Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, December 13, 2011

PANASSS..!!! IBU AHLI PARLIMEN DAP TERPAKSA MELUTUT PADA MCA..!!!?

Berposing mengalahkan model..tapi mak sendiri tak dipedulikan sakit menderita...!

Ibu kepada seorang Ahli Parlimen DAP dilaporkan terpaksa meminta tolong kepada MCA ekoran tidak dipedulikan anaknya. Begitulah bunyi dakwaannya.

Agak mengejutkan apabila Ahli Parlimen ini bersikap tidak prihatin terhadap penderitaan ibunya yang mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa meminta pertolongan dari musuh politik anaknya sendiri.

Jelas sekali Teo Nie Ching tidak diyakini oleh ibunya sendiri. Bukan la nak mempolitikkan hal ini. Namun, jika seorang ibu pun tidak yakin pada anaknya sendiri, takkan la rakyat pula sanggup yakin pada individu 'derhaka' seperti ini?

Kalau ibu sendiri pun di"anak tiri"kan Ahli Parlimen DAP, bayangkan la apa yang akan terjadi pada rakyat...
DAP MP’s Mom with heart problem runs to MCA for help!

The Chinese media has reported this issue widely but you can be sure that the pro-opposition Malaysiakini will black this out because they do not want you to read about it.

Serdang DAP MP Teo Nie Ching has found herself in a spot because her mom, who had a heart problem, sought the help of the Negri Sembilan MCA chief Datuk Dr Yeow Chai Thiam.

It is strange that a DAP MP cannot even resolve the problem of her mother and she is supposed to be an elected representative.

The Negri MCA went out of their way to help her mom but this selfish DAP politician did not even have the decency to thank Dr Yeow.

She initially refused to even admit it when the press heard about it and only much later she acknowledged. Obviously, even her mom has no confidence in her DAP MP daughter.

But what is most sickening about this whole episode is that it was only when the issue became public that she had the decency to thank the Negri Sembilan MCA.

Pride, ego and politics stood in the way. She did not have the decency and conscience to say thank you for a good work done on humanitarian ground.

Worse, the thank you also only came when Dr Yeow reportedly asked Teo about her mom’s condition.

That’s the DAP for you.

What is even pathetic is that this Serdang MP’s husband is a doctor! What’s wrong with this couple that they can’t even take care of their mom. -Stopthelies

PANASSS..!!! KALAU NAK SELANGOR BANJIR TERUK SATU NEGERI, UNDILAH KHALID "GAGAP" LAGI..!!!


Bencana demi bencana melanda Selangor; suatu ketika PAS gemar melabelkan kejadian ini sebagai “bala” dari Allah Taala akibat dari pemerintahan Barisan Nasional.

Anehnya cerita yang sama tidak berlaku tatkala Kajang dilanda bencana banjir, yang secara mengejut mengakibat kerugian berjuta-juta ringgit. Alasan yang diberikan cukup untuk mengukur baju di badan sendiri, iaitu sejauh mana keberkesanan kutipan sampah di bawah pentadbiran orang korporat seperti Khalid Ibrahim.

Sampah memenuhi Sg Jelok, itulah alasan yang dimomokkan kepada rakyat, tanpa menyedari bahawa ianya menunjukkan betapa sikap mempolitikkan kutipan sampah, atau lebih tepat lagi memindahkan status pemilikan projek kepada kroni-kroni masing-masing mengakibatkan kepincangan proses kebersihan bandar Kajang. Ia berbeza pada waktu BN memerintah, di mana sistem kutipan sampah lebih sistematik dan dilakukan oleh kontraktor-kontraktor berkeupayaan.

Kajian sewaktu zaman pemerintahan BN akan kemungkinan berlakunya banjir di Kajang menunjukkan sikap prihatin kepada perubahan alam sekitar, dan yang paling penting untuk kesejahteraan rakyat. Proses kajian bukanlah sekelip mata, ia mengambil masa bertahun lamanya. Hasil dari kajian tersebut, kerajaan BN pada waktu itu telah mengambil langkah proaktif dengan meluluskan projek Canal City; satu projek tabatan banjir khusus sebagai “preventive measures”.

Namun setelah rakyat Selangor memilih Khalid Ibrahim sebagai menteri besar mereka pada 2008, projek yang telah bermula pada hujung 2007 dan melibatkan keluasan tanah 1,960 hektar telah dibatalkan dengan nasihat dari “konsultan” si Khalid. Projek tebatan yang dijangkakan sepanjang 18 km menghubungkan Sg Klang dan Sg Langat telah diberhentikan serta – merta. Begitulah hebat dan inteleknya “konsultan” kepada Menteri Besar Selangor ini.

Terbukti, konsultansi itu”sangat tepat” apabila rakyat Kajang “dihadiahkan” dengan “pesta air” peringkat Negeri Selangor yang tidak diduga “kemeriahannya”.

Rakyat Selangor pastinya bersyukur dengan “anugerah” ini, yang menunjukkan betapa kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan soal hiburan dan pesta untuk rakyatnya. Inilah hasil dari slogan “Selangorku”, menunjukkan apa yang sedang terjadi pada kala ini.

Kalau itu belum lagi dirasai “kemeriahannya”, rakyat Selangor jangan terlupa bahawa satu lagi acara bertaraf antarabangsa dan dinantikan oleh ramai pihak, terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Kalau “konsultan” si Khalid memberitahu bahawa banjir tidak akan berlaku di Kajang, konsultan yang sama juga telah memberitahu bahawa air Selangor cukup sehingga 2019, tidak seperti laporan SYABAS dengan konsultan bertauliahnya yang menjangkakan krisis air akan bermula pada 2012 dan di tahap kritikal pada 2014!

Pastinya rakyat Selangor “tidak sabar” untuk bersama-sama Khalid meraikan satu lagi “pesta” yang sehebat banjir di Kajang!

Tahniah kepada rakyat Selangor kerana dianugerahkan konsultan yang “hebat” oleh Menteri Besarnya.


Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! CONFIRM HASAN ALI ISYTIHAR MASUK UMNO..???

Rasa-rasanya sudah berkali-kali Hassan Ali memberitahu yang dia tidak berminat untuk masuk UMNO dan yakin dengan perjuangan PAS, bahkan akan terus kekal berada di dalam PAS sama ada berjawatan atau sebaliknya. Namun dari sehari ke sehari, cerita tentang Hassan Ali akan masuk UMNO semakin berkembang.

Anehnya, segala cerita yang negatif melibatkan Hassan Ali datangnya dari PAS dan Pakatan Rakyat Selangor, bukannya daripada UMNO. Malah andaian yang mengatakan, Hassan Ali akan masuk UMNO juga dimulakan oleh puak-puak PAS. Tidak kurang yang melabelkan Hassan Ali sebagai trojan horse UMNO dalam PAS walaupun Hassan Ali merupakan tokoh utama yang membolehkan PAS kali pertama memenangi kerusi di Selangor sepanjang sejarah Pilihanraya Umum di Malaysia.

Hassan Ali menjadi kambing hitam apabila terlibat dalam perbincangan menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor melibatkan PAS dan UMNO. Walaupun terdapat beberapa orang pemimpin PAS yang lain, termasuklah Khalid Samad, yang menjadi sasaran kemarahan golongan tegar Pakatan adalah Hassan Ali.

Barangkali menyedarii perkara itulah, menyebabkan Khalid Samad berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan dia adalah seorang penganut Pakatan tegar yang akan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi membuktikan dia tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan. Tidak hairan jugalah mengapa Khalid Samad sentiasa menjadi barisan hadapan Pakatan Rakyat, khususnya DAP untuk melakukan serangan khusus terhadap UMNO dalam usaha penebusan diri.

Hassan Ali sekali lagi menjadi perhatian apabila dia bakal dianugerahkan ‘Datuk Paduka’ daripada DYMM Sultan Selangor hujung minggu ini.

Kerajaan Perpaduan dianggap sebagai satu barah yang dapat menjahanamkan PAS pada mata PKR dan DAP. Sudah tentulah pihak yang paling kuat menentang PAS bekerjasama dengan UMNO adalah PKR yang kemudian dipanaskan pula dengan hasutan DAP. Kehilangan PAS dari Pakatan bererti hilanglah semua cakap besar PKR dan DAP selama ini.

Isu Melayu-Islam yang digunakan untuk mewujudkan kerjasama PAS dan UMNO, bukan lagi perkara penting, meskipun ia merupakan perkara yang paling penting dalam menjalani kehidupan Islam. PKR dan DAP telah berjaya membentuk lidah ahli-ahli PAS, bahkan termasuklah di kalangan pemimpin PAS sendiri bahawa ukhwah umat Islam hanyalah sekadar satu tempelan dalam berakidah Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Pesuruh Allah.

Kecenderungan untuk memutarbelitkan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Melayu sebagai beragama Islam dan Islam merupakan agama orang Melayu, menjadi-jadi di kalangan para penyokong Pakatan. Kerana adanya istilah MELAYU, maka ditimbulkan juga masalah RASIS dan perkataan RASIS dihubungkait pula dengan ASSOBIYYAH yang digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang memperkatakan tentang kemelayuan mereka.

