Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, December 3, 2011

AKU TAK MINTA PROJEK PUN... INI JE YANG AKU MINTAK DARI SEMUA PEMIMPIN UMNO...


Alhamdulillah, Perhimpunan Agung UMNO kali ke-62 telah tamat dengan ucapan penggulungan Presiden yang penuh bererti membakar semangat seluruh warga UMNO.

Selain itu, terima kasih kepada semua pemimpin UMNO yang tidak putus-putus memberikan pengiktirafan kepada kami para bloggers pro-UMNO/BN untuk terus menafikan pembohongan, fitnah dan putar alam pihak pembangkang dan cybertroopers "prepaid/postpaid" mereka.

Cuma satu saja yang saya pinta dari seluruh pemimpin dan warga UMNO sekelian...

Puas kami para bloggers menangkis fitnah, serangan demi serangan yang dilemparkan kepada UMNO dan kepimpinannya. Yang mana yang kurang, maka bantulah kami...

Namun, janganlah pula buat hal. Jangan pula buat benda-benda yang mampu mencemar nama baik UMNO. Jangan pula buat keputusan dan statement-statement bodoh kepada media, khususnya Malaysiakini dan Malaysian Insider...

Mungkin selama ini banyak isu yang sudah kami perbetulkan persepsi serong yang cuba ditohmahkan kedua portal tak guna tu. Harap berhati-hatilah selepas ini dengan mereka dan kesianlah sama kat kami yang setiap hari berjuang di alam maya ni demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu...

Bukan apa..kengkadang, kami pun penat juga buat kerja. Kami penat juga tutup lubang, dan jangan pula buat lubang baru lagi lepas ni...

Harap para pemimpin UMNO faham dan ingatlah bahawa kami memang sayangkan UMNO yang sudah sebati dengan jiwa perjuangan kami...

InsyaAllah jika dipanjangkan umur, next Perhimpunan Agung UMNO mungkin kita bertemu lagi. Itu pun kalau Tun, Datuk Seri, Tan Sri, Datuk-Datuk dan Datin-Datin Seri nak jumpa kami laaaa...heh!

Anyway, tahniah untuk semua!

PENGAKUAN BERANI MATI..!!! MAK KANDUNG KAHWIN & BERZINA ANAK SENDIRI..!!!



Aku tak tahu dah apa nak cakap. Mak kandung dengan selamba ngaku kahwin dan berzina dengan anak lelaki sendiri..!!! Doa aku agar perkara kat Indon ni tak menular ke Malaysia. Itu je doa aku. Aku taknak bala Allah diturunkan di negara ini...

Apa kejadahnya mak budak Indon ni? Perhatikan pada minit 2.01, Siap cakap "alhamdulillah" lagi! Apa ke punya manusia la ni..Islam ke dia?

Yang penonton dengan hos rancangan pun satu! Dibantainya bertepuk tangan! Seronok sangat la tu sokong benda-benda karut macam ni? Kepala hotak korang laaa...

Macam ni ke kebebasan bersuara yang Ambiga dan Marina Mahathir dok sebut tu? Macam ni hak kebebasan yang nak diperjuangkan? Kepala hotak berjambul laaaaa..!!!

Dunia akhir zaman ni..macam-macam ada...berhati-hatilah...

PANASSS..!!! SOALAN PEDASSS UNTUK PEMIMPIN & PUAK-PUAK PAS SELURUH NEGARA..!!!


Aku ada satu soalan kepada Pak-Pak Lebai Pas, khususnya di Penang...
Hangpa dah "scan" ke belum Ustazah kat atas tu..???


Aku pun ada satu soalan kepada Mat Sabu...
Sebelum kahwin dengan bekas bini member baik sendiri, Abang Mat dah "scan" ke Normah tu..?


Dan aku nak tanya Ir. Amiruddin Hamzah, ADUN PAS di Kedah...
Sebelum kahwin dengan bekas bini orang jadi bini nombor 2 tu..dia dah di"scan" ke belum?

Dan soalan terakhir aku untuk Mursyidul Am PAS, Pok Nik Ajisss...
Apa anak-anak buah Tok Guru ni memang suka "scan" bini orang ke..???

Thursday, December 1, 2011

GEMPARRR..!!! OSTAT PASTI KANTOI SKANDAL DENGAN OSTAZAH BINI ORANG DI PENANG..!!!

Ustazah bini orang yang coooba di ngorat oleh “Ostat” PASTI…

Hensem tak “Ostat” ni berposing dalam FB..?

Memang panas bila menyaksikan sketsa seorang individu yang kategorikan sebagai “ustaz” yang sudah tua mengorat seorang “ustazah” yang agak “cun”, dipercayai masih lagi menjadi isteri kepada seseorang. Menariknya, kisah mengaibkan ini didedahkan oleh seorang blogger pembangkang!

Menurut blogger tersebut, “ostat” tersebut dikenali sebagai Mat Zan dan sangat pandai berlakon warak serta zuhud di hadapan kepimpinan PAS sehingga ramai yang telah tertipu dengan identiti “camouflage”nya itu. “Ostat” Mat Zan ini juga merupakan orang kuat PASTI di Pulau Pinang.

Klik untuk besarkan imej

Khabarnya, Mat Zan selalu mengorat bini orang ini melalui laman Facebook. Pukul 2 -3 pagi pun “Ostat” ini masih lagi cuba mengganggu hidup “ostazah” ini. Ungkapan seperti “rindu la kat awak..boleh saya call?”, jelas membuktikan sang “Ostat” cuba menggoda sang “Ostazah” tanpa menghiraukan statusnya sama ada bini orang atau tidak.

Selain itu, “ostat” ini semakin menggila dengan “ayat-ayat gatal”nya apabila menyatakan bahawa dia sangat berminat dengan bab-bab “dalam baju” bini orang tersebut. Dahsyat sekali perangai “Ostat” yang berserban sebakul dan berjanggut taliban ini! Gatalnya mengalahkan yahudi! Bini orang pun nak disebatnya!

Apa tidaknya? “Ostat” ini bagaikan teringin sangat nak “scan” bini orang tu! Cuba lihat “screenshot” yang dimuatkan sebagai bukti…menyedihkan!

Gatal tak “Ostat” ni? Nak di”scan”nya bini orang tuuu..???

