Iklan Berbayar

Portal Berita Kedah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!

Wednesday, December 7, 2011

IZZAH...NAIK KAPAL SELAM FREE PUN TAKUT KE..???!!!

scorpene

Hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu media bahawa beliau telah menghantar surat jemputan rasmi kepada para pemimpin utama pembangkang untuk sama-sama merasai pengalaman menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara, KD Tun Razak bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA ’11).

Malangnya, dari ramai-ramai yang dijemput, hanya seorang saja yang berani tampil untuk menerima jemputan tersebut. Satu-satunya pemimpin pembangkang itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dijadualkan akan hadir pada jam 3 petang, Jumaat ini bagi memenuhi jemputan itu.

Menurutnya lagi, selain Guan Eng, hanya Nurul Izzah yang memberikan respon terhadap jemputan itu. Itu pun, Izzah dilaporkan menolak pelawaan itu. Mungkin takut dirinya dimalukan dikhalayak ramai, barangkali…

Lihatlah rakyat Malaysia. Ketika mana Kerajaan berhabis meningkatkan keupayaan pertahanan negara dengan pembelian kedua kapal delam tersebut, para pemimpin pembangkang berceramah di sana sini, keliling negara memburuk-burukkan negara.

Kononnya, kapal selam Scorpene yang dibeli itu tidak mampu menyelam, bocor dan rosak di sana sini. Kononnya, Kerajaan BN hanya membazirkan wang rakyat membeli kapal-kapal selam tersebut. Malah, difitnahnya pula pemimpin Kerajaan kononnya menerima komisyen melalui pembelian kapal selam tersebut.

Meskipun dakwaan tersebut telah diperjelas dan dijawab secara terperinci oleh Perdana Menteri dan para kabinetnya, puak-puak pembangkang tetap menolak dan memekakkan telinga seolah-olah dungu dan bodoh! Lebih menyakitkan hati lagi, mereka menyebarkan tohmahan memburuk-burukkan Kerajaan kepada rakyat. Walhal, semua yang diperkatakan itu dusta semata-mata dan mereka seolah bangga pula bila berbohong kepada rakyat…

Selain itu, pembangkang juga mempersoalkan harga kapal selam yang dikatakan terlalu tinggi berbanding harga pasaran. Ishhh..!!! Kerajaan bukannya beli sampan! Kerajaan beli kapal selam lah! Lagi pun, harga sesebuah kapal selam bergantung kepada spesifikasi yang dimuatkan dalam pakej tersebut. Lebih canggih, maka lebih mahallah harganya. Janganlah nak bandingkan dengan harga kapal selam lain kerana kapal selam dibina berdasarkan permintaan pembeli!

Kalau nak tahu sangat sebab-sebab kapal selam itu mahal, terimalah jemputan nak kapal selam tu. Boleh tengok secara terperinci dan tanya Zahid Hamidi mengenai harga setiap “parts” yang ada pada kapal selam tu. Tanya beliau harga kipas sebilah berapa ringgit, harga tangga, harga teropong, harga skru dan sebagainya…kasi puas hati sendiri..!!!

Kini, setelah puas ditohmah, Kerajaan sekali lagi menjemput mereka-mereka yang bodoh sombong itu untuk menyaksikan sendiri kapal selam yang selama ini dikutuk mereka itu. Mana Tony Pua? Mana Anwar? Mana Mahfuz? Dan mengapa pula Nurul Izzah menolak jemputan untuk membuktikan kebenaran yang cuba dibuktikan Kerajaan itu?

Memang benar mereka takut! Takut kerana Kerajaan telah berjaya membuktikan pembohongan mereka selama ini. Takut kerana tembelang mereka sudah pecah. Takut kerana segala penipuan mereka selama ini begitu senang ditangkis oleh Kerajaan. Takut kerana mereka risau rakyat tahu bahawa merekalah penabur fitnah paling berjaya abad ini!

Begitulah perihal para pemimpin pembangkang. Dijualnya pembohongan kepada rakyat, dan bila dibuktikan mereka berbohong, mereka terkucil-kucil lari dari kebenaran. Saya pasti, rakyat sememangnya celik untuk menilai kebobrokan pembangkang yang gemar memanipulasi dan menjaja fitnah kepada mereka.

Mereka akhirnya akan sedar bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah “permata berharga”, manakala pembangkang jelas sekali “kaca yang hina”. InsyaAllah, Allah akan buktikan semuanya menjelang PRU 13 nanti. Agar kita tidak silap memilih lagi…


Sumber: Klik sini

Dakwat Kekal: Pembangkang Takkan Puas Hati Sampai Bila-Bila Pun…

dakwat kekal

Setelah Kerajaan baru-baru ini menerima cadangan Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan penggunaan dakwat kekal untuk digunakan pada Pilihanraya Umum ke-13, diharapkan agar pihak yang hendak sangat penggunaan dakwat kekal itu akan berpuas hati. Iyalah, keputusan tersebut dilakukan bersama dikalangan Ahli Parlimen BN, Pembangkang dan Bebas.

Bagaimanapun, agak menghairankan dengan sikap para pemimpin pembangkang apabila meskipun keputusan tersebut dicapai, mereka masih lagi tidak berpuas hati dan mendakwa BN akan tetap memanipulasi keputusan PRU 13 nanti. Malah, ada pula antara mereka yang dilaporkan mahu mengadakan kekecohan berdemonstrasi besar-besaran sekiranya mereka kalah lagi.

Pelik betul la perangai para pemimpin puak-puak pembangkang ni! Mereka meminta agar SPR menggunakan dakwat kekal untuk menjamin ketelusan pilihanraya. Nah! Permintaan itu telah diterima dan bakal dilaksanakan. Apa lagi yang tidak puas hati?

Mereka fikir Kerajaan BN puas hati kalau menang pilihanraya dengan cara menipu? Sepengetahuan saya, BN akan cukup rasa terhina sekiranya menang dengan cara menipu sebegitu. Dan disebabkan itu maka Jawatankuasa Khas Parlimen itu ditubuhkan! Bukan syok sendiri, malah Ahli Parlimen pembangkang dan bebas pun turut serta dalam jawatankuasa tersebut!

Yang nak timbulkan huru-hara tu kenapa? Tak puas hati kerana kalah? Kononnya BN memanipulasi undi pulak? Kalau BN nak manipulasi undi, Kelantan tu dah lama jatuh ke tangan BN! Kalau BN nak menipu, takkan empat negeri tambah satu Wilayah Persekutuan akan tewas pada PRU 12 dahulu!

Sebenarnya, pembangkang hanya akan berpuas hati dan tidak melakukan huru-hara sekiranya menang PRU. Sekiranya mereka menang, maka SPR akan dipuji sebagai badan yang paling telus dalam dunia. Malah dipercayai Anwar sendiri akan peluk cium Pengarah SPR dan Timbalannya! Begitu, barulah mereka puas hati dan takkan melakukan rusuhan..!!!

Memang itu strategi pembangkang. Itu cara Anwar. Anwar begitu sinonim dengan demonstrasi. Tak dapat cara elok, dia akan cuba cara yang buruk, keras dan ganas, sebagaimana yang dilakukannya terhadap Saiful! Buruk betul perangai mereka, mengalah Yahudi!


Sumber: klik sini

APA NI IZZAH..??? MENIPU RAKYAT DI KAWASAN SENDIRI KE..???!!!


Apa dah jadi ni Izzah? Dah la "papa mu hebat menipu", Izzah pun nak jadi cam tu jugak ke? Apa niii...janji dulu nak jadi MP yang terbaik kat Lembah Pantai...ni dah kantoi menipu orang Lembah Pantai sendiri niii...

Apa lepas ni tak malu lagi ke nak balik ke kawasan? Kalau rasa muka tembok tu...silakan la..!!! Ni diberikan gambar dan waktu-waktu yang membuktikan "Anak Papa Pun Hebat Menipu..!"

________________________________________________________________

Kami kat Berita Lembah Pantai ni follow je kes kebakaran Jln Kubur minggu lepas. Iye lah mana taknya,salah sorang dari kami duduk lebih kurang 50 meter je dari tempat terbakar tu, nasib baik la bomba cepat, kalau tak kira rentung lah juga rumah dia, tinggal selai sepinggang je jawabnya.

Dan dengan kaget nya kami peghati je Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan team dia handle kes kebakaran, dibandingkan dengan bagaimana dengan kagumnya kami tengok bagaimana Team UMNO diketuai Ketua Bahagian Raja Nong Chik merangkap Menteri Wilayah Persekutuan handle isu ini.

Macam langit dengan bumi!

Berikut sequence kejadian dan bagaimana si Nurul menipu hidup-hidup satu dunia dengan twitter nya!

Tarikh: 15.4.2011 (Jumaat)
Masa: Kebakaran bermula jam 5.20 petang, api dipadam jam 6.30 petang.

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Syed, Kamal dan beberapa Pemuda UMNO serta ahli UMNO Caw Spg 3 turun melihat kebakaran dan bantu mangsa apa yg boleh dibantu. Segera maklum pada Raja Nong Chik dan SuPol RNC Sazali Kamilan. DBKL iaitu agensi di bawah Menteri Wilayah Raja Nong Chik juga terus turun buat bancian (gambar bawah).

Gambar diambil seorang Pemuda UMNO masa terbakar!





DBKL buat bancian petang kebakaran

Tindakan PKR Lembah Pantai:
Sapa pun tak nampak muka!


Tarikh: 15.4.2011 (Jumaat)
Masa: Lepas Maghrib, sekitar 8 malam.

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Raja Nong Chik dan Pegawai2 UMNO Bhgn turun melawat mangsa di Dewan UMNO Jalan Kubur. Uruskan bantuan dari Yayasan Wilayah, JKM.
UMNO menempatkan mangsa2 kebakaran di Dewan UMNO Simpang 3. Jentera UMNO Cawangan kerja sepanjang malam uruskan kebajikan mangsa; makan minum, tempat tidur, barang-barang perlu. JKM setuju sponsor 3 hari, Jumaat hingga Ahad.

Raja Nong Chik di kawasan kejadian malam kebakaran

UMNO Bhgn melawat penempatan mangsa yg diurus UMNO Spg 3

Tindakan PKR Lembah Pantai:
Ahli Parlimen Lembah Pantai berada di Kuching, berceramah untuk DAP! “charming Sarawakians”, kata Nurul Izzah. Apa lagi yang Puan izzah nak goda tu Puan, bukan ke dah bini orang?


Tarikh: 16.4.2011 (Sabtu)
Masa: 10 pagi
Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Raja Nong Chik turun melawat mangsa kali ke-2, kali ini bersama Datuk Idris, Pengerusi Yayasan Wilayah dan Datuk Amin, DBKL. Raja Nong Chik sampaikan sumbangan dari UMNO Lembah Pantai, dan dari Yayasan Wilayah selaku Menteri Wilayah.


Raja Nong Chik turun kali ke-2 lawat mangsa dan sampai sumbangan


Tindakan PKR Lembah Pantai:
Ahli Parlimen masih lagi tak dengar khabar hidup atau mati. Sibuk dengan Pilihanraya Sarawak dan semakin meningkat berahi nak menang Sarawak! Pedulikan orang Lembah Pantai terbakar!

Tarikh: 16.4.2011
Masa: 5 petang
Tindakan PKR Lembah Pantai:
Puan Nurul akhirnya bersuara, dalam Twitter!


Tapi menipu! Katanya “Kbakaran di Simpang 3,PDalam smlm memusnahkan 15 buah rumah.Moga kluarga yg t'libat tabah & b'sabar.penemp smentara di al falah”.