Tidak menjadi salah seorang daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w adalah ancaman yang paling mujarab untuk memastikan orang Melayu membenci istilah Melayu dan hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

Kesempatan-kesempatan itulah yang diambil oleh DAP untuk mewujudkan stigma yang berterusan bagi menghalang sebarang usahasama antara parti-parti bermajoriti Melayu. Dek kerana itulah, sesiapa sahaja yang dilihat mampu menjadi jambatan yang menghubungkan usahasama dan mengejapkan ukhwah Islamiyyah terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan tahaluf siyasi, terutama yang melibatkan musuh umat Islam, maka mereka harus dimusnahkan dan dihancurkan dengan seberapa daya.

Dalam hal ini, Hassan Ali dilihat merupakan orang yang paling layak untuk dimangsakan. Sebabnya mudah, PAS mengamalkan bai’ah dan PAS juga melakukan pendoktrinan wala’ yang tidak bersempadan bagi memastikan segala cara boleh dihalalkan demi mencapai matlamat.

Justeru, Hassan Ali masuk UMNO sebenarnya bukanlah perkara terbesar dalam kemarahan di kalangan ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Betul atau tidak cerita itu, ianya tidak penting. Yang penting, orang seperti Hassan Ali perlu dikapak keluar dan imejnya perlu dihitamkan agar menjadi contoh kepada mana-mana pemimpin PAS yang cuba mengikuti ajaran al Quran, tidak mengulangi tindakan Hassan Ali yang cuba mengukuhkan ukhwah dan silaturrahim umat!


Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! ARTIS JELITA TANAHAIR RAKAM AKSI SEKS TERSEBAR DIINTERNET..?

Ini la kot rupanya artis tu..? heh?!

Apa la nak jadi di Malaysia ni? Baru-baru ni seorang rakan blogger mengakui telah dihantar satu email yang mengandungi sebuah video 3gp yang memaparkan seorang wanita yang mirip seorang artis tanahair melakukan adegan seks!

Malah, dia juga menyatakan bahawa individu lelaki yang menjadi pasangan "artis wanita" itu juga mirip kepada seorang artis lelaki terkenal. Tak percaya? Cuba klik di sini.

Aku tak dapat nak siarkan la video 3gp tu sebab aku pun takde video tu. Kalau ada pun aku takkan siarkan dan akan delete je. Tak berfaedah pun tengok benda macam tu. Dapat dosa lagi ada...

Anyway, aku harap kepada semua artis agar jaga perilaku masing-masing. Jangan buat benda yang tak senonoh. Bukan apa...dengan mentaliti pembangkang sekarang, artis buat salah pun disalahkan UMNO jugak! Apa la punya turrrr...!!!

GEMPARRR..!!! "SEPUPU" ZURAIDAH MAK LAMPIR DITEMUI MENGILAI DITEPI JALAN DI KULIM..???


Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.

Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.

Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.

“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.

“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.

“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.

“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.

“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.

GEMPARRR...!!! SPECIES KEGEMARAN ANWAR DITEMUI BERKELIARAN DI SHOPPING COMPLEX..!!!


"Seekor" species yang dipercayai paling digemari oleh Anwar Ibrahim ditemui berkeliaran di sebuah shopping complex baru-baru ini....

Species tersebut yang kebiasaannya diklasifikasikan sebagai "rare" kantoi setelah ditemui sedang "pancut" di tandas lelaki..!!!

Muahahahahahaa...pada sesiapa yang menemui species berkenaan, harap hubungi Anwar melalui FB, Twitter atau telefon bimbit untuk tindakan selanjutnya...

Harap maklum...!!!

GEMPARRR..!!! GUAN ENG HINA PENARIK BECA PENANG BERHARGA RM20 PULAK DAHHH..!!!

Memang memalukan!! Selepas dihentam teruk oleh kumpulan pengusaha beca di Pulau Pinang kerana Kerajaan Negeri DAP tak mengambil berat terhadap golongan berkenaan, hari ini Guan Eng tampil untuk menyelamatkan keadaan.

12 November lalu, 50 penarik beca di Pulau Pinang telah berdemonstrasi di KOMTAR bagi mengecam pentadbiran DAP negeri yang mengabaikan kebajikan mereka. Kumpulan penarik beca tersebut juga mengecam pentadbiran berat sebelah kerajaan negeri DAP yang disifatkan sebagai menutup periuk nasi mereka.

Selepas sebulan dari tarikh demonstrasi berkenaan, baru sekarang ini pemimpin utama DAP tersebut mengambil inisiatif untuk bersemuka dengan para penarik beca untuk menenangkan keadaan.

Malangnya, dikhabarkan pemimpin DAP negeri hanya menjanjikan bantuan RM20 sahaja bagi setiap penarik beca di negeri berkenaan. Apalah yang mampu dibuat dengan nilai RM20 pada zaman sekarang? Hendak beli sekampit beras gred sederhana pun tak lepas.

Tetapi itulah realitinya.. Bagi DAP Pulau Pinang, mungkin nilai bagi setiap penarik beca di negeri itu hanyalah sebanyak RM20 sahaja. Itulah harga bagi usaha seluruh penarik beca yang mempopularkan industri perlancongan di negeri ini.

Lebih memalukan, pemberian bantuan RM20 itu digembar-gemburkan sebagai kemurahan hati pemerintah negeri. Pemberian RM20 itu juga dibuat secara terbuka kononnya mahu tunjukkan kepada satu dunia tentang regim DAP yang amat prihatin kepada golongan rakyat marhaen.

Inilah sikap berpura-pura parti kiasu di P.Pinang. Apabila kerajaan Barisan Nasional memberikan bantuan kepada rakyat melalui pelbagai program, wakil-wakil DAP mula lah mengkritik serta memperlekehkan usaha tersebut.

Sedangkan hakikatnya, kerajaan Barisan Nasional berusaha untuk mendahulukan rakyat serta menjamin keselesaan masyarakat pelbagai kaum disamping memakmurkan negara. Ini yang membuatkan DAP kurang senang. Bagi mereka, jika kerajaan DS Najib popular, ia bermakna mereka gagal.

Jadi, DAP makin terdesak untuk mencari peluang meraih populariti bagi menandingi apa yang diterima oleh kerajaan Barisan Nasional. Sebab itulah mereka terlampau terdesak hinggakan RM20 pun sanggup dijadikan modal untuk menunjuk-nunjuk kepada rakyat.


Sumber: Klik sini

LAWAK PAGI INI MEMPERSEMBAHKAN...CHEF TORONNNN..!!! (beri tepukan gemuruh..!!!)


Korang kenal tak sapa ni? Ni la dia "Chef Toron" a.k.a Fuziah Salleh..!!! Ini busuk punya orang, masak busuk punya barang. Ini busuk punya hati, suka kasi tipu sama orang...

Monday, December 12, 2011

GEMPARRR..!!! BUKAN SETAKAT HASAN ALI..ANWAR PUN DICANTAS MENJELANG PRU 13..!!!


Aku ingat, hanya Hasan Ali saja yang dicincang hancur menjelang PRU ke-13, rupanya Anwar Ibrahim pun kena cantas jugakkk!!! Terbaru, penyokong-penyokong PAS dikatakan sudah menunjukkan protes terhadap pemilik "Omega" yang hilang itu...

Terus terang aku kata, seandainya ditakdirkan Allah SWT nanti UMNO tewas dalam perjuangan pada PRU ke-13, aku lebih rela melihat Hj Hadi naik menjadi PM dan barisan kabinet yang dikuasai PAS.

Aku tak rela seorang peliwat, penipu rakyat, penggemar seks songsang dan agen Yahudi menghancurkan tanahair aku. Kalau Hadi yang rosakkan negara, at least aku yakin dia akan minta tolong UMNO jugak untuk bantu dia nanti! Itu aku yakin sangat!

Aku ada baca di sini mengenai pandangan PAS yang mahu Hj Hadi menjadi PM berbanding Anwar.
Dengan PAS bertanding lebih 60 kerusi Parlimen pada PRU 13 ini,peluang untuk TG Haji Hadi untuk menjadi Perdana Menteri juga cerah.Perkongsian kuasa sudah tentu melihat kekuatan sesebuah parti dan berdasarkan perlembagaan.

Dengan DS Anwar Ibrahim ,dikatakan UMNO cuba menghalang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13 ini.TG Haji Hadi merupakan calon yang sesuai untuk menggantikan DS Anwar ,jika DS Anwar Ibrahim dinafikan hak untuk menjadi Perdana Menteri.
Merujuk di atas, aku tertarik pada kenyataan "jika DS Anwar Ibrahim dinafikan hak untuk menjadi Perdana Menteri".

Dinafikan? Heh? Sapa nak nafikan Anwar untuk jadi PM selain rakyat Malaysia sendiri. Sebenarnya, rata-rata majoriti rakyat menyampah, meluat dan hilang kepercayaan terus pada Anwar ni...