Menurut blogger tersebut di sini, ustazah itu dengan kerjasama Pengarah PASTI Pulau Pinang telah menghubunginya untuk “kowtim” kes ini beberapa kali. Namun setelah “perjanjian” yang dibuat telah dinodai, maka blogger tersebut telah bertindak mendedahkan skandal terlarang ini.

Apa sudah jadi pada PAS? Buta atau sengaja membutakan diri? Kenapa tak ambil tindakan dan mendiamkan diri? Tak payah la nak “cover-cover” lagi. Tembelang sudah terbongkar. Sedangkan seorang “Ostat” berserban sebakul berjanggut taliban pun bersikap begini, cuba bayang anak-anak PASTI yang dididiknya…apa akan jadi pada mereka?


Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! LAHIRNYA SEORANG "NABI" DI MALAYSIA..!!!




Nampaknya, disaat PAS kini boleh mendabik dada kepada seluruh umat Islam di dunia, khususnya di Malaysia, apabila dikhabarkan telah muncul seorang “nabi” di kalangan pimpinan parti itu. “Bertuah” sungguh puak-puak PAS..!

Dikhabarkan melalui sebuah video yang dirakam, seorang penyokong tegar Pas yang bertopengkan identiti “ustaz” di Kelantan dalam ceramahnya mendakwa Nik Aziz Nik Mat boleh dianggap sebagai Nabi. Katanya, semua orang alim atau ulama adalah Nabi. Nama “ostat” itu ialah Shamsul Zaman Syukri atau dikenali sebagai “ostat budak”.

Sebenarnya, saya tidak tahu atas dasar apa individu ini dipanggil “ustaz”. Apakah kerana dia mengajar agama? Adakah kerana dia memakai jubah? Atau apakah kerana dia berserban dan memberikan ceramah agama? Atau dia dipanggil “ostat” kerana ke semua yang di atas.

Saya ingin bertanya, sebagai seorang “ostat”, apakah dia tidak pernah mendengar sabda Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa TIADA NABI SELEPAS BAGINDA DAN YANG ADA HANYALAH KHALIFAH-KHALIFAH yang kita gelarkan sebagai “khulafa urrashidin”.

Apakah “ostat budak” ini tidak pernah mendengar tentang sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa ULAMA ITU PEWARIS NABI? Dan TIDAK PERNAH pula saya dengar Baginda SAW bersabda bahawa ULAMA ITU ADALAH NABI, sebagaimana yang didakwa oleh Shamsul Zaman itu.

Peliknya, “ostat budak” ini sanggup mengeluarkan fatwa sebegitu kontroversi yang mampu mengelirukan ramai pihak, khususnya umat Islam yang berada di dalam PAS.

Adalah sangat memalukan apabila “ostat PAS totok” ini membuat fatwa sesuka hati mak bapaknya saja tentang kenabian Pok Nik Ajis! Sekiranya benar Pok Nik Ajis itu Nabi, apakah mukjizat yang dimiliki Mursyidul Am Pas itu? Apakah mukjizatnya ialah memberikan tiket ke syurga..???

Perkara ini bukan perkara main-main. Ia jelas bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW. Pada saya, saya lebih beriman dan percaya kepada sabda Rasulullah SAW berbanding kata-kata fatwa dari seorang individu yang entah siapa seperti Shamsul Zaman.

Apakah kerana dia berjubah, berserban, mampu berbahasa arab dan mengungkap ayat Al-Quran maka dia layak digelar “ustaz”? Pada saya, jawapannya jelas tidak! Apatah lagi untuk melayakkan dia untuk mengajar agama, jauh panggang dari api!

Sekiranya penampilan dan gayanya menyampaikan ceramahnya itu melayakkan dia bergelar “ustaz”, saya percaya lebih ramai lagi individu yang bersifat begitu yang layak diberikan gelaran yang sama sepertinya. Ramai yang mampu dan berkebolehan sepertinya. Saya sendiri pun boleh..!!!

Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan Shamsul Zaman supaya fikirkan kembali apa yang telah dicakapkannya itu. Kata-katanya jelas menafikan hadis Rasulullah SAW. Sebagai seorang “ostat”, apakah dia layak untuk menafikan sabda seorang Nabi dan seorang Rasul yang sebenar?

Jangan sampai diakhirat nanti, dia dipersalahkan kerana memesongkan aqidah umat Islam di negara ini. Sebagai saudara seagamanya, saya risau juga jika dia tak cium bau syurga nanti! Jangan kerana sokongan politik, dia sanggup gadai iman dan aqidahnya sendiri….


Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! SYAHRINI BANGGA BUAH DADA DITANDATANGANI BECKHAM..!!!


Inilah yang berlaku bila dah takde rasa malu lagi dalam diri hinggakan sanggup menyerahkan buah dada untuk ditandatangani orang lelaki. Tengok nama macam Islam. Tapi tengok perangainya pulak buat aku was-was je apa agama minah Indon ni..

Aku tak kira la sama ada lelaki tu Beckham ke sapa ke. Kalau perbuatan tu salah tetap salah. Mujurlah yang terbabit tu artis Indon. Kalau artis Malaysia, dah tentu kena belasah kaw-kaw ngan aku kat blog ni..

Tapi, sikap jenis tak tahu malu ni membuatkan aku teringat pada seorang artis negara ni yang jenis tak tau malu jugak. Dan dia kebetulan baru je ke Indon untuk sesi fotografi seksi bukan main! Korang pun tahu sapa artis betina tu, kan?
Bangga Buah Dada Ditandatangani Beckham

KUALA LUMPUR – Penyanyi seksi Indonesia, Syahrini, mengejutkan ramai pihak apabila bangga menghebohkan buah dadanya yang tandatangani oleh bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham, dengan hanya beralaskan sehelai baju-t yang nipis dan ketat.

Laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan, melaporkan bahawa Syahrini turut bertindak mencium pipi bekas pemain lagenda Manchester United itu ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini.

Syahrini yang dikatakan terkenal dengan penampilan imej seksi dengan saiz buah dada yang besar telah dipilih untuk sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia.

Dalam perlawanan bola sepak tersebut, LA Galaxy telah berjaya mengalahkan negara jiran dengan jaringan gol, 0-1.

