membuat unjuran yang sebenarnya dan dengan itu pengguna jalan berterusan saja dibebankan hanya kerana perjanjian yang berat sebelah itu.

Maka itulah walau pun syarikat-syarikat itu harus menampung kos membangunkan lebuhraya ditambah kos penyelenggaraan tahunan tetapi pendapatan dari pengguna sudah pun melebih apa yang dibelanjakan.

Demikian juga berbagai macam perlakuan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit masih menghantui kerajaan tanpa adanya sebarang penjelasan dan hingga sekarang tidak terlerai atau mereka yang telibat di bawa ke pengadilan. Dan rakyat terus tertanya-tanya.

Maka itu tohmahan mengenai rasuah yang melibatkan bukan lagi berjuta tetapi sudah pun mencecah berbilion ringgit berterusan ditimbulkan. Kiranya cakap-cakap mengenai hal ini tidak ditangani dan diberikan jawapan sebenar apakah ia berlaku atau tidak, selagi itulah rakyat akan berterusan meragui kebersihan orang-orang tertentu dalam kerajaan baik dalam parti mahu pun dikalangan pentadbir dan mereka yang didiberi kuasa membuat keputusan.

Selagi setiap keputusan melibatkan pembelian, kontrek dan projek termasuk syarikat-syarikat kaitan kerajaan (GLC) dicalar dengan syak wasangka demikian selagi itulah kerajaan akan menghadapi masaalah kredibiliti dimana rakyat tidak yakin terhadap ketelusan sesuatu keputusan itu.

Inilah yang harus diberi pertimbangan tetapi apakah kerajaan mampu menanganinya?

rejal
Oleh Datuk Rejal Arbee


Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! HARAKAHDAILY KATA NIK AZIZ TIPU DIORANGGG..???!!!


Aku ingat, Pok Nik Ajis ni tak reti menipu. Iye la..dia kan Mursyidul Am PAS. Tiba-tiba "Tok Guru Agama PAS" ni kantoi la pulak dengan Hasan Ali..!!! Hadoi laaaa..!!!

Mula-mula dia tipu Harakahdaily. Lepas tu Harakahdaily pun laporkan la apa yang dia kata kat website. Bila dah Hasan Ali kantoikan diorang dan nafikan ada mintak maaf, maka cepat-cepat Harakahdaily siarkan transkrip penuh PC tu. Siap kasi video lagi! Heh!

Kononnya, nak cover line le tuuuu..

Peliknya, kalau Harakahdaily kata wartawan dia tak menipu mengenai laporan tu, jadi SIAPA PULAK YANG MENIPU???

Haaaaaa..!!! HARAKAHDAILY CUBA NAK SPIN KATA POK NIK AJIS MENIPU yaaaa..??? Siap la korang lepas ni Harakahdaily...payah la nak masuk syurga..!!! Tiket korang akan ditarik balik! Heh!
Kemelut Belum Selesai: Hasan Ali Nafi Minta Maaf

KUALA LUMPUR – Bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan ada meminta maaf kepada pucuk pimpinan Pas mengenai kritikannya terhadap parti dalam pertemuannya di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan baru-baru ini.


Beliau turut membidas portal rasmi parti itu, Harakahdaily.net, yang disifatkan telah memutarbelit fakta yang mampu menyebabkan keraguan dan pepecahan di dalam Pas.


“Soal saya turun ke Kota Baru untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.


“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” katanya selepas pertemuan tersebut, yang dipetik dari Mstar Online.




Penafian tersebut sekaligus membayangkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menyatakan bahawa Hasan telah memohon maaf pada pucuk pimpinan parti pada pertemuan itu atas ketelanjuran kritikannya sebelum ini.

Nik Aziz, dalam kenyataannya menerusi Harakahdaily semalam berkata bahawa kemelut Pas berkaitan kritikan pedas Hasan terhadap parti itu sudah selesai dengan permohonan maaf dari ADUN Seri Gombak itu dan mencadangkan agar diadakan kenduri kesyukuran besar-besar meraikannya.

“Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

“Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini,” kata Nik Aziz semalam yang dipetik dari Harakahdaily.net.

Pertemuan yang diadakan di JKR 10, Kota Bharu, Kelantan itu menyaksikan Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, telah dipanggil menghadiri majlis ‘mahabbah’ bersama Nik Aziz, Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Hasan, pertemuan itu berlangsung membincangkan soal hala tuju parti, persediaan parti menjelang Pilihanraya Umum ke-13 dan turut menyentuh mengenai peranan Harakah sebagai lidah rasmi Pas.

“Kami memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” katanya menceritakan tentang intipati pertemuan itu.

Terkini, Harakahdaily.net telah mengeluarkan kenyataan segera melalui laman sesawangnya mempertahankan laporan beritanya bertajuk ‘Nik Aziz Bersyukur Masalah Selesai’ dengan menyiarkan transkrip penuh dan rakaman video sidang media Mursyidul Am Pas itu mengenai pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, Harakahdaily.net dipercayai tidak menemui Hasan untuk mendapatkan penjelasan dari Exco Kerajaan Negeri Selangor itu. -Mynewshub.my

PANASSS..!!! PAKATAN HARAM PERAK SUSAH HATI...MANYAK SUSAH HATI..!!!


Kita semua tahu tentang sifat dengki Pakatan khususnya DAP terhadap segala bantuan dan pemberian kerajaan kepada rakyat Malaysia. Tak terkecualilah dengan Pakatan di negeri Perak ini. Ada saja yang tak kena bagi mereka apabila kerajaan BN menunjukkan keprihatin kepada masyarakat.

Sekarang ini tumpuan rakyat pastinya terhadap dua bentuk bantuan dari kerajaan dibawah program 1Malaysia iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia yang berjumlah RM500 satu keluarga, dan juga program Kedai Rakyat 1Malaysia bagi mengurangkan beban rakyat didalam menampung belanja keperluan harian.

Rakyat Perak pastinya menjadi penduduk Malaysia yang bertuah kerana baru 2-3 hari lepas, Menteri Besar DS Zambry telah mengumumkan untuk membuka sebanyak 59 buah Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh negeri Perak pada tahun 2012.

Inisiatif ini diambil oleh Menteri Besar tersebut kerana mahu meringankan beban rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah di negeri ini. Ini juga membuktikan bahawa DS Zambry ialah seorang Menteri Besar yang amat pihatin dengan kesempitan hidup rakyat.

Setakat ini, sudah terdapat lima Kedai Rakyat 1Malaysia ini yang beroperasi di beberapa daerah. Parit Buntar, Teluk Intan, Bidor, Manjoi di Ipoh dan Taman Seri Maju, di Bagan Serai telah menjadi perintis awal bagi merealisasikan impian Kerajaan Barisan Nasional untuk menjuarai hati rakyat.

Usaha DS Zambry ini dilihat menjadi satu tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat di Perak. Berbanding dengan apa yang wakil-wakil Pakatan lakukan dikawasan yang mereka wakili, kepimpinan DS Zambry ternyata telah berjaya mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN.

Majoriti rakyat Perak sendiri berasa amat selesa dengan pentadbiran Barisan Nasional di Perak. Itu luahan ikhlas mereka didalam satu survey yang dilakukan oleh beberapa NGO sebelum ini. Ini yang pembangkang paling takuti untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Jika usaha berterusan begini yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional negeri bagi menunaikan tanggung jawab terhadap rakyat, Perak tak mustahil mampu dipertahankan pada PRU nanti. Malah tak keterlaluan dikatakan, BN Perak pasti akan mendapat keputusan yang cemerlang hasil sokongan dari seluruh warga negeri.

Sumber: PERAK TODAY

WOIII IDRIS AHMAD..!!! SEJAK BILA PAS PERJUANG SHOPPING COMPLEX NIHHH..??? HERAN AKU..!!!


