Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, December 10, 2011

MENYEDIHKAN..KETUANAN MELAYU DAN ISLAM AKAN HILANG DI TANAH MELAYU INI...?


Isu Ketuanan Melayu sekarang ini menjadi modal utama Pakatan Rakyat untuk menghentam UMNO. Boleh dikatakan semua pemimpin Pakatan termasuklah dikalangan melayu sendiri yang sanggup untuk menghapuskan konsep Ketuanan Melayu untuk menarik undi kaum bukan melayu supaya menyokong mereka.

Sebelum ini, Azmin Ali sanggup dilabelkan sebagai pengkhianat kerana mencadangkan Ketuanan Melayu dihapuskan. Begitu juga dengan Anwar serta anak beranaknya yang hidup mewah hasil dari faedah Ketuanan Melayu dinegara ini. Inilah yang dikatakan “habis madu sepah dibuang”.

Tak perlulah kita bercerita panjang mengenai pendirian PAS berkenaan Ketuanan Melayu. Nik Aziz serta konco-konconya berkata hanya Ketuanan Islam harus didaulatkan dalam negara ini demi menjamin keadilan kaum. Nik Aziz sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan kenyataannya tersebut.

Persoalannya, bukankah melayu itu sendiri majoritinya adalah Islam? Jadi bukankah mempertahankan Ketuanan Melayu, bererti mempertahankan Ketuanan Islam itu sendiri?

Sebenarnya, semua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat itu tak faham dengan konsep Ketuanan Melayu. Jika ada yang faham sekalipun, mereka akan pura-pura tak faham demi menjuarai politik peribadi mereka.

Apakah sebenarnya yang dikatakan Ketuanan Melayu? Berbezakah ia dengan Ketuanan Islam? Harus di ingat, apabila disebut sahaja Islam sebagai agama rasmi negara, ia bermakna kuasa politik negara ini adalah dimiliki oleh orang melayu. Ini bukti bahawa kuasa yang ada ditangan melayu itu adalah kuasa pemerintahan umat Islam.

Jadi, apakah Ketuanan Melayu itu sama dengan Ketuanan Islam? Jawapannya sudah tentunya ya! Dan selama berpuluh tahun negara kita merdeka, tak pernah Ketuanan Melayu menafikan hak kaum lain didalam negara. Malah, berlebih-lebih pula apa yang kita berikan kepada mereka sehingga ada melayu sendiri yang tak berpuas hati.

Ketuanan Melayu juga tak pernah menghalalkan apa yang diharamkan oleh agama Islam. Dan konsep Ketuanan Melayu juga tak sewenang-wenangnya bertindak zalim kepada kaum lain demi untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Hanya kini sahaja, kaum lain dilihat cuba untuk menggugat Ketuanan Melayu yang sejak sekian lama bertapak di negara ini.

Secara tak sedar, semua usaha untuk menghapuskan Ketuanan Melayu ini adalah hasil kerja jahat golongan sekular dan juga kaum kafir yang tamakkan kuasa pemerintahan bangsa melayu. Mereka tahu bahawa UMNO menjadi “penjaga” kepada Ketuanan Melayu, sebab itulah mereka berusaha untuk menumbangkan UMNO dengan apa cara sekalipun.

Tumbangnya UMNO, bermakna tumbanglah Ketuanan Melayu.. Tumbangnya Ketuanan Melayu, maka lenyaplah kuasa pemerintahan Islam di negara ini.

Ada yang mempersoalkan, PAS juga merupakan sebuah kuasa Islam selepas UMNO. Jika UMNO tumbang, PAS masih ada untuk bangsa melayu. Tapi harus diteliti juga, dimanakah PAS ketika ini? PAS kini sedang terperosok jauh dibawah tapak kaki DAP serta PKR. Mustahil bagi PAS untuk menjaga nasib orang-orang melayu jika didalam keadaan begitu.

PAS harus mendominasi Pakatan Rakyat jika mahu menjadi alternatif kepada UMNO. Tak mungkin PAS mampu berbuat begitu kerana PAS telah memisahkan bangsa dari agama didalam perjuangan mereka. Cuba lihat kini, yang jadi Ketua didalam Pakatan adalah Anwar Ibrahim, bukannya Hadi Awang ataupun Nik Aziz. PAS hanya kelas ketiga dalam Pakatan selepas DAP dan PKR.

Kita harus faham, konsep Ketuanan Melayu telah meletakkan kuasa bangsa melayu ditempat yang sepatutnya di bumi Malaysia ini. Ketuanan Melayu juga telah menyebabkan kita hidup tanpa rasa tergugat dengan kaum lain yang beranak pinak di negara ini. Tanpa Ketuanan Melayu, hilanglah jati diri bangsa serta kuasa untuk diwarisi kepada generasi seterusnya.

Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! TENGOK POMPUAN SEKSI SAMPAI EKSIDEN...!!!??? MACAM TU PUN ADA KAAAAA...



Tu laaaa..!!! Suka sangat buat dosa tengok pompuan seksi! Sampai eksiden dibuatnya! Betul la hukum Islam yang melarang umatnya melihat aurat individu lain...kan?

So, aku nasihatkan supaya jangan la tiru penunggang motor tu, jangan tiru Anwar yang suka China Doll, jangan tiru Mat Sabu & Amiruddin yang rampas bini orang, jangan buat perangi huduh macam tu...!!!

GEMPARRR..!!! RIBUAN PENYOKONG PAS AKAN BANTU UMNO TAWAN KEDAH JIKA JAMIL KHIR JADI MB..???!!!


Selaku seorang blogger dari Kedah dan mengikut perkembangan politik di negeri itu, ramai juga rakan yang bertanya saya sama ada BN mampu menawan kembali negeri Kedah dari genggaman Pakatan Haram, khususnya PAS Kedah.

Nak tahu jawapan saya? Lebih dari BOLEH..!!!

Pertamanya, dari segi kepimpinan, tidak ada sebab untuk UMNO-BN untuk tidak menawan Kedah kembali. Ketika zaman Pak Lah, ramai geng UMNO Kedah yang tak puas hati pasal calon PRU, kroni Pak Lah, dan segelintir Ketua Bahagian yang buat hal...

Namun kini, dengan diketuai oleh seorang loyalist seperti Tok Bashah, Mukhriz yang diminta ramai akar umbi menjadi penolongnya pun dah aktif, Tok Latt pun rapat dengan PM, pertikaian antara Ketua Bahagian pun dah makin reda, tak mustahil Kedah akan kembali ke pangkuan UMNO-BN.

Namun, bila ditanya mengenai MB Kedah dari BN, pemimpin yang paling tepat ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom! Itu pilihan aku. Pada aku, Jamil Khir ada command power. Dia tegas, biasa memerintah, cukup berpengetahuan pasal agama, rapat dengan Azizan Razak dan dilihat mampu mengawal beberapa Ketua Bahagian yang buat hal...

Keduanya, membandingkan statistik di sini, dengan hanya sebanyak kehilangan 1463 undi pada PRU ke-12 yang lalu, dibandingkan dengan sejumlah 1917 undi rosak, tidak mustahil Kedah mampu dirampas semula oleh UMNO-BN.
1) N.26 Tanjung Dawai kalah pada PAS = 79 undi
2) N.24 Jeneri Kalah kepada PAS = 167 undi
3) N.09 Bukit Lada kalah kepada PAS = 208 undi
4) N.27 Pantai Merdeka kalah kepada PAS = 503 undi
5) N.04 Ayer Hitam kalah kepada PAS = 506 undi

Jumlah Hilang Undi = 1463 undi
1) N.26 Tanjung Dawai = 618 undi
2) N.24 Jeneri = 256 undi
3) N.09 Bukit Lada = 395 undi
4) N.27 Pantai Merdeka = 296 undi
5) N.04 Ayer Hitam = 352 undi

Jumlah Undi Rosak = 1917

Sekiranya kehilangan undi dan undi rosak ini berjaya diatasi oleh UMNO-BN Kedah, maka BN akan memenangi pilihanraya dengan majoriti mudah 19 kerusi DUN. Kalau nak menang selesa dengan majoriti 2/3, perlu kerja kuat dapatkan lagi 5 kerusi DUN. Rasanya Pemuda dan Puteri di Kedah mungkin boleh tolong kot...

Bagaimanapun, UMNO-BN Kedah perlu berjaya memastikan 14 kerusi DUN Kedah dipertahankan terlebih dahulu. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...

Ketiganya, PAS Kedah memang dah lemah, selemah-lemahnya. Dulu pun depa lemah, tapi pasal UMNO lagi lemah dari depa, depa menang la dapat Kedah. Tapi sekarang ni, UMNO-BN dah mangkit dari tidoq! Dah "koi-koi" kembali bersatu dahhhh..hangpa tak caya? hangpa tunggu laaaa...

Pasal apa aku kata PAS lemah selemah-lemahnya sekarang? Azizan Razak dah give-up. Phahrulrazi pulak dok terawang-awang nak jadi MB. Mahfuz pun nak jadi MB gak. Amiruddin pun nak jadi MB gak. Eh? Berapa banyak MB nih..? Sah berebut kuasa nihhh..!

Paling utama ialah bab ke-4! Rakyat di akar umbi golongan atas pagar dah hangin satu badan dengan PAS. Ada yang meluat kat Exco-Exco dan sayang kat MB yang cuba dianiaya. Ada pulak yang menyampah kat MB dan masuk belah Exco-Exco. Tapi paling parah, majoriti golongan atas pagar dah "bebai" kat MB, Exco dan puak-puak PAS Kedah!

Depa kata lebih teruk dari UMNO-BN..!!!

Bukan setakat geng atas pagar saja. Ada laporan yang neutral memberitahu bahawa orang PAS sendiri akan sabotaj beberapa kerusi di DUN parti itu. Depa hangin satu badan kat ADUN PAS yang depa pilih sebab tak buat kerja dan dok syok sendiri dengan jawatan yang ada..."YB" la kata kan...hebat sangat la gamaknya tuuuu...

Penyokong PAS sendiri akan bantu UMNO-BN tawan Kedah balik pada PRU ke-13 nanti, insyaAllah..!!! Takbirrrrr..!!!

Dan pada pandangan aku, sekiranya momentum ini berkekalan, Jamil Khir pandai atur gerakan, Tok Bashah pandai jadi 'jambatan', Mukhriz pulak bijak main peranan, aku rasa Kedah dah dalam tangan...

Apa pun, kita perlu berusaha. Dan kemudian, serah dan bertawakkal pada Allah SWT. Kalau Dia izinkan, jangankan Kedah, Kelantan pun boleh dapat balik aihhh..!!! Kita tunggu saja masa dan ketikanya. Bila dah sampai masa, KITA STRIKE HABIS-HABISAN..!!!

PENGUMUMAN..!!! KERJA KOSONG JADI CALON DAP DI KEDAH...!!!


Tu diaaaa...!!! Kepada orang-orang Melayu di Kedah, sapa nak jadi ADUN atau MP segera? Sapa nak jadi YB, sila pergi ke pejabat DAP berdekatan dan mendaftar diri sebagai "Ahli DAP" di situ..!!!