Kenapa? Dah banyak sangat dah bukti yang buat semua orang tak percaya pada mamat ni. Sedangkan Yahudi pun dah tak percaya kat dia, apatah lagi rakyat Malaysia. Kalau nak tahu sebabnya, tanya la rakyat sendiri pasal apa kitorang menyampah sangat kat Anwar ni...heh!

LAWAK TAHAP GABAN..!!! PEMUDA PAS JADIKAN ANGRY BIRD SEBAGAI SUMBER INSPIRASI..!!! UWEEEKKK..!!!

"Alamakkkk...telur boss aku Nasrudin ni hilang la pulakkkk..Guan Eng ambik ke?"

Kah! Kah..!! Kahhh...!!! Aku senyum sumbing bila membaca kenyataan Pemuda PAS yang menjadikan Angry Birds sebagai sumber inspirasi! Memang bongokkkk punya statement..

Angry Birds pun boleh jadi sumber inspirasi? Apa dah takde benda lain ke yang boleh dijadikan sumber inspirasi oleh sayap PAS yang kononnya memperjuangkan Islam ni? Benda dari barat tu jugak yang jadi sumber inspirasi?

Lain la kalau dijadikan Al-Quran ke..Islam ke...Rasulullah SAW ke sebagai sumber inspirasi. Sumber yang berasaskan Islam lagi tepat untuk dijadikan sumber inspirasi! Angry Birds jadi inspirasi tu tak kena sangat la tuuuu...!!!

Aku tau la depa bercakap pasal perangi rasuah. Tapi perangi rasuah macamanapun, kena la rujuk pada Islam dulu sebab sebagai umat Islam, kita kena rujuk kepada Islam dulu tentan apa juag permasalahan. Ni Pemuda PAS rujuk pada Angry Birds? Kah! Kah! Kahhhhh..!!!

Aku harap Nasrudin Tantawi tibai sikit Shahir bingai ni. Nak tunjuk bijak sangat la si Shahir tu? Bingai tahap gaban..!!! Tu pun kalau Nasrudin nak tibai la. Kalau tak mau tibai, maknanya dia setuju la Angry Birds jadi sumber inspirasi Pemuda PAS..!!!
`Angry Birds’ Sumber Inspirasi Rakyat – PAS

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) menyifatkan permainan `Angry Birds’ yang mencatatkan jumlah muat turun tertinggi dalam sejarah permainan video boleh digunakan sebagai sumber inspirasi untuk masyarakat memperjuangkan hak mereka.

Pengarah, Institut Polisi Studinya, Mohd. Syahir Sulaiman mendakwa, permainan `Angry Birds’ boleh memberi inspirasi kepada orang ramai berhubung semangat untuk menghapuskan amalan pecah amanah seperti yang ditunjukkan oleh ‘burung-burung yang marah’ terhadap ‘si pencuri’ dalam permainan video tersebut.

“`Angry Birds’ secara kreatif dan penuh tekad berusaha mendapatkan kembali telur mereka yang dicuri dan pada setiap peringkat `Angry Birds’ perlu meningkatkan keupayaan untuk memecahkan tembok dan helah oleh si pencuri untuk berselindung.

“Permainan ini dapat mengajar kita tentang tiga perkara iaitu rakyat perlu menentang kezaliman, pencuri akan ditentang dan pihak yang benar pasti akan mengalahkan pihak yang salah,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Pada 3 November lalu media melaporkan permainan video telefon bimbit, `Angry Bird’ keluaran firma Rovio kekal menjadi permainan paling popular dengan rekod menunjukkan ia dimuat turun sebanyak 500 juta kali dalam tempoh dua tahun sejak ia dilancarkan.

Ketua Pemasaran Rovio, Peter Vesterbacka dipetik berkata, jumlah tersebut merupakan yang paling tinggi berbanding permainan video yang lain sebelum ini.

`Angry Bird’ berada di carta teratas permainan paling popular sejak ia dilancarkan untuk telefon pintar keluaran Apple, iPhone pada pertengahan Disember 2009. -Mynewshub.my

BAITUL ATEEQ: SATU-SATUNYA RUMAH YANG AKU TERINGIN NAK KUNJUNGI...


Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat begitu mengagung-agungkan hasil-hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia.

Sejak dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China, Taman Tergantung Babylon di sempadan Iraq, Piramid Giza di Mesir, Taj Mahal di India, Candi Borobodur di Pulau Jawa, Angkor Watt di Kemboja dan Menara Condong Pisa di Itali sebagai tujuh benda ajaib di dunia.

Namun, tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah Allah, Kaabah, merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban lain.

Menurut golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Kaabah yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam AS.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di keliling Kaabah sebanyak 40 kali.

Selain itu, Kaabah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara yang membinanya ialah Nabi Syith AS, Nabi Ibrahim AS, kaum Amaliqah, kaum Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah SAW, Abdul Muttalib Ibnu Hasyim.

Kaabah yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat ketua suku kaum Quraisy bersama Muhammad SAW Al-Amin yang meletakkan posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun sebelum diangkat menjadi Rasul.

Seterusnya, rumah Allah itu juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun 74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.

Menurut reka bentuk Kaabah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS, rumah Allah itu berukuran 48 kaki 6 inci bagi Dinding Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding antara Hajarul Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.

Binaan suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu, mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud kepadaNya setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah SAW lagi.

Antara keajaiban Kaabah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai Hajar Al-Aswad yang bermakna ‘batu yang berwarna hitam’ setelah batu yang dikatakan dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam kemudiannya.

Selain itu, Kaabah turut dibina dengan ‘pakej ajaib’ dengan melengkapkan binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang bermaksud ‘berkumpullah..berkumpullah’, yang tidak pernah kering-kering sejak dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.

Memakmurkan rumah Allah, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Kaabah bagi menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat ‘surat jemputan’ dari Allah SWT sebagai ‘tetamu’Nya setiap tahun.

Subhanallah! Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat ‘surat jemputan’ itu untuk menjadi tetamu Allah di rumahNya memandangkan ramai yang kaya raya dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima ‘surat’ itu.

Semoga kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari Allah untuk menjadi tetamuNya sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya. Wallahua’lam. -Mynewshub.my

GEMPARRR..!!! POK NIK TAUKE BALAK KALAU PAKATAN MENANG..!!!???


Janji Buku Jingga
Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.

Ulasan:
Pembangunan yang mapan? Lawak jenaka apa yang Pakatan janjikan ini. Di Kelantan selama lebih 20 tahun memerintah dah cerah hutan ditebang untuk balak. (baca sini). Di Selangor yang kononya lebih ramai pejuang alam sekitar dalam Pakatan termasuk EXCO "bogel", sudah banyak pembalakan "haram" yang direstui secara senyap kerajaan negeri berjalan di Hulu Langat. Sebab itu dengan tiba-tiba Kajang dilanda banjir terbesar dalam masa 40 tahun.

Lihat juga kawasan hijau sepanjang lebuh raya persekutuan berhampiran tol batu tiga, Semuanya ditebang sejak zaman Pakatan memerintah.

Dalam pada itu, pendekatan pembangunan mapan (sustainable development) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sehingga kini telah berjaya mengekalkan 56.4 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan. Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dilaksanakan sebagai salah satu kriteria utama dalam Sustainable Forest Management (SFM) yang bertujuan mengawal pembukaan kawasan hutan untuk mendapatkan hasil.

Sumber: Klik sini

PANASSS..!!! LAGI AUTA BUKU JINGGA DIKENAL PASTI...!!!


Janji Buku Jingga...
Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.

Ulasan
Siapa pun tidak boleh pastikan apakah yang dimaksudkan oleh Buku Jingga Pakatan mengenai skim ganjaran ini. Janji tanpa perincian ini menunjukkan mereka tidak mempunyai sebarang idea untujk dilaksanakan.

Sebaliknya Barisan Nasional melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan pelbagai elaun dalam proses penambahbaikan kakitangan perubatan di hospital kerajaan. Kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM750. Turut dinaikkan Kadar Bayaran Insentif Pakar, termasuk Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam (BIPKA) dan Bayaran Insentif Pengarah Hospital (BIPH).

Bagi kakitangan yang bertugas selepas waktu pejabat, disediakan Bayaran Insentif Klinik Selepas Waktu Pejabat pada kadar RM80.00 sejam kepada pegawai perubatan manakala Bayaran Insentif Khas (pembedahan Elektif) pada kadar RM200 sejam kepada pakar dan RM80.00 sejam kepada pegawai perubatan.

Apa lagi yang buku Jingga mahu janjikan? Bulan dan Bintang?

Sumber: Klik sini

PANASSS..!!! RAKYAT SELANGOR BAKAL MENDERITA TAK ADA BEKALAN AIR..!!!?

Kemelut Loji Sungai Langat 2 masih berterusan. Tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan berlakunya pengenduran oleh kerajaan Khalid-Teresa. Bahkan Khalid Ibrahim sudah acapkali memberitahu bahawa bekalan air di Selangor tidak akan berhadapan dengan masalah melainkan SYABAS, anak syarikat kerajaan negeri yang menguasai konsesi air di Lembah Kelang, terus bermain tarik tali.