Bagaimanapun, Oh! Bulan turut mendedahkan bahawa tindakan Syahrini itu telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkan penyanyi itu sebagai keterlaluan dan memalukan pengamal industri hiburan di sana.

Misalnya pelakon terkenal Indonesia , Chelsea Olivia dan vokalis kumpulan Nidji, Giring, yang memberikan komen negatif terhadap Syahrini melalui laman sosial Twitter milik mereka.

“Mmmmm, memalukan..,” kata Olivia.

Giring pula ‘memuji’ Syahrini dengan menyatakan penyanyi seksi itu pandai menarik perhatian ramai dengan mencetus berita yang hangat dengan publisiti.

“Syahrini is a good singer.. And she know’s how to make a catchy news and publicity. Salam buat jambul katulistiwa mu #mindtalk,” katanya. -Mynewshub.my

Ucapan dasar Presiden UMNO: UMNO Menjuarai Transformasi.


Tiba-tiba saja hati aku rasa macam-macam lepas dengar ucapan dasar Presiden tadi. Macam-macam aku rasa...

Sedih, geram, bangga, terharu, sebak, bersemangat dan yang jelas, aku rasa macam nak ganyang habis-habisan puak-puak pembangkang nihhhh...

Tahniah DS Najib, ucapan kali ni agak beri kesan mendalam. Touching!

Aku harap semua renung kembali apa yang diseru oleh DS Najib.

Ayuh kita bangun semua..!!! Ganyang pembangkang penipu rakyat!!!
UMNO Menjuarai Transformasi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,


Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,


Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,


Yang Berhormat Naib Presiden-Naib Presiden,


Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,


Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,


Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah,

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,

Ketua-Ketua Parti Komponen Barisan Nasional,


Dif-dif Kehormat,


Para Perwakilan, Pemerhati, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.


MUKADDIMAH

Saudara dan Saudari sekalian,


Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.


Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.

Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.

Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.

Saudara dan Saudari,

Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.

Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.

Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.

Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.

Saudara dan Saudari,

Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.

Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato’ Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.

Saudara dan Saudari,

Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.

Saudara dan Saudari,

Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.


Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.

Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.

Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.


Saudara dan Saudari sekalian,

Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.

Saudara dan Saudari,

Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…

Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.

Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.

Saudara dan Saudari,

TAAT DAN SETIA

Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.

Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa’, apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.


Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.

Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.

Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya.

Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.

Saudara dan Saudari,

CINTA DAN KASIH

Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.

Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman.


Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.

Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.

Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.


Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...engga’ bisa Pak…

Saudara dan Saudari,

BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN

Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO.

Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.

Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.

Di sudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?


Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.

Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.

Saudara dan Saudari,

i) 1946

Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang-orang Melayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa, kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, masih belum endah politik, disamping terbelenggu semangat kenegerian.

Jangan dilupa juga, termusta’id dalam lembaran sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan penubuhan Malayan Union dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekaligus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.

Saudara dan Saudari

ii) 1951

Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato’ Onn Jaafar seorang tokoh bangsa, selaku Presiden Pengasas, meletakkan jawatan, sebagai Yang DiPertu,a dan keluar dari parti.

Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talqin terhadap UMNO kerana hilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang DiPertua dengan Tun Razak sebagai Timbalannya yang setia.

Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa, UMNO akan karam, amat meleset, malah, penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan “Hidup Melayu” telah diubah kepada “Merdeka”.

Kendatipun para ahli tidak menerima cadangan Dato’ Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan parti waktu itu, memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah, taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Saudara dan Saudari,

iii) 1955

Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihanraya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2, kawasan majoriti Cina.

Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143 ribu pula, adalah pengundi Cina, manakala 50 ribu, atau, hampir 4 peratus sahaja, di kalangan pengundi India.


Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri, demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.

Terbukti, sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya, telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional.

Saudara dan Saudari sekalian,

iv) 1957

UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipun terhadap sumber kekayaan negara, samada dalam bentuk ladang mahupun lombong. Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya, di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.

Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila Kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad, di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955. Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, Perikatan mula mengorak langkah, bagi membaiki nasib rakyat, dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960. Dalam ketika itu, pada 1956, FELDA ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka.

Penubuhan FELDA menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya. Ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan. Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100 ribu peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua.

Saudara dan Saudari,


Berbalik kepada salasilah, apabila negara memperoleh kemerdekaan, maka cabaran pertama dihadapi UMNO dan Parti Perikatan ialah, bagaimana hendak menangani pengaruh dan ancaman Parti Komunis Malaya serta menamatkan darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. Alhamdulillah, matlamat ini telah berjaya dicapai, kurang daripada tempoh tiga tahun selepas 1957.

Kejayaan yang dicapai bukanlah sedikit, sebaliknya ia begitu signifikan dan tersergam kepada negara. Kita harus melihat kejayaan ini dari perspektif apa yang berlaku dirantau ini. Kalau diamati, walau ada penglibatan kuasa besar dunia dengan kekuatan militer tanpa tolok banding, masih tidak mampu menghalang pengaruh komunisme. Sebaliknya, sebuah kerajaan baru merdeka, dengan sokongan padu rakyat, berjaya menyanggah teori domino.

Oleh yang demikian, UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang cuba menulis dan meriwayat semula sejarah, dengan memperlekehkan sumbangan para pahlawan negara. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengenang budi, kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali membiarkan wirawan serta wirawati kita, tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka akan terus malar serta segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia.

Selepas memenangi keamanan, telah diisytiharkan pula perang terhadap kemiskinan dan kemunduran. Seperti disebut tadi, ini wajar dilakukan kerana, seawal merdeka, lebih 89 peratus rakyat Malaya hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman, dengan kadar buta huruf yang tinggi, akses kepada pendidikan yang rendah, ditambah pula kemudahan asas yang terkebelakang.

Lucunya, kita kini mendengar pihak-pihak tertentu tanpa segan silu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, kerana, baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Sesungguhnya, mereka sudah 60 tahun terlewat.

Soalnya, kenapakah kini, baru prihatin terhadap kebajikan rakyat? Kita ingin bertanya, sebelum ini apa matlamat perjuangan mereka? Adakah matlamatnya semata-mata untuk memecahbelahkan ukhuwah umat? Hakikatnya, dengan segala inisiatif dan perlaksanaan demi rakyat, kerajaan Barisan Nasional sudah sejak melebihi enam dekad, mengamalkan konsep negara berkebajikan.