Khabarnya, DAP sedang mencari calon Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon parti itu pada PRU ke-13 nanti. Ada mana-mana Melayu yang berminat nak jadi calon DAP di Kedah?


Setahu aku, dah ada dah sorang tu. Anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Dia dah jadi pengkhianat dah skang ni. Ada sesiapa lagi nak jadi pengkhianat Melayu Islam macam dia di Kedah?

Ada? Errr...sila mintak restu Kit Siang atau Guan Eng. Sila "kowtow" depan depa dulu, salah satu syarat jadi calon, kot? Heh!

GEMPARRR..!!! SAM KETOT HILANG TELUR TAKUTKAN GOMO..!!!


Aku heran betul. Apa yang AMK takut sangat dengan Gomo? Semalam, diorang buat report polis di seluruh negara kononnya suruh ambil tindakan kat Gomo...apa yang diorang takut sangat kat Gomo?

Pasal Gomo serang "dewa" Anwar? Pasal Gomo serang Rafizi, Zuraidah "Mak Lampir", Izzah, Azmin, Chegu Bard dan puak-puak PKR yang lain? Atau Sam "ketot" sengaja nak cari publisiti murahan dengan membodek "boss-boss"nya?

Yang lebih aku heran, kenapa tak saman atau buat laporan polis pasal kenyataan Nallakaruppan, Umi Hafilda, Zulkifli Noordin, Zahrain dan banyak lagi pemimpin berprofil tinggi? Diorang lagi teruk "belasah" Anwar.. Kenapa Gomo saja yang kena?

Sebab Gomo hanya seorang blogger "nyamuk"? Kerana Gomo takde "GodFather"? Kerana Gomo hanya "nobody"? Heh? Nampak sangat diorang lebih takutkan Gomo berbanding pemimpin-pemimpin yang aku cakap kat atas tu...

Anyway, aku ucap tahniah kat Gomo! Memang dia hebat. Kalau tak hebat, takkan la sampai AMK naik takut kat dia? Sampai buat report polis seluruh negara tu! Heh! Caya la bro..kasi hantam sama diorang!

Aku rasa, report polis tu buat Gomo bertambah semangat lagi nak serang diorang. Aku dengar, Gomo dah mula buat "tour" keliling negara mencari bahan untuk terus menghentam puak-puak laknatullah tu.. Aku tengah tunggu Gomo keluarkan video Chegu Bard...heh!

P/s: Anwar...bila nak jawab pasal Omega? Heh?

GEMPARRR..!!! HASAN ALI BAKAL "DIBUNUH"..???

hasan ali

Panas di dada media semalam apabila Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib memberitahu bahawa berkemungkinan besar Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Hasan Ali akan digugurkan dari menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang.

Memberikan alasan bahawa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak mendapat pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan PAS yang menghantar 3 nama calon, Shaari cuba membayangkan bahawa Hasan Ali bagaikan tidak punya pengaruh atau penyokong untuk meletakkan dirinya sebagai calon.

Malah, dia meletakkan Hasan Ali diperingkat paling hina di dalam parti itu apabila menyatakan hanya pucuk pimpinan tertinggi saja yang dapat menyelamatkan nama Hasan Ali dari digugurkan, seolah-olah Exco yang jelas memperjuangkan aqidah umat Islam yang dicabar hebat Khalid “gereja” dan konco-konco musuh dalam politiknya itu perlu mengemis untuk menjadi calon PAS di Selangor!

Hebat benar kenyataan PAS Selangor tersebut. Nampaknya, ada udang di sebalik batu, dan saya percaya ada “dalang” di sebalik pengguguran nama Hasan Ali dari menjadi calon PAS pada PRU akan datang.

Percaya atau tidak, reputasi Hasan Ali teruk direnyuk-renyukkan seseorang yang menjadi musuh politiknya. Saya kira, saya tak perlu sebut siapa musuh politik Hasan Ali memandangkan ia menjadi “open secret” dikalangan para pemerhati politik di Selangor, umumnya di Malaysia.

Umum juga tahu bahawa individu dalam PAS itu teruk menghentam Hasan Ali ketika isu serbuan JAIS terhadap DUMC, gereja “belaan” individu itu. Malah individu itu dikhabarkan sanggup bersusah payah memburuk-burukkan Hasan Ali ketika dipanggil memberikan penjelasan berhubung serbuan tersebut.

Tanpa berselindung, individu itu sampai ke tahap “gaban” menggesa agar pucuk pimpinan PAS Pusat mengambil tindakan disiplin terhadap Hasan Ali dan melucutkan semua jawatannya di dalam PAS. Tanpa rasa malu, dia turut menekan Hasan Ali untuk meletak jawatan, berundur dari menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kemuncaknya, nama Hasan Ali pula cuba dilenyapkan dari menjadi salah satu calon PAS pada PRU akan datang. Ganas sungguh permainan individu itu. Mahu ditamatkan terus riwayat karier politik Hasan Ali.

Namun saya percaya, Hasan Ali tidak akan melawan. Hasan Ali yang saya kenal merupakan seorang yang sabar. Dia rela ditendang, disepak, dihina dan dituduh dengan sebarang kejian. Misalnya, walaupun teruk dikeji, dia tetap hadir ke majlis Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam tempohari.

Setahu saya, di dalam UMNO pun tidak sedahsyat ini. Kalau ada pun, individu yang bertelagah itu sudah tentu sudah ditegur dan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pucuk pimpinan. Namun PAS mengalahkan UMNO dalam bab ini. Teruk betul cara mereka. Itu cara Islam ke?


Sumber: klik sini

PANASSS..!!! PEMUDA PAS MARAH ORANG HINA GUAN ENG..!!!

kek najis guan eng

Semalam, media melaporkan bahawa Dewan Pemuda PAS menggesa agar UMNO Pulau Pinang meminta maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kerana dikatakan bertanggungjawab menghadiahkan sebiji kek berwarna hitam dan empat set kek replika najis manusia!

Gesaan tersebut dilakukan oleh Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS, Sany Hamzan, yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadap dan tidak bertamadun serta memalukan “khalifah” kesayangannya, Lim Guan Eng!

Amboooiii mak aiiihh..!!! Sesedap mulut mak bapak mereka saja nak tuduh orang. Orang lain yang buat, tapi UMNO pula yang dituduh. Lepas tu, suruh UMNO Pulau Pinang minta maaf pula pada “khalipas” mereka? Sayang betul Pemuda PAS pada Lim Guan Eng! Ni bodek nak jawatan Timbalan Ketua Menteri ke?

Pertamanya, apa maksud Sany Hamzan mahu UMNO Pulau Pinang yang meminta maaf? Apa dia buta? Pekak? Atau tuli? Mamai ke apa? Tidakkah dia baca laporan berita yang menyatakan bahawa kek-kek tersebut dihadiahkan oleh NGO-NGO yang diketuai oleh Ghani Jiman? Ghani Jiman itu mewakili NGO dan UMNO bukanlah sebuah NGO.

Saya ulangi di cuping telinga Sany Hamzan, UMNO BUKANLAH SEBUAH NGO..!!! UMNO ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK..!!!

Keduanya, tidakkah dia meneliti laporan berita yang menyatakan bahawa kek-kek tersebut merupakan hadiah harijadi yang ikhlas diberikan kepada Lim Guan Eng? Tahukah Sany tentang makna dan erti hadiah? Meskipun hadiah itu tidak elok atau buruk, hadiah tersebut wajar diterima. Itu yang diajar Rasulullah SAW dahulu!

Sebagai contoh, ada seorang Yahudi yang datang ke rumah Rasulullah SAW dan membawa hadiah kepada Baginda yang berupa makanan. Bagaimanapun, dengan kelebihan dan kuasa Allah, Rasulullah SAW tahu bahawa di dalam hadiah tersebut tersembunyi dengan racun. Namun, demi memuliakan tetamu dan menghargai pemberian itu, Rasulullah SAW terima juga dengan wajah yang manis!

Justeru itu, sewajarnya Sany Hamzan menggesa agar Guan Eng menerima hadiah tersebut dengan muka yang manis dan mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ghani Jiman dan rombongannya atas hadiah tersebut! Macam tu baru cara Islam..!!!

Mengapa Sany mahu UMNO minta maaf pada Guan Eng? Pada ketika Chegu Bard menghantar bantal untuk Pak Lah di Putrajaya beberapa tahun lalu, mengapa tidak pula Pemuda PAS bingkas menggesa Chegu Bard meminta maaf kepada Pak Lah yang masih menjadi Perdana Menteri? Setahu saya, Perdana Menteri lebih besar jawatannya berbanding Ketua Menteri!

Sany perlu bermuhasabah diri dan tanya kepada NGO-NGO terbabit tentang sebab-sebab mereka menghadiahkan kek-kek tersebut dan apa simbolik maksud yang tersirat di sebalik pemberian itu. Tanyalah mereka kenapa dan saya yakin sudah tentu mereka punya jawapan yang terbaik buat Sany Hamzan.

Dewan Pemuda PAS perlu turun ke bawah akar umbi untuk mengetahui mengapa majoriti rakyat Pulau Pinang sangat membenci Lim Guan Eng meskipun anak Kit Siang itu mendakwa telah melakukan banyak “jasa” kepada rakyat negeri itu.

Rasionalnya, jika seseorang pemimpin itu memberikan perkara yang baik kepada rakyat, sudah tentu dia akan mendapat balasan yang baik dari rakyat. Sebaliknya, jika pemimpin itu melakukan kezaliman terhadap rakyat sudah tentu dia akan menerima “habuan” negatif dari rakyatnya sendiri.

Samalah juga dengan Guan Eng kesayangan PAS itu. Dia buat kezaliman kepada rakyat Pulau Pinang. Dia auta sana sini kononnya buat itu dan ini, padahal apa yang dia buat hanyalah “najis” semata-mata di merata negeri. Sebab itulah dia dihadiahkan kek hitam dan kek najis. Kalau dia buat baik di negeri itu, sudah tentu dia akan dapat kek putih berkrim dan set muffin yang enak dimakan!

Takkanlah itu pun Sany tak boleh fikir? Kalau inilah tahap pemikiran Pemuda PAS sekarang, alamat teruklah PAS pada masa akan datang. Sany patut belajar dengan Salahuddin Ayub untuk menjadi Ketua Pemuda PAS yang baik. Tapi belajar yang baik sajalah. Jangan ikut Salahuddin ke “Puduraya” pulak..!!!


Sumber: klik sini

LAWAK PAGI SABTU...KORANG KENAL NI ANAK SAPA..???

Ni karikatur yang sempat dilukis yang dapat membantu sesiapa yang kehilangan anak. Korang kenal tak anak siapa kat dalam karikatur ni..? Rasanya macam kenal, tapi siapa ya?

Errr..dengarnya, mak bapak diorang ni mengamalkan dasar "Dinasti" dalam parti diorang! Sapa ek?

Friday, December 9, 2011

GEMPARRR..!!! ZARINA ANJOULIE PUN NAK TIRU LINDSAY LOHAN BOGEL UNTUK MAJALAH PLAYBOY..???