Nampak sangat Nurul Izzah menipu nak dapat point kata mangsa ditempatkan sementara di Al-Falah. Al-Falah adalah surau dikuasai PAS, dan dengan kata mangsa di Al-Falah konon2 dia orang lah bantu. Percubaan menipu follower Twitter dia yang tak tahu cerita!

Beberapa follower bertanya hal kebakaran sdg Izzah sibuk konon-konon menang di Sarawak! Kata Izzah kepada @JunaidyReady “sudah, tempat penempatan sementara, insyaAllah. Dan bantuan makanan. Gotong royong, sesama mbantu”

Alahai, cuba nak tunjuk konon yg buat kerja PKR, tapi penempatan sementara kerja UMNO! Bantuan makanan UMNO! Memang dasar kaki belit, macam Anwar!



Seterusnya kpd @nkp777 dia jawab “thankful tht our AMKteam arrived in time 2 source temp placem&food 4 fire victims.Alw good2 hv well wishers&extra help”.

Ini confirm tipu! Tipu woi! Penipu! Kantoi!

Sudah jelas dari sequence di atas bahawa yg “source temp place & food 4 fire victims” ialah UMNO! Bukan AMK. Tipu! Mana ada si daboi tu buat apa-apa!


Tarikh: 17.4.2011 (Ahad)

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Hari ini hari terakhir JKM beri bantuan makanan. UMNO Lembah Pantai memutuskan mulai Isnin sehingga selesai kes rumah terbakar, UMNO akan bagi bantuan makan minum.

Tindakan PKR Lembah Pantai:
Ahli Parlimen sedang putus berahi di Sarawak. 6 kawasan PKR hilang deposit! Buat press conference di Sarawak. Tak boleh balik Kawasan ke Nurul? Pilihanraya dah habih, ko buat apa tunggu kat sana, kat kawasan ada 14 rumah terbakar lah woi!

Tarikh: 18.4.2011 (Isnin)

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
UMNO mula taja makan minum mangsa hari ini. Setiausaha UMNO Bahagian serahkan kerusi roda pada seorang mangsa waktu pagi. Raja Nong Chik turun kali ke-3 waktu petang, sampaikan sumbangan persekolahan pada 17 anak-anak mangsa.

Dari Facebook Raja Nong Chik




Serahan sumbangan


Tindakan PKR Lembah Pantai:
Akhirnya Puan Nurul mencemar duli! Tapi tunggu! Bukankah pada hari Sabtu dia kata mangsa-mangsa ditempatkan di Surau Al-Falah, utk menunjukkan Pakatan yang uruskan mangsa? Adakah dia turun Al-Falah? Tak. Dia turun ke Dewan UMNO Spg 3. War-warkan di twitter, tapi tk bgtau tempat (teruskan penipuan)

Kepada @MUSZAINA nurul tweet,
“sudah dipindahkan sementara. Derma kilat diberi, dan sajian makan dibantu bsama cabang pkr LP. InsyaAllah zakat tiba ptg”



Pembaca-pembaca sendiri boleh tengok sendiri lah kat atas, siapa yang sedia makan dan sebagainya. Begitu selamba dia putar. Kering je dia mengaku usaha orang lain.

Untuk Nurul habis dah dia buat kerja sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai. Cuci tangan. Dengan taip-taip sikit dalam Twitter, macam budak-budak remaja main cinta dalam sms, kira dah lepas tanggungjawab.

Tapi bagi UMNO dan Raja Nong Chik tidak.

Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)
Masa 9 pagi:
Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Gotong-royong bersihkan kawasan kebakaran, Raja Nong Chik juga turun sekali. Raja Nong Chik isytiharkan berkat usaha UMNO Lembah Pantai, dermawan menyumbang sebanyak RM30k bg bantuan asas untuk dirikan semula rumah. Atas dasar prihatin, UMNO juga berusaha supaya mangsa juga diberikan unit penempatan sementara di PPR.

RNC gotong-royong sekali. Nice!

Orang sini tau siapa buat kerja kat sini.
Dari FB RNC


Tindakan PKR Lembah Pantai:
Eh, nak apa lagi? Kira dah ok lah tu! Lebih baik Puan Nurul ke Sarawak seround lagi, pandai-pandai sendirilah korang rumah dah terbakar!

Dari fakta-fakta di atas yang disokong oleh bukti berdokumen, boleh tengok sendiri lah betapa hebatnya Naib Presiden PKR ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai ini memusing dan memutarbelitkan fakta secara UMUM, dalam Twitter.

Tujuannya tak lain untuk menunjukkan pada Dunia bahawa dia buat kerja.

Harap pengundi Lembah Pantai tahu lah tembelang minah si kaki selit ni. Harus tahulah, siapa yang buat kerja, dan siapa yang cuma gunakan Lembah Pantai sebagai platform politik saja.

Sumber: Klik Sini

Pok Nik Ajis "Nabi Akhir Zaman" Atau "Syaitan Bertopengkan Ulama Akhir Zaman"...???

mufti kelantan

Sebelum ini, saya ada menulis tentang kenyataan seorang “ostat totok PAS”, Shamsul Zaman Sukri, yang sangat taksub terhadap Nik Aziz Nik Mat, yang “mengada-ngada” mendakwa kononnya Mursyidul Am PAS itu merupakan seorang “Nabi”. Kontroversi yang timbulkan Shamsul yang dikenali di Kelantan sebagai “Ostat Budak” itu menarik perhatian ramai.

Sebuah video yang membuktikan bahawa “ostat” berkenaan berkata begitu turut dimuatkan bagi mengukuhkan insiden tersebut. Di dalam video itu juga kita akan dapati kenyataan “ostat” tersebut mendapat tepukan gemuruh dari penyokong-penyokong PAS yang hadir di majlis ceramah “politik jual agama” itu.

Setelah video itu tersebar dan mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak, para penyokong totok PAS telah memutar belitkan keadaan dengan mendakwa kononnya pihak yang mengecam “ostat” berkenaan tidak faham kenyataan itu. Malah dengan tidak punya rasa malunya, mereka mendakwa ia merupakan “fitnah” dari UMNO.

Kepala hotak merekalah! Fitnah apa lagi jika disertakan dengan paparan audio visual yang jelas menunjukkan Shamsul “totok Pok Nik” menyamakan idolanya itu dengan “Nabi”! Jangan fikir umat Islam di negara ini buta dan tuli. Video itu menjelaskan siapa yang benar dan siapa yang salah. Kalau dah salah tu, mengaku sajalah salah!

Sebelum ini, saya kira mungkin tidak kukuh untuk saya berhujah mengenai isu ini memandangkan saya bukanlah ulama muktabar. Bagaimanapun, baru-baru ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Kelantan sendiri iaitu Datuk Muhammad Syukri Mohamad bertindak mengukuhkan lagi hujah saya di dalam entry sebelum ini.

Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani menggesa kepada individu atau mana-mana pihak yang menyamakan Nik Aziz sebagai “Nabi” supaya segera bertaubat memandangkan tindakan tersebut adalah salah sama sekali dengan iktikad umat Islam.

Kemudian, Mufti Kelantan menguatkan lagi hujah tersebut dengan menyatakan pendiriannya adalah sama dengan dengan Mufti Perak tersebut dan menegaskan bahawa maksud sebenar “ulama pewaris nabi” adalah merujuk kepada tugas dan gerakan dakwah. Malah, adalah salah untuk menyamakan ulama dengan Nabi kerana ia bertentangan dari sudut Aqidah!

Dan saya percaya, dengan kenyataan dua orang Mufti tersebut, jelaslah bahawa kedua mereka telah menyaksikan video itu sebelum memberikan komen. Sekaligus, tidak timbul lagi masalah “fitnah dari UMNO” dan kenyataan dua Mufti itu mematahkan sama sekali hujah yang cuba diputar alamkan oleh puak-puak totok PAS yang cuba “menyelamatkan” fatwa terbaru PAS itu.

Nah! Lihatlah wahai semua umat Islam di Malaysia. Demi menyelamatkan status Nik Aziz Nik Mat sebagai “Nabi”, para penyokong PAS sanggup memfitnah pihak lain dan mengotorkan diri mereka dengan dosa. Saya kesal dengan pegangan puak-puak ini yang “menghalalkan cara demi matlamat”.

Hairan juga saya sekiranya mereka mengaku bahawa merekalah pejuang Islam, sedangkan apa yang mereka lakukan jelas bertentangan dengan ajaran dan aqidah Islam yang sebenar! Ini Islam ajaran siapa? Islam ajara Muhammad SAW atau Islam ajaran Pok Nik Ajisss..???


Sumber: klik sini

Monday, December 5, 2011

GEMPARRR..!!! HARUN TAIB MENGAMUKKK..!!!? "TAMPAR KEPALA" AZMIN ALI..!!!?

Azmin 1

Ketua Dewan Ulama PAS hari ini “menampar kepala” Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, yang sebelum ini dilaporkan mahu mem’baiah’ kekasih hatinya, Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram berjaya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Dalam kenyataannya kepada media hari ini, Harun Taib yang terkenal dengan ketegasan dan “tidak sebulu”nya dengan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, menyatakan bahawa PAS juga mahu Presiden partinya menjadi Perdana Menteri, sekiranya Pakatan Haram memenangi PRU 13 kelak.

“Kalau mereka (PKR) mahu begitu, kita juga mahu Presiden Pas jadi Perdana Menteri,” kata Harun Taib yang dipetik dari salah datu akhbar tempatan hari ini.

Azmin sebelum ini dalam ucapannya di Kongres PKR ke-8 di Pulai, Johor baru-baru ini menyatakan bahawa sekiranya Pakatan Haram memenangi PRU 13 nanti, maka pasti cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akan tercapai. Kononnya, semua parti gabungan pembangkang sepakat dalam hal itu…

Selain itu, Harun Taib turut membidas dan “memulas telinga madu Anwar Ibrahim” itu dengan menyifatkan kenyataan yang dibuat di Kongres PKR tersebut hanyalah sekadar “KHAYALAN SEMATA-MATA”!

Malah menurutnya, sekiranya Anwar sudah dinobatkan sebagai Perdana Menteri, sudah tentu satu mesyuarat rasmi telah diadakan di antara DAP, PAS dan PKR bagi menentukan soal siapa yang jadi Perdana Menteri. Ini menunjukkan Azmin dan Anwar lebih kepada “syok sendiri” dalam PKR!

Selama ini, Anwar, Azmin dan pemimpin PKR mendabik dada, kononnya Anwarlah bakal Perdana Menteri ke-7 selepas Datuk Seri Najib Tun Razak. Itu pun “kalau” mereka menang PRU 13! Kalau? Tak main la “kalau-kalau” ni…! Bermain dengan perkataan “kalau” lebih mirip kepada satu kenyataan yang tidak berprinsip dan tak punya pendirian diri! “Kalau” itu sangat sinonim dengan “syaitan”…

Hakikat ini perlu diketahui oleh penyokong-penyokong PKR bahawa parti itu tidak pernah memperjuangkan keadilan mahupun sebarang dasar yang jelas dalam perjuangan mereka. Hakikat satu-satunya dasar yang ada pada PKR tidak lain tidak bukan, “ANWAR JADI PERDANA MENTERI” dan tidak lebih dari itu.

Usah mimpi Anwar akan membela nasib rakyat. Dia hanya memperkudakan rakyat untuk menjadikannya PERDANA MENTERI sahaja. Memandangkan dia sedar PKR tidak sekuat mana, maka dia MEMPERGUNAKAN KEKUATAN PAS DAN DAP untuk menjadikannya PERDANA MENTERI..!!!