Saudara dan Saudari,

v) 1969

Apabila tragedi hitam rusuhan kaum 1969 terjadi, prognosis pemerhati antarabangsa terhadap Malaysia amat buruk. Mereka meramalkan kita akan gagal manakala rakyat seolah-olah telah hilang harapan. Sementelahan pun begitu, UMNO dan rakan-rakannya jauh dari menyerah kalah atau hilang pedoman. Sehubungan peristiwa ini juga, jangan sekali-kali kita alpa bahawa, terdapat di kalangan pemimpin pembangkang, turut terlibat mengapi-apikan slogan untuk menghina orang Melayu sehingga berlakunya tragedi 13 Mei.

Saudara dan Saudari sekalian,

vi) 1970

Tarikh 22 September 1970 menyaksikan Tunku Abdul Rahman melepaskan kepimpinan negara diikuti kepimpinan parti. Tun Razak telah mengambil alih kedua-dua jawatan tersebut, maka bermulalah era pelaksanaan DEB. Fokus masih lagi kepada kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ini dicerminkan menerusi penubuhan agensi, antara lainnya, RISDA, untuk pekebun kecil getah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara, masing-masing untuk petani, peladang dan penternak. Bagi merancakkan pembangunan wilayah pula, kerajaan telah menubuhkan KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.

Bagi mencipta masyarakat perdagangan dan perindustrian serta kemasukan kaum Melayu/Bumiputera ke dalam sektor moden pula, kerajaan telah menubuhkan agensi seperti Bank Bumiputra, UDA, Pernas dan Perusahaan Awam Bukan Kewangan atau PABK.

Kesan utama pelaksanaan dasar ini, dan pewujudan Barisan Nasional adalah terciptanya kestabilan sosial yang membolehkan pertumbuhan ekonomi mapan dengan kadar pukul rata hampir 7 peratus untuk dua dekad berturut-turut. Ini secara langsung telah meningkatkan kemakmuran serta taraf hidup semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.

Saudara dan Saudari,

vii) 1988

UMNO menghadapi saat paling dahsyat apabila parti keramat ini diharamkan pada tahun 1988. Ini kerana keputusan pemilihan parti 1987 tidak dapat diterima dan kes telah dibawa ke mahkamah.

Walaupun UMNO berpecah dua, seraya menyaksikan satu percubaan untuk meniru konsep Barisan Nasional melalui Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah, hal ini tidak berjaya, kerana tidak ada keikhlasan.

Sungguh apapun, segala cabaran telah berjaya diharungi. Bangkit dari runtuhan UMNO lama, UMNO baru telah wujud bagi terus membela umat Melayu dalam satu proses pemulihan parti dengan tidak mengambil masa yang lama.


Saudara dan Saudari,

viii) 1990

Berlawanan dengan tafsiran cetek oleh sesetengah pihak, DEB sejelasnya tidak pernah merugikan orang-orang bukan Melayu. Buktinya, setelah dua dekad pelaksanaan, pada tahun 1990, orang bukan Melayu masih lagi memiliki ekuiti terbesar dalam kekayaan negara manakala pendapatan pukul rata isi rumah mereka, masih yang tertinggi antara kaum di Malaysia.

Diperakui, walaupun matlamat pemilikan ekuiti tidak tercapai sepenuhnya, paling terkesan ialah penciptaan kelas menengah Melayu yang besar, menjelang berakhirnya dasar ini. Saiz kelas menengah ini meningkat tinggi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional antara 1991 hingga 2000. DEB, sebenarnya telah mengasaskan kestabilan sosial kebangsaan yang membolehkan penciptaan kekayaan dan kemakmuran dinikmati oleh semua pihak.

Salah satu kisah kejayaan lagi, ialah bertambahnya jumlah profesional Melayu/Bumiputera. Jika dikaji, ketika bermula pelaksanaannya pada awal 70an, hanya terdapat kurang 5 peratus profesional daripada kaum Melayu dan Bumiputera. Jumlah ini telah bertambah kepada 45 peratus dari keseluruhan profesional hasil DEB dan dasar-dasar seangkatan dengannya.

Prakarsa kerajaan melalui penubuhan sekolah berasarama penuh atau SBP dalam bentuk Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains MARA, pusat asasi sains, matrikulasi untuk IPTA tempatan dan penghantaran pelajar ijazah pertama ke luar negara menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemunculan kelas pertengahan Melayu.

Dasar ini juga telah menunjang pergerakan menegak mobiliti sosial, maka tidak pelik melihat anak seorang buruh kasar hari ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan. Anak pesawah, penoreh getah, nelayan dan peladang pula menjadi anggota pentadbiran tertinggi, penjawat awam dan korporat, usahawan, hartawan dan cendekiawan.


Saudara dan Saudari,

Sebagai dimaklumi, asalnya kita adalah sebuah negara pertanian yang eksport utamanya adalah komoditi seperti getah, kelapa sawit dan bijih timah. Pada pertengahan tahun 80an, apabila pulih daripada menghadapi kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga komoditi utama negara, kerajaan telah memulakan proses industrialisasi.

Tumpuan juga mula diberikan bagi menjadikan Malaysia pusat tarikan pelancongan global disamping pembinaan projek infrastruktur yang besar. Misalnya, Lebuhraya Utara-Selatan yang telah berjaya merangsang pertumbuhan dan proses urbanisasi.

Pucuk pangkalnya, semua inisiatif, dasar dan program ini telah membawa kepada perubahan struktural bukan sahaja kepada lanskap sosioekonomi rakyat Malaysia tetapi juga kepada sistem nilai, taraf hidup dan pendidikan lebih tinggi serta akses kepada maklumat yang lebih luas.


Saudara dan Saudari,


ix) 1999

Direnung-renung dan ditinjau-tinjau semula, dalam Pilihanraya 1999, sungguhpun penggunaan telefon bimbit makin meningkat, disebabkan keupayaan teknologi masih terbatas ketika itu, ia belum mampu menyalurkan data. Maka, e-mel, faks dan laman sesawang yang tidak interaktif, menjadi medium popular sebagai penyampai berita alternatif. Meneropong kembali, waktu itu, belum ada Google, belum ada Facebook, belum ada Twitter hatta telefon pintar.