Aku tengok, lately ni ramai golongan artis kita yang berpakaian seksi. Sama ada untuk sesi fotografi atau bersantai, seksinya mengalahkan artis bukan Islam! Peliknya, artis bukan Islam kat Malaysia ni pun tak la seseksi diorang..seksa betul diorang nih!

Terbaru, aku dapat tahu gambar bogel Lindsay Lohan tersebar kat internet. Khabarnya, si Lindsay ni bergambar untuk majalah Playboy. Anwar suka la kot majalah tu?


Aku nak tanya, takde ke artis beragama Islam kat negara ni yang nak tiru Lindsay Lohan tu? Rasanya kat Indonesia dah ada dah "Jupe" yang nak ke arah tu..kat Malaysia ni tak ada ke? Zarina Anjoulie? Fasha Sandha?
Gambar Bogel Lindsay Lohan Tersebar Di Internet

Meskipun majalah Playboy yang memaparkan pelakon Hollywood terkenal, Lindsay Lohan beraksi bogel, akan hanya dijadualkan terbit pada awal tahun depan, namun gambar-gambar panas tersebut telah bocor di internet.

Berkonsepkan bintang terkenal Hollywood, mendiang Marilyn Monroe, gambar kulit depan majalah itu memaparkan Lindsay beraksi duduk bersahaja di atas sebuah kerusi dan tubuhnya hanya ditutup dengan patung arnab, ikon majalah tersebut.

Kulit depan majalah itu juga berlatar belakangkan warna merah terang di mana Lindsay turut memakai gincu berwarna merah dibibirnya, seolah-olah meniru warna gincu yang dipakai oleh bintang ‘simbol seks’ terkenal di era tahun 50’an itu.

“Ia merupakan satu penghargaan klasik berinspirasikan gambar bogel Marilyn Monroe yang dihasilkan oleh Tom Kelley, hebat..sangat hebat,” kata pemilik Playboy, Hugh Hefner, yang dipetik dari sebuah laman web antarabangsa, Mail Online.

Menurut sumber itu lagi, Lindsay dikatakan menerima bayaran sebanyak AS$1 juta bagi sesi pergambarannya dengan majalah yang diharamkan di Malaysia itu dan ini merupakan sesi pergambaran kali keduanya setelah Playboy kurang berpuas hati pada sesi pertama.

Ibu pelakon itu, Dina Lohan, dilaporkan menyokong penuh keputusan Lindsay bergambar bogel di majalah itu dan menyifatkannya sebagai satu peluang untuk anaknya itu.

“Ia merupakan peluang kepadanya (Lindsay) dan dia pernah bergambar untuk beribu-ribu kulit depan majalah, ini adalah salah satu darinya sahaja…(lagipun) dia sudah berumur 25 tahun sekarang.

“Keputusan ini dibuat oleh dirinya sendiri..mereka punya kontrak mengenainya dan sejauh mana ia akan pergi ianya bergantung kepada Lindsay dan Hefner yang menentukan,” katanya lagi.

Lindsay, 25, merupakan antara selebriti Hollywood yang paling berprofil tinggi dan sering dilanda kontroversi-kontroversi panas, dari insiden tertangkap mencuri di sebuah pusat membeli belah sehinggalah tabiat ketagihan dadahnya yang teruk. -Mynewshub.my

GEMPARRR...!!! AZIZAN NAK SERAH KEDAH BALIK PADA NAJIB..?!!!

"Jib..Aku nak serah balik la Kedah ni kat hang...dah tak larat dahhh.."

Aku dengar, marah sungguh puak-puak PAS Kedah apabila melihat Azizan Razak begitu akrab dan mesra dengan Najib ketika LIMA 2011 sedang berlangsung di Langkawi. Depa kata macam-macam kat MB Kedah tuuu...

Dengarnya, Azizan dikatakan bersekongkol dan rapat dengan Najib yang merupakan Presiden UMNO. Kalau ikut fatwa Khalid "gereja" di sini, Azizan boleh dikatakan "ultra-Najib"! Padahal, pada pandangan aku, puak-puak PAS ni memang tak tahu latar belakang hubungan Azizan-Najib yang sememangnya rapat dari dulu!

Sebenarnya, Azizan ni rapat dengan Najib sebab masa dia dok kat oversea dulu, dia dikhabarkan dok satu rumah dengan salah seorang adik Najib. Sebab tu la depa rapat sampai sekarang...

"Nanti sat..aku check dulu dengan Tok Bashah..Geng UMNO ready tak nak take over Kedah balik..."

Cuma, Azizan join PAS saja. Itu saja bezanya. Tapi perbezaan tu tak menjadikan mereka musuh atau putus silaturrahim, kan?

Tak macam puak-puak PAS yang dok guna fatwa haramkan kahwin dengan orang UMNO, tak boleh makan sembelihan orang UMNO, tak mau berimamkan orang UMNO, tak mau solat di masjid UMNO dan sebagainya. Tu semua belajaq dari "fatwa" Mursyidul Am dan Presiden PAS la tu...

Sebenaqnya, Azizan ni memang cool. Rakyat suka dia. Yang tak suka dia ialah Exco Kedah dan puak-puak PAS yang dok ligan projek kat negeri tu. Dia rasional dan tak jumud macam puak-puak PAS lain...

Cuma, totoknya pada PAS memang ada. Dia baran dan cepat naik hangin kat orang-orang PAS sendiri. Maklum laaa..perangai orang PAS kan buruk...lagi buruk dari orang UMNO. Sebab tu Azizan layan orang UMNO dan "bolayan" kat orang PAS di Kedah...heh!

Khabarnya, Azizan sendiri dah give-up untuk PAS terus memerintah Kedah. Buktinya,dia pernah bagitau kepada salah seorang "Datuk" di Kedah bahawa dia dah malas nak pikul tanggungjawab MB Kedah. Bukan pasal dia "pemalas", tapi pasal dia tension gila terpaksa mengadap kerenah puak-puak PAS sendiri!

"Ermmm..kalau ikut buku ni..UMNO Kedah dah ready..camana? Bila nak serah?"

"Kalah pun takpa, dah malaih (malas) dah nak layan depa (Exco dan puak-puak PAS Kedah)," kata Azizan yang di "off-record"kan.

Tak payah la tanya "Datuk" mana yang bagitau aku tu. Aku cuma boleh bagi "hint", "Datuk" tu memang agak rapat dengan Azizan dan selalu tolong settle masalah MB Kedah tu...hangpa cari la sendiri...lagi pun aku dah janji tak mau dedah identiti "Datuk" tu...

Berdasarkan statistik di sini, hangpa rasa BN boleh ambik balik Kedah tak? Heh? Nanti aku cerita pandangan aku...hahahahaaaaa...tunggu..!!!

GEMPARRR..!!! KHALID GEREJA MENGAKU DIRINYA "ULTRA KRISTIAN"..???!!!

khalid gereja 2

Sangat menggelikan hati saya apabila diberitahu bahawa Khalid Samad “hangin satu badan” apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hadir di majlis PEKIDA dan kelihatan rapat dengan kepimpinan pertubuhan itu baru-baru ini.

Dalam kenyataan terbarunya hari ini, Khalid “gereja” cuba memutar belit keadaan dengan mendakwa hubungan rapat Najib dengan PEKIDA membuktikan bahawa beliau sememangnya “ultra-Melayu” dan mengenepikan prinsip wasatiyah yang menganjurkan kesederhanaan sebagaimana yang dicanang pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Mengapa Khalid Samad marah? Dia marah sebab di majlis tersebut, PEKIDA memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan yakin dengan kemampuan beliau mengemudi negara. Khalid Samad tahu bahawa PEKIDA mempunyai rangkaian pengikut yang ramai di seluruh negara dan sokongan terhadap Najib mampu menjejaskan sokongan rakyat, khususnya umat Islam Melayu, kepada PAS.

Nampaknya Khalid Samad mula gelabah! Mungkin sekiranya PEKIDA menjemput dia dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Haram, maka barulah dia akan memuji dan menganggapnya sebagai sokongan positif rakyat kepada Pakatan Haram itu.

Saya yakin, sekiranya PEKIDA menjalin hubungan rapat dengan Anwar, maka sudah tentu dia tidak akan menggelar Anwar dengan “ultra-Melayu” dan sebaliknya mungkin dia akan menyifatkan “penggemar China Doll” itu sebagai “pilihan-Melayu”!

Demikianlah sikap pemimpin Pakatan Haram. Kalau ada mana-mana pihak yang tampil beri sokongan terhadap UMNO, maka pertubuhan dan pemimpin UMNO akan dipersalah, dikecam dan dituduh yang bukan-bukan.

Kenyataan Khalid “Gereja” ini dilihat seolah-olah Najib tidak boleh punya kaitan dengan mana-mana pertubuhan sekali pun. Jika rapat dengan PEKIDA maka beliau dilihat sebagai “ultra-Melayu”. Jika rapat dengan PERKASA, dikatakan “ultra-Melayu”. Jika rapat dengan Tun M pun dikatakan “ultra-Melayu”. Kalau rapat dengan Anwar takut disontot dibelakang pula..!!!

Habis tu? Naib tak boleh rapat dengan sesiapa? Begitu? Mana-mana pertubuhan pun tak boleh rapat dengan Najib? Bagaimana pula dengan Khalid Samad sendiri yang rapat dengan pihak Gereja? Selalu keluar masuk gereja, sampai berkempen di Sarawak tempohari pun masuk gereja juga? Apa bolehkah saya katakan Khalid “ultra-Kristian”?

Persoalannya, salahkah PEKIDA beri sokongan penuh kepada Najib yang terbukti lebih baik dari seluruh kepimpinan Pakatan Haram yang hipokrit dan menegakkan benang yang basah itu? Peliwat dan “penggemar seks songsang” pun mahu diangkat menjadi Perdana Menteri? Anda rela?


Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! SKUAD HIJAU KUNING HANCUR KERANA KRONI PAS DALAM KFA..!!!???


Orang Kedah memang suka bab-bab bola sepak ni. Sejak dari zaman Karim Pin, Radhi Mat Din, Norazam Ishak..sampai la sekarang ni zaman Baddrol Bakhtiar, depa memang suka bab-bab bola ni...

Kalau ada perlawanan bola sepak membabitkan skuad Hijau Kuning, maka penuh la Stadium Darulaman, sampai jammed jalan dibuatnya. Lebih kurang macam kat Kelantan dan Selangor la jugak, cuma depa tak la ganassss...

Tapi, sejak PAS perintah, prestasi skuad Hijau Kuning merudum teruk! Orang Kedah dah tak buleh nak bangga sangat dah dengan skuad Kenari tu...sebab?

Sebab KFA tukar pengurusan. Pengurusan KFA sekarang ni dipenuhi oleh kroni-kroni puak-puak PAS yang "perasan bagus". Mula-mula, jurulatih hebat, Azrai Khor blah kerana dikatakan tak puas hati dengan tekanan politik dari puak kroni-kroni PAS tu...

Sekarang ni, depa kata Baddrol Bakhtiar pulak nak blah dari skuad Hijau Kuning. Katanya, family Kapten Skuad Harimau Muda ni memang kuat UMNO dan disebabkan itu Bad tidak disukai dan ditekan oleh kepimpinan KFA sekarang nihhh...