Secara kasar, Pahang telah bersetuju untuk menyalurkan air mentah ke Selangor. Selangor akan menapis dan memproses air mentah tersebut dan disalurkan ke seluruh Lembah Kelang. Bagaimanapun persetujuan dan perjanjian tersebut dibuat pada zaman Selangor di bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional yang lebih mementingkan masa hadapan rakyat berbanding Pakatan yang lebih mementingkan survival politik mereka berbanding rakyat.


Sudah ada soksek-soksek kedengaran dari Pahang yang mempertikaikan KESUDIAN Pahang untuk menyalurkan bekalan air mentah kepada Selangor. Dengan menjadikan sejarah Johor dan Singapura sebagai hujah, Pahang dikhuatiri terpaksa membeli balik air bersih yang telah diproses oleh Selangor pada harga yang lebih tinggi. Sebaliknya, pihak yang bimbangkan situasi tersebut di Pahang, menekankan Pahang agar mengkaji semula perjanjian yang seharusnya sudah mansuh memandangkan kerajaan yang menandatangani perjanjian dan persetujuan dahulu telah digantikan oleh kerajaan lain. Bahkan pihak di Pahang itu menekankan bahawa air yang disalurkan kepada Selangor seharusnya air bersih yang perlu dibeli oleh Selangor pada kadar harga semasa, bukannya atas dasar bantuan dan kebajikan.

Ada logiknya tindakan pihak yang tidak berpuas hati di Pahang berhubung perjanjian penyaluran dan pembekalan air mentah Pahang ke Selangor. Apatah lagi, yang banyak membuat onar dan bermain kong kali kong adalah Selangor. Selangor masih enggan membina loji pembersihan air di Sungai Langat sedangkan pada masa yang sama, Pahang telah pun bersedia untuk menyalurkan air mentah untuk diproses oleh Selangor.

Suara-suara ‘nakal’ turut kedengaran yang mempersendakan AIR PERCUMA Selangor untuk rakyat dan penduduk. 20 meter padu pertama yang diberi secara percuma walaupun meter padu berikutnya berharga lebih mahal, sememangnya memberikan kredit yang cukup besar kepada Pakatan Rakyat serta Khalid Ibrahim.

“Kita yang bagi air kepada Selangor, orang Pahang mesti bising, mengapa mereka tidak dapat air percuma.”

Itu suara yang sampai kepada Selangor Daily ketika satu pertemuan dibuat dengan Menteri Besar Pahang minggu lepas.

Biarpun secara dasarnya, 20 meter padu yang diberikan secara ‘percuma’ itu bukanlah ‘percuma’ memandangkan harga air di Selangor memang telah dinaikkan, tetapi perkataan ‘percuma’ itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan mata kebanyakan rakyat serta penduduk Selangor terutama sekali para penyokong Pakatan, mudah dibutakan dan telinga mereka ditulikan.

Kerosakan empat buah loji pemprosesan air seperti yang dilaporkan oleh media massa minggu lepas di Selangor sebenarnya memberikan gambaran ngeri yang bakal ditempuh oleh rakyat Selangor selagi mereka bernaung di bawah kerajaan yang lebih mementingkan retorik dan politik berbanding kebajikan rakyat. Kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim memberikan terlalu banyak alasan untuk bermain tarik tali dengan Pahang berhubung isu air. Apatah lagi projek berkenaan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.

Bukan satu rahsia lagi apabila Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri pimpinannya tidak mahu Kerajaan Persekutuan meneruskan projek berkenaan, sebaliknya wang peruntukan untuk projek penyaluran air mentah dari Pahang diberikan kepada kerajaan negeri dengan alasan, kerajaan negeri yang seharusnya menjalankan program berkenaan.

Itu jugalah yang berlaku apabila peruntukan untuk pembaikian serta penyelenggaraan jalan raya di seluruh Selangor yang diletakkan dalam akaun MARRIS berjumlah RM400 juta, sedang digunakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk tujuan promosi Pakatan Rakyat. RM100 juta daripada RM400 juta telah ‘dicuri’ oleh Khalid Ibrahim untuk tujuan promosi PKR.

Dengan keadaan jalan raya di seluruh Selangor bermutu rendah serta tidak dijaga, sudah cukup untuk membuktikan bahawa perangai Pakatan dan Khalid Ibrahim sebenarnya lebih mirip kepada penyangak dan perompak yang akan memberikan pelbagai alasan yang dilihat manis dan muluk untuk meneruskan aktiviti jahanam mereka.

Sehingga sekarang, Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, hanya mampu menyatakan bahawa bekalan air di seluruh Lembah Kelang adalah mencukupi padahal dari sehari ke sehari, kekerapan penduduk berhadapan dengan ‘kehilangan’ air semakin ketara!

GEMPARRR..!!! STRATEGI TERBARU DAP TERBONGKAR..!!! MESTI BACAAA..!!!

Walaupun DAP sedang dilihat mengalami pergolakan di Pulau Pinang, ini tidak bermakna DAP di negeri-negeri lain turut mengalami pergolakan yang sama. Ada sesetengah pemerhati politik berpendapat, DAP sengaja menonjolkan pergolakan di Pulau Pinang untuk menutup strategi gelap yang sedang mereka rancangkan diseluruh negara khususnya Selangor.

Berdasarkan sumber terkini yang diperolehi, DAP kini sedang menumpukan usaha untuk menduduki kerusi utama di Selangor selepas Pilihanraya umum ke 13 nanti. DAP mahukan wakilnya menjadi Menteri Besar andainya negeri itu berjaya dipertahankan oleh Pakatan Rakyat. Selain Selangor, Perak juga sedang difokuskan oleh mereka.

DAP sebenarnya telah mempelajari kesilapan mereka di pilihanraya umum yang lalu. Kini mereka sedar, jika parti mereka mahu menguasai sesebuah negeri terutamanya negeri yang mempunyai Sultan seperti di Selangor atau Perak, DAP mestilah mempunyai calon melayu yang berkelayakan untuk menduduki kerusi Menteri Besar disitu.

Sebab itulah ketika ini, DAP sedang berusaha bagi meletakkan calon-calon melayu dikawasan-kawasan yang mereka fikirkan strategik. Semua ini bagi membolehkan mereka menguasai kepimpinan tertinggi sesebuah negeri seandainya Pakatan Rakyat mengulangi kejayaan tahun 2008 dahulu.

Di dalam usaha mengejar kedudukan bagi meletakkan calon-calon melayu, DAP tak pula kelihatan mahu melepaskan kerusi yang dimiliki mereka kepada parti lain. Sebaliknya, DAP dimaklumkan sedang mendesak PAS serta PKR supaya secara sukarela menyerahkan kerusi masing-masing bagi memberi laluan calon melayu DAP bertanding.

DAP memberi alasan, calon melayu DAP lebih berpotensi untuk menang sekiranya bertanding dikawasan melayu, bukannya kawasan majoriti cina di bandar-bandar. Ini menyebabkan PAS serta PKR kini berada didalam dilema sama ada mahu menurut kehendak DAP, ataupun bertegas untuk mempertahankan kerusi-kerusi mereka.

Bagi mengabui mata rakyat Malaysia, DAP kini sedaya upaya untuk menonjolkan parti mereka sebagai sebuah parti yang berbilang kaum. DAP cuba dimomokkan sebagai bukan parti cina dan DAP juga tak hanya memperjuangkan nasib bukan bumiputera.

Sebab itulah jika kita lihat, sejak kebelakangan ini Lim Kit Siang serta beberapa pemimpin cina DAP yang lain sudah mula bercakap mengenai hak bangsa melayu. Mereka sebenarnya mahu bangsa melayu memberi sokongan kepada mereka sekurang-kurangnya sebelum PRU akan datang.

DAP menganggap, melayu-melayu didalam Pakatan sudah berjaya mereka pengaruhi. Dan kini, jika DAP berjaya mendapatkan sedikit sokongan dari melayu atas pagar serta melayu-melayu yang berkecuali, mereka tentunya akan dapat merealisasikan impian mereka bagi menawan Malaysia serta memegang kuasa utama di negeri-negeri.

Inilah perancangan utama parti kiasu berkenaan didalam usaha merebut kuasa di negara ini. Mereka akan berjaya seandainya melayu-melayu masih belum sedar tentang hakikat serta niat sebenar DAP berkerjasama dengan PAS serta PKR didalam Pakatan Rakyat!


Sumber: Klik sini

PANASSS..!!! LEBAI PAS DAN TOPENG AGAMANYA...!!!

Sebelum ini, PAS menaburkan janji serta dakyah palsu bahawa menyertai parti mereka bermakna bersetuju dengan perjuangan Islam. Itu bermakna, mereka seolah-olah mahu mengatakan yang parti selain dari PAS, adalah merupakan parti yang langsung tak mendokong Islam sebagai perjuangan memajukan ummah.