Berbanding sekarang ini, menurut data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kita mencatat 36 juta pelanggan telefon selular, iaitu kadar penembusan 124%, atau, 124 set bagi 100 penduduk. Penembusan jalurlebar sekarang pula telah meningkat kepada 62% langganan isi rumah. Dengan kata lain, 4 juta isi rumah dari sejumlah 6.5 juta isi rumah, atau, lebih 16 juta penduduk Malaysia mempunyai kemudahan jalurlebar.

Selain itu, lebih 40 peratus yang melanggani TV satelit berbayar, mendedahkan mereka kepada saluran berita seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera, bagi mengikuti perkembangan dunia secara langsung.

Saudara dan Saudari,

x) 2011

Bertapak jauh selepas satu dekad, pengenalan SMS, MMS, BlackBerry Messenger, telefon pintar, media sosial, tablet eletronik pintar dan Wi-Fi percuma telah mejadikan akses kepada idea, pendapat dan berita melaluinya menjadi lebih mudah.

Umpamanya, ucapan perayaan Aidil Adha, yang disiarkan semasa saya dan rombongan mengerjakan Haji baru-baru ini, telah dirakam semasa di Padang Arafah, dengan menggunakan iPhone, sebelum diedarkan kepada media tempatan.

1. Saudara dan Saudari,

Berkalam tentang kecanggihan sebegini, demikian kita menyaksikan saat-saat akhir Saddam Hussein di tali gantung, serta juga nasib yang menimpa Muammar Gaddafi. Perubahan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen serta protes di Syria seperti kita lihat, adalah juga, genesis kepada medium media sosial. Kita dapati, walaupun pemerintah negara-negara berkenaan cuba untuk membuat putaran cerita, namun dengan hanya telefon pintar, jalurlebar dan YouTube, mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, di negara-negara tersebut.

Berpacu dari sini, kerajaan, melalui SKMM telah mewujudkan lebih kurang 560 pusat jalurlebar masyarakat, iaitu hampir satu di setiap mukim di negara ini. Kita mantapkan lagi usaha penubuhan lebih 1300 kampung tanpa wayar di merata negara, agar, rakyat keseluruhan, berkemampuan melayari internet manakala 1700 lagi masih dalam proses.


Malaysia sekarang sudah terletak antara tangga teratas di kalangan negara Asean dari segi kemampuan ICTnya. Kita juga mempunyai 17.5 juta pengguna Internet, dan menurut kajian, orang Malaysialah, yang paling ramai mempunyai rakan Facebook, yakni, secara puratanya, 234 bagi setiap seorang.

Saudara dan Saudari,

Begitu juga bermula tahun 90an, bagi menangani perasaan tidak puas hati terhadap akses pendidikan tinggi, maka, bermula tahun 1995, kerajaan telah mengorak langkah untuk meliberalkan sektor pengajian tinggi tempatan.

Kesannya, dari hanya 9 buah universiti awam, hari ini telah bertambah menjadi 20. Disamping itu, 25 universiti, 22 kolej universiti dan lebih 400 kolej swasta serta 5 kampus tempatan universiti asing kini telah wujud.

Saudara dan Saudari sekalian,

Hasil peningkatan taraf sosioekonomi dan akses lebih meluas kepada pendidikan pasca menengah, telah mewujudkan generasi rakyat Malaysia baru lebih kritikal dan meningkat ekspektasinya terhadap kerajaan.

Generasi ini adalah anak-anak kepada generasi pertama DEB. Mereka dilahirkan bermula tahun 70an. Generasi ini, tidak suka dibentak-bentak, tidak suka diarah-arah apa yang perlu dilakukan, tidak gemar diberitahu apa yang benar dan salah, serta paling tidak disenangi mereka apabila kita mengungkit-ungkit jasa-jasa kita yang lalu.

Kita dapati bahawa, mereka ini mahu terus dirundingi, mahu kebebasan untuk menilai, berhujah dan membuat keputusan berdasarkan kepada pasaran maklumat dan idea yang ada. Jadinya, untuk terus kekal, UMNO perlu berkomunikasi mengikut langgam dan laras bahasa anak-anak muda, supaya parti kita difahami.

Lalu, dalam persekitaran inilah kerajaan mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU bagi membenarkan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam untuk menjadi ahli parti politik apabila mencapai umur baligh undang-undang atau 18 tahun.


Saudara dan Saudari,

UMNO sentiasa mendengar suara dan menghargai peranan serta sumbangan orang muda. Kita mengiktiraf mereka bukan sahaja apabila menghadapi pilihan raya, sebaliknya pada setiap masa dan ketika.

Dalam sejarahnya, UMNO adalah parti politik pertama di negara ini, yang mempunyai sayap untuk orang muda, lelaki, wanita dan diikuti dengan sayap puteri. Bagi meningkatkan peranannya, dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang terbaru, kita telah menambah jumlah perwakilan di peringkat Bahagian dan Perhimpunan ini. Malah, jumlah mereka juga ditokok dalam proses memilih pucuk pimpinan parti.

1. PENUTUP

Saudara dan Saudari,

Kejayaan membentuk wajah Malaysia seperti yang ada, telah menghadapkan kita dengan cabaran terbesar kepada survival parti dan Barisan Nasional itu sendiri. Sama ada kita akan kekal sebagai parti yang dipercayai rakyat dan mendapat mandat bagi terus menjadi kerajaan, bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan tindakan kita selanjutnya.

Sepanjang ucapan saya tadi, dirakamkan kronologi 10 detik yang telah menjadi “game changer” kepada UMNO menyusuri sejarah parti.

Sehubungan itu, suka saya simpulkan, 5 kekuatan teras, yang membolehkan kita menghadapi apa pun badai dan mehnah yang merempuh parti, samada bersifat dalaman, mahupun luaran. Pertamanya ialah, keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.

Kedua, pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang, samada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.

Ketiganya, UMNO sentiasa mengulungi idea atau “supremacy of ideas” dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat.

Keempat, UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksana mengutamakan kebajikan rakyat.

Kelimanya, kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji. Pucuk pangkalnya, kita bukan seperti sesetengah pihak yang hanya menjadi tukang karut.

Saudara dan Saudari,

Oleh sebab itulah, apabila saya mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan tiga puluh bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan sama ada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan.

Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. UMNO bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politik kita, malah UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi. Kata pepatah Inggeris “the proof of the pudding is in the eating”.

Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.

Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala...., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A. Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak.....hrmm...tak payah lah kita cerita.

Saudara dan Saudari,

Menelaah perkara-perkara itu, kita mesti insaf, jika UMNO masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi “game changer” atau peneraju cara gaya baru kepada lanskap politik nasional, serta tidak pula mengambil langkah merangka semula “game plan” yakni gerakan terancang, maka kita namanya menempah tragedi untuk parti.

Apakah yang dimaksudkan dengan game changer ini? Pertamanya ialah realiti baru. Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya? Keduanya, media baru. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan. Ia berupaya mendatarkan “the playing field” atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara. Dari yang demikian, orang UMNO wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.

Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, UMNO selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.

Ketiga, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka. UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.

Saudara dan Saudari,

Selama hampir enam dekad, UMNO telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan. Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.

Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma’ dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata “kita tukar jadi negara kebajikan”. Pening dan keliru rakyat dibuatnya.

Berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen. Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Kita saling percaya mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini.

Saudara dan Saudari,

Sebagai game changer yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam. Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu.

Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PRIMA.

1. Saudara dan Saudari,

Sebetulnya, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua, bukan dibina dalam masa yang singkat. Ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang-orang Melayu, orang-orang Cina, orang-orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah orang asli dan orang Siam. Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demi kehidupan lebih baik untuk kita. Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita.

Ingatlah....., ingatlah bahawa, semua ini dimungkinkan oleh kita orang-orang UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada kita semua, bukan sahaja anak-anak Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, pabila hari ini, UMNO, parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendak dipadam terus dari helaian sejarah.

Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa, UMNO langsung tiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang mengubur Malayan Union? Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman? Kalau bukan parti bertuah ini.

Saudara dan Saudari,

Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air dikali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?

Ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung. Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200 ribu orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.

Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?

Saudara dan Saudari,

Inilah nasib yang akan melanda, jika UMNO sudah hilang kuasa. Siapa yang akan membela syiar Islam? Siapa yang mampu membela hak umat dan agenda orang Melayu? Siapa pula yang dapat terus memuliakan Raja-Raja kita? Tepuklah dada, tanyalah jawapan.

Saudara dan Saudari,

500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.

Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya.


Saudara dan Saudari,

Akhir kalam, selaku Presiden UMNO, saya bersyukur kerana mempunyai Timbalan Presiden yang setia, barisan Naib Presiden yang taat, Pergerakan Wanita yang tidak jemu-jemu mendokong perjuangan parti, ketumbukan Pemuda yang lantang dan berani, para Puteri yang cekal dan bersemangat, Majlis Tertinggi yang sentiasa bersiaga, khususnya, orang-orang UMNO sekalian, yang menunggu-nunggu panggilan bertempur.

Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti.

Mudah-mudahan Allah memberkati. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih. -Mynewshub.my

Wednesday, November 30, 2011

PANASSS..!!! GAMBAR-GAMBAR LISA SURIHANI MASUK PUTERI UMNO HARI NI..!!!

Teka sapa ambik gambar Lisa ni...? Heh!

Cun tak awek aku nih? Heh! Perasannn..!

Alaaa..sebok betul la Ketua Puteri yang dok menempel tu..nak tumpang glemer la tuuu..buat rosak gambar je laaaaaa....heh!

Jangan marah aaaa...dia dok kat depan lagi haaaaa...cuba teka siapa pemilik kerusi kosong tu? heh!

Lagi gambar awek aku...heh!

Diorang ajak aku naik pentas sama..selamba je aku jawab.."aku bukan Puteri laaa.." heh!

Hebat betul awek aku ni..anyway, aku akan pujuk dia pakai tudung lepas ni..tutup aurat! Heh!

Sebagaimana yang aku janjikan bahawa hari ini bakal ada kejutan di persidangan Puteri UMNO. Maka dengan ini, rasmilah sudah bahawa Lisa Surihani memilih UMNO sebagai wadah perjuangan politiknya..!!!

Gempak, kan? Sebenarnya, tak ramai artis yang sanggup menunjukkan sokongan terbukanya terhadap parti politik kerana risau peminat lari. Namun berlainan dengan Lisa, dia memilih untuk berjuang bersama UMNO!

Sebenarnya, aku dah tahu lebih awal perkara ni. Cuma, aku diingatkan supaya tidak menghebohkan memandangkan Puteri UMNO nak buat suprise kat semua perwakilan dan pemerhati. Heh!

Dah tentunya puak-puak lebai PAS terangkat abih lebai-lebai depa bila tengok selebriti kesayangan ramai ni masuk UMNO! Jangan memain dengan pengaruh yang ada pada Lisa Surihani. Dia mampu memukau undi untuk memihak kepada BN pada PRU 13 ni...heh!

Ni gambar Lisa ketika menghadiri persidangan Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2011, credit to jendelamaya.blogspot.com dan Mat Kilau Penang!

GEMPARRR..!!! MAMI IJAT AKU MENGAMUKKKK..!!! ITU BELUM SELAK KAIN LAGI TUUU..!!!



Perghhhh..!!! Memang mengamuk sakan Mami Ijat aku ni..!!! Tak pernah aku tengok dia mengamuk sakan macam ni. Memang dia dah all out hangin satu badan..!!! Siap senteng lengan lagi tuu...nasib baik tak sampai selak kainnn..!!!

Yang paling best, dia belasah Zuraidah Mak Lampir kaw-kawwww..!!! Si apa tu nama budak tu? Mafizi? Rafizi? Ntah apa ke nama tu pun kena terukkkk..!!! Perghhhh..!!!

Korang tengok sendiri la video kat atas tu. Kredit to Minaq Jinggo tau...not to bro jinggo budak KJ tuuu..heheheheee...

PERKARA-PERKARA YANG AKU TAK BERKENAN BERLAKU DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2011..!!!


Berikut adalah beberapa perkara yang berlaku di Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang sedang berlangsung di PWTC...

  1. Tidak menumpukan perhatian kepada penyampaian ucapan pemimpin sedangkan perwakilan diamanahkan akar umbi di peringkat bahagian untuk hadir mendengar dan meneliti persidangan bagi pihak mereka. Actually, setiap perwakilan dapat peruntukan untuk hadir di PAU 2011 ini.