Baguih la..!!! Dulu lepaskan Azrai Khor. Hasilnya dia bawak Negeri Sembilan jadi juara dan Kedah melopong..!!! Lepas ni hilang Baddrol Bakhtiar pulakkkk..!!! "Elok" sangat la tu... Merudum lagi la skuad Hijau Kuning lepas ni...

Heran betoi la. Ini la jadinya kalau tak reti mengurus dan campur adukkan sukan dengan politik. Hancoqqq jadinya. Yang jadi mangsa ialah industri bola sepak negeri. Tak profesional betoi la puak-puak PAS nihhh...!!!

GEMPARRR..!!! SENARAI CALON PAS DI KELANTAN TERBONGKARRR..!!!

YAB Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang didakwa oleh mereka yang rapat dengannya sebagai menghidapi barah prostat akan tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan jika PAS masih mengekalkan pegangannya di negeri pantai timur itu selepas Pilihanraya Umum ke 13.

"Ambo nok gi doh, ambo sakit perut...." walaupun itu ayat kegemaran Nik Aziz untuk mengelakkan diri dalam sesuatu keadaan, tetapi kali ini diyakinkan itu bukan alasan yang diguna.

Bagaimanapun Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh

Ariffahmi, bakal terbang tinggi dalam arena politik Kelantan?

akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman di katakan akan dicalonkan bertanding salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Machang. Usaha keras Nik Abduh dan Ariffahmi dikatakan mula menampakkan hasil setelah berjaya meletakkan orang-orang mereka dalam hieraki Perhubungan Negeri setelah Muktamar PAS Jun 2011 lalu.

Demikian maklumat yang diberikan oleh orang kanan PAS Kelantan kepada seorang ahli politik terkemuka negeri itu.

Sementara itu, hari ini juga DetikPerubahan.Com memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, iaitu Mohd Amar Abdullah sebagai berkata bahawa Nik Aziz sudah bersetuju dengan senarai calon yang disiapkan oleh Perhubungan Negeri.

Mohd Amar juga mengesahkan bahawa senarai itu sudah diserahkan kepada PAS Pusat.

Antara perubahan yang dikatakan berlaku ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub akan kehilangan kubunya di Parlimen Kubang Kerian yang akan diambil oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Kerian iaitu Husam Musa.

Husam, tersingkir ke Parlimen dengan alasan dia diperlukan sebagai Menteri di Pusat?

Antara nama besar lain yang turut digugurkan ialah Bekas Timbalan Menteri Besar, Halim Abdul Rahman untuk memberi laluan kepada anak Nik Aziz. Timbalan Menteri Besar sekarang, Ahmad Yaacob yang bergelumang dengan isu Ladang Rakyat dan Air Kelantan Sdn Bhd turut tergugur.

Takiyuddin, sudah lama ada usaha menyingkirkannya ke Parlimen oleh faction tertentu dalam PAS Kelantan.

Sementara itu, Takiyuddin Hassan turut akan menerima nasib yang sama seperti Husam apabila dipindahkan dari DUN Bunut Payung untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu.

Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen PAS Tumpat sejak 1999 pula akan dipindahkan untuk bertanding DUN Pengkalan Kubur untuk menentang Noor Zahidi Omar, Setiausaha UMNO Kelantan. Zahidi merupakan ADUN Pengkalan Kubur sejak 2004.

Sekiranya Kamarudin Jaffar berjaya di Pengkalan Kubur dan PAS berjaya mengekalkan kuasanya di Kelantan, beliau akan di lantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Kamarudin bersama ADUN GAAL, Dr Nik Mazian.

Mohd Amar, yang kini exco Kerajaan Negeri sejak 2004 akan di lantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz. Mohd Amar dikatakan menjadi pilihan Nik Aziz setelah beliau berkali-kali membuktikan sebagai pemimpin yang bersedia berhadapan dengan krisis dan tidak seperti calon pilihan Nik Aziz sebelum ini, Husam Musa yang suka mengamalkan politik kura-kura. Husam terkenal dengan strategi menyembunyikan diri setiap kali krisis timbul dan tidak seperti Mohd Amar.

Bakal Menteri Besar Kelantan yang baru.

Sementara itu PAS dan PKR juga dikatakan telah bersetuju untuk bertukar-tukar kerusi Parlimen. Salah satu kerusi yang dipersetujui dikatakan sebagai kerusi Parlimen Machang yang sebelum ini dimenangi oleh Saifuddin Nasution Ismail dari PKR.

Kerusi DUN Pengkalan Kubur yang dikatakan bakal di tandingi oleh Kamarudin Jaffar dari PAS juga merupakan kerusi yang ditandingi oleh PKR pada 2008.

Sumber dari pihak UMNO Kelantan pula mengatakan hampir 80% Ketua Bahagian UMNO negeri itu akan diletakkan sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri termasuklah Pengerusi Perhubungannya, Mustapa Mohamed. Mustapa dikatakan pasti menjadi pilihan UMNO sebagai Menteri Besar jika UMNO berjaya mengambil semula Kelantan setelah kehilangan negeri itu sejak 1990.

Namun begitu, bekas calon Menteri Besar Kelantan dalam kempen UMNO 2008 dan juga Ketua Bahagian Bachok, Awang Adek Hussin akan bertanding kerusi Parlimen Bachok. Manakala bekas Pengerusi Perhubungan Negeri, Annuar Musa dikatakan tidak akan dicalonkan walaupun sahamnya dikatakan naik semula setelah berjaya mentransfomasikan pasukan bolasepak Kelantan.

Presiden UMNO Najib Razak perlu mengutamakan prestasi di Kelantan dan Kedah sekiranya beliau benar-benar mahu mengukuhkan kedudukan UMNO di Parlimen dan memungkinkan BN kembali menikmati majoriti 2/3. Ini kerana BN dikatakan sudah pasti tidak akan dapat merampas semula Pulau Pinang dan kedudukan UMNO sendiri di Perak dan Selangor dalam bahaya terutamanya di kerusi-kerusi campuran.


Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! NIK AZIZ NIK MAT KANTOI BERDISKO DUT DENGAN GRO DEKAT RUMAHNYA..???!!!



Memang panassss..!!! Video di atas mempamerkan segalanya. Ini membuktikan bahawa Kerajaan di bawah Mursyidul Am PAS gagal mentarbiyah umat Islam di kawasannya sendiri. Ada DISCODUT..!!!

Peliknya, jarak di antara pusat pusat hiburan ini hanya 3.6 km saja dari rumah Pok Nik Ajis! Aku nak tanya, Pok Nik Ajis ada share ke dengan tauke DISCODUT ni? Atau Pok Nik pernah melepak melepaskan "tension" di DISCODUT ini?

Bagaimana pula dengan Nik Abduh? Timbalan Ketua Pemuda PAS ni pernah tak berdemo depan DISCODUT dekat rumah ayah dia ni? Atau dia pun join berdangdut sekali kat situ?

Harap Pok Nik tak bagi alasan bodoh lagi untuk menghalalkan DISCODUT ini...

Terima kasih pada Kickdefella yang menerjah Pok Nik yang diangkat sebagai "Nabi" oleh puak-puak PAS baru-baru ni...

GEMPARRR..!!! KHALID GEREJA CONFIDENT MENANG BESAR DI SELANGOR..!!!?

khalid gereja 1

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, hari ini cuba “menyedapkan hati” para penyokong PAS di negeri itu dengan menyatakan bahawa BN mampu merampas Selangor kembali sekiranya PAS mengalami “senario terburuk”.

Katanya, memang benar dakwaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa ada laporan dalam PAS yang menyatakan BN dilandasan yang tepat untuk merampas Selangor kembali. Bagaimanapun, Khalid “gereja” menjelaskan bahawa ia boleh dielak oleh PAS.

Hai..? Cuba “cover line” ke? Rata-rata rakyat Selangor sudah lama memendam rasa dengan prestasi Kerajaan Pakatan Haram Selangor, terutamanya PAS yang gagal melaksanakan sebarang dasar yang elok di negeri itu. Malah Khalid Samad sendiri dikatakan antara faktor terbesar PAS kehilangan sokongan dari kalangan umat Islam di negeri itu.

Sebagai contoh, PAS mahu menutup kilang arak di tepi Lebuhraya Persekutuan, tapi Khalid Samad pergi melawat dan puji pula kilang arak tersebut. PAS mahu arak dihapuskan penjualannya di kawasan majoriti Melayu, tapi Khalid Samad sokong pula Ronnie Liu yang suruh hantar balik beberapa botol arak yang dirampas penguatkuasa di bawah Hasan Ali.

Apatah lagi Khalid “Gereja” ini dilihat begitu aktif membela rumah ibadat Kristian di Selangor. Sebagai contoh, dia kerap melawat dari gereja ke satu gereja. Dan ketika mana Hasan Ali mempertahankan tindakan JAIS yang menyerbu Gereja DUMC, Khalid adalah antara pemimpin PAS yang bertindak mempertahankan Gereja itu. Bukan saja pertahankan DUMC, Khalid kecam pula tindakan Hasan Ali dan JAIS..!!!

Itu belum lagi diceritakan tentang Khalid Samad yang menyokong kuat penggunaan kalimah Allah sehingga bertengkar dengan Harun Taib dan Taib Azamuddin di Parlimen! Belum lagi diceritakan pula tentang cubaannya menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor! Memang teruk Khalid Samad ni, maklumlah..dia pendokong “Islam yang terlalu liberal”. Macam Anwar jugak…

Khalid juga dibenci kerana bermusuh dengan Hasan Ali sehingga berjaya menggulingkan bekas Pesuruhjaya PAS itu pada Muktamar PAS yang lepas. Sebenarnya, Hasan Ali sangat digemari oleh penyokong PAS di Selangor memandangkan pakar motivasi itu merupakan pelopor atau pengasas utama PAS di negeri tersebut. Hasan Ali rapat dengan akar umbi PAS di Selangor berbanding Khalid yang lebih rapat dengan “gereja”!

Sebenarnya, kenyataan Khalid “Gereja” itu adalah demi menutup kesilapan dan kelemahan yang ada pada PAS Selangor. Khalid sedar bahawa berbondong-bondong penyokong PAS marah padanya dan bertindak akan memboikot PAS di Selangor pada PRU ke-13 ini. Semuanya kerana Khalid “gereja”! Sebab itu dia mengelupur “cover line”…

Saya percaya, sekiranya Hasan Ali bertindak melepaskan semua jawatan dalam PAS dan kembali menyertai UMNO, nescaya tunggang terbalik jadinya parti itu di negeri tersebut. Menurut ramai akar umbi yang ditemui saya di sekitar Selangor, kemarahan mereka terhadap Khalid dan PAS Selangor membabitkan tindakan kepimpinan parti itu terhadap Hasan Ali. Ternyata pengaruh Hasan Ali lebih kuat berbanding Khalid “gereja”…

Justeru itu, sekiranya trend pengundi Melayu berubah menyokong BN pada PRU ke-13 kelak, jangan salahkan orang lain, salahkan Khalid “gagap” kerana dialah penyebab utamanya…!!!


Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! "RAHSIA DALAM KAIN" TERBONGKAR..???

kemelut dap

Nampaknya kemelut dalam yang belaku di dalam DAP semakin menuju kemuncaknya apabila Timbalan Ketua Menteri II (TKM II) Pulau Pinang, P Ramasamy menghentam AJK DAP negeri itu, RSN Rayer, berhubung kati dengan pertikaian lobi-melobi menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Menurut kronologi kisah pertikaian mereka, Ramasamy dikatakan dengan bangganya mengumumkan sendiri tiga orang wanita India sebagai calon DAP yang akan bertanding pada PRU akan datang.

Kemudian, Karpal Singh yang mungkin merasakan dirinya tercabar atas tindakan TKM II Pulau Pinang itu cepat bertindak balas dengan mengeluarkan kenyataan yang dikatakan ditujukan kepada Ramasamy. Dalam kenyataan itu, Karpal memberi amaran kepada para pemimpin DAP agar tidak berlagak “warlord” dengan mengumumkan konco-konco mereka sebagai calon.

Kononnya, kenyataan Karpal itu dibuat untuk memperlihatkan DAP tidak mengamalkan ‘kronisme”. Padahal, dia sendiri mengamalkan dasar tersebut apabila membawa anaknya, Gobind, ke dalam DAP, menjadi calon di kawasan “favourite” boleh menang dan akhirnya kini menjadi Ahli Parlimen Puchong!

Kembali kepada cerita dalam kain DAP yang terselak luas, Ramasamy kemudiannya dikatakan menggelar Karpal Singh sebagai “GodFather” yang akhirnya mencetus kemarahan Rayer. Rayer menuntut agar Ramasamy meminta maaf segera kepada Karpal atau dia bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti itu.

Peliknya, Rayer yang hanya AJK Negeri itu bertindak lebih sudu dari kuah! Dia hanya AJK DAP Negeri Pulau Pinang, namun bertindak seolah-olah Timbalan Pengerusi DAP Pusat pula! Tiba-tiba saja nak hadapkan Ramasamy ke Jawatankuasa Disiplin parti itu?

Ekoran itu, Ramasamy yang berang dengan sikap Rayer yang “lebih-lebih” itu hari ini mengadakan sidang media menghentam Rayer habis-habisan. “Apa nak jadi, jadilah!” katanya.

Menurut Ramasamy, dia hanya mahu memastikan agar DAP tidak meminggirkan kaum India dalam perkongsian kuasa dan menegaskan bahawa kaum India juga berhak menjadi calon parti itu. Dia juga menegaskan bahawa dia tidak perlu mengemis jawatan atau kuasa melalui pucuk pimpinan parti tersebut.

Macam filem Tamil di TV2, kan? Bezanya dalam “filem” ini, tiada keretapi, heroin Tamil dan lagu-lagu ditaman bunga saja. Bergaduh berbunyi “desyum-densyum” pun tak ada. Perang mulut saja…

Apa pun, perkara ini membuktikan bahawa berlaku perebutan kuasa yang parah di dalam DAP. Selain itu, permainan politik dalaman DAP juga kencang dan ganas di kalangan kaum India sendiri. Bagaimanapun, mampukah kaum India di dalam DAP menyaingi dominasi kaum Cina di dalam parti itu?

Kita tahu, Lim Kit Siang telah menaikkan kroni-kroninya dari bangsa Cina di dalam DAP. Anaknya Lim Guan Eng kini berkuasa mutlak bagai “Maharaja China” di Pulau Pinang. Itu belum lagi disebut mengenai pemimpin Cina yang sealiran chauvinis ultra kiasu yang dipertonjolkan Kit Siang seperti Ngeh Ko Ham, Nga Kor Meng, Teresa Kok, Eli Wong dan ramai lagi.

Yang bodohnya, melayu-melayu yang beragama Islam masih lagi sanggup buat muka tak malu “menjilat” puak-puak anti-Melayu dan anti-Islam ini. Entah bilalah mereka akan sedar dan insaf…


Sumber: klik sini

LAWAK PAGI INI..! BAI'AH PAS: LOMPAT PARTI HARAM DARI SUDUT AGAMA PAS PIS PUS..!!!


Pelik betul. Hakikat lompat parti pun dijadikan hukum. Malah, Hasan Ali sendiri mengaku bahawa sekiranya ADUN atau MP Pas lompat parti maka "tercerailah" isteri masing-masing...

Habis tu? Kalau ADUN atau MP Pas tu pompuan camana? "Tercerai"kah suami-suami diorang..???!!!

Thursday, December 8, 2011

GEMPARRR..!!! TERESA KOK BUKTIKAN DAP ADALAH PARTI PALING RACIST..!!!

teresa signboard

Baru-baru ini kecoh di dada akhbar mengenai DAP yang dikatakan sebagai sebuah parti yang mengamalkan dasar perkauman yang tebal di negara berbilang bangsa ini. Dalam ertikata lain, DAP lebih menyebelahi kaum Cina di dalam apa saja aspek dasar mereka.

Mungkin pemimpin-pemimpin DAP akan tampil menafikan dakwaan itu meskipun dalil dan bukti menunjukkan yang sebaliknya.

Sebagai contoh, Kampung Tengah yang berada di dalam kawasan DUN Kinrara di bawah penguasaan DAP melalui ADUNnya, Teresa Kok, sedang menghadapi masalah besar ekoran sebuah jambatan di kampung tersebut hampir roboh.

Menurut sumber, penduduk kampung berkenaan telah pergi bertemu sendiri dengan Teresa Kok dan pembantu peribadinya bagi memohon agar jambatan tersebut diperbaiki segera. Mereka bimbang sekiranya jambatan tersebut runtuh dan mengakibat kemalangan kepada penduduk kampung tersebut.

Namun, sehingga kini, dikhabarkan tiada tindakan pun yang diambil oleh Teresa bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Kemana Teresa Kok sebenarnya?

Rupanya Teresa Kok sedang sebok melayan kaum Cina di kawasannya…

Baru-baru ini di dalam blognya, Teresa Kok menceritakan bagaimana “sebok”nya dia mengunjungi seorang budak Cina berumur 10 tahun yang sakit “scoliosis”. Mungkin nak tunjuk prihatin dan banyak duit, Teresa Kok menulis cheque kepada budak tersebut. Tak mengapalah. Baguslah sebab dia tolong budak Cina itu…

Semalam pula, dia “sebok” lagi! Kali ini, Teresa Kok “sebok” mengiringi “boypren”nya, MB Selangor, Khalid “gagap”, merasmikan majlis pecah tanah di SJK Cina Sin Ming bagi menambah lagi blok sekolah Cina tersebut. Syabas! Untuk kaum “Cina” lagi…

Bagaimana dengan jambatan di Kampung Tengah? Menurut sumber, Teresa Kok mahupun wakilnya tidak langsung berkunjung ke kampung itu untuk meninjau keadaan jambatan yang rosak tersebut. Apakah kerana kampung itu kampung orang Melayu maka Teresa Kok enggan melayan permintaan rakyat di kawasannya?

Apakah Teresa mahu menunggu beberapa orang penduduk Melayu di kampung itu meninggal dunia akibat jambatan runtuh maka barulah dia terhegeh-hegeh menunjukkan muka di Kampung Tengah?

Saya percaya, sekiranya kampung berkenaan merupakan sebuah perkampungan kaum Cina, tak payah diminta pun Teresa Kok akan datang membetulkan jambatan tersebut. Tak payah suruh pun, Teresa Kok akan sukarela dan berbangga menolong kaumnya sendiri.

Itulah sifat dan sikap yang ada pada pemimpin DAP. Sekiranya ianya menyentuh soal bangsa Melayu, maka ia akan diperlambat-lambatkan. Namun sekiranya ia bersangkutan dengan kepentingan masyarakat Cina, tengah malam pun mereka sanggup datang hulur bantuan!

Jika orang mendakwa DAP parti rasis dan tebal perkaumannya, maka pemimpin parti itu akan melatah dan menafikan. Namun realiti apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa memang benar DAP parti rasis! Apa lagi yang mahu dinafikan?


Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! GADIS BERBOGEL TIDUR DENGAN BABI..!!! AMBIGA BILA LAGI NAK BUAT MACAM NI..???



Ni dah kira tahap takde kerja berfaedah lain la minah ni nak buat?! Sampai tidur bodel dengan babi??? Nasib baik tak "main" dengan babi-babi tu je...

Well, bila lagi Ambiga nak tiru aksi ni? Rasanya, babi pun takut nak dekat dengan Ambiga nihhh...hahahahaaaa...!!!

Wanita Sanggup Tidur Berbogel Dengan Babi Demi Seni!

Dunia akhir zaman. Dunia kita makin tua, pelbagai kerosakan semakin menjadi-jadi di muka bumi ini.

Antaranya seorang pelajar wanita berasal dari Korea yang sanggup tidur dengan babi, maaf, TIDUR BERBOGEL DENGAN BABI. Semuanya dilakukan atas nama seni.


Miru Kim ‘meluangkan masa’ 104 jam tinggal bersama dua ekor babi di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011

Para pengunjung boleh melihatnya berbogel bersama babi melalui sebuah tingkap.

Selama empat hari dia tinggal, makan, dan tidur bersama dua ekor babi di dalam sebuah bilik kaca.

Wanita Sanggup Tidur Berbogel Dengan Babi Demi Seni

Kim, yang juga merupakan anak kepada seorang ahli falsafah Korea itu mula terkenal sejak dia mengambil gambar-gambar bogel dirinya sendiri di tempat-tempat ganjil seperti kilang usang, terowong, dan jambatan.

Ujarnya, kerja yang dilakukan itu membantunya untuk mengatasi ketakutannya — “Ketakutan terhadap kegelapan, bahaya dan ketakutan terhadap kekotoran”.

Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama “I like pig and pig like me” (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres.

Begitulah kisah bagaimana teruknya manusia-manusia di akhir zaman.

Harus diingat, Kim bukannya bodoh…dia merupakan bekas pelajar perubatan lagi tetapi nampaknya dia meletakkan dirinya pada martabat yang paling hina dan keji.

Sesuatu yang pasti, ada ramai lagi ‘Kim’ di luar sana tetapi dalam bentuk dan sudut yang berbeza.

Semoga Allah menghindarkan kita dari segala perbuatan yang cela dan hina seperti ini, baik daripada segi kelakuan, mahupun pemikiran! -Mynewshub.my

GEMPARRR..!!! SKANDAL CHEGU BARD TERBONGKARRR..??? TIK TOK..TIK TOK..TIK TOK...


Untuk makluman, Chegu Bard akan diserang bertali arus dalam tempoh terdekat. Serangan awal yang membongkarkan skandal mamat yang suka fitnah orang tu dah tersiar di blog GAP di sini dan blog MIK di sini.

Malah rakan blogger, Gomo pun sudah menyatakan dia akan "meletupkan" Chegu Bard dengan video eksklusif tidak lama lagi, klik di sini. Khabarnya, kerana takut "rahsia gelap"nya terbongkar, Chegu Bard telah cuba membeli Gomo! Perghhhh..!!! Tapi Gomo kata, dia tak jual diri...! Heh!!!