Justeru itu, sedarlah bahawa Anwar hanyalah seorang individu yang jijik moralnya, songsang kehidupan seksualnya, seorang bapa yang teruk dan merupakan seorang insan yang paling tidak bermaruah di atas muka bumi ini. Sudah terbukti meliwat dan melanggan pelacur pun masih mampu tunjuk muka depan rakyat! Itulah Anwar…


Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! DUA MENTERI CUBA RASUAH BOB LOKMAN..??? KAH..! KAHHH..!! KAHHHH..!!!

bob lokman 1

Pelik tapi benar. Itulah Bob Lokman yang tak habis-habis dengan kontroversinya sejak menyertai PAS. Dalam satu siri lawak jenakanya dia mendakwa ada dua orang Menteri Kabinet yang menghubunginya bertujuan untuk “kowtim” dengannya.

Dalam ceramah di Seksyen 18, Shah Alam baru-baru ini, Bob Lokman memberitahu kedua Menteri itu bertanyakan apa yang dia mahu dan berapa yang dia hendakkan. Kononnya, Menteri-Menteri tu nak rasuah dia untuk menutup mulut? Apa kelakar sangat bunyi dakwaan Bob Lokman itu? Tak ada modal nak buat lawak lagi, kah?

Pertamanya, siapa Bok Lokman untuk ditawarkan sebegitu? Ada banyak lagi penceramah-penceramah PAS yang aktif menabur fitnah di seluruh negara. Daripada menawarkan bayaran sebegitu kepada Bob Lokman, lebih baik tawarkan pada orang lain. Ada juga hasilnya!

Tapi, UMNO atau BN tak pernah pun buat begitu. Tak pernah pun ada dalam kamus pemimpin BN yang tergamak nak tabur rasuah untuk menutup mulut puak-puak pembangkang. Sebab apa? Sebab kita tahu apa yang diceramahkan oleh puak-puak pembangkang itu hanyalah palsu dan fitnah semata-mata. Untuk apa kita membayar kepada si tukang fitnah???

Keduanya, jika benarlah bagai dikata Bok Lokman itu, sila jelaskan siapa Menteri-Menteri itu? Sebutkan nama satu persatu supaya kami tahu dan “tahulah” kami apa yang nak kami buat buat selepas itu.

Ketiganya, mengapa Bob Lokman tak berani nak sebut nama-nama Menteri-Menteri yang kononnya nak merasuahnya itu? Sebab tak ada dan tak wujud pun cubaan “membeli” Bob Lokman, kan? Siapalah nak layan Bob Lokman lagi? Lawaknya pun dah tak laku…

Keempat, mungkin untuk meraih publisiti murahan, Bob Lokman cuba meng”up”kan dirinya di mata penyokong-penyokong PAS yang kononnya, dia masih lagi “berharga” untuk dibeli! Podah la wehhhh..!!! Rasanya lebih baik beli Ipad untuk cybertroopers pro-kerajaan dari menghabiskan duit untuk penabur fitnah sepertinya.

Bob Lokman kata, penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Islam? Islam ajar buat fitnah merata-rata, kah? Islam ajar untuk jadi seorang yang tidak bertanggungjawab, kah? Ada ke patut dia samakan berhijrah kepada PAS sama dengan penghijrahan kepada Islam? Hijrah politik sama dengan hijrah Islam? Dia ni tak baca hadis ke?

Sudah-sudah la Bob Lokman. Balik Kelantan jual budu lagi baik la! Buang la tongkat tu! Ke hulu ke hilir dengan tongkat tu kononnya nak tunjuk dia tu macam arwah Tok Kenali, datuknya la tu. Pada pandangan saya, jika Allahyarham Tok Kenali masih ada, mungkin tongkat tu dah naik kepala Bob Lokman dahhhhh..!!!


Sumber: Klik sini

OOooo..Akta ni la yang Bar Council marah sangat tuuu..!!!

Penulis lihat majoriti kalau bukan semua pemimpin pakatan haram pembangkang yang mengutuk dan mengeji rang undang-undang Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Sedikit yang diketahui ramai, akta ini diasaskan dari akta sama yang digunakan negara Belgium yang diiktiraf sebagai terbaik di dunia.

Sebab itu kita takde dengar Belgium menghadapi masalah demonstrasi merosakkan seperti mana yang berlaku di Britain baru-baru ini. Di Malaysia pula, kecekapan polis saja yang menjadi sempadan antara aman dan kacau bilau.

Dari pembacaan hari ini, penulis simpulkan bahawa pakatan haram pembangkang bukan sangat nak berdemo dengan aman, mereka mahu berdemo dan buat kacau bilau. Sebab itu depa tak mahu menyokong akta terbaru ini sebab akta ini akan menghalang depa buat kacau di atas jalan.

Penulis nak memetik sikit tulisan Hishamuddin Rais, katanya “Keadilan dilahir, dikandung dan dibidankan di atas jalan raya”, Hishamuddin tulis itu bagi mengulas Kongres Nasional PKR tapi penulis nak tunjukkan tauladan bahawa politik jalanan adalah sebahagian dari darah dan daging pembangkang terutama PKR dan PAS.

Nasib baik Kongres Nasional tak diadakan ditengah jalan, kalau tidak……

Dengan begitu penting politik jalanan kepada pembangkang, sudah tentulah depa akan menolak rang undang-undang Akta Perhimpunan Aman ini, bukan sebab Akta itu tidak baik tapi sebab akta itu nanti bakal menghalang mereka dari berdemo seperti lembu di atas jalan. Kalau berhimpun dalam stadum, tak cool lah, jalan tak jem, tak kena sembur air asid, tak boleh main kejar-kejar dan sebagainya.

Sedangkan adegan-adegan itu semua penting untuk dirakam lensa kamera, boleh guna nak buruk-burukkan negara sendiri bertahun-tahun lamanya.

Disamping kefahaman bahawa menjadi pembangkang bermaksud, bangkang selagi boleh. Tapi yang lebihnya dalam hal Akta Perhimpunan Aman ini ialah sebab pembangkang dihalang dari menggunakan jalan raya sebagai tempat berhimpun, mana boleh itu macam!!

Sama macam Lynas jugalah, semua dah diterangkan, dah didebatkan, tapi kenapa ia masih menjadi isu? Sebab bukan puak-puak ini pentingkan keselamatan rakyat yang konon terjejas dek ‘radiasi’ yang dilepaskan kilang Lynas, tapi sebab kerajaan BN bawa masuk pelaburan lebih RM 1 billion dan wujudkan beratus peluang pekerjaan.

Konsep yang sama juga pembangkang aplikasikan dalam hal penolakan kepada Akta Perhimpunan Aman ini.

Hanipa Maidin dilapurkan dalam haramkahjadah daily yang Pakatan akan membawa akta ini ke Mahkamah kerana katanya berlawanan dengan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia. Seperti biasa, depa hanya ambik separuh saja Artikel 1o itu, bab yang separuh (Artikel 10(2)) lagi dimana Parlimen boleh menggunakan undang-undang untuk menyekat hak berhimpun yang diberikan dalam Artikel 10(1), tidak disebut.

Disebutkan juga dalam entri yang sama bahawa Akta ini “akan mempercepatkan ajal BN”. Pergh, macam penting je kan tapi kenapa pula nak dibawa ke mahakamh, biarkan sajalah kalau Akta itu mampu ‘mempercepatkan ajal BN”‘

Apa harapan penulis? Harapan penulis ialah supaya rakyat dapat memberi penilaian yang tepat tentang Akta Perhimpunan Aman ini. Tujuan kerajaan ialah untuk mengelakkan masalah kepada keharmonian dan keselesaan rakyat sebab itu akta ini menghalang perhimpunan diadakan berdekatan sekolah, stesen janakuasa dan sebagainya.

Sebab kalau terjadi malapetaka, yang akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan ialah kerajaan memerintah. Jadi penting untuk kerajaan bertindak awal daripada menunggu malapetaka berlaku baru masa tu nak bergerak.

Masa Perhimpunan haram 9 Julai dulu orang mati sakit jantung, siapa yang disalahkan? Kerajaan jugak. Orang ambik kesempatan pura-pura mati, siapa yang dapat imej buruk? Kerajaan jugak. Puak-puak ni tau buat kacau dan berlakon mati saja, orang lain yang terpaksa menjawab baginya.

Jadi penting untuk kerajaan melindungi imej negara ini dan keselamatan rakyat dengan pengenalan Akta Perhimpunan Aman ini.


Sumber: klik sini

PANASSS..!!! GUAN ENG GELAPKAN DUIT RAKYAT RM5 JUTA..???!!!


Oiii Guan Eng! Lu kalau tak reti nak mentadbir, lu letak jawatan je la! Apa punya CM la lu ni? Nak buat tempat parking kereta pun tak reti ke? Lepas tu bazir duit rakyat sampai RM5 juta???

Lepas tu, lu letakkan kesalahan tu kat pegawai lu? Lu buang kerja diorang, then lu cakap itu dan ini? Khuaaaakkkh ptuiiiihhhh...!!!
Guan Eng Perlu Bertanggungjawab – Ng

JOHOR BAHRU – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, perlu bertanggungjawab atas kegagalan projek bangunan letak kereta bertingkat berharga RM5 juta di kaki Bukit Bendera, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Ng berkata, Lim selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi yang bertanggungjawab menguruskan projek yang dibiayai kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan, perlu memberi penjelasan.

Katanya, kegagalan projek itu adalah pembaziran dana awam dan peletakan jawatan seorang atau dua orang berhubung perkara itu tidak memadai.

“Jika mereka tidak boleh membina tempat letak kereta, apa lagi yang mereka boleh lakukan?” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Fabulous Food 1Malaysia – Street Food Festival 2011 di Johor Jaya malam tadi.

Semalam, Lim dilaporkan berkata tempat letak kereta bertingkat itu akan dirobohkan, direka semula dan dibina semula seperti yang dicadangkan Lembaga Siasatan Negeri.

Projek itu yang disiapkan pada Mac lalu, gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana rekaannya yang lemah.

Laporan menyebut bahawa pada 17 November, jawatankuasa siasatan yang dianggotai tiga orang mendapati arkitek dan juruperunding projek itu bertanggungjawab atas kelemahan reka bentuk tempat letak kereta itu.

Lim berkata pembinaan bangunan baru akan mengambil masa kira-kira 15 bulan untuk disiapkan membabitkan kos antara RM5.5 juta dan RM6.75 juta, dan selepas pembinaan semula itu, 112 petak meletak kereta sedia ada akan ditambah sehingga berjumlah lebih 300 petak. -Mynewshub.my

PANASSS..!!! BOLEH KE KITA MAAFKAN CINA KOMUNIS NIHHH..???


Pada mulanya, Nga Kor Meng dengan bangganya mencaci maki Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Dikatanya Menteri Besar Perak itu “Hitam Metalik” di hadapan para penyokong dan pencacai Pakatan Haram yang hadir pada majlis ceramahnya.

Kemudian, mungkin tertekan setelah dipersalahkan pelbagai pihak atas tindakan bodohnya itu, Nga Kor Meng terpaksa memanggil media dan menyatakan permohonan maaf atas tindakannya mengutuk Dr. Zambry tersebut.

Namun, sekiranya diteliti dengan cara permohonan maaf dan corak penulisan yang ditunjukkan di blognya itu, ternyata Nga yang terkenal dengan sikap chauvinis ultra kiasunya itu jelas tidak ikhlas dalam permohonan maaf. Macam terpaksa saja layaknya…

Persoalannya, bolehkah kita atau Dr. Zambry sendiri menerima permohonan maaf dari ADUN DAP Perak itu?