Isu Madrasah Salihiah Kanchut di negeri Kedah semakin panas diperkatakan oleh rakyat negeri tersebut. Malah, keseluruhan umat Islam di negara ini sedang memerhatikan dengan penuh minat tindakan kerajaan PAS negeri Kedah selanjutnya berkaitan dengan cadangan perobohan surau tua itu.

Isu Madrasah tersebut menjadi hangat apabila kerajaan PAS negeri yang diterajui oleh Menteri Besar Azizan Razak bercadang meruntuhkan bangunan itu bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah di kawasan berkenaan. Alasan yang dikira langsung tidak boleh diterima oleh umat Islam di situ.

Bagi mereka, sepatutnya kerajaan PAS Kedah lebih arif tentang kesucian rumah ibadah umat Islam kerana PAS selama ini melaung-laungkan perjuangan menegakkan Islam. Tetapi apa yang berlaku di Kedah ini telah menunjukkan sebaliknya. PAS hanya sibuk mengejar keduniaan berbanding dengan apa yang mereka war-warkan sebelum ini.

Walaupun tindakan PAS di negeri itu mendapat bantahan keras daripada pelbagai pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, namun Kerajaan Pas Kedah tetap bersikap keras kepala. Malah Azizan juga sanggup mengherdik sesiapa sahaja yang menyuarakan pandangan tentang isu Madrasah ini.

Apakah Azizan dan PAS ingat umat Islam di kawasan Madrasah berkenaan akan hanya mampu duduk diam sahaja melihat surau mereka diruntuhkan? Apakah PAS Kedah lebih mendahulukan kompleks membeli belah berbanding dengan rumah ibadat umat Islam yang sudah berusia 100 tahun?

Janganlah Azizan Razak serta PAS Kedah ingat mereka mampu melakukan apa sahaja kepada umat Islam. Cuba fikirkan jika PAS Kedah mahu robohkan rumah ibadat kaum lain, apakah mereka akan berdiam diri sahaja? Lihat sendiri apa yang berlaku di Shah Alam Selangor tak lama dahulu didalam isu perobohan kuil, sakit jiwa Khalid Samad dibuatnya.

Jadi, Azizan Razak harus ingat bahawa umat Islam akan bersatu tanpa mengira fahaman politik jika kesucian rumah ibadat diperlakukan sewenang-wenangnya.

Pilihanraya umum makin hampir.., tetapi PAS Kedah nampaknya sedang menggali lubang untuk menguburkan parti mereka sendiri di negeri Kedah. Apakah Azizan sudah bosan untuk jadi MB? Ataupun Azizan sudah tak tahan dengan bebanan kewajipan berkhidmat kepada rakyat?

Cadangan merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut di Alor Setar bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks beli-belah pasti akan membuat Azizan dan PAS menyesal dikemudian harinya nanti.


Sumber: Perak Today

GEMPARRR..!!! ELI WONG KANTOI DAN DIBOGELKAN SEKALI LAGI..!!!

Isu Contender Asia yang membolehkan seorang petinju dari Israel masuk ke negara ini, telah membuatkan Exco Selangor yang berkaitan, Elizabeth Wong kelam-kabut mencari isu untuk mengelakkan dia daripada dipersalahkan. Elizabeth Wong dalam alasan yang diberikan, menyalahkan Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan kemasukan petinju tersebut. Mungkin dia menyangkakan, tiada bukti yang membolehkan kepimpinan Khalid-Teresa dipersalahkan, maka Elizabeth Wong secara lancang mulut, mengeluarkan kenyataan tersebut.

Hakikatnya, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM5 juta untuk program tersebut diadakan di Selangor. Contender Asia yang menimbulkan kontroversi dan bayaran untuk program tersebut yang telah dijelaskan, sebenarnya adalah kerja Kerajaan Negeri Selangor sendiri dengan kertas kerjanya ditandatangani sendiri oleh Elizabeth Wong. Kertas kerja itu disiapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan diluluskan penajaan program berkenaan dengan menggunakan peruntukan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Pembayaran dibuat secara langsung kepada Tourism Selangor Sdn. Bhd.


Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju bagi perjanjian Syarikat Osysnet Sdn. Bhd memberi pulangan sebanyak 15% daripada jumlah sebenar dan 30% daripada jualan tiket pada peringkat akhir kepada Kerajaan Negeri Selangor. Pengesahan terima surat cadangan telah ditandatangani sendiri oleh Elizabeth Wong pada 23 November 2009.

Bagaimana agaknya Elizabeth Wong berfikir tanpa menggunakan otak. Barangkali dia memikirkan, para penyokong Pakatan Rakyat Selangor adalah dari jenis yang sebangang-bangang manusia dan tidak akan mempersoalkan sebarang tindakan atau kenyataan yang dikeluarkan. Manakala bukti-bukti yang dikeluarkan pula, tidak akan diterimapakai oleh para penyokong Pakatan Rakyat kerana hati mereka sudah sepenuhnya beriman kepada Pakatan Rakyat.

Itu hanyalah salah satu daripada penyelewengan dan pembohongan yang dilakukan oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat di Selangor. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, terdapat lebih banyak pembohongan, penyelewengan serta salah urus dana yang dilakukan oleh kerajaan negeri, tetapi kaum Pakatan yang biasanya mudah melolong dan menyalak bagaikan anjing patah siung, tiba-tiba terdiam dan langsung kehilangan suara. Sebaliknya mereka berusaha pula membuktikan kesalahan Kerajaan Pusat dalam pentadbiran negara. Sedangkan pada masa yang sama, mereka cuba menutup mulut dan tidak mahu rahsia kepincangan serta penyelewengan di Selangor didedahkan kepada awam.

Menyalahkan pihak lain adalah merupakan modus operandi yang paling terkenal dan paling mudah dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Perhatikan sahaja dalam mana-mana masalah yang ditimbulkan. Kesudahan ceritanya ialah, yang bersalah adalah UMNO dan Barisan Nasional, sungguhpun UMNO dan Barisan Nasional langsung tidak terbabit dalam masalah tersebut.

Elizabeth Wong cuma membaca skrip yang telah disediakan kepadanya. Dan apabila skrip tersebut dibacakan, bermakna itu sudah sampai ke kemuncak. Atau dalam bahasa lain, itu bermakna Pakatan sudah tersantak ke bucu dinding tanpa mempunyai jawapan konkrit.

Pastinya selepas ini, anjing-anjing Pakatan akan melolong-lolong dan menyalak-nyalak untuk membela Elizabeth Wong, wanita yang pernah berdakapan dengan Ketua Muslimat PAS setelah gambar bogelnya tersiar dan selepas rahsia peribadinya yang bersedudukan bersama-sama seorang lelaki Melayu yang sudah berkahwin diketahui ramai.


Sumber: Klik sini

MULA-MULA PAS LUDAH, PIJAK..LEPAS TU HUSAM & POK NIK AJIS JILAT TELAN BALIK KAHAK SENDIRI..!!! KHUAAAKKK PTUIHHHH..!!!


Korang ingat lagi tak PAS yang mengutuk, mengkritik dan menyalahkan Kerajaan BN mengenai projek Angkasawan Pertama Negara dulu?

Alaaa...yang kita hantar 2 orang Angkawan Melayu Muslim, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed ke Rusia dulu tu. Dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berjaya menaiki Soyuz TMA-11 ke angkasa lepas tu, kan?

Dulu, bukan main serang lagi projek tu..!!! Macam-macam puak-puak PAS ni kata. Diorang kata bazir la..itu la..ini la...


Tapi sekarang ni..? Cuba tengok kat bawah ni..Munafik betul laaaa..!!! Macam haram..!!!


Pandai pulak jemput Angkasawan negara pi majlis depa..!!! Memang dasar muka tak malu betul la si Husam Musa dengan Pok Nik nihhh..!!!

PANASSS..!!! AKU KATA PAS BAWAK SYIAH KE MALAYSIA KORANG TAK PERCAYA...! NAH AMBIK NIHHH...!!!