  2. Budak-budak Pemuda sebok berglemer, berlagak macho, control hensem dan tunjuk bagus di PAU 2011. Tak kurang jugak yang dok mengorat budak-budak Puteri. Perkara ni tak jadi masa Muktamar PAS di mana semuanya fokus kepada persidangan.

  3. Vice versa, budak-budak Puteri pun dok gatal sama kat PWTC. Tak payah nafi la, benda tu berlaku depan aku sendiri..aku dok perati je gelagat hangpa semua Pemuda dan Puteri.

  4. Makcik-makcik Wanita yang dah veteran dianggar berumur lebih 60'an masih lagi nak "up" body tunjuk kat pakcik-pakcik seolah-olah mereka masih bergetah! Dah la pakai baju kaler putih (kain merah), bajunya jarang dan "tembus" ke dalam pulak tu. Ada sorang makcik tu siap nampak bentuk dan kaler bra lagi, lepas tu terkinja-kinja kat orang jantan lalu lalang kat situ.

  5. Pakcik-pakcik pun tak kurang nak tunjuk hebat. Dok pi mengurut kaki kat gerai refleksologi. Yang urut tu pulak orang pompuan. Makin menggatal la nampaknya.

  6. Masing-masing dok lawan pakai baju yang paling blink-blink, paling mahal, paling hebat dan paling glemer. Padahal, aurat tu tak terjaga pun!

  7. Korang tambah lagi laaaa...malas aku nak list! Buat malu UMNO je..bila diorang nak buat transformasi ntaaahhhhhh..!!!

Tuesday, November 29, 2011

Monday, November 28, 2011

USIK PUTERI UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO..!!!

Lebih baik aku letak gambar lambang kat sini..kang letak gambar Ketua Puteri Bahagian kena tangkap basah payah pulak nanti...

Agak lama aku tidak menulis mengenai Puteri UMNO. Kebetulan berada di PWTC pagi tadi dan terserempak dengan Datuk Rosnah Shirlin, mengingatkan aku kepada sayap UMNO paling bongsu ini.

Apa yang tidak kena dengan Puteri?
Apa yang tidak betul lagi dengan Puteri?
Mengapa Puteri tidak sehebat dahulu ketika awal penubuhannya?
Mengapa Puteri tidak lagi mendapat sambutan dari kalangan srikandi muda bangsa?
Mengapa Puteri semakin dipandang serong?
Mengapa Puteri semakin "lesu"...?

Banyak benar pertanyaan berkaitan Puteri. Nak tahu kenapa Puteri menjadi sebagaimana keadaannya sekarang berbanding dahulu?

Sebenarnya, kami dikalangan bloggers ada berbincang mengenai Puteri UMNO yang kian suram. Pada kami, faktor utama yang menjadi faktor terbesar menyumbang ke arah "kesuraman" Puteri adalah Kepimpinan.

Jangan salah sangka bahawa saya menyalahkan Datuk Rosnah sahaja. Pada saya, kepimpinan diperingkat Negeri dan Bahagian cukup teruk berbanding apa yang pernah disemai ketika kepimpinan Datuk Azalina dulu.

Ya, saya tahu. Ada yang mencebik marahkan saya bila saya menyentuh soal Puteri. Namun, saya fikir, saya perlu katakan apa kebenaran yang sebenarnya telah dipersetujui oleh pemimpin tertinggi mereka sendiri.

Cuba lihat kepimpinan Puteri di era Azalina dulu. Semua Ketua Puteri Bahagian disyaratkan memiliki Ijazah Sarjana Muda dan paling kurang diploma. Semua yang terpilih disaring dan ditemuduga oleh pihak-pihak tertentu.

Ini menjadikan kepimpinan Puteri di Bahagian-Bahagian menjadi kuat, teratur, bijak, dan lebih berkesan memandangkan sayap UMNO itu dikendalikan oleh mereka-mereka yang educated. Kebanyakan plan yang dibuat, semuanya menjadi.

Paling jelas, perlakuan, tingkah laku, tatatertib dan perawakan yang ditunjukkan oleh majoriti Ketua-ketua Puteri Bahagian dahulu semuanya terjaga dan tidak menunjukkan kebodohan mereka sebagai pemimpin. Tidak hairanlah mereka disanjung sehingga sekarang meskipun mereka sudah beralih ke sayap Wanita UMNO, contohnya YB Suraya, bekas Ketua Puteri Pendang dan bekas Ketua Puteri Kedah.

Sabarrr...jangan melatah! Baca seterusnya...

Berbanding dengan Ketua-Ketua Puteri sekarang? Cuba tengok di Facebook-facebook mereka. Makan goreng pisang pun disebut dalam FB, kereta rosak diberitahu dalam FB, pening kepala demam pun ambik gambar sendiri letak dalam FB. Haruuuu..!!!

Cuba jengok di blog pulak. Cerita pasal makanan pulak dah! Ada yang ambil gambar makanan lepas tu tunjuk kat blog. Ni Ketua Puteri ke Ketua Jalan-Jalan Cari Makan ni? Orang bercerita pasal dasar dan ideologi politik, dia cakap pasal sakit perut. Orang bercerita pasal kejijikan Pakatan Haram, diorang sebok cerita pasa brooch, tudung, baju blink-blink dan sebagainya...

Nampak tak perbezaan mentaliti yang sangat berbeza antara Ketua Puteri Bahagian dulu dan sekarang? Dulu educated dan sekarang sekadar lepasan SPM. Tapi nak buat camana? Yang lepasan SPM ni la yang menang masa pemilihan dulu. Sebabnya, diorang ni "follower" ja masa ikut Ketua Puteri dulu, tapi bila dah aktif, maka ramailah yang mereka kenal.

Dan bila dan mahir bergerak, maka sebok la mereka pun nak jadi Ketua Puteri berkempen sana sini. Padahal, mereka tak sedar bahawa mereka hanya layak sebagai "follower" saja dan bukan "leader" sebagaimana yang diharapkan.

Bukan senang nak handle Puteri yang baru nak "hidup" ni. Baru nak kenal politik, mungkin. Bila dah ada kuasa, barulah tahu diorang ni tak boleh memimpin sebenarnya.