Setelah sedap mengutuk, mengata, memaki hamun, mengherdik, memperburuk dan mencerca seseorang, senang-senang pula dia meminta maaf. Minta maaf pun macam tak ikhlas saja! Takut undi lari atau takut pengundi di Perak simpati kepada Dr. Zambry? Begitu?

Kalau begitu, kita pun boleh! Kita kata macam-macam, carut mencarutkan pemimpin-pemimpin puak-puak pembangkang. Lepas puas mengutuk dan mencaci maki, kita minta maaf beramai-ramai melalui blog dan portal. Bagaimana? Boleh begitu?

Namun kita sedar bahawa sikap dan sifat kita tidak sekeji Nga Kor Meng dan konco-konconya. Hati kita tidak seburuk dan sebusuk hati puak-puak pembangkang. Kita masih punya maruah yang tinggi untuk bertindak bijak kena pada keadaan dan bukannya bertindak dengan berpandukan hati yang jijik seperti mereka.

Kerana kuasa politik di Perak, ramai pihak yang menjadi mangsa. Ketika awal pengambil alihan Kerajaan Negeri Perak oleh Barisan Nasional yang sah di segi moral dan undang-undang, kita menyaksikan bagaimana Institusi DiRaja Perak dihina oleh para ADUN DAP, PAS dan PKR.

Mereka buat perangai depan DYMM Raja Muda Perak, Raja Muda Nazrin Syah, yang mewakili ayahandanya, Sultan Perak, Sultan Azlan Syah. Akibatnya, Raja Nazrin terpaksa menunggu beberapa jam selepas “monyet-monyet terlepas kandang masuh Dewan Undangn Negeri” itu berjaya dikawal bentara dewan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berniat, mengugut dan hampir bertindak memfailkan saman terhadap DYMM Sultan Perak, kononnya Baginda campur tangan dalam kes pertukaran kerajaan tersebut. Karpal fikir dia seorang saja tahu undang-undang? Tidakkah dia tahu bahawa DYMM Sultan Perak juga berkelulusan perundangan dan lebih tinggi martabat pengetahuan undang-undang berbanding dirinya?

Saya tidak tahu apa yang difikirkan oleh rakyat Perak sekiranya masih memilih Pakatan Haram pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang. DYMM Sultan Perak dan DYMM Raja Muda Perak pernah dihina mereka. Menteri Besar Perak yang banyak memulihkan pentadbiran negeri Perak dari kerosakan hampir setahun yang dilakukan oleh Nizar “boneka” pun dikutuknya tanpa sebab.

Paling teruknya, rakyat Perak sendiri dikhianati dan ditipu hidup-hidup oleh para pemimpin Pakatan Haram. Takkanlah sebegitu teruk perangai pemimpin puak-puak Pakatan Haram ini pun masih lagi mahu dipilih untuk membentuk Kerajaan Negeri lagi kot, yeop?

Justeru itu, hargailah barisan para pemimpin yang jelas lebih baik dan sedang memajukan Perak dalam pelbagai aspek. Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional Perak jelas membuktikan kebolehan mereka selepas mengambil alih tampuk pentadbiran dari Nizar yang menjadi “Pak Turut” kepada Nga dan Ngeh.

Sewajarnya, kita kekalkan mereka sebagai Kerajaan memandangkan merekalah yang terbaik buat masa ini! Tiada kompromi lagi buat Nizar, Nga, Ngeh mahupun konco-konco yang bersekongkol dengan mereka…!

Sumber: Perak Today

LAWAK PAGI INI...! ORANG BELA LEMBU,..KHALID GAGAP BELA BABI..!!!


Tu laaaaa...!!! Kutuk lagi...kan dah kena daaaahhhhh...sapa nak melawat kandang babi Khalig "gagap" sila angkat kaki..!!!

Sunday, December 4, 2011

PANASSS 18SX..!!! KEHIDUPAN SEKS SAYA SAMA MACAM BECKHAM, CUMA SAYA BELUM NIKAH..!!!


Terus terang aku kata, dalam banyak-banyak artis Indon, minah ni la yang paling aku menyampah! Memang dah jenis takde moral dah ni. Kalau nak banding, minah ni sama je moralnya dengan Anwar Berahim tu...

Terbaru, dia buat kenyataan panas. Kononnya, keadaannya sama dengan Beckham dan Victoria, cuma dia belum nikah je! Apa ke bodoh minah ni? Memang low class moralnya. Nak kata takde maruah langsung pun boleh!

Ni aku nak bagitahu. Kalau minah ni ada ura-ura nak datang ke Malaysia, aku cadangkan agar pihak berkuasa sekat je! Jangan bagi masuk negara kita. Kalau dia dah sampai sini, halau dia balik on the spot..!

Dah tahap gaban dah nihhh...sorry la kalau rakan-rakan dari Indonesia marah...tapi aku memang tak suka bangat kat minah ni...nak sebut nama pun jijik!
Kehidupan Asmara Saya Juga Seperti Beckham…Cuma Belum Nikah! – JuPe

Nampaknya senang betul para pemain bola sepak memikat artis yang cantik dan seksi di luar sana, tetapi kalau setakat mewakili sekolah atau daerah lupakan sajalah.

Paling tidak pun kena mewakili kelab dan mempunyai kontrak bernilai lebih daripada lima angka, barulah ngam, kalau tak gigit jari jelah yeop.

Pun begitu bukan semua yang macam tu, ramai yang masih fokus pada kerjaya mereka dan tidak menggunakan kelebihan yang ada sebagai platform untuk berfoya-foya tak tentu arah macam sesetengah pemain bolasepak yang ada ni

Di negara jiran Indonesia, kisah artis bercinta dengan pemain bolasepak juga tak kurang hebatnnya.

Yang paling hangat diperkatakan adalah artis seksi, Julia Perez (JuPe) dengan pemain bola Indonesia kelahiran Argentina, Gaston Castano.

JuPe dan bintang kelab PSMS Medan ini mulai intim sejak awal 2009 lagi ketika JuPe masih sah bergelar isteri kepada jejaka berketurunan Perancis, Damien Perez (Yusuf Perez).

Foto intim dan berahi percutian mereka di Bali sekitar Mac 2009 yang kantoi di internet sehingga sampai ke pengetahuan Damien akhirnya menjadi punca rumah tangga JuPe dan Damien musnah.

Dan baru-baru ini ketika kunjungan David Beckham dan pasukan LA Galaxy ke negara berkenaan, JuPe telah membuat kenyataan yang sungguh mendebarkan dada, pergh!

”Kehidupan asmara saya dengan Gaston sama seperti Beckham dan Victoria, bezanya kami belum bernikah.

”Kami sama-sama tergolong dalam kategori pasangan selebriti dan pemain bola sepak. Tapi bezanya pasangan Beckham sudah bernikah, kami pula belum lagi. Doakan saja jodoh kami,” ujar penyanyi dangdut, pelakon a.k.a simbol seks Indonesia itu.

Hah, kalaulah ada artis Malaysia yang buat pengakuan berani mati macam, mahu terbalik dunia dibuatnya.

Tetapi berdasarkan senario gossip-gossip yang heboh sejak akhir-akhir ini, jangan terkejut kalau berlaku perkara sebegini di tempat kita…hanya masa yang akan menentukannya, Nauzubillah! -Mynewshub.my

PANASSS..!!! KISAH PAK JANGGUT DAN CINA TUA DI KLCC..!!!

samad said ambiga

A. Samad Said sememangnya terkenal sebagai salah seorang sasterawan negara. Namun kesasteraannya itu hilang begitu saja apabila otaknya semakin menunjukkan ke”mereng”an yang tidak dapat dipastikan tahap ke”gila”annya itu.

Perubahan negatifnya itu telah menyebabkan ramai yang tidak hormat lagi padanya, sekaligus menganggap “A. Samad Said telah mati”, dan yang tinggal menjalani sisa hidup hanyalah “Pak Janggut yang meroyan di jalanan”.

Terbaru, Pak Janggut telah bersekongkol dengan seorang cina tua yang tebal sifat chauvinis ultra kiasunya, Lim Kit Siang, di dalam siri demonstrasi bantahan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC. Dalam demonstrasi itu, Pak Janggut sempat meroyan membaca sajak. Tak tahulah sama ada Kit Siang faham atau tidak sajak Pak Janggut tersebut.

Melihat kedangkalan dan kegilaan Pak Jangut dan sekutu barunya, Kit Siang itu, pihak berkuasa telah menghalau mereka dari berkumpul di situ kerana menggangu kehidupan sosial orang lain di KLCC, selain mencacatkan pandangan para pelancong yang bertumpu di bangunan yang ditentang hebat pembinaannya oleh Kit Siang suatu masa dahulu.

RUU Perhimpunan Aman ditentang? Habis tu? Pak Janggut, Kit Siang dan Majlis Peguam mahu RUU Perhimpunan Tidak Aman? Mahukan RUU Perhimpunan Ala-Ala Dataran Tahrir? RUU begitu baru puak-puak tidak berotak ini mahu sokong? Begitu?

Bebas sebebas-bebasnya? Saya ingin bertanya, di dalam dunia ini adalah sebuat negara atau satu kawasan yang “bebas sebebas-bebasnya”? Jika ada pun, adakah pegangan Islam yang dijadikan panduan hidup itu mengamalkan dasar “bebas sebebas-bebasnya”?

Setiap negara, setiap tempat, setiap individu perlukan had dan batasan. Perlukan undang-undang untuk mengawal kehidupan dan sosial manusia agar lebih teratur dan bertamadun. Itulah tujuan utama undang-undang dan hukum-hakam yang membataskan kehidupan manusia.

Jadi, kebebasan apa yang diperjuangkan Pak Janggut lagi? Pak Janggut bebas menyimpan janggut sepanjang mungkin. Namun, Pak Janggut harus memastikan supaya janggut yang disimpan itu bersih dari sebarang najis sebelum bersolat. Pak Janggut bebas berkarya, tapi ia perlu ada batasan untuk memastikan keamanan negara tidak tercemar dengan ‘otak gila’ Pak Janggut itu!

Sedar atau tidak, Pak Janggut semakin “hilang” dalam dunianya sendiri. Kononnya dulu dia menyertai Anti-PPSMI kerana cintakan Bahasa Melayu. Kononnya…

Namun, ketika mana Kerajaan mengumumkan pemansuhan PPSMI, Pak Janggut tidak pula memuji tindakan Kerajaan itu. Malah Pak Janggut sertai pula demonstrasi Bershit 2.0 dan RUU Perhimpunan Aman yang mana kedua-duanya tidak ada kena mengena pun dengan soal Bahasa Melayu!

Jelas sekali Pak Janggut sudah hilang akal dan hilang kewarasannya berfikir! Tiada lagi prinsip di dalam hidupnya. Hidupnya kini dibiarkan terpengaruh dengan permainan politik jijik pembangkang. Apa Pak Janggut fikir pembangkang akan berikan jawatan Menteri Kesusasteraan, Sajak dan Puisi kepada Pak Janggut sekiranya mereka menang PRU 13 nanti?

Sudahlah Pak Janggut. Lebih baik Pak Janggut pulang saja ke rumah dan lebihkan ibadah Pak Janggut kepada Allah SWT. Pak Janggut sudah uzur benar dan lanjut usia. Risau pula saya sekiranya Pak Jangut rebah dipangkuan Ambiga dan menghembuskan nafas diatas riba perempuan anti-Islam itu…


Sumber: Klik sini

PANASSS..!!! ABANG KHALID GAGAP RAHMAN IBRAHIM ANIAYA RAKYAT DI KAJANG..?!!!


Apalah dosa penduduk Kajang sehingga dilanda banjit kilat sebegitu dahsyat baru-baru ini? Sebagai negeri paling maju, adalah sangat memalukan apabila ada daerah yang pesat membangun tiba-tiba dilanda banjir teruk dalam sekelip mata!