Selepas itu, pemimpin-pemimpin PAS bawa pula janji syurga serta pahala jika memberikan undi 4 tahun sekali kepada parti tersebut. Ini dicanangkan oleh setiap penceramah-penceramah mereka diserata ceruk kampung dengan harapan untuk menjatuhkan pemimpin Islam UMNO. Bagi mereka, UMNO itu hanya akan membawa ke neraka.

Penceramah PAS mewar-warkan, UMNO menolak hukum Islam. UMNO juga tak setuju HUDUD dilaksanakan didalam negara yang berbilang kaum ini. Pemimpin UMNO juga dituduh melarang HUDUD dilaksanakan di Kelantan walau hakikatnya HUDUD yang dibentangkan oleh PAS adalah HUDUD yang bercanggah dari HUDUD yang sebenar didalam Islam.

Tetapi apabila DAP melarang PAS bercakap mengenai HUDUD serta perlaksanaan negara Islam didalam manifesto Pakatan Rakyat, habis terkunci seluruh mulut pemimpin-pemimpin PAS. Baik yang tua mahupun yang muda, semuanya seolah-olah terpukau dengan sergahan dari Karpal Singh dan juga herdikan dari Lim Kit Siang.

Dek kerana pukulan maut dari kafir-kafir DAP terhadap telur-telur pemimpin PAS, para lebai-lebai didalam PAS kini cuba pula membawa politik baru yang dibalut dengan topeng agama bagi mengabui mata rakyat serta ahlinya.

PAS kini cuba memperkenalkan konsep baru yang kononnya lebih hebat dari konsep perjuangan negara Islam. PAS kini memperkenalkan pula Konsep Negara Berkebajikan.

Namun langkah PAS melalui kenyataan Haji Hadi yang mahukan perjuangan PAS digantikan dengan perjuangan Negara Berkebajikan, nyata songsang. Rakyat sebenarnya sedang melihat sambil mentertawakan apa yang PAS buat ketika ini.

Jika Negara Berkebajikan yang menjadi persoalan, realitinya sudah lama ia diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Apa lagi pembaharuan yang mahu PAS bawa jika ia sudah lama dipraktikkan dengan jayanya oleh kerajaan memerintah? Mampukah PAS menunjukkan contoh konsep negara berkebajikan yang mereka bawa? Mampukah mereka menyaingi UMNO?

Jika kita lihat di Kelantan sendiri, apa yang boleh PAS banggakan selama lebih 20 tahun memerintah? Plaza Tok Guru? Bangunan Pasaraya? Ataupun indek jenayah serta sosial yang semakin membimbangkan setiap penghuni negeri Kelantan? PAS sendiri gagal di Kelantan, bagaimana mereka mahu mencampuri urusan pentadbiran Malaysia?

Semua kemudahan kebajikan di Kelantan adalah dibina serta diselenggara oleh Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat itu siapa? Bukan kah kerajaan Pusat itu adalah Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO ? Pusat Kesihatan, Pendidikan, Ekonomi, malah Masjid juga terpaksa diharapkan kepada UMNO untuk menyediakannya di Kelantan. Tak malukah PAS?

Jadi, apa gunanya PAS membentangkan tawaran Negara Berkebajikan mereka? Bagi menipu rakyat didalam Pilihanraya Umum akan datang? Ataupun menipu seluruh jemaah PAS supaya tak berubah hati meninggalkan kapal PAS yang semakin karam? Haji Hadi dan PAS hendak membohongi siapa sebenarnya?


Sumber: Klik sini

Dakwat Kekal: Anwar Tetap Akan Mencetus Kekecohan..?

Anwar ambiga

Berita terkini mengenai penggunaan dakwat kekal pada setiap Pilihanraya Umum di negara ini telah dimuktamadkan apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, mengesahkan bahawa dakwat kekal yang pernah diuji sebelum PRU ke-12 pada tahun 2008, boleh dipakai pada PRU ke-13 sekiranya bahan kandungannya masih sama.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, penggunaan dakwat kekal seperti yang dipersetujui Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen, pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan dari Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kandungan bahan yang akan digunakan.

Dengan itu, maka dianggap isu penggunaan dakwat kekal oleh pengundi pada setiap PRU di negara ini telah selesai. Dan saya kira, sudah tentu ia bakal memuaskan hati ramai pihak, terutama puak pembangkang dan Bershit 2.0 yang mengambil tindakan bodoh dan tidak bertamadun untuk meminta sesuatu yang boleh diminta dengan cara yang sangat mudah dan elok.

Namun, percaya atau tidak, pembangkang tetap tidak akan berpuas hati dengan keputusan tersebut dan tetap akan buat kacau pada PRU ke-13 kali ini. Nak tahu kenapa?

Menurut sumber, puak pembangkang dah “all out” untuk PRU kali ini. Salah satu modal tetapnya untuk berkempen ialah tetap isu penggunaan dakwat kekal.

Menurut sumber yang merupakan salah seorang bekas pemimpin PKR, puak-puak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim, akan memanipulasikan isu dakwat kekal sama ada BN menang atau kalah pada PRU kali ke-13 ini.

Kalau BN menang, Pakatan Haram dijangka akan mencetus kekecohan besar ala-ala Dataran Tahrir di Mesir dengan menimbulkan kekacauan dan ketidak stabilan dalam negara secara berlarutan seberapa lama yang boleh. Mereka dijangka akan mengambil kesempatan di dalam tempoh pembentukan Kabinet baru BN.

Malah, dikatakan juga bahawa mereka akan buat kacau sehingga PM dan barisan kabinet tidak boleh dan dihalang untuk mengangkat sumpah di hadapan DYMM Yang DiPertuan Agong.

Namun, sekiranya BN tewas pada PRU kali ini, maka isu dakwat kekal akan dimain dari “angle” lain. Katanya, puak-puak Anwar akan memainkan isu bahawa BN selama ini menipu dalam setiap PRU sejak merdeka dan kekalahan BN pada PRU yang menggunakan dakwat kekal membuktikan dakwaan mereka.

Pada saya, tidak mustahil dengan apa yang didakwa sumber ini. Ini memandangkan pada peristiwa-peristiwa lalu, Anwar dan penyokong-penyokongnya sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan kuasa. Sebagai contoh, mereka pernah merancang untuk membakar Stadium Bukit Jalil ketika perasmian Sukan Komanwel dahulu bertujuan untuk mencetus kekecohan!

Selain itu, mereka juga pernah membaling bom molotov koktel ke kediaman rasmi Tun Dr. Mahathir yang ketika itu masih menjadi Perdana Menteri dengan tujuan mencetus kekecohan di dalam negara. Banyak lagi yang mereka pernah rancang dan buat, namun kebanyakkannya berjaya dipatahkan dan mereka pernah dicekup SB pun banyak kali…

Bagaimanapun, kita tidak boleh memandang ringan mengenai isu penggunaan dakwat kekal ini memandangkan ia mampu mencetus kekecohan besar dan mengancam keselamatan negara. Justeru, itu, sewajarnya kita perlu bersedia dengan strategi-strategi ampuh bagi mematahkan perancangan keji mereka itu.

Sedarlah wahai rakyat tentang permainan politik kotor pihak pembangkang yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim ini. Sebelum Anwar mengetuai Pakatan Haram, pihak pembangkang lain tidak pun melakukan taktik kotor sekeji ini. Namun setelah Anwar mengetuai mereka, negara hampir huru hara dikerjakan agen yang dilatih Yahudi ini.

Persoalannya, sampai bila kita nak biarkan Anwar berleluasa mencetus suasana tegang dan mengancam keselamatan negara? Sampai bila?


Sumber: Klik sini

LAWAK GEMPARRR PAGI INI..!!! ANWAR CUBA LIWAT ZAID IBRAHIM..???!!!

Haiiiikk..???!!! Lain macam je gayanya? Mula-mula dulu bukan main comolot..lepas tu gaduh bagai nak rak..putus sana sini...skang ni dah comolot balik..? Dah kena "sontot belakang" ke?

Sunday, December 11, 2011

GEMPARRR..!!! 18SX ONLY..!!! MEMPERSEMBAHKAN.."GUAN ENG NENEN SHOW"..!!!


Siap buang skirt..??? Erkkkk..!!!

Makkk aihhh...!!! Aku ingat, kat Thailand je yang ada "Thai Girl Show"! Rupanya Guan Eng dah berjaya bawa masuk ke Malaysia dan menjadikan Penang sebagai pusatnya! Hebat betul Khalifah lantikan PAS ni! Ternyata, PAS berjaya mentarbiyah Guan Eng ke arah lebih Islam..!!!

Kini, memandangkan Guan Eng yang bawa masuk benda bangang ni ke Malaysia, maka aku rasa wajar kalau tarian ni diberi nama "Guan Eng Nenen Show"!!!

Rasanya kalau Salleh Man tengok video ni pun terangkat lebai serbannya! Malik "itik" pun terus "bisu" jadinya! Tapi yang mampu tersengih ialah Guan Eng yang memang terkenal dengan "isu raba nenen"..kecur air liur dia!