Abis la Chegu Bard lepas ni. Tu laaa..suak sangat tabur fitnah sana sini. Skang ni orang nak dedah dah rahsia peribadi Chegu Bard. Itu bukan fitnah lagi..siap ada bukti lagi haaaa...hehehehe...tungguuuuu..!!!

PANASSS..!!! MALAY MAIL, MALAYSIAKINI & MOLE.MY DAH BERSEKUTU PULAK..?


Rasanya, ada "pihak" yang telah menunjukkan "true colours"nya yang sebenar...

Sebelum ini "pihak" itu dikatakan pro-Kerajaan. Bagaimanapun, dengan apa yang tersiar di Malaysiakini jelas menunjukkan pihak yang berada di belakang tabir Malay Mail dan Mole.my bersekongkol dengan media pro-pembangkang itu.

Pertamanya, kita perlu tahu siapa di belakang The Malay Mail? Kemudian, kita lihat pula siapa di belakang Mole.my? Dan mengapa mereka memilih untuk bersekutu dengan sebuah media yang sangat pro kepada pembangkang.

Aku harap, pihak yang berkaitan dapat menjawab hal ini. Thank you.

P/s: Katanya mintak fund dari K'jaan, tapi tak dapat? Mungkinkah disebabkan itu mereka "beralih arah" kepada pembangkang? Banyak ke dapat fund? Heh?

GEMPARRR..!!! SAIFUDDIN DOLAH AKAN "DIBELASAH" SAIFUDDIN MUKA LOBANG MALAM NI..???

wacana saifuddin

Dilaporkan bahawa malam ini adakan diadakan satu debat wacana yang bertajuk “Pilihanraya Umum ke-13: BN atau PR?” dan bakal diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Antara panel yang terpilih ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Saifuddin Abdullah, Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution, Pensyarah UM, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan Pensyarah UKM, Prof Madya Shamsul Adabi Mamat.

Pada mulanya, saya rasa teruja juga mahu menonton wacana ini. Namun, bila mengetahui Saifuddin Abdullah yang mewakili UMNO, saya batalkan terus hasrat tersebut. Bukanlah kerana kurang senang atau benci pada Saifuddin Abdullah, namun saya merasakan beliau kurang layak untuk bertempur secara bersemuka dengan Saifuddin Nasution.

Pertamanya, tidak ada tokoh UMNO lain kah yang mahu dihantar untuk berwacana? Saya percaya, sekiranya Saifuddin Abdullah tersilap langkah malam ini, sudah tentu semua jari akan menuding kepada UMNO. Saya percaya, sekiranya Saifuddin Abdullah gagal menyakinkan penonton malam ini, ia bakal dijadikan modal pembangkang sehingga ke PRU ke-13 kelak.

Keduanya, wacana tersebut adalah anjuran media yang sememangnya terkenal dengan pro-pembangkang iaitu Harakah, Malaysiakini dan KTV (media baru, bukan pusat karaoke tahu!). Malah, katanya wacana itu akan disiarkan secara langsung oleh myKelantan.tv.

Sebagaimana kita tahu, media tidak wajar berpartisan atau menyebelahi mana-mana pihak. Ia melaporkan apa yang sebetulnya. Namun, media juga pandai memanipulasi isu dan menghangatkan sesuatu yang patutnya tak menjadi isu pun! Sekiranya Saifuddin Abdullah tersilap kata malam ini, nescaya teruklah UMNO-BN selepas itu…

Persoalannya, jika sebelum ini pun media-media pro-pembangkang itu sering memanipulasi cerita dan kata-kata memburuk-burukkan UMNO dan BN, apakah Saifuddin Abdullah fikir beliau tidak akan terlepas dari manipulasi pembangkang malam ini? Sebelum ini, biar bagaimana betul sekalipun UMNO atau BN, mereka akan tetap menyalahkan Kerajaan juga.

Justeru itu, atas alasan apa pula Saifuddin Abdullah rasa beliau tidak akan dimanipulasi malam ini?

Ketiganya, wacana tersebut bakal diadakan di gelanggang lawan. Bukanlah kita takut atau gentar untuk bertempur minda di pentas musuh. Namun, saya percaya bahawa dengan pentas yang dikuasai lawan, “tuan rumah” mampu melakukan apa saja termasuk mensabotaj musuhnya sama ada secara sedar atau tidak. Kelebihan berpihak kepada pihak “tuan rumah”…

Sebagai contoh, sudah tentu wacana-wacana tersebut akan dihadiri oleh puak-puak pembangkang, khususnya puak-puak PAS yang terkenal dengan samseng dan “gedebe” membuta tuli. Jika Saifuddin Abdullah berjaya mematahkan hujah lawan pun malam ini, belum tentu lagi kenderaannya yang diletakkan diluar dewan akan “selamat”.

Sejarah dan insiden sebelum ini menyaksikan puak-puak pembangkang tidak punya rasa bersalah untuk mensabotaj kenderaan atau mencederakan pemimpin UMNO atau BN. Kalau dah “gedebe” tak tentu pasal tu, memang hodoh sikapnya…

Justeru itu, saya fikir, biar seilmiah mana sekali pun wacana malam ini, selagi ia bercampur dengan elemen berat sebelah dan provokasi yang tidak kesudahan, sudah tentu ia akan merugikan UMNO atau BN. Hairan pula saya, mengapa Saifuddin Abdullah menerima jemputan wacana itu? Apa niatnya…?

Saya lebih berminat untuk hadir wacana terbitan Sinar Harian di Karangkraf di Shah Alam memandangkan medium itu dilihat neutral meskipun pernah beberapa kali panas apabila berlaku provokasi ketika sesi soal jawab diadakan. Bagaimanapun, ia masih terkawal dan bersifat neutral berbanding wacana yang dianjurkan pembangkang malam ini.

Apa pula kata anda?

GEMPARRR..!!! WANG ZAKAT SELANGOR DIRAMPOK KHALID GAGAP..???

zakatkhalidsamad

Tidak dapat tidak, jari jemari saya tetap tidak senang selagi tidak bertanyakan tentang perihal penyelewengan yang dikatakan terjadi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), sebagaimana yang saya baca di sebuah laman blog di sini. Memang saya tak puas hati selagi tidak dapat jawapan yang memuaskan hati, terutamanya tentang hal yang bersangkutan dengan umat Islam.

Menurut blog tersebut, bersumberkan dari seorang pegawai pengurus kutipan zakat negeri Selangor, kisah penyelewengan wang zakat Selangor telah menjadi buah mulut di IPTA-IPTA, khususnya oleh golongan yang dipertanggungjawabkan menguruskan kutipan zakat di negeri itu.

Apa yang mengejutkan, meskipun kutipan zakat di negeri maju itu mencatatkan kutipan beratus juta ringgit setahun, masih ramai lagi golongan yang wajar menerima wang zakat tidak mendapat wang tersebut. Lebih mengejutkan lagi, masalah itu dikatakan berpunca dari wang zakat yang tidak mencukupi!

Hai? Takkanlah wang zakat yang tercatit berjumlah RM ratusan juta tapi tak cukup lagi untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan?

Selain itu, memberikan contoh wang zakat yang berjaya dikutip pada tahun 2010 yang berjumlah RM336.80 juta, sumber berkenaan menyatakan akaun LZS masih lagi mencatat defisit lebih RM10 juta! Kemana perginya wang zakat tersebut?

Peliknya, ketua pengurus kutipan zakat di IPTA sumber blog berkenaan mengamuk sakan bila “rahsia” ini terbongkar? Mengeruhkan keadaan lagi apabila diberitahu bahawa banyak syarikat-syarikat besar yang tidak mahu lagi membayar zakat secara terus kepada LZS, dan mengambil inisiatif sendiri memberikan zakat secara terus kepada fakir miskin.

Khabarnya, ada tangan-tangan ghaib dari Kerajaan Negeri Selangor yang menyelewengkan wang zakat berkenaan, betukah begitu? Menurut sumber itu, wang zakat Selangor telah dipohon oleh segelintir pihak yang berkepentingan kononnya mahu membuat “pembangunan agama” dan diberikan kepada fakir miskin di kawasan mereka.

Malangnya, dikatakan hanya segelintir saja yang merasa wang zakat tersebut dan selebihnya digunakan untuk kepentingan peribadi dan menampung kos pergerakan-pergerakan politik mereka, betulkah begitu?

Saya tidaklah mahu menuduh dan penulisan kali ini lebih kepada sifat bertanya tentang hakikat sebenar. Saya memohon kepada mana-mana pihak yang punya saluran untuk menyiasat atau melaporkan segera perkara ini kepada pihak SPRM untuk siasatan lanjut memandangkan disyaki terdapat “kebocoran teruk” pada ratusan juta wang zakat Selangor.

Ini adalah demi kepentingan umat Islam negeri Selangor dan tiada kena mengena dengan soal politik. Ahli UMNO, PAS, PKR mahupun DAP atau apa pun fahaman politik mereka, saya percaya mereka sayang pada Islam selagi mereka beragama Islam. Justeru itu, saya menyeru agar perkara ini diberi perhatian sewajarnya.


Sumber: Klik Sini

Kelantan 1990 – 2011: Hanya Bina Sebuah Masjid Saja..?

masjid CHina

Digelar Serambi Mekah, Kelantan hanya mampu berbangga dengan sejarah silamnya yang terkenal dengan para alim ulama yang giat menubuhkan pusat pengajian tidak rasmi atau lebih dikenali sebagai “sekolah pondok”. Selain itu, nama-nama tokoh ulama seperti Tok Kenali dan sebagainya kini hanya tinggal namanya saja untuk dibangga-banggakan.

Bagaimanapun, sejak tahun 1990, iaitu selepas Kelantan terlepas ke tangan PAS, tidak sebiji pun rumah Allah atau masjid yang dibina di negari itu kecuali sebuah sahaja. Dan satu-satunya masjid yang dibina itu ialah Masjid Jubli Perak atau lebih dikenali sebagai Masjid China yang dibina atas ilham “nabi terbaru PAS”, Nik Aziz Nik Mat selepas kembali dari makan angin di negara tembok besar itu.

Itu pun, masjid tersebut menelan belanja yang mahal dengan harga RM9.5 juta pada harga pasaran yang dibina bermula pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2009. Buat masjid sebuah pun mengambil masa sampai empat tahun untuk disiapkan? Tak tahulah berapa banyak peruntukan yang “bocor” dalammasa empat tahun pembinaannya itu…

Memang pelik apabila Kelantan yang terkenal dengan majoriti penduduknya adalah bangsa Melayu beragama Islam tidak menambah bilangan masjid di negeri “Serambi Mekah” itu. Walhal, pusat-pusat hiburan, kelab malam, premis judi dan rumah urut, malah rumah pelacuran tumbuh bagai cendawan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu…

Memanglah. Masjid lebih afdhal untuk diimarahkan. Namun di Kelantan, meskipun dengan bilangan masjid yang sedikit, hanya segelintir dari yang sedikit itu saja yang diimarahkan. Yang lain-lain itu bagaikan “hidup segan mati tak mahu”! Solat lima waktunya dihadiri jemaah yang memenuhi satu saf sahaja. Malah ada kalanya, hanya ada imam, bilal, tok siak dan seorang dua AJK masjid sahaja.