Khabarnya, memang pernah berlaku banjir sebelum ini di Kajang. Namun tidaklah seteruk ini. Paling buruk sebelum ini pernah berlaku kira-kira 40 tahun dahulu. Masa tu infrastruktur masih tak sehebat sekarang. Sekarang ni Selangor dah maju pun masih banjir sebegini teruk?

Menurut seorang warga kajang yang ditemui media selepas banjir tersebut, dia mengesyaki bahawa aktiviti mengorek pasir di sekitar Kajang yang dilakukan secara berleluasa tanpa pemantauan menjadi faktor utama banjir sehebat ini berlaku…

Korek pasir? Di Selangor, individu yang bertanggunjawab mengetuai korek mengorek pasir ini ialah Abdul Rahman Ibrahim, abang kepada Khalid Ibrahim, MB Selangor. Dia “ketua” korek pasir melalui kumpulan Semesta!

Apa cerita ni? Korek pasir sampai menganiaya rakyat di Kajang? Di Kajang dah banjir dan tidak mustahil akan berlaku lagi di kawasan-kawasan lain di sekitar Selangor! Musim tengkujuh kali ni dijangka melarat hingga bulan Mac tahun depan. Kawasan mana pula bakal menjadi mangsa selepas ini?

Woi Khalid! Kalau nak bagi abang ko kaya sekali pun, jangan la sampai aniaya peniaga dan rakyat Selangor..!!! Teruk betul laaaa..dok kata UMNO amal kronisme (padahal tidak pun!). Mengata orang, dia yang lebihhhhh..!!! Ko letak jawatan la Khalid “gagap” oiiii..!!!


Sumber: klik sini

PANASSS..!!! PUAK PAS AKUI DAKWAAN NAJIB ADALAH BENARRR..!!!


Di dalam ucapan penggulungan Presiden semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa PAS sudah menyimpang dari perjuangan sebenar dengan bersekongkol bersama sebuah parti yang sangat bertentangan dasarnya antara satu sama lain.

Memahami kata-kata Presiden itu, saya bersetuju dengan kata-katanya tersebut. Pada saya, parti yang dimaksudkan Najib itu tidak lain tidak bukan ialah DAP yang sangat berbeza dasar perjuangannya dengan PAS.

Sebagai seorang yang berkawan baik dengan ramai puak-puak PAS di utara semenanjung, saya terpanggil untuk menghubungi beberapa rakan PAS, bertemu dan berborak mengenai soal politik. Malam itu, antara yang menjadi topik panas antara kami ialah mengenai kewajaran PAS untuk terus bersama Pakatan Haram.

Mengejutkan saya, semua rakan-rakan PAS yang hadir sekitar 7 orang malam itu sebulat suara mahu parti mereka keluar dari Pakatan Haram. Malah, mereka yang juga merupakan antara orang berjawatan kanan dalam Dewan Pemuda PAS di kawasan mereka menggelar Pakatan Rakyat sebagai “Pakatan Haram”!

Untuk pengetahuan, kami semua merupakan bekas pelajar-pelajar sebuah sekolah agama yang mahir berbahasa Arab dan mampu berhujah dengan dalil aqli dan naqli memandangkan latar belakang pendidikan masing-masing. Namun, hanya sebilangan kecil dari “badge” kami yang condong ke arah UMNO manakala majoriti yang lain memilih PAS. Rakan saya yang 7 orang ini tidak tahu pun saya seorang blogger mahupun penyokong UMNO. Apa yang mereka tahu, saya digolongkan dalam golongan “atas pagar”…

Salah seorang rakan dari Kedah menyatakan bahawa dia kesal dengan apa yang terjadi pada PAS pada ketika ini. Menurutnya, PAS dahulu tidak sebegini. Dulu, PAS sangat independent dan tidak “bacul” seperti sekarang. Dulu, meskipun PAS berdiri sendirian, namun parti itu dilihat mampu mengancam UMNO dari segi ketulenan sokongan dan perjuangan.

Selain itu, dia yang kini merupakan seorang ustaz dan penceramah politik PAS di kampung-kampung, dia kini malu dengan PAS memandangkan kedunguan pimpinan, terutamanya “Tok Guru”, yang menjadikan alasan “tahaluf siyasi” untuk terus bersama DAP dan PKR, sekaligus menjadi “barua” mereka. Padanya, meletakkan PAS di dalam Pakatan Haram samalah seperti memperhambakan diri kepada kuffar dan golongan yang tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Seorang rakan dari Pemuda PAS di sebuah kawasan di Perak pula menyampuk. Dia kesal dengan apa yang berlaku pada kepimpinan PAS di Perak, maksudnya Nizar Jamaluddin. Terang-terang sangat Nizar menjadi hamba Nga dan Ngeh ketika menjadi MB. Menurutnya yang punya rangkaian dalam kerajaan pimpinan Nizar dahulu, dia tahu apa yang berlaku di kalangan Exco-Exco dan MB Perak.

Kesalnya bertambah lagi apabila menyedari bahawa Nizar hanya sekadar menjadi “Pak Turut” tanpa sebarang kuasa melainkan melaksanakan kemahuan DAP. Pendekatan “tahaluf siyasi” yang digunakan PAS itu jelas mengenepikan perjuangan asal parti itu dan mengecewakan ramai akar umbi parti itu. Dia sendiri mengaku bahawa ratusan penyokong PAS di kawasannya kini semakin hambar dan malu dengan apa cara pendekatan PAS itu…

Seorang lagi rakan dari Pemuda PAS di Kedah juga bersetuju dengan hujah kedua rakan tadi. Cuma bezanya di Kedah, PAS hanya konsisten dengan perjuangan mereka ketika sebelum menang di negeri itu saja. Selepas PAS menang di Kedah, parti itu menjadi kucar kacir dan masalah dalaman PAS Kedah menjadi bahan tertawa para penyokong UMNO di negeri itu.

Menurutnya, PAS Kedah terpecah kepada beberapa kumpulan hanya kerana mahu kuasa. Sedangkan sebelum mendapat kuasa dahulu, semua pemimpin PAS bersatu dan tiada sebarang perebutan berasaskan kuasa sebagaimana sekarang. Menurutnya, itulah contoh sekiranya PAS mendapat kuasa di sesebuah negeri dan membingungkannya, PAS lebih teruk dari UMNO! Dia sendiri tidak tahu mengapa PAS jadi sebegitu teruk, sama ada dari segi pentadbiran apatah lagi berhubung masalah dalaman parti itu sendiri.

Memeritkan lagi, 2 orang rakan dari PAS Pulau Pinang yang dari dulu mendiamkan diri mula bersuara. Katanya di Pulau Pinang, PAS lebih teruk dari PAS Kedah dan Perak. Bukan saja menjadi “hamba”, pemimpin PAS Pulau Pinang bertindak menjadi “jasper” yang mengekori, mengipas dan membodek Lim Guan Eng tanpa rasa malu!

Menurutnya, penyokong PAS Pulau Pinang dahulu memberikan harapan tinggi kepada Guan Eng sebagai “Khalifah” mereka, sebagaimana yang diperkatakan bahawa KM Pulau Pinang itu mahu mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz. Malangnya, setelah lebih 3 tahun memerintah, pemerintahan Guan Eng lebih mirip kepada konsep “Maharaja China” yang menggunakan kuasa vetonya memberikan kelebihan kepada kaum Cina berbanding kaum lain.

Selain itu, dia turut menyatakan bahawa orang-orang Melayu sama ada dari PAS mahupun PKR di Pulau Pinang kini mula malu memakai lambang parti mereka dan sekiranya di tanya mengenai parti pilihan mereka, mereka lebih suka untuk mengaku sebagai ‘tidak berparti’ dan ‘atas pagar’!

Saya mencelah, dan bertanyakan pendapat mereka tentang apa yang diperkatakan Najib ketika memberi ucapan penggulungan di atas. “Tadi Najib kata PAS hilang dasar perjuangan dan menjadi barua DAP dan PKR”, kata saya semalam. “Betullah tu..!” kata mereka mengiyakan kata-kata Najib tersebut. “Memang PAS dah jadi macam barua DAP dan PKR pun..”, kata mereka kesal memprotes parti sendiri.

Mereka juga sebulat suara mahu PAS keluar dari Pakatan Haram kerana tak mahu lagi ber”tahaluf siyasi” dengan DAP dan PKR yang mana merugikan parti mereka sejak awal lagi. Pada mereka, “tahaluf siyasi” yang digunapakai Rasulullah SAW dahulu menguntungkan Islam di zaman Baginda. Sebaliknya, ‘tahaluf siyasi’ yang diguna PAS ini merugikan dan meletakkan perjuangan parti itu dalam kehinaan yang tidak boleh lagi ditoleransikan.

Saya terfikir. Sedarkah PAS tentang apa yang telah berlaku diperingkat akar umbi mereka? Apakah para kepimpinan mereka sengaja “memekakkan telinga”? Apakah harga yang ada pada “suara akar umbi” di dalam PAS? Jika para penyokong PAS sendiri sudah mengaku kekhilafan parti itu, apakah para pemimpin mereka sanggup membatukan diri dari menyelesaikan masalah tersebut? Sampai bila PAS akan terus begini? Mungkin sampai Nik Aziz meninggal? Begitu?

Sumber: Perak Today

PANASSS..!!! BLOGGER PENCACAI PAKATAN HARAM KANTOI LAGIIII..!!!

MH

Sebagaimana kita sedari, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan merupakan salah satu tokoh yang sangat dibenci oleh puak penyokong-penyokong Pakatan Haram. Ini adalah kerana beliau merupakan pegawai penyiasat kepada kes liwat I dan II yang melibatkan “dewa” mereka, Anwar Ibrahim, yang gemar kepada seks songsang.

Lihat gambar sebenar suami Syella Kamaruddin..bukan Musa Hassan, kan?

Pada kes liwat I, Musa yang hanya berpangkat inspektor ketika itu dipilih oleh Anwa untuk menyiasat kesnya. Mengejutkan, Musa yang terkenal dengan sikap “no-nonsense” itu mendapati memang Anwar terlibat pun dengan aktiviti meliwat!

Memeritkan lagi keadaan, ketika Saiful Bukhari membuat laporan polis bahawa dia diliwat Anwar, Musa ketika menjadi Ketua Polis Negara. Beberapa kelemahan yang ada pada kes liwat I dahulu, diperhalusi dan diperbaiki sebaiknya oleh pihak PDRM sebelum membentangkan kes di mahkamah!

Dipercayai, kerana itulah Tan Sri Musa Hassan sangat dibenci dan menimbulkan dendam kepada penyokong Pakatan Haram untuk mencemarkan reputasi beliau.

Terbaru, Tan Sri Musa difitnah telah mengahwini seorang bekas artis yang seksi, bernama Syella Kamaruddin. Sebuah blog pro-pembangkang tanpa segan silu memfitnah bekas Ketua Polis Negara itu di di sini. Abu Nawas ini memfitnah kononnya “dia membuktikan bini Musa Hassan berkemban”. Malah tanpa rasa bersalah, dia menyatakan bahawa Musa Hassan ini dalah “bekas polis jahat”. “Jahat”kah membuktikan kemungkaran seorang pemimpin bernama Anwar? Atau seorang pegawai polis itu hanya dianggap baik sekiranya membuktikan kemungkaran pemimpin UMNO sahaja?