Tiba-tiba ianya menjadi sebutan banyak pihak, apabila kelihatan golongan yang dipercayai penyokong-penyokong PAS membawa gambar pemimpin syiah Iran seperti Ayatollah Khomeini dan sebagainya sewaktu demonstrasi Bersih yang lalu. Perlakuan ini persis sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah, apabila perlakuan itu oleh pengikut Syiah menunjukkan sikap mengagungkan pemimpin mereka.

Bukan itu sahaja, seorang pemimpin kanan PAS dilihat cukup condong ke arah Syiah dengan menjadikan pemimpin syiah tersebut sebagai idola dan diwar-warkan di dalam ceramah-ceramah politik mereka. Malah, pada satu ceramah, pemimpin berkenaan menggambarkan betapa “suci” dan “bercahayanya” wajah Hasan Nasrallah, seorang pemimpin Syiah, sehinggakan ingin memeluknya. Dan Ayatollah Khomeini, yang melabelkan sahabat Rasullullah sebagai berhala, kerapa dijadikan “role model” kepada pengikutnya!

Kita harus faham bahawa fahaman Syiah ini menggunakan cara demonstrasi jalanan dan kekerasan untuk meruntuhkan kerajaan, mana-mana jua kerajaan yang tidak berketuakan seorang dari golongan yang sama (Syiah), secara pemikiran mahupun akidah. Ia bertepatan dengan salah satu prinsip Syiah itu sendiri, iaitu Al-Wilayah; satu prinsip di mana mereka akan hanya mengiktiraf satu-satu kerajaan yang dipimpin oleh penganut Syiah, dan kepada kerajaan yang bukan Syiah wajib digulingkan.

Contoh terbaik adalah Iraq, di mana Amerika berganding bahu dengan puak Syiah untuk menggulingkan Saddam Hussein. Huru-hara yang telah dan sedang berlaku di Timur Tengah, yang diidolakan oleh PAS dan Anwar, semuanya adalah kerja puak-puak Syiah!

Dalam sejarah Islam sendiri, demonstrasi pertama yang berlaku telah mengakibatkan kematian Uthman Affan, sahabat baginda Rasullullah. Demo ini telah diketuai oleh Abdullah Saaba, pencipta fahaman Syiah!

Ada beberapa golongan Syiah. Namun, kebanyakkan yang ada sekarang, malah di Malaysia sendiri adalah yang mengkafirkan seluruh sahabat Rasullullah. Ini adalah ancaman kepada Islam murni, yang berpegang kepada ahlus sunnah wal jamaah.

Kebimbangan akan ancaman Syiah ini semakin ketara apabila puak-puak berkenaan sudah berani tampil mencabar pihak berkuasa, dengan alasan hak asasi manusia untuk mengamalkan apa jua fahaman yang mereka ikuti. Di Gombak, contohnya, ia bukan lagi rahsia. Golongan Syiah ini, kini bersama-sama dengan Ambiga, yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Walhal, ianya hanyalah alasan untuk menentang Islam, seperti mana tuntutan oleh IFC, satu badan yang Ambiga sendiri mengetuainya.

Sebahagian pendapat mengatakan bahawa Syiah hanya bersandarkan Islam, tetapi bukan Islam. Ia hanyalah sekadar agama politik.

Umat Islam khususnya di Malaysia haruslah bijak mengenalpasti golongan-golongan ini dengan melihat kepada kecenderungan mereka. Ini kerana mereka akan menyimpan akidah mereka, dan menyebarkan apa yang sesuai dengan “citarasa” setempat. Lama-kelamaan barulah “jarum” dicucuk kepada si mangsa. Ia selaras dengan satu lagi prinsip di dalam Syiah iaitu “Al-Takiyyah”.

Ancaman ini sangat berbahaya kepada negara, dan umat Islam wajib menolak mana-mana parti politik yang mempunyai pemimpin yang sangat condong kepada fahaman laknatullah ini.


Sumber: Klik sini

Bila Kak Su Bersuara... Heh!