Namun, itulah yang berlaku di Penang, negeri di bawah naungan "Khalifah Umar Abdul Aziz" versi PAS, Lim Guan Eng! Rasanya, "Khalifah" ni dah bagi green light kepada "cawangan Ronnie Liu" ni untuk beroperasi begini rupa!


"Mula-mula ada baju...lepas tu tak ada baju..macam biskut!"


"Yang ni Champion pertama ketika mula-mula dianjurkan pada tahun 2009?"


Hasil didikan kereographer terkenal, "Khalifah Lim Guan Eng"?

Tarian Separa Bogel Panas Di Pulau Pinang!

PULAU PINANG – Sebuah pusat hiburan di sini telah menganjurkan sebuah pertandingan Tarian Seksi 2011 (Sexy Dance Competition 2011) yang menyaksikan gadis-gadis menari dalam keadaan separa bogel di lobi tarian kelab itu.

Kelab tersebut, Voodoo Pub & Bistro, yang dipercayai beroperasi di Upper Penang Road, George Town di sini, menganjurkan pertandingan itu menerusi beberapa peringkat sebelum gadis-gadis tersebut dipilih untuk ke peringkat akhir.

Misalnya, pada pertandingan ‘tarian separa bogel’ musim ketiga yang lalu, tiga peserta yang berada di peringkat akhir telah terpilih sebagai pemenang di mana seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Rainbow berjaya merangkul tempat pertama, Angeline di tempat kedua, manakala Abby pula di tempat ketiga.

Dalam persembahannya, Rainbow yang mulanya berseluar jeans pendek dan berjaket gelap mula membuka jaketnya dengan meninggalkan baju dalam yang ketat sebelum beraksi ganas di atas pentas, ala-ala ‘Thai girl show’ di Thailand.

Angeline pula yang mulanya berbaju tanpa lengan dan berseluar sangat pendek tidak kurang ‘hebat’nya apabila mendapat tepukan gemuruh dari penonton di pusat hiburan itu dengan aksi menanggalkan baju serta hanya memakai coli ketika menari.

Mungkin kerana ‘terlalu seksi’, Abby yang beraksi dengan hanya mengenakan coli dan seluar ketat berjaring ditepi hanya diberikan tempat ketiga di dalam pertandingan yang berlansung pada 6 Julai tahun ini.

Melalui beberapa siaran di Youtube, pertandingan ini dipercayai mula dianjurkan pusat hiburan itu sejak tahun 2009 dan masih berlangsung dilokasi yang sama bagi musim ketujuh di mana videonya telah dimuat turun di laman tersebut pada 6 Disember lalu oleh individu yang dikenali sebagai GDClovis. -Mynewshub.my

GEMPARRR..!!! SARANG PENARI SEPARA BOGEL BAWAH KUASA RONNIE LIU DI SERBU..???


Makin hebat Selangor di bawah Khalid "gagap" and the gang! Dah ada tarian separa bogel dah kat Selangor..!!! Memang hebat betul! Pusat hiburan tu bawah Ronnie Liu ke?

Penguatkuasa serbu diorang? Alaaa..2-3 hari lepas ni mesti dibebaskan balik la tu... Macam kes serbu rampas arak kat Shah Alam hari tu laaaaa...heh!

Tujuh Penari Erotik Menggelabah



Tujuh penari erotik yang leka mempersembahkan tarian di sebuah pusat hiburan di Selayang, di sini, kelam-kabut apabila premis itu diserbu polis jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, mereka terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 20 hingga 30-an antara 12 individu yang ditahan, selain seorang wanita dipercayai pelacur dan pasangannya yang dicekup dalam keadaan bogel. Jurucakap polis berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis terbabit.

Menurutnya, selain menyediakan pertunjukan tarian tiang, premis itu menyediakan bilik khas bagi pelanggan yang inginkan perkhidmatan seks.

‘’Ini kali kedua premis itu diserbu tahun ini. Pengusaha premis masih degil menjalankan kegiatan haram ini,’’ katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong bagi proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1983. -Mynewshub.my

GEMPARRR..!!! NIK AZIZ HARAMKAN UMNO GUNA ISTILAH "JIHAD"..!!! DAP SAJA BOLEH GUNA ISTILAH TUUU..?!!!

jihad hanya milik PAS

Kadang-kadang, saya jadi muak nak mengulas tentang Nik Aziz Nik Mat dan kenyataan-kenyataan bodohnya yang cuba dijadikan sebagai fatwa muktabar oleh “suku kaum agama” PAS. Namun memandangkan ke”nyanyuk”kan Mursyidul Am PAS yang dikatakan sudah memakai “pampers dewasa” itu, saya tiada pilihan untuk menulis bagi membetulkan pesepsi buruk tersebut.

Terbaru, Nik Aziz marah-marah ekoran penggunaan istilah “jihad” oleh Tmbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika Perhimpunan Agung UMNO 2011 baru-baru ini bagi menguatkan semangat orang UMNO menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Katanya, UMNO tak layak pakai istilah “jihad” dan perkataan tersebut hanya sesuai digunakan untuk menegakkan Islam.

Katanya, UMNO tak layak guna istilah itu kerana perkataan “jihad” berasal dari Al-Quran, manakala UMNO mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Malah menurutnya UMNO menggunakan istilah “jihad” untuk orang Melayu sahaja, sedangkan Islam meliputi semua kaum lain seperti bangsa Arab, kaum Cina dan lain-lain di dunia.

Saya percaya, kalau saya kata Nik Aziz Nik Mat itu bodoh, tentu ramai puak-puak PAS yang malas berfikir akan marah saya kerana menyifatkan “Nabi” mereka dengan sifat begitu. Oleh itu, saya gunakan perkataan “lembut sedikit” bahawa Nik Aziz bagai “tidak berakal untuk berfikir” dan “tidak bijak dalam pemikiran dungunya” itu.

Saya akui, memang perkataan “jihad” termaktub di dalam Al-Quran. Namun, bagaimana dengan perkataan lain di dalam Al-Quran seperti Islam, Iman dan lain-lain perkataan yang digunakan oleh umat Islam lain? Apakah perkataan itu juga dilarang penggunaannya? Jangan fikir semua orang PAS saja tahu pakai istilah di dalam Al-Quran, orang UMNO pun tahu dan layak juga pakai istilah yang sama!

Mengapa marah UMNO pakai istilah “jihad”? PAS pakai istilah dan nama “Islam” pada nama partinya, tidak salahkan tindakan tersebut? Sedangkan, PAS hanyalah parti politik yang tidak pun memperjuang atau mengimarahkan Islam di negara ini. Sebagai contoh, Nik Aziz hanya bina sebuah masjid saja sepanjang pemerintahannya di Kelantan selama lebih 20 tahun! Itu baru contoh kecil!

Apakah PAS memperjuangkan Islam dan layak menggunakan istilah “Islam” pada nama partinya? Apa yang PAS buat untuk mendaulatkan Islam di negara ini? Apakah Nik Aziz tidak ingat bahawa dialah dalang utama yang menentang perpaduan umat Islam di negara ini yang dipisahkan oleh fahaman politik jumudnya itu? Apakah Nik Aziz lupa tentang PAS yang mengeluarkan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan Islam dan semangatnya di negara ini?

Rasanya, kenyataan Nik Aziz itu penuh dengan emosi yang membenci UMNO dan umat Islam yang menyertai parti musuhnya itu. Kenyataannya bukan berlandaskan Islam dan akhlak nabawiyyah, namun lebih kepada nafsu serakah politik yang tidak rasional serta memecah belahkan!

Sepatutnya, Nik Aziz patut bersyukur kerana UMNO menggunakan dan menghidupkan kembali istilah “jihad” dari Al-Quran yang semakin lama dilupakan oleh umat Islam di negara ini. Positiflah sedikit, Tok Guru! Usahlah terus bersikap negatif dan memandang buruk sangka terhadap saudara seIslam sendiri!

Saya percaya, penyalahgunaan kuasa mahupun rasuah bukan saja ada di dalam UMNO, namun sikap buruk itu juga wujud di dalam PAS, PKR, DAP dan lain-lain parti. Rasionalnya, sikap tersebut tidak mewakili parti dan sebetulnya ia adalah merupakan sikap buruk segelintir individu atau tokoh di dalam parti tersebut. Justeru itu, tidak adillah Nik Aziz menuduh UMNO begitu, sedangkan parti PAS lagi teruk rasuah dan salah guna kuas di Kelantan! Tak ingat berapa ratus yang Tok Guru beri pada pengundi pada PRK di Kelantan tempohari?

Saya juga yakin, dengan penerapan nilai Islam seperti “jihad” di dalam UMNO, ia bakal memulihkan sikap buruk rasuah mahupun salahguna kuasa yang masih wujud. PAS pun sepatutnya memuji UMNO kerana memilih istilah yang sebegitu murni. Mungkin PAS boleh mengesyorkan UMNO supaya menggunakan istilah “intifaadhah” (kebangkitan) selepas ini?