Untuk pengetahuan semua, ketika Musa Hassan menyiasat dan membuktikan Anwar melakukan liwat dan seks songsang, Anwar berjawatan Timbalan Presiden UMNO dan masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri! Sepatutnya, Musa dikategorikan sebagai pegawai polis yang paling adil dan tegas kerana sanggup buka kes tentang kemungkaran seorang pemimpin UMNO dan indidvidu nombor dua paling berkuasa selepas Tun Dr. Mahathir!

Sebuah lagi blog pro-pembangkang di sini, dengan selamba mengucapkan “selamat pengantin baru”. Sedangkan Tan Sri Musa sudah lama berkahwin dengan Puan Sri Juriah Ahmad! Dia ucap begitu kononnya nak timbulkan fitnah mahu mengatakan bahawa Musa Hassan berkahwin baru lah tu!

Selepas ucap “selamat pengantin baru”, blogger pro-pembangkang itu selamba bertanya, “tak boleh ke” dia mengucapkan begitu kepada Tan Sri Musa Hassan? Apa punya bahlol la blogger Pakatan Haram ini! Sudah tentulah tak boleh dan salah! Tan Sri Musa bukan baru kahwin pun. Dia “pengantin lama” dan bukannya “pengantin baru”! Takkan itu pun otak dan akal blogger pembangkang tak boleh fikir?


Sumber: klik sini

Saturday, December 3, 2011

AKU TAK MINTA PROJEK PUN... INI JE YANG AKU MINTAK DARI SEMUA PEMIMPIN UMNO...


Alhamdulillah, Perhimpunan Agung UMNO kali ke-62 telah tamat dengan ucapan penggulungan Presiden yang penuh bererti membakar semangat seluruh warga UMNO.

Selain itu, terima kasih kepada semua pemimpin UMNO yang tidak putus-putus memberikan pengiktirafan kepada kami para bloggers pro-UMNO/BN untuk terus menafikan pembohongan, fitnah dan putar alam pihak pembangkang dan cybertroopers "prepaid/postpaid" mereka.

Cuma satu saja yang saya pinta dari seluruh pemimpin dan warga UMNO sekelian...

Puas kami para bloggers menangkis fitnah, serangan demi serangan yang dilemparkan kepada UMNO dan kepimpinannya. Yang mana yang kurang, maka bantulah kami...

Namun, janganlah pula buat hal. Jangan pula buat benda-benda yang mampu mencemar nama baik UMNO. Jangan pula buat keputusan dan statement-statement bodoh kepada media, khususnya Malaysiakini dan Malaysian Insider...

Mungkin selama ini banyak isu yang sudah kami perbetulkan persepsi serong yang cuba ditohmahkan kedua portal tak guna tu. Harap berhati-hatilah selepas ini dengan mereka dan kesianlah sama kat kami yang setiap hari berjuang di alam maya ni demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu...

Bukan apa..kengkadang, kami pun penat juga buat kerja. Kami penat juga tutup lubang, dan jangan pula buat lubang baru lagi lepas ni...

Harap para pemimpin UMNO faham dan ingatlah bahawa kami memang sayangkan UMNO yang sudah sebati dengan jiwa perjuangan kami...

InsyaAllah jika dipanjangkan umur, next Perhimpunan Agung UMNO mungkin kita bertemu lagi. Itu pun kalau Tun, Datuk Seri, Tan Sri, Datuk-Datuk dan Datin-Datin Seri nak jumpa kami laaaa...heh!

Anyway, tahniah untuk semua!

PENGAKUAN BERANI MATI..!!! MAK KANDUNG KAHWIN & BERZINA ANAK SENDIRI..!!!



Aku tak tahu dah apa nak cakap. Mak kandung dengan selamba ngaku kahwin dan berzina dengan anak lelaki sendiri..!!! Doa aku agar perkara kat Indon ni tak menular ke Malaysia. Itu je doa aku. Aku taknak bala Allah diturunkan di negara ini...

Apa kejadahnya mak budak Indon ni? Perhatikan pada minit 2.01, Siap cakap "alhamdulillah" lagi! Apa ke punya manusia la ni..Islam ke dia?

Yang penonton dengan hos rancangan pun satu! Dibantainya bertepuk tangan! Seronok sangat la tu sokong benda-benda karut macam ni? Kepala hotak korang laaa...

Macam ni ke kebebasan bersuara yang Ambiga dan Marina Mahathir dok sebut tu? Macam ni hak kebebasan yang nak diperjuangkan? Kepala hotak berjambul laaaaa..!!!

Dunia akhir zaman ni..macam-macam ada...berhati-hatilah...

PANASSS..!!! SOALAN PEDASSS UNTUK PEMIMPIN & PUAK-PUAK PAS SELURUH NEGARA..!!!


Aku ada satu soalan kepada Pak-Pak Lebai Pas, khususnya di Penang...
Hangpa dah "scan" ke belum Ustazah kat atas tu..???


Aku pun ada satu soalan kepada Mat Sabu...
Sebelum kahwin dengan bekas bini member baik sendiri, Abang Mat dah "scan" ke Normah tu..?


Dan aku nak tanya Ir. Amiruddin Hamzah, ADUN PAS di Kedah...
Sebelum kahwin dengan bekas bini orang jadi bini nombor 2 tu..dia dah di"scan" ke belum?

Dan soalan terakhir aku untuk Mursyidul Am PAS, Pok Nik Ajisss...
Apa anak-anak buah Tok Guru ni memang suka "scan" bini orang ke..???

Thursday, December 1, 2011

GEMPARRR..!!! OSTAT PASTI KANTOI SKANDAL DENGAN OSTAZAH BINI ORANG DI PENANG..!!!

Ustazah bini orang yang coooba di ngorat oleh “Ostat” PASTI…

Hensem tak “Ostat” ni berposing dalam FB..?

Memang panas bila menyaksikan sketsa seorang individu yang kategorikan sebagai “ustaz” yang sudah tua mengorat seorang “ustazah” yang agak “cun”, dipercayai masih lagi menjadi isteri kepada seseorang. Menariknya, kisah mengaibkan ini didedahkan oleh seorang blogger pembangkang!

Menurut blogger tersebut, “ostat” tersebut dikenali sebagai Mat Zan dan sangat pandai berlakon warak serta zuhud di hadapan kepimpinan PAS sehingga ramai yang telah tertipu dengan identiti “camouflage”nya itu. “Ostat” Mat Zan ini juga merupakan orang kuat PASTI di Pulau Pinang.

Klik untuk besarkan imej

Khabarnya, Mat Zan selalu mengorat bini orang ini melalui laman Facebook. Pukul 2 -3 pagi pun “Ostat” ini masih lagi cuba mengganggu hidup “ostazah” ini. Ungkapan seperti “rindu la kat awak..boleh saya call?”, jelas membuktikan sang “Ostat” cuba menggoda sang “Ostazah” tanpa menghiraukan statusnya sama ada bini orang atau tidak.

Selain itu, “ostat” ini semakin menggila dengan “ayat-ayat gatal”nya apabila menyatakan bahawa dia sangat berminat dengan bab-bab “dalam baju” bini orang tersebut. Dahsyat sekali perangai “Ostat” yang berserban sebakul dan berjanggut taliban ini! Gatalnya mengalahkan yahudi! Bini orang pun nak disebatnya!

Apa tidaknya? “Ostat” ini bagaikan teringin sangat nak “scan” bini orang tu! Cuba lihat “screenshot” yang dimuatkan sebagai bukti…menyedihkan!

Gatal tak “Ostat” ni? Nak di”scan”nya bini orang tuuu..???

Menurut blogger tersebut di sini, ustazah itu dengan kerjasama Pengarah PASTI Pulau Pinang telah menghubunginya untuk “kowtim” kes ini beberapa kali. Namun setelah “perjanjian” yang dibuat telah dinodai, maka blogger tersebut telah bertindak mendedahkan skandal terlarang ini.

Apa sudah jadi pada PAS? Buta atau sengaja membutakan diri? Kenapa tak ambil tindakan dan mendiamkan diri? Tak payah la nak “cover-cover” lagi. Tembelang sudah terbongkar. Sedangkan seorang “Ostat” berserban sebakul berjanggut taliban pun bersikap begini, cuba bayang anak-anak PASTI yang dididiknya…apa akan jadi pada mereka?


Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! LAHIRNYA SEORANG "NABI" DI MALAYSIA..!!!




Nampaknya, disaat PAS kini boleh mendabik dada kepada seluruh umat Islam di dunia, khususnya di Malaysia, apabila dikhabarkan telah muncul seorang “nabi” di kalangan pimpinan parti itu. “Bertuah” sungguh puak-puak PAS..!

Dikhabarkan melalui sebuah video yang dirakam, seorang penyokong tegar Pas yang bertopengkan identiti “ustaz” di Kelantan dalam ceramahnya mendakwa Nik Aziz Nik Mat boleh dianggap sebagai Nabi. Katanya, semua orang alim atau ulama adalah Nabi. Nama “ostat” itu ialah Shamsul Zaman Syukri atau dikenali sebagai “ostat budak”.

Sebenarnya, saya tidak tahu atas dasar apa individu ini dipanggil “ustaz”. Apakah kerana dia mengajar agama? Adakah kerana dia memakai jubah? Atau apakah kerana dia berserban dan memberikan ceramah agama? Atau dia dipanggil “ostat” kerana ke semua yang di atas.

Saya ingin bertanya, sebagai seorang “ostat”, apakah dia tidak pernah mendengar sabda Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa TIADA NABI SELEPAS BAGINDA DAN YANG ADA HANYALAH KHALIFAH-KHALIFAH yang kita gelarkan sebagai “khulafa urrashidin”.

Apakah “ostat budak” ini tidak pernah mendengar tentang sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa ULAMA ITU PEWARIS NABI? Dan TIDAK PERNAH pula saya dengar Baginda SAW bersabda bahawa ULAMA ITU ADALAH NABI, sebagaimana yang didakwa oleh Shamsul Zaman itu.

Peliknya, “ostat budak” ini sanggup mengeluarkan fatwa sebegitu kontroversi yang mampu mengelirukan ramai pihak, khususnya umat Islam yang berada di dalam PAS.

Adalah sangat memalukan apabila “ostat PAS totok” ini membuat fatwa sesuka hati mak bapaknya saja tentang kenabian Pok Nik Ajis! Sekiranya benar Pok Nik Ajis itu Nabi, apakah mukjizat yang dimiliki Mursyidul Am Pas itu? Apakah mukjizatnya ialah memberikan tiket ke syurga..???

Perkara ini bukan perkara main-main. Ia jelas bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW. Pada saya, saya lebih beriman dan percaya kepada sabda Rasulullah SAW berbanding kata-kata fatwa dari seorang individu yang entah siapa seperti Shamsul Zaman.

Apakah kerana dia berjubah, berserban, mampu berbahasa arab dan mengungkap ayat Al-Quran maka dia layak digelar “ustaz”? Pada saya, jawapannya jelas tidak! Apatah lagi untuk melayakkan dia untuk mengajar agama, jauh panggang dari api!

Sekiranya penampilan dan gayanya menyampaikan ceramahnya itu melayakkan dia bergelar “ustaz”, saya percaya lebih ramai lagi individu yang bersifat begitu yang layak diberikan gelaran yang sama sepertinya. Ramai yang mampu dan berkebolehan sepertinya. Saya sendiri pun boleh..!!!

Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan Shamsul Zaman supaya fikirkan kembali apa yang telah dicakapkannya itu. Kata-katanya jelas menafikan hadis Rasulullah SAW. Sebagai seorang “ostat”, apakah dia layak untuk menafikan sabda seorang Nabi dan seorang Rasul yang sebenar?

Jangan sampai diakhirat nanti, dia dipersalahkan kerana memesongkan aqidah umat Islam di negara ini. Sebagai saudara seagamanya, saya risau juga jika dia tak cium bau syurga nanti! Jangan kerana sokongan politik, dia sanggup gadai iman dan aqidahnya sendiri….


Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! SYAHRINI BANGGA BUAH DADA DITANDATANGANI BECKHAM..!!!


Inilah yang berlaku bila dah takde rasa malu lagi dalam diri hinggakan sanggup menyerahkan buah dada untuk ditandatangani orang lelaki. Tengok nama macam Islam. Tapi tengok perangainya pulak buat aku was-was je apa agama minah Indon ni..

Aku tak kira la sama ada lelaki tu Beckham ke sapa ke. Kalau perbuatan tu salah tetap salah. Mujurlah yang terbabit tu artis Indon. Kalau artis Malaysia, dah tentu kena belasah kaw-kaw ngan aku kat blog ni..

Tapi, sikap jenis tak tahu malu ni membuatkan aku teringat pada seorang artis negara ni yang jenis tak tau malu jugak. Dan dia kebetulan baru je ke Indon untuk sesi fotografi seksi bukan main! Korang pun tahu sapa artis betina tu, kan?
Bangga Buah Dada Ditandatangani Beckham

KUALA LUMPUR – Penyanyi seksi Indonesia, Syahrini, mengejutkan ramai pihak apabila bangga menghebohkan buah dadanya yang tandatangani oleh bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham, dengan hanya beralaskan sehelai baju-t yang nipis dan ketat.

Laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan, melaporkan bahawa Syahrini turut bertindak mencium pipi bekas pemain lagenda Manchester United itu ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini.

Syahrini yang dikatakan terkenal dengan penampilan imej seksi dengan saiz buah dada yang besar telah dipilih untuk sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia.

Dalam perlawanan bola sepak tersebut, LA Galaxy telah berjaya mengalahkan negara jiran dengan jaringan gol, 0-1.

Bagaimanapun, Oh! Bulan turut mendedahkan bahawa tindakan Syahrini itu telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkan penyanyi itu sebagai keterlaluan dan memalukan pengamal industri hiburan di sana.

Misalnya pelakon terkenal Indonesia , Chelsea Olivia dan vokalis kumpulan Nidji, Giring, yang memberikan komen negatif terhadap Syahrini melalui laman sosial Twitter milik mereka.

“Mmmmm, memalukan..,” kata Olivia.

Giring pula ‘memuji’ Syahrini dengan menyatakan penyanyi seksi itu pandai menarik perhatian ramai dengan mencetus berita yang hangat dengan publisiti.

“Syahrini is a good singer.. And she know’s how to make a catchy news and publicity. Salam buat jambul katulistiwa mu #mindtalk,” katanya. -Mynewshub.my

Ucapan dasar Presiden UMNO: UMNO Menjuarai Transformasi.


Tiba-tiba saja hati aku rasa macam-macam lepas dengar ucapan dasar Presiden tadi. Macam-macam aku rasa...

Sedih, geram, bangga, terharu, sebak, bersemangat dan yang jelas, aku rasa macam nak ganyang habis-habisan puak-puak pembangkang nihhhh...

Tahniah DS Najib, ucapan kali ni agak beri kesan mendalam. Touching!

Aku harap semua renung kembali apa yang diseru oleh DS Najib.

Ayuh kita bangun semua..!!! Ganyang pembangkang penipu rakyat!!!
UMNO Menjuarai Transformasi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,


Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,


Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,


Yang Berhormat Naib Presiden-Naib Presiden,


Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,


Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,


Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah,

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,

Ketua-Ketua Parti Komponen Barisan Nasional,


Dif-dif Kehormat,


Para Perwakilan, Pemerhati, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.


MUKADDIMAH

Saudara dan Saudari sekalian,


Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.


Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.

Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.

Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.

Saudara dan Saudari,

Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.

Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.

Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.

Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.

Saudara dan Saudari,

Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.

Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato’ Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.

Saudara dan Saudari,

Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.

Saudara dan Saudari,

Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.


Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.

Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.

Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.


Saudara dan Saudari sekalian,

Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.

Saudara dan Saudari,

Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…

Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.

Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.

Saudara dan Saudari,

TAAT DAN SETIA

Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.

Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa’, apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.


Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.

Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.

Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya.

Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.

Saudara dan Saudari,

CINTA DAN KASIH

Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.

Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman.


Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.

Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.

Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.


Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...engga’ bisa Pak…

Saudara dan Saudari,

BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN

Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO.

Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.

Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.

Di sudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?


Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.

Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.

Saudara dan Saudari,

i) 1946

Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang-orang Melayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa, kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, masih belum endah politik, disamping terbelenggu semangat kenegerian.

Jangan dilupa juga, termusta’id dalam lembaran sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan penubuhan Malayan Union dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekaligus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.

Saudara dan Saudari

ii) 1951

Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato’ Onn Jaafar seorang tokoh bangsa, selaku Presiden Pengasas, meletakkan jawatan, sebagai Yang DiPertu,a dan keluar dari parti.

Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talqin terhadap UMNO kerana hilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang DiPertua dengan Tun Razak sebagai Timbalannya yang setia.

Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa, UMNO akan karam, amat meleset, malah, penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan “Hidup Melayu” telah diubah kepada “Merdeka”.

Kendatipun para ahli tidak menerima cadangan Dato’ Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan parti waktu itu, memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah, taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Saudara dan Saudari,

iii) 1955

Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihanraya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2, kawasan majoriti Cina.

Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143 ribu pula, adalah pengundi Cina, manakala 50 ribu, atau, hampir 4 peratus sahaja, di kalangan pengundi India.


Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri, demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.

Terbukti, sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya, telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional.

Saudara dan Saudari sekalian,

iv) 1957

UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipun terhadap sumber kekayaan negara, samada dalam bentuk ladang mahupun lombong. Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya, di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.

Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila Kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad, di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955. Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, Perikatan mula mengorak langkah, bagi membaiki nasib rakyat, dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960. Dalam ketika itu, pada 1956, FELDA ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka.

Penubuhan FELDA menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya. Ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan. Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100 ribu peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua.

Saudara dan Saudari,


Berbalik kepada salasilah, apabila negara memperoleh kemerdekaan, maka cabaran pertama dihadapi UMNO dan Parti Perikatan ialah, bagaimana hendak menangani pengaruh dan ancaman Parti Komunis Malaya serta menamatkan darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. Alhamdulillah, matlamat ini telah berjaya dicapai, kurang daripada tempoh tiga tahun selepas 1957.

Kejayaan yang dicapai bukanlah sedikit, sebaliknya ia begitu signifikan dan tersergam kepada negara. Kita harus melihat kejayaan ini dari perspektif apa yang berlaku dirantau ini. Kalau diamati, walau ada penglibatan kuasa besar dunia dengan kekuatan militer tanpa tolok banding, masih tidak mampu menghalang pengaruh komunisme. Sebaliknya, sebuah kerajaan baru merdeka, dengan sokongan padu rakyat, berjaya menyanggah teori domino.

Oleh yang demikian, UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang cuba menulis dan meriwayat semula sejarah, dengan memperlekehkan sumbangan para pahlawan negara. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengenang budi, kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali membiarkan wirawan serta wirawati kita, tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka akan terus malar serta segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia.

Selepas memenangi keamanan, telah diisytiharkan pula perang terhadap kemiskinan dan kemunduran. Seperti disebut tadi, ini wajar dilakukan kerana, seawal merdeka, lebih 89 peratus rakyat Malaya hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman, dengan kadar buta huruf yang tinggi, akses kepada pendidikan yang rendah, ditambah pula kemudahan asas yang terkebelakang.

Lucunya, kita kini mendengar pihak-pihak tertentu tanpa segan silu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, kerana, baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Sesungguhnya, mereka sudah 60 tahun terlewat.

Soalnya, kenapakah kini, baru prihatin terhadap kebajikan rakyat? Kita ingin bertanya, sebelum ini apa matlamat perjuangan mereka? Adakah matlamatnya semata-mata untuk memecahbelahkan ukhuwah umat? Hakikatnya, dengan segala inisiatif dan perlaksanaan demi rakyat, kerajaan Barisan Nasional sudah sejak melebihi enam dekad, mengamalkan konsep negara berkebajikan.

Saudara dan Saudari,

v) 1969

Apabila tragedi hitam rusuhan kaum 1969 terjadi, prognosis pemerhati antarabangsa terhadap Malaysia amat buruk. Mereka meramalkan kita akan gagal manakala rakyat seolah-olah telah hilang harapan. Sementelahan pun begitu, UMNO dan rakan-rakannya jauh dari menyerah kalah atau hilang pedoman. Sehubungan peristiwa ini juga, jangan sekali-kali kita alpa bahawa, terdapat di kalangan pemimpin pembangkang, turut terlibat mengapi-apikan slogan untuk menghina orang Melayu sehingga berlakunya tragedi 13 Mei.

Saudara dan Saudari sekalian,

vi) 1970

Tarikh 22 September 1970 menyaksikan Tunku Abdul Rahman melepaskan kepimpinan negara diikuti kepimpinan parti. Tun Razak telah mengambil alih kedua-dua jawatan tersebut, maka bermulalah era pelaksanaan DEB. Fokus masih lagi kepada kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ini dicerminkan menerusi penubuhan agensi, antara lainnya, RISDA, untuk pekebun kecil getah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara, masing-masing untuk petani, peladang dan penternak. Bagi merancakkan pembangunan wilayah pula, kerajaan telah menubuhkan KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.

Bagi mencipta masyarakat perdagangan dan perindustrian serta kemasukan kaum Melayu/Bumiputera ke dalam sektor moden pula, kerajaan telah menubuhkan agensi seperti Bank Bumiputra, UDA, Pernas dan Perusahaan Awam Bukan Kewangan atau PABK.

Kesan utama pelaksanaan dasar ini, dan pewujudan Barisan Nasional adalah terciptanya kestabilan sosial yang membolehkan pertumbuhan ekonomi mapan dengan kadar pukul rata hampir 7 peratus untuk dua dekad berturut-turut. Ini secara langsung telah meningkatkan kemakmuran serta taraf hidup semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.

Saudara dan Saudari,

vii) 1988

UMNO menghadapi saat paling dahsyat apabila parti keramat ini diharamkan pada tahun 1988. Ini kerana keputusan pemilihan parti 1987 tidak dapat diterima dan kes telah dibawa ke mahkamah.

Walaupun UMNO berpecah dua, seraya menyaksikan satu percubaan untuk meniru konsep Barisan Nasional melalui Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah, hal ini tidak berjaya, kerana tidak ada keikhlasan.

Sungguh apapun, segala cabaran telah berjaya diharungi. Bangkit dari runtuhan UMNO lama, UMNO baru telah wujud bagi terus membela umat Melayu dalam satu proses pemulihan parti dengan tidak mengambil masa yang lama.


Saudara dan Saudari,

viii) 1990

Berlawanan dengan tafsiran cetek oleh sesetengah pihak, DEB sejelasnya tidak pernah merugikan orang-orang bukan Melayu. Buktinya, setelah dua dekad pelaksanaan, pada tahun 1990, orang bukan Melayu masih lagi memiliki ekuiti terbesar dalam kekayaan negara manakala pendapatan pukul rata isi rumah mereka, masih yang tertinggi antara kaum di Malaysia.

Diperakui, walaupun matlamat pemilikan ekuiti tidak tercapai sepenuhnya, paling terkesan ialah penciptaan kelas menengah Melayu yang besar, menjelang berakhirnya dasar ini. Saiz kelas menengah ini meningkat tinggi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional antara 1991 hingga 2000. DEB, sebenarnya telah mengasaskan kestabilan sosial kebangsaan yang membolehkan penciptaan kekayaan dan kemakmuran dinikmati oleh semua pihak.