Sebenarnya, mengenai bilangan masjid yang dibina di Kelantan ini diperakui sendir oleh Exco Kerajaan Negeri, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun, yang menyatakan bahawa selain Masjid China itu, semua masjid dibina oleh Kerajaan BN. Jadi tak payah nak dinafikan lagi fakta itu.

Cuma yang musykilnya, mengapa satu sahaja yang dibina? Sengkek sangatkah Kerajaan Negeri Kelantan? Sedangkan pembinaan kuil, berhala dan rumah ibadat lain pun diberikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Mursyidul Am PAS itu, mengapa pula umat Islam yang majoriti tinggal dinegeri itu dinafikan hak pembinaan rumah ibadahnya?

Saya pernah menemui sebuah keluarga yang merupakan penyokong kuat PAS. Mereka marah pada kepimpinan PAS Kelantan kerana tidak membina masjid baru. Namun oleh kerana “wala” pada pemimpin, maka mereka terpaksa memberi undi pada PAS, walaupun PAS tidak mengimarahkan Islam di negeri itu…

Apa nak buat…dah dapat Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang tak tahu memimpin. Dah dapat seorang MB yang selalu bagi “excuses”. Dah dapat seorang “mursyidul am” yang tidak memberikan “irsyad” yang benar…maka begitulah jadinya…


Sumber: klik sini

PANASSS..!!! PAKATAN HARAM SUDAH LAYAK DI"MUZIUM"KAN..!!!

Semakin dekat dengan tempoh pilihanraya umum ke 13, semakin banyak persepsi yang timbul mengenai prestasi Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Diatas kertas, kita melihat Barisan Nasional melalui kepimpinan DS Najib berjaya menukarkan sokongan rakyat supaya beralih kepada mereka berbanding di zaman Tun Lah.

Kalau tak 100 peratus sekalipun, perlu diakui bahawa lebih dari separuh sokongan rakyat telah diterima oleh kerajaan melalui pelbagai program-program mesra rakyat, serta skim-skim bantuan yang diwujudkan kepada rakyat bawahan.

Bukan hendak menafikan sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat, tetapi realitinya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ternyata hanya menggali kubur mereka sendiri apabila terlampau ghairah menabur janji tanpa ada inisiatif untuk menunaikannya. Inilah yang membuatkan sokongan terhadap mereka semakin merudum.

Dari segi media maya pula, memang tak perlu dinafikan lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional telah mendahului lawan mereka. Ini dikuatkan lagi dengan DS Najib sendiri yang sanggup menghabiskan masa bagi menumpukan fokus kepada pengundi muda di internet. Usaha Perdana Menteri itu ternyata berbaloi apabila beliau kini amat popular dikalangan pengamal media baru.

Walaupun ramai dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat juga aktif berkomunikasi di ruang siber, tetapi impaknya kurang jika hendak dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh DS Najib. Karisma serta aura Perdana Menteri ternyata lebih hebat dari apa yang mampu dihasilkan oleh Ketua Umum Pakatan, mahupun Mursyidul Am PAS. Itulah kelebihan menjadi Perdana Menteri.

Dari segi persepsi rakyat bawahan pula, apa yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diperhatikan dengan penuh minat. Bagi mereka, slogan rakyat didahulukan sedang berada dilandasan yang betul.

Walaupun masih ada yang taksubkan janji-janji Pakatan Rakyat, namun usaha kerajaan melalui program 1Malaysianya dilihat berjaya membuka mata pelbagai pihak. Di Kedah misalnya, Menteri Besar Azizan Razak masih lagi popular, tetapi populariti tersebut makin pudar apabila pelbagai isu rakyat tidak diselesaikan dengan baik terutamanya didalam isu mangsa banjir.

Dan Pakatan Rakyat dilihat melakukan satu tindakan yang amat merugikan apabila terlalu menumpukan usaha untuk merampas negeri Johor dari tangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana, rakyat di negeri-negeri naungan Pakatan ketika ini masih terabai serta belum dijaga kebajikan mereka selepas tiga tahun dibawah Pakatan Rakyat.

Selain itu, isu-isu perkauman dan agama yang timbul telah menunjukkan kedudukan sebenar PAS didalam gabungan Pakatan. PAS ternyata tak mampu untuk meneutralkan isu apabila berlaku campur tangan dari DAP. Ini sekaligus membuktikan bahawa PAS hanya suara minoriti dalam gabungan tersebut.

Sebab itulah sudah mula kedengaran yang PAS harus berdiri sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Malah, desakan dari ahli-ahli PAS peringkat bawahan juga menunjukkan mereka tak selesa apabila PAS dilabelkan sebagai kuda tunggangan kepada DAP.

Kesimpulannya, usaha-usaha keras yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan DS Najib Razak telah mula dirasai oleh rakyat kebanyakan. Ini termasuklah penyokong-penyokong pembangkang. Semua ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat sedang meniti hari-hari akhirnya sebelum PRU13.

Jangan hairan jika Pakatan Rakyat hanya tinggal sejarah selepas tarikh pembubaran Parlimen nanti. Kerana jika hendak dibandingkan antara janji kosong Pakatan dengan usaha konsisten BN, sudah tentulah rakyat lebih bijak menilainya.


Sumber: Klik Sini

LAWAK GEMPAR PAGI INI..!!! ANWAR MAKI HAMUN SUARA KEADILAN..!!!

Heheheeee..!!! Aku ingat TV3, Utusan dan Beritah Harian je yang kena maki dengan Anwar, rupanya Suara Keadilan pun kena maki jugakkk..!!! Berani ke Suara Keadilan tanya Anwar pasal Omega..???

Wednesday, December 7, 2011

IZZAH...NAIK KAPAL SELAM FREE PUN TAKUT KE..???!!!

scorpene

Hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu media bahawa beliau telah menghantar surat jemputan rasmi kepada para pemimpin utama pembangkang untuk sama-sama merasai pengalaman menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara, KD Tun Razak bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA ’11).

Malangnya, dari ramai-ramai yang dijemput, hanya seorang saja yang berani tampil untuk menerima jemputan tersebut. Satu-satunya pemimpin pembangkang itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dijadualkan akan hadir pada jam 3 petang, Jumaat ini bagi memenuhi jemputan itu.

Menurutnya lagi, selain Guan Eng, hanya Nurul Izzah yang memberikan respon terhadap jemputan itu. Itu pun, Izzah dilaporkan menolak pelawaan itu. Mungkin takut dirinya dimalukan dikhalayak ramai, barangkali…

Lihatlah rakyat Malaysia. Ketika mana Kerajaan berhabis meningkatkan keupayaan pertahanan negara dengan pembelian kedua kapal delam tersebut, para pemimpin pembangkang berceramah di sana sini, keliling negara memburuk-burukkan negara.

Kononnya, kapal selam Scorpene yang dibeli itu tidak mampu menyelam, bocor dan rosak di sana sini. Kononnya, Kerajaan BN hanya membazirkan wang rakyat membeli kapal-kapal selam tersebut. Malah, difitnahnya pula pemimpin Kerajaan kononnya menerima komisyen melalui pembelian kapal selam tersebut.

Meskipun dakwaan tersebut telah diperjelas dan dijawab secara terperinci oleh Perdana Menteri dan para kabinetnya, puak-puak pembangkang tetap menolak dan memekakkan telinga seolah-olah dungu dan bodoh! Lebih menyakitkan hati lagi, mereka menyebarkan tohmahan memburuk-burukkan Kerajaan kepada rakyat. Walhal, semua yang diperkatakan itu dusta semata-mata dan mereka seolah bangga pula bila berbohong kepada rakyat…

Selain itu, pembangkang juga mempersoalkan harga kapal selam yang dikatakan terlalu tinggi berbanding harga pasaran. Ishhh..!!! Kerajaan bukannya beli sampan! Kerajaan beli kapal selam lah! Lagi pun, harga sesebuah kapal selam bergantung kepada spesifikasi yang dimuatkan dalam pakej tersebut. Lebih canggih, maka lebih mahallah harganya. Janganlah nak bandingkan dengan harga kapal selam lain kerana kapal selam dibina berdasarkan permintaan pembeli!

Kalau nak tahu sangat sebab-sebab kapal selam itu mahal, terimalah jemputan nak kapal selam tu. Boleh tengok secara terperinci dan tanya Zahid Hamidi mengenai harga setiap “parts” yang ada pada kapal selam tu. Tanya beliau harga kipas sebilah berapa ringgit, harga tangga, harga teropong, harga skru dan sebagainya…kasi puas hati sendiri..!!!

Kini, setelah puas ditohmah, Kerajaan sekali lagi menjemput mereka-mereka yang bodoh sombong itu untuk menyaksikan sendiri kapal selam yang selama ini dikutuk mereka itu. Mana Tony Pua? Mana Anwar? Mana Mahfuz? Dan mengapa pula Nurul Izzah menolak jemputan untuk membuktikan kebenaran yang cuba dibuktikan Kerajaan itu?

Memang benar mereka takut! Takut kerana Kerajaan telah berjaya membuktikan pembohongan mereka selama ini. Takut kerana tembelang mereka sudah pecah. Takut kerana segala penipuan mereka selama ini begitu senang ditangkis oleh Kerajaan. Takut kerana mereka risau rakyat tahu bahawa merekalah penabur fitnah paling berjaya abad ini!

Begitulah perihal para pemimpin pembangkang. Dijualnya pembohongan kepada rakyat, dan bila dibuktikan mereka berbohong, mereka terkucil-kucil lari dari kebenaran. Saya pasti, rakyat sememangnya celik untuk menilai kebobrokan pembangkang yang gemar memanipulasi dan menjaja fitnah kepada mereka.

Mereka akhirnya akan sedar bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah “permata berharga”, manakala pembangkang jelas sekali “kaca yang hina”. InsyaAllah, Allah akan buktikan semuanya menjelang PRU 13 nanti. Agar kita tidak silap memilih lagi…


Sumber: Klik sini

Dakwat Kekal: Pembangkang Takkan Puas Hati Sampai Bila-Bila Pun…

dakwat kekal

Setelah Kerajaan baru-baru ini menerima cadangan Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan penggunaan dakwat kekal untuk digunakan pada Pilihanraya Umum ke-13, diharapkan agar pihak yang hendak sangat penggunaan dakwat kekal itu akan berpuas hati. Iyalah, keputusan tersebut dilakukan bersama dikalangan Ahli Parlimen BN, Pembangkang dan Bebas.

Bagaimanapun, agak menghairankan dengan sikap para pemimpin pembangkang apabila meskipun keputusan tersebut dicapai, mereka masih lagi tidak berpuas hati dan mendakwa BN akan tetap memanipulasi keputusan PRU 13 nanti. Malah, ada pula antara mereka yang dilaporkan mahu mengadakan kekecohan berdemonstrasi besar-besaran sekiranya mereka kalah lagi.