Nik Aziz patut sedar dan buka mata sekaligus mengiktiraf peranan UMNO dalam memperjuang dan mendaulatkan Islam di negara ini. Apakah Tok Guru fikir JAKIM, Jabatan-Jabatan Agama Islam, PERKIM, YADIM, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi agensi-agensi Islam di negara ini ditubuhkan serta diperjuangkan oleh PAS, DAP, PKR, MCA, MIC, PRM, PPP, atau lain-lain parti?

UMNO jugalah yang buat semua itu dan pernahkah PAS bekerjasama, menyokong, menyertai atau memberikan galakan kepada UMNO untuk terus memperjuangkan Islam di negara ini? Tahukah Tok Guru kenapa kedua-dua jawatan Ketua Tertinggi Agama Islam dan Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Negara diberikan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong? Tahu tak kenapa diberikan kepada pihak yang sama? Boleh jawab? Atau IQ Tok Guru tersumbat lagi?

Boleh dikatakan bahawa seluruh umat Islam di negara ini yang rasional dan rajin berfikir bersetuju dan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh UMNO dalam memperjuangkan Islam di negara ini. Hanya Tok Guru dan mereka yang tidak berfikiran rasional saja yang menolaknya. Maklumlah, bila matlamat menghalalkan cara, perkara yang hak pun akan dipandang batil oleh puak-puak seperti Tok Guru!

Justeru itu, tidak salah sama sekali UMNO menggunakan perkataan atau istilah “jihad” di dalam muamalahnya. Tidak ada dalam hukum syarak pun yang menegah UMNO dari menggunakan istilah sebegitu di dalam perjuangannya demi Islam, bangsa dan tanahair. Lainlah PAS yang “memperdagang” dan “menjual” Islam untuk mendapatkan undi! Itu jual agama demi kuasa namanya..!!!

KELANTAN KINI: MEMBANGUN BERSAMA KAMBING..!!! (BANGUN PAGI DENGAN KAMBING LA TUUU..!!!)

pix_middle

PENULIS tak rasa pada 1990 ketika orang Kelantan bagi 100% kemenangan kepada PAS, akan terbayang pada 2011 ini masih ada lagi di antara mereka yang duduk sebumbung dengan kambing!! Penulis tak tahu apa masalahnya tapi itulah yang dilapor dalam Berita Harian semalam dan Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

Penulis rasa kambing itu diletak didapur rumah kerana pemilik rumah tiada wang untuk membina kandang kambing. Penulis boleh faham kalau ayam dan burung duduk dalam rumah tapi kambing?

Ini yang balaci banggakan sangat dengan PAS tu ya. 21 tahun memerintah, air keruh, masjid 1, rakyat duduk serumah dengan kambing. Sama ada bodoh ataupun dah terlalu terlalai dengan kehebatan ‘aura’ Nik Aziz yang sebenarnya palsu. Gaya cakap memang hebat, zalim dan kejam saja kalau bercakap tentang UMNO/BN, tapi ingat seingat ingatnya dalam negeri yang diperintah BN, takde orang yang duduk dengan kambing!!!

Sebab itu penulis cakap, macam mana besar gebangnya sekalipun tetap diakhir nanti rakyat akan memilih BN. Apa yang 2008 itu suatu keadaan yang luar biasa, keadaan sama pernah berlaku pada 1969. Dalam keadaan biasa, tetap BN jugaklah pilihan.

Hanya pembangkang saja yang rasa terseksa duduk di Malaysia ini, semua benda pun pada matanya zalim. Tanpa sedar, depa sendiri membina kekayaan peribadi – kalau tak kaya pun taklah duduk sebumbung dengan kambing!! Itu sudah pasti.

Ini masalah. Nik Aziz memang pandai, dia biarkan negeri itu mundur supaya yang muda-muda dan celik ilmu ni berhijrah ke luar dan untuk mereka yang tinggal, Nik Aziz menekankan soal pembangunan ‘rohaniah’ Macam mana nak ukur ‘rohaniah’? Dari keruhnya air ke?

Sekarang Pakatan cakap hebatkan? Semua benda pun dia boleh ubah jadi senang, jadi murah kalau pilih dia jadi pemerintah. Apa kata mulakan di Kelantan, kita nak tengok dalam tempoh 100 hari dari sekarang FDI di Kelantan masuk billion billion, takde lagi penghijrahan besar-besar, tua muda semua duduk dalam negeri tersebut.

Semua daerah dapat bekalan air bersih 100% jernih, dan paling penting tidak ada sesiapa duduk sebumbung dengan kaming. Agaknya boleh? Cakap besar macam mana kalau Kelantan 21 tahun pun tak boleh nak ubah apa-apa, lagi mau cerita pasal Malaysia yang lebih luas ni ke?

Toksah percayalah gebang hampas-hampas ni semua, depa cakap saja besar. Penulis tak kisah kalau kita cerita pasal orang asli tapi ini berlaku dalam kawasan kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa.

Orang PAS mana yang baca Harakah memang tak akan jumpa berita ini sebab Harakah bukan akhbar untuk semua tapi akhbar politik PAS dan hanya akan cerita yang baik-baik pasal PAS. Harakah lebih sanggup ukur miskin maju negara dibawah pemerintahan BN daripada bercakap tentang kelemahan sendiri.

Serius penulis cakap ni, orang Kelantan sampai bila nak gantung pada doa Nik Aziz saja? Dia ke hulu ke hilir naik Mercedez, rakyat dibiar duduk dengan kambing. Air pun tak boleh nak sediakan lagi mau gebang pasal kebajikan?

Pilihlah BN, insya Allah selesai masalah. Bukti dah banyak dah..


Sumber: Klik sini

GEMPARRR FILEM TAMIL DAP..!!! RSN RAYER DIBELASAH RATUSAN GENG RAMASAMY DEPAN PEARL VIEW..???

"Kasi turun itu Rayer la deyyyyy..!!! Deyyyy..!!! Deyyyyyyyy...!!!!!"

Memang panas di Penang! Dilaporkan seramai 120 penyokong Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy, berkumpul di hadapan Pearl View Hotel menunggu ADUN Seri Delima, RSN Rayer. Kalau dia turun, "renyuk" jugalah dikerjakan macha-macha Penang ni...

Rayer turut diminta maaf segera kepada Ramasamy dan dia dikecam, dikutuk dan dihina teruk oleh kaum India dari DAP itu.

Penyokong Ramasamy memegang banner yang ditulis "Kami sokong penuh YB Prof Ramasamy", "Rayer siapa kamu pengkhianat kaum India", "Rayer penipu minta maaf pada Ramasamy" dan "Tanasekaran (katak bagan dalam) non-performing adun! Don't hide behind sifu
".

Memang hebat "filem tamil" dari DAP ini. Khabarnya, Ramasamy panggil Karpal sebagai "GodFather", macam filem mafia tuuu..dan Rayer pulak marahkan Ramasamy (bodek boss la tuuu!). Lepas tu diorang gaduh teruk! Hahahahaaaaa...

Khabarnya lagi, MKP tak restu Ramasamy nak bela kaum India melalui DAP dan kalau Ramasamy degil jugak nak bela kaum India, dia disuruh keluar dari parti! Heh! Berani ke Ramasamy keluar dari DAP?

Persoalannya, terbelakah kaum India di Penang selama 3 tahun Guan Eng perintah? Kes Kampung Buah Pala menceritakan segalanya! Selama BN perintah Penang, tak pernah pulak dengar kaum India tertindas! Heh! Memang hebat Guan Eng kasi hantam kaum India!

Apapun, kita tunggu lagi apa pula episod seterusnya "filem tamil" DAP ni..heh!

Sumber gambar: Klik sini

PANASSS..!!! SURAT "PANASSS" BUAT USTAZ AZIZAN RAZAK DARI RAKYAT KEDAH..!!!


Ustaz Azizan...
Chek nak tanya sikit. Exco-Exco Ustaz Azizan ni reti buat kerja ke tidak ni? Awat yang depa biarkan perkhidmatan awam di Kedah ditutup macam tu saja..? Rakyat kat area tu nak naik apa nanti?

Ustaz Azizan...
Cuba Ustaz tengok gambaq yang disunting dari Orang Kedah ni. Gurun, Jeniang, Kuala Ketil, Taman-Taman kat area Sg Petani, Semeling, UiTM Merbok, Baling..semua tu kawasan yang jauh dan ramai rakyat yang takdak kenderaan sendiri kat situ...kan? Kalau takdak bas, macamana depa nak bergerak..?

Ustaz Azizan...
Lain la kalau Ustaz dah bina LRT ka..komuter ka...ERL kaaa..baru la boleh tamatkan perkhidmatan awam tu. Takkan Ustaz nak suruh rakyat kat situ naik teksi kot? Depa bukannya kaya macam Ustaz...Err..Ustaz..best dak naik kereta Mercedez baru tu??? KCX 8 ka apa ke nombor plate dia tu...