Salah satu kisah kejayaan lagi, ialah bertambahnya jumlah profesional Melayu/Bumiputera. Jika dikaji, ketika bermula pelaksanaannya pada awal 70an, hanya terdapat kurang 5 peratus profesional daripada kaum Melayu dan Bumiputera. Jumlah ini telah bertambah kepada 45 peratus dari keseluruhan profesional hasil DEB dan dasar-dasar seangkatan dengannya.

Prakarsa kerajaan melalui penubuhan sekolah berasarama penuh atau SBP dalam bentuk Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains MARA, pusat asasi sains, matrikulasi untuk IPTA tempatan dan penghantaran pelajar ijazah pertama ke luar negara menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemunculan kelas pertengahan Melayu.

Dasar ini juga telah menunjang pergerakan menegak mobiliti sosial, maka tidak pelik melihat anak seorang buruh kasar hari ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan. Anak pesawah, penoreh getah, nelayan dan peladang pula menjadi anggota pentadbiran tertinggi, penjawat awam dan korporat, usahawan, hartawan dan cendekiawan.


Saudara dan Saudari,

Sebagai dimaklumi, asalnya kita adalah sebuah negara pertanian yang eksport utamanya adalah komoditi seperti getah, kelapa sawit dan bijih timah. Pada pertengahan tahun 80an, apabila pulih daripada menghadapi kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga komoditi utama negara, kerajaan telah memulakan proses industrialisasi.

Tumpuan juga mula diberikan bagi menjadikan Malaysia pusat tarikan pelancongan global disamping pembinaan projek infrastruktur yang besar. Misalnya, Lebuhraya Utara-Selatan yang telah berjaya merangsang pertumbuhan dan proses urbanisasi.

Pucuk pangkalnya, semua inisiatif, dasar dan program ini telah membawa kepada perubahan struktural bukan sahaja kepada lanskap sosioekonomi rakyat Malaysia tetapi juga kepada sistem nilai, taraf hidup dan pendidikan lebih tinggi serta akses kepada maklumat yang lebih luas.


Saudara dan Saudari,


ix) 1999

Direnung-renung dan ditinjau-tinjau semula, dalam Pilihanraya 1999, sungguhpun penggunaan telefon bimbit makin meningkat, disebabkan keupayaan teknologi masih terbatas ketika itu, ia belum mampu menyalurkan data. Maka, e-mel, faks dan laman sesawang yang tidak interaktif, menjadi medium popular sebagai penyampai berita alternatif. Meneropong kembali, waktu itu, belum ada Google, belum ada Facebook, belum ada Twitter hatta telefon pintar.

Berbanding sekarang ini, menurut data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kita mencatat 36 juta pelanggan telefon selular, iaitu kadar penembusan 124%, atau, 124 set bagi 100 penduduk. Penembusan jalurlebar sekarang pula telah meningkat kepada 62% langganan isi rumah. Dengan kata lain, 4 juta isi rumah dari sejumlah 6.5 juta isi rumah, atau, lebih 16 juta penduduk Malaysia mempunyai kemudahan jalurlebar.

Selain itu, lebih 40 peratus yang melanggani TV satelit berbayar, mendedahkan mereka kepada saluran berita seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera, bagi mengikuti perkembangan dunia secara langsung.

Saudara dan Saudari,

x) 2011

Bertapak jauh selepas satu dekad, pengenalan SMS, MMS, BlackBerry Messenger, telefon pintar, media sosial, tablet eletronik pintar dan Wi-Fi percuma telah mejadikan akses kepada idea, pendapat dan berita melaluinya menjadi lebih mudah.

Umpamanya, ucapan perayaan Aidil Adha, yang disiarkan semasa saya dan rombongan mengerjakan Haji baru-baru ini, telah dirakam semasa di Padang Arafah, dengan menggunakan iPhone, sebelum diedarkan kepada media tempatan.

1. Saudara dan Saudari,

Berkalam tentang kecanggihan sebegini, demikian kita menyaksikan saat-saat akhir Saddam Hussein di tali gantung, serta juga nasib yang menimpa Muammar Gaddafi. Perubahan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen serta protes di Syria seperti kita lihat, adalah juga, genesis kepada medium media sosial. Kita dapati, walaupun pemerintah negara-negara berkenaan cuba untuk membuat putaran cerita, namun dengan hanya telefon pintar, jalurlebar dan YouTube, mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, di negara-negara tersebut.

Berpacu dari sini, kerajaan, melalui SKMM telah mewujudkan lebih kurang 560 pusat jalurlebar masyarakat, iaitu hampir satu di setiap mukim di negara ini. Kita mantapkan lagi usaha penubuhan lebih 1300 kampung tanpa wayar di merata negara, agar, rakyat keseluruhan, berkemampuan melayari internet manakala 1700 lagi masih dalam proses.


Malaysia sekarang sudah terletak antara tangga teratas di kalangan negara Asean dari segi kemampuan ICTnya. Kita juga mempunyai 17.5 juta pengguna Internet, dan menurut kajian, orang Malaysialah, yang paling ramai mempunyai rakan Facebook, yakni, secara puratanya, 234 bagi setiap seorang.

Saudara dan Saudari,

Begitu juga bermula tahun 90an, bagi menangani perasaan tidak puas hati terhadap akses pendidikan tinggi, maka, bermula tahun 1995, kerajaan telah mengorak langkah untuk meliberalkan sektor pengajian tinggi tempatan.

Kesannya, dari hanya 9 buah universiti awam, hari ini telah bertambah menjadi 20. Disamping itu, 25 universiti, 22 kolej universiti dan lebih 400 kolej swasta serta 5 kampus tempatan universiti asing kini telah wujud.

Saudara dan Saudari sekalian,

Hasil peningkatan taraf sosioekonomi dan akses lebih meluas kepada pendidikan pasca menengah, telah mewujudkan generasi rakyat Malaysia baru lebih kritikal dan meningkat ekspektasinya terhadap kerajaan.

Generasi ini adalah anak-anak kepada generasi pertama DEB. Mereka dilahirkan bermula tahun 70an. Generasi ini, tidak suka dibentak-bentak, tidak suka diarah-arah apa yang perlu dilakukan, tidak gemar diberitahu apa yang benar dan salah, serta paling tidak disenangi mereka apabila kita mengungkit-ungkit jasa-jasa kita yang lalu.

Kita dapati bahawa, mereka ini mahu terus dirundingi, mahu kebebasan untuk menilai, berhujah dan membuat keputusan berdasarkan kepada pasaran maklumat dan idea yang ada. Jadinya, untuk terus kekal, UMNO perlu berkomunikasi mengikut langgam dan laras bahasa anak-anak muda, supaya parti kita difahami.

Lalu, dalam persekitaran inilah kerajaan mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU bagi membenarkan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam untuk menjadi ahli parti politik apabila mencapai umur baligh undang-undang atau 18 tahun.


Saudara dan Saudari,

UMNO sentiasa mendengar suara dan menghargai peranan serta sumbangan orang muda. Kita mengiktiraf mereka bukan sahaja apabila menghadapi pilihan raya, sebaliknya pada setiap masa dan ketika.

Dalam sejarahnya, UMNO adalah parti politik pertama di negara ini, yang mempunyai sayap untuk orang muda, lelaki, wanita dan diikuti dengan sayap puteri. Bagi meningkatkan peranannya, dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang terbaru, kita telah menambah jumlah perwakilan di peringkat Bahagian dan Perhimpunan ini. Malah, jumlah mereka juga ditokok dalam proses memilih pucuk pimpinan parti.

1. PENUTUP

Saudara dan Saudari,

Kejayaan membentuk wajah Malaysia seperti yang ada, telah menghadapkan kita dengan cabaran terbesar kepada survival parti dan Barisan Nasional itu sendiri. Sama ada kita akan kekal sebagai parti yang dipercayai rakyat dan mendapat mandat bagi terus menjadi kerajaan, bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan tindakan kita selanjutnya.

Sepanjang ucapan saya tadi, dirakamkan kronologi 10 detik yang telah menjadi “game changer” kepada UMNO menyusuri sejarah parti.

Sehubungan itu, suka saya simpulkan, 5 kekuatan teras, yang membolehkan kita menghadapi apa pun badai dan mehnah yang merempuh parti, samada bersifat dalaman, mahupun luaran. Pertamanya ialah, keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.

Kedua, pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang, samada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.

Ketiganya, UMNO sentiasa mengulungi idea atau “supremacy of ideas” dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat.

Keempat, UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksana mengutamakan kebajikan rakyat.

Kelimanya, kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji. Pucuk pangkalnya, kita bukan seperti sesetengah pihak yang hanya menjadi tukang karut.

Saudara dan Saudari,

Oleh sebab itulah, apabila saya mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan tiga puluh bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan sama ada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan.

Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. UMNO bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politik kita, malah UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi. Kata pepatah Inggeris “the proof of the pudding is in the eating”.

Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.

Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala...., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A. Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak.....hrmm...tak payah lah kita cerita.

Saudara dan Saudari,

Menelaah perkara-perkara itu, kita mesti insaf, jika UMNO masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi “game changer” atau peneraju cara gaya baru kepada lanskap politik nasional, serta tidak pula mengambil langkah merangka semula “game plan” yakni gerakan terancang, maka kita namanya menempah tragedi untuk parti.

Apakah yang dimaksudkan dengan game changer ini? Pertamanya ialah realiti baru. Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya? Keduanya, media baru. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan. Ia berupaya mendatarkan “the playing field” atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara. Dari yang demikian, orang UMNO wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.

Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, UMNO selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.

Ketiga, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka. UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.

Saudara dan Saudari,

Selama hampir enam dekad, UMNO telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan. Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.

Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma’ dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata “kita tukar jadi negara kebajikan”. Pening dan keliru rakyat dibuatnya.

Berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen. Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Kita saling percaya mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini.

Saudara dan Saudari,

Sebagai game changer yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam. Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu.

Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PRIMA.

1. Saudara dan Saudari,

Sebetulnya, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua, bukan dibina dalam masa yang singkat. Ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang-orang Melayu, orang-orang Cina, orang-orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah orang asli dan orang Siam. Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demi kehidupan lebih baik untuk kita. Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita.

Ingatlah....., ingatlah bahawa, semua ini dimungkinkan oleh kita orang-orang UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada kita semua, bukan sahaja anak-anak Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, pabila hari ini, UMNO, parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendak dipadam terus dari helaian sejarah.

Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa, UMNO langsung tiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang mengubur Malayan Union? Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman? Kalau bukan parti bertuah ini.

Saudara dan Saudari,

Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air dikali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?

Ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung. Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200 ribu orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.

Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?

Saudara dan Saudari,

Inilah nasib yang akan melanda, jika UMNO sudah hilang kuasa. Siapa yang akan membela syiar Islam? Siapa yang mampu membela hak umat dan agenda orang Melayu? Siapa pula yang dapat terus memuliakan Raja-Raja kita? Tepuklah dada, tanyalah jawapan.

Saudara dan Saudari,

500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.

Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya.


Saudara dan Saudari,

Akhir kalam, selaku Presiden UMNO, saya bersyukur kerana mempunyai Timbalan Presiden yang setia, barisan Naib Presiden yang taat, Pergerakan Wanita yang tidak jemu-jemu mendokong perjuangan parti, ketumbukan Pemuda yang lantang dan berani, para Puteri yang cekal dan bersemangat, Majlis Tertinggi yang sentiasa bersiaga, khususnya, orang-orang UMNO sekalian, yang menunggu-nunggu panggilan bertempur.

Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti.

Mudah-mudahan Allah memberkati. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih. -Mynewshub.my