Pelik betul la perangai para pemimpin puak-puak pembangkang ni! Mereka meminta agar SPR menggunakan dakwat kekal untuk menjamin ketelusan pilihanraya. Nah! Permintaan itu telah diterima dan bakal dilaksanakan. Apa lagi yang tidak puas hati?

Mereka fikir Kerajaan BN puas hati kalau menang pilihanraya dengan cara menipu? Sepengetahuan saya, BN akan cukup rasa terhina sekiranya menang dengan cara menipu sebegitu. Dan disebabkan itu maka Jawatankuasa Khas Parlimen itu ditubuhkan! Bukan syok sendiri, malah Ahli Parlimen pembangkang dan bebas pun turut serta dalam jawatankuasa tersebut!

Yang nak timbulkan huru-hara tu kenapa? Tak puas hati kerana kalah? Kononnya BN memanipulasi undi pulak? Kalau BN nak manipulasi undi, Kelantan tu dah lama jatuh ke tangan BN! Kalau BN nak menipu, takkan empat negeri tambah satu Wilayah Persekutuan akan tewas pada PRU 12 dahulu!

Sebenarnya, pembangkang hanya akan berpuas hati dan tidak melakukan huru-hara sekiranya menang PRU. Sekiranya mereka menang, maka SPR akan dipuji sebagai badan yang paling telus dalam dunia. Malah dipercayai Anwar sendiri akan peluk cium Pengarah SPR dan Timbalannya! Begitu, barulah mereka puas hati dan takkan melakukan rusuhan..!!!

Memang itu strategi pembangkang. Itu cara Anwar. Anwar begitu sinonim dengan demonstrasi. Tak dapat cara elok, dia akan cuba cara yang buruk, keras dan ganas, sebagaimana yang dilakukannya terhadap Saiful! Buruk betul perangai mereka, mengalah Yahudi!


Sumber: klik sini

APA NI IZZAH..??? MENIPU RAKYAT DI KAWASAN SENDIRI KE..???!!!


Apa dah jadi ni Izzah? Dah la "papa mu hebat menipu", Izzah pun nak jadi cam tu jugak ke? Apa niii...janji dulu nak jadi MP yang terbaik kat Lembah Pantai...ni dah kantoi menipu orang Lembah Pantai sendiri niii...

Apa lepas ni tak malu lagi ke nak balik ke kawasan? Kalau rasa muka tembok tu...silakan la..!!! Ni diberikan gambar dan waktu-waktu yang membuktikan "Anak Papa Pun Hebat Menipu..!"

________________________________________________________________

Kami kat Berita Lembah Pantai ni follow je kes kebakaran Jln Kubur minggu lepas. Iye lah mana taknya,salah sorang dari kami duduk lebih kurang 50 meter je dari tempat terbakar tu, nasib baik la bomba cepat, kalau tak kira rentung lah juga rumah dia, tinggal selai sepinggang je jawabnya.

Dan dengan kaget nya kami peghati je Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan team dia handle kes kebakaran, dibandingkan dengan bagaimana dengan kagumnya kami tengok bagaimana Team UMNO diketuai Ketua Bahagian Raja Nong Chik merangkap Menteri Wilayah Persekutuan handle isu ini.

Macam langit dengan bumi!

Berikut sequence kejadian dan bagaimana si Nurul menipu hidup-hidup satu dunia dengan twitter nya!

Tarikh: 15.4.2011 (Jumaat)
Masa: Kebakaran bermula jam 5.20 petang, api dipadam jam 6.30 petang.

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Syed, Kamal dan beberapa Pemuda UMNO serta ahli UMNO Caw Spg 3 turun melihat kebakaran dan bantu mangsa apa yg boleh dibantu. Segera maklum pada Raja Nong Chik dan SuPol RNC Sazali Kamilan. DBKL iaitu agensi di bawah Menteri Wilayah Raja Nong Chik juga terus turun buat bancian (gambar bawah).

Gambar diambil seorang Pemuda UMNO masa terbakar!





DBKL buat bancian petang kebakaran

Tindakan PKR Lembah Pantai:
Sapa pun tak nampak muka!


Tarikh: 15.4.2011 (Jumaat)
Masa: Lepas Maghrib, sekitar 8 malam.

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Raja Nong Chik dan Pegawai2 UMNO Bhgn turun melawat mangsa di Dewan UMNO Jalan Kubur. Uruskan bantuan dari Yayasan Wilayah, JKM.
UMNO menempatkan mangsa2 kebakaran di Dewan UMNO Simpang 3. Jentera UMNO Cawangan kerja sepanjang malam uruskan kebajikan mangsa; makan minum, tempat tidur, barang-barang perlu. JKM setuju sponsor 3 hari, Jumaat hingga Ahad.

Raja Nong Chik di kawasan kejadian malam kebakaran

UMNO Bhgn melawat penempatan mangsa yg diurus UMNO Spg 3

Tindakan PKR Lembah Pantai:
Ahli Parlimen Lembah Pantai berada di Kuching, berceramah untuk DAP! “charming Sarawakians”, kata Nurul Izzah. Apa lagi yang Puan izzah nak goda tu Puan, bukan ke dah bini orang?


Tarikh: 16.4.2011 (Sabtu)
Masa: 10 pagi
Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Raja Nong Chik turun melawat mangsa kali ke-2, kali ini bersama Datuk Idris, Pengerusi Yayasan Wilayah dan Datuk Amin, DBKL. Raja Nong Chik sampaikan sumbangan dari UMNO Lembah Pantai, dan dari Yayasan Wilayah selaku Menteri Wilayah.


Raja Nong Chik turun kali ke-2 lawat mangsa dan sampai sumbangan


Tindakan PKR Lembah Pantai:
Ahli Parlimen masih lagi tak dengar khabar hidup atau mati. Sibuk dengan Pilihanraya Sarawak dan semakin meningkat berahi nak menang Sarawak! Pedulikan orang Lembah Pantai terbakar!

Tarikh: 16.4.2011
Masa: 5 petang
Tindakan PKR Lembah Pantai:
Puan Nurul akhirnya bersuara, dalam Twitter!


Tapi menipu! Katanya “Kbakaran di Simpang 3,PDalam smlm memusnahkan 15 buah rumah.Moga kluarga yg t'libat tabah & b'sabar.penemp smentara di al falah”.

Nampak sangat Nurul Izzah menipu nak dapat point kata mangsa ditempatkan sementara di Al-Falah. Al-Falah adalah surau dikuasai PAS, dan dengan kata mangsa di Al-Falah konon2 dia orang lah bantu. Percubaan menipu follower Twitter dia yang tak tahu cerita!

Beberapa follower bertanya hal kebakaran sdg Izzah sibuk konon-konon menang di Sarawak! Kata Izzah kepada @JunaidyReady “sudah, tempat penempatan sementara, insyaAllah. Dan bantuan makanan. Gotong royong, sesama mbantu”

Alahai, cuba nak tunjuk konon yg buat kerja PKR, tapi penempatan sementara kerja UMNO! Bantuan makanan UMNO! Memang dasar kaki belit, macam Anwar!



Seterusnya kpd @nkp777 dia jawab “thankful tht our AMKteam arrived in time 2 source temp placem&food 4 fire victims.Alw good2 hv well wishers&extra help”.

Ini confirm tipu! Tipu woi! Penipu! Kantoi!

Sudah jelas dari sequence di atas bahawa yg “source temp place & food 4 fire victims” ialah UMNO! Bukan AMK. Tipu! Mana ada si daboi tu buat apa-apa!


Tarikh: 17.4.2011 (Ahad)

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Hari ini hari terakhir JKM beri bantuan makanan. UMNO Lembah Pantai memutuskan mulai Isnin sehingga selesai kes rumah terbakar, UMNO akan bagi bantuan makan minum.

Tindakan PKR Lembah Pantai:
Ahli Parlimen sedang putus berahi di Sarawak. 6 kawasan PKR hilang deposit! Buat press conference di Sarawak. Tak boleh balik Kawasan ke Nurul? Pilihanraya dah habih, ko buat apa tunggu kat sana, kat kawasan ada 14 rumah terbakar lah woi!

Tarikh: 18.4.2011 (Isnin)

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
UMNO mula taja makan minum mangsa hari ini. Setiausaha UMNO Bahagian serahkan kerusi roda pada seorang mangsa waktu pagi. Raja Nong Chik turun kali ke-3 waktu petang, sampaikan sumbangan persekolahan pada 17 anak-anak mangsa.

Dari Facebook Raja Nong Chik




Serahan sumbangan


Tindakan PKR Lembah Pantai:
Akhirnya Puan Nurul mencemar duli! Tapi tunggu! Bukankah pada hari Sabtu dia kata mangsa-mangsa ditempatkan di Surau Al-Falah, utk menunjukkan Pakatan yang uruskan mangsa? Adakah dia turun Al-Falah? Tak. Dia turun ke Dewan UMNO Spg 3. War-warkan di twitter, tapi tk bgtau tempat (teruskan penipuan)

Kepada @MUSZAINA nurul tweet,
“sudah dipindahkan sementara. Derma kilat diberi, dan sajian makan dibantu bsama cabang pkr LP. InsyaAllah zakat tiba ptg”



Pembaca-pembaca sendiri boleh tengok sendiri lah kat atas, siapa yang sedia makan dan sebagainya. Begitu selamba dia putar. Kering je dia mengaku usaha orang lain.

Untuk Nurul habis dah dia buat kerja sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai. Cuci tangan. Dengan taip-taip sikit dalam Twitter, macam budak-budak remaja main cinta dalam sms, kira dah lepas tanggungjawab.

Tapi bagi UMNO dan Raja Nong Chik tidak.

Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)
Masa 9 pagi:
Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Gotong-royong bersihkan kawasan kebakaran, Raja Nong Chik juga turun sekali. Raja Nong Chik isytiharkan berkat usaha UMNO Lembah Pantai, dermawan menyumbang sebanyak RM30k bg bantuan asas untuk dirikan semula rumah. Atas dasar prihatin, UMNO juga berusaha supaya mangsa juga diberikan unit penempatan sementara di PPR.

RNC gotong-royong sekali. Nice!

Orang sini tau siapa buat kerja kat sini.
Dari FB RNC


Tindakan PKR Lembah Pantai:
Eh, nak apa lagi? Kira dah ok lah tu! Lebih baik Puan Nurul ke Sarawak seround lagi, pandai-pandai sendirilah korang rumah dah terbakar!

Dari fakta-fakta di atas yang disokong oleh bukti berdokumen, boleh tengok sendiri lah betapa hebatnya Naib Presiden PKR ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai ini memusing dan memutarbelitkan fakta secara UMUM, dalam Twitter.

Tujuannya tak lain untuk menunjukkan pada Dunia bahawa dia buat kerja.

Harap pengundi Lembah Pantai tahu lah tembelang minah si kaki selit ni. Harus tahulah, siapa yang buat kerja, dan siapa yang cuma gunakan Lembah Pantai sebagai platform politik saja.

Sumber: Klik Sini

Bila Kak Su Bersuara... Heh!