Ustaz Azizan...
Rasanya, Exco yang Ustaz lantik tu tak reti buat kerja kot? Ustaz kena suruh depa bincang dulu dengan syarikat bas tu. Tak pun buat la back up plan. Bukak tender bas baru ka..apa ka..baru la kena...

Ustaz Azizan...
Rasanya Exco yang Ustaz lantik tu nak sabotaj pentadbiran Ustaz, kot? Depa sengaja buat "tahana" kat Ustaz nihhh..? Depa nak buat cara berdepan, depa tak berani. Tu yang depa buat cara Anwar tuuuu...cara "main belakang"...

Ustaz Azizan...
Rasanya, Ustaz dah tertekan sangat dengan Exco-Exco Ustaz. Depa pemain Ustaz lagu tu ja. Sikit pun depa tak respect Ustaz lagi dah.

Ustaz Azizan...
Ustaz masuk UMNO ja laaa. Saya tau Ustaz ada persepsi buruk kat UMNO. Tapi memandangkan puak dalam PAS lagi teruk dari UMNO, rasanya lebih baguih kalau Ustaz berjuang bersama UMNO...

Ustaz Azizan...
PAS dengan UMNO ni sama saja. Yang bezanya ialah individu yang memimpin. At least UMNO reti dan berpengalaman luas mentadbir dan berkhidmat pada rakyat. Tapi pemimpin PAS di sekeliling Ustaz tu, dah la perangai buruk, tak reti mentadbir, lepaih tu depa sabotaj pulak ketua depa! Mana "wala" depa pada Ustaz sebagai MB? Hancoq wooo...

Ustaz Azizan...
Mungkin Ustaz kurang percaya apa yang saya kata ni sebab persepsi Ustaz bahawa saya ni orang UMNO. Tapi kalau Ustaz tak percaya tanya Sanusi Setpol Ustaz tu...dia mungkin boleh bagitau semua luaq dalam kat Ustaz pasai gerakan menjatuhkan Ustaz ni..

Heh!

GEMPARRR..!!! SKANDAL CINTA AKTIVIS VETERAN PAS DENGAN AMBIGA TERBONGKARRR..???



Tu diaaaa..!!! Punya la sayang kat Ambiga..!!! Hebat betul la "aura" yang ada pada minachi ni! Sampai penulis veteran PAS, Subky Latif, pun mengaku sayang padanya..err..ada apa-apa ke?

Sayangkan Ambiga sampai fakta mengenai minachi tu pun diketepikan?

Kat bawah ni disenaraikan fakta-fakta sahih mengenai Ambiga. Baca dan lepas tu fikirkan sama ada Subky Latif patut sayang atau tidak pada Ambiga ni..heh!
1) Ambiga merupakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia. Majlis Peguam terkenal dengan tindak-tanduknya yg cenderung ke arah pembangkang dan memiliki sikap anti-Islam yg ketara.

2) Beliau adalah orang yg bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) (IFC ditubuhkan untuk menjatuhkan martabat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yg jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

3) Dalam kes murtad Lina Joy, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut Islam.

4) Ambiga turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yg membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun menerima bantahan dari penganut Islam, Ambiga tetap meneruskan forum tersebut. Bantahan tersebut turut disertai oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin.

5) Tugas-tugas Ambiga mempertikaikan kesucian Islam di Malaysia diiktiraf oleh Amerika Syarikat apabila dia mendapat anugerah yg disampaikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton pada 2009.

6) Menyokong pelaksanaan program Seksualiti Merdeka diadakan di Kuala Lumpur pada 1-13 November 2011 yang mempromosikan hak dan kebebasan bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT) selaras dengan keperluan hak asasi manusia.

GEMPARRR..!!! BUKTI GUAN ENG "SKODENG NENEN" MASA NAIK KAPAL SELAM..?!!!

Guan Eng submarine

"Aiyaaa...talak nampak la itu nenen..ada orang lindung laaa..kasi tepi la sikit..gua mau skodeng ni..."

Pakatan Haram hanya mampu menghantar seorang saja wakil untuk meninjau kebolehan KD Tun Razak, kapal selam jenis Scorpene yang dibeli Kementerian Pertahanan di Langkawi International Maritime and Aerospace 2011. Walaupun ramai dikalangan pemimpin pembangkang dijemput, namun hanya Guan Eng saja yang hadir.

Itupun, Guan Eng terpaksa membawa beberapa orang konco-konconya sebagai peneman ketika dibawa menyelam bersama KD Tun Razak. Akhirnya, dia akui juga bahawa kapal selam yang selama ini dikutuk dan difitnah tidak mampu menyelam, terbukti mampu menyelam lebih 90 minit di bawah paras laut…

Bagaimanapun, sempat juga Guan Eng cuba memutar belit tentang kapal selam itu. Kononnya, Pakatan Haram tidak mempertikai tentang keupayaan kapal selam itu menyelam atau dari sudut teknikal, namun mereka mempertikaikan tentang harga kos pembelian kapal selam itu yang dikatakan sangat tinggi.

“Kita tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam”, kata Guan Eng kepada media sejurus selepas “mabuk laut” bersama KD Tun Razak.

Mabuk ke apa, Guan Eng? Lebih 3 tahun para pemimpin Pakatan Haram memperlekeh KD Tun Razak kononnya tak mampu menyelam dan banyak kekurangan. Alih-alih, Guan Eng kata mereka tak pertikai tentang keupayaan atau teknikal? Kepala hotak dia! Nampak sangat menipunya…

Menjawab kepada pertikaian kos KD Tun Razak yang dikatakan sangat tinggi, saya menyatakan memang benar kosnya tinggi. Jadi apa masalahnya? Tahukah Guan Eng dan semua pemimpin Pakatan Haram bahawa sesuatu yang dilengkapi dengan peralatan ketenteraan yang sofistikated, canggih dan termoden perlu dibayar dengan kos yang tinggi?

Sekiranya Kerajaan memesan sebuah kapal selam “kosong” yang hanya mampu menyelam saja tanpa peralatan-peralatan ketenteraan, sudah tentulah harganya murah sahaja! Nak buat apa dengan kapal selam “kosong”? Nak suruh TLDM kejar ikan tenggiri atau ikan pari di dasar laut?

Takkanlah Kerajaan nak beritahu para pemimpin pembangkang tentang spesifikasi khas yang dipesan bersama pakej kapal selam itu? Itu semua rahsia Kerajaan. Takkanlah nak didedahkan kekuatan peralatan pertahanan negara dikhalayak umum atau kepada para pemimpin pembangkang?

Lagipun, boleh percaya ke para pemimpin Pakatan Haram ni? Tak diceritakan rahsia Kerajaan pun mereka sebok keliling negara memburuk-burukkan negara. Apatah lagi kalau diceritakan rahsia pertahanan negara. Dijualnya pada musuh diluar sana pulak nanti.

Alah..sebelum ini pun bukan kita tak tahu banyak rahsia Kerajaan yang dibocorkan kepada pihak luar. Kalau tak percaya, tanya Anwar Ibrahim. Berapa banyak rahsia Kerajaan yang telah dijual kepada negara asing ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu? Alaahh..macamlah orang tak tahu! Tiba-tiba saja US tahu itu dan ini pasal hal dalaman Malaysia dulu…

Kos KD Tun Razak tinggi disebabkan oleh spesifikasinya yang termoden, ketepatan yang terbaik, peralatan yang terbaik dan sebagainya. Memandangkan spesifikasi itu dirahsiakan (hanya beberapa pihak saja yang tahu, menteri BN pun ada yang tak tahu sebenarnya), maka pembangkang ambil kesempatan pula mempertikaikan perkara kos tersebut. Kita pun tahu lah taktik busuk pembangkang tu…

Pada saya, hanya puak-puak yang malas berfikir saja yang akan terpengaruh dengan dakyah pembangkang itu. Kononnya komisyenlah, itulah, inilah..padahal semua tu tipu belaka! Sengaja pembangkang mahu mempermainkan minda rakyat untuk memburuk-burukkan Kerajaan.

Demikianlah perangai puak-puak pembangkang berlidah biawak macam Guan Eng. Dibiaya percuma merasai pengalaman menaiki KD Tun Razak pun lagi mahu komplen banyak. Orang kasi kek hitam dan 4 set kek najis pun tak reti berterima kasih. Dituduhnya pula UMNO yang buat, padahal terang-terang NGO-NGO yang mengaku hadiahkan kek-kek itu. Aparaaaaa..!!!


Sumber: Klik sini

LAWAK GEMPAR PAGI MINGGU..!!! AFIFAH PANGGIL ANWAR "PAPA"..??? IZZAH DAPAT "ADIK TIRI" BARU..???


Khabarnya Afifah secara diam-diam dah curi sumber DNA ayahnya untuk dijadikan perbandingan di sebuah makmal tertentu...betul ke?

Seperkara lagi, kalau betul la Afifah tu anak Anwar...apa sangat la Azmin boleh buat? Paling kuat pun Afifah akan panggil Anwar sebagai "Papa" dan Izzah akan dapat "adik tiri"..! Heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!