Azalina dahulu berjaya sebab dia ada jaringan Ketua-Ketua Puteri Negeri dan Bahagian yang terpelajar dan bijak membantunya memperkasakan Puteri UMNO.

Manakala Noraini dan Rosnah pula malang sebab dizamannya, Ketua-Ketua Puteri Negeri dan Bahagian tidak disyaratkan memiliki degree atau higher educational level untuk menjadi Ketua Puteri Bahagian. Sebab itulah kepimpinan Noraini dan Rosnah dilihat goyah.

Bukan salah mereka 100 peratus. Ia disumbang oleh mereka-mereka yang berjawatan yang tidak tahu membantu melainkan "melawa", "berblink-blink", "bergedik" dan "merenyih" di PWTC.

Saya tak maksudkan semua. Ada juga yang bagus meskipun tidak educated dan mereka sangat membantu. Tapi tak ramailah yang begitu. Selebihnya lebih suka berlagak bagus dari bertindak bagus!

Maafkan saya sekiranya adik-adik puteri panas hati dan naik hangin kat saya. Jangan la marah, dik. Saya tegur apa yang telah diperbincangkan dengan "kekanda" adik-adik semua sahaja. Dia pun agree dengan apa yang saya katakan ini. So, janganlah kecik hati...

Saya "pukul" pun bukan pasal benci, tapi lebih kepada teguran membina. Tapi kalau tak puas hati sangat, bolehlah jawap diruangan komen. Apapun, saya ucapkan selamat bersidang esok dan harap muhasabahlah diri selepas ni..dalam bahasa kasar, "cermin la diri tu sikittt..!"

GEMPARRR..!!! ANWAR SERANG PERHIMPUNAN AGONG UMNO..!!!?

Menjelang Perhimpunan Agong UMNO esok, Anwar Ibrahim cuba merendahkan moral dan semangat para delegasi dan perwakilan UMNO. Dalam ceramahnya di Gelang Patah baru-baru ini, Anwar menyatakan bahawa UMNO takkan berjaya menawan kembali negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Haram.

“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil… Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor,” kata Anwar di hadapan hampir 300 orang hadirin pada ceramahnya itu.

Mustahil? Benarkah dakwaan Anwar adalah MUSTAHIL bagi UMNO untuk menawan kembali negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan? Benarkah begitu hebat sekali sokongan yang diberikan rakyat kepada Pakatan Haram itu?

Sejak Mac 2008, Pakatan Haram mula “meliwat” dan “merogol” negeri-negeri yang berjaya mereka jajah pada Pilihanraya Umum ke-12.

Di Selangor, yang kononnya diwujudkan SELCAT bagi mengawal ketelusan dan intergriti Kerajaan Negeri, rakyat dapat melihat pelbagai kebocoran, ketirisan serius dan penyelewengan kuasa di peringkat tertinggi pakatan DAP, PKR dan PAS itu.

DAP bermaharajalela di Selangor dengan pembinaan kandang khinzir mega bernilai jutaan ringgit, kelab-kelab hiburan belaan Ronnie Liu dan banyak lagi faedah-faedah yang dikaut parti itu termasuklah kontrak-kontrak “direct nego” yang ditenderkan secara pakatan antara “Ali dan Baba”.

PKR pula hanya boneka dengan Khalid Ibrahim menjadi “pepatung cacat” dan “gagap” di dalam perlaksanaan perkongsian kuasa. Abangnya, Abdul Rahman Ibrahim kini berkuasa sebagai ketua “perompak” Alam Semesta, menjadikan pasir-pasir Selangor hilang masuk ke koceknya.

PAS? PAS hanya menjadi “lebai dungu” di Selangor. Semua dasarnya dipijak-pijak dan diludah sejijiknya oleh PKR dan DAP. Rampas arak, ditengking Ronnie, dihantar balik arak tersebut ke kedai. Serbu gereja, kena marah dengan Khalid “gagap” dan PAS terus jadi “bisu”.

Pakatan Haram Selangor juga sanggup berseteru dengan DYMM Sultan Selangor. Itu yang paling jelas. Hinggakan DYMM Sultan Selangor terpaksa bertitah menyatakan kekesalan baginda atas apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Ingat peristiwa sambutan ulangtahun Yayasan Selangor, nama Aziz Bari dan isu Gereja? Sememangnya Pakatan Haram memang penderhaka!

Itu di Selangor.

Di Pulau Pinang pula menyaksikan hampir semua tanah pulau kini dimonopoli oleh puak-puak chauvinis ultra kiasu DAP yang menghalau orang-orang Melayu dan India keluar secara halus. Dibinanya kondo-kondo dan rumah-rumah yang mahal di sebelah pulau yang sememangnya tidak mampu dibeli oleh Bumiputera, khususnya orang Melayu Pulau Pinang.

Dan dibinanya pula rumah-rumah mampu milik, kos sederhana dan kos rendah di tanah besar semenanjung, kononnya “prihatin” terhadap Melayu, India dan golongan berpendapatan rendah. Pandai tak? Dia asingkan awal-awal puak-puak dia di sebelah pulau dan yang lain di seberang sana. Dipercayai, Guan Eng sedang dalam proses meng”republik” dan meng”Singapura”kan Pulau Pinang. Jika diberi sedikit masa dalam sepenggal dua lagi, tidak mustahil Malaysia bakal kehilangan Pulau Pinang dari peta geografinya.

PKR di Pulau Pinang sedang berebut kuasa dengan PAS. Dan caranya ialah mereka berlumba-lumba memenangi hati Guan Eng! Maka jadilah anak Kit Siang itu bagaikan “maharaja” di negeri Melayu itu. Malik “itik” tikam Salleh Man…Salleh Man tikam Malik “itik”. Guan Eng ketawa berdekah-dekah menyaksikan temasya kebahlolan PKR dan PAS di Pulau Pinang.

Kedah? Azizan sedang menunggu masa untuk di”kilas” ketepi oleh orang-orang PAS sendiri. Orang-orang PAS di Kedah sudah tak boleh tahan dengan sikap Azizan yang memang “sayang”kan orang UMNO di negeri itu. PAS Kedah sendiri berpecah kepada 4-5 puak yang gilakan kuasa, jawatan dan projek. Tidak kurang juga yang aktif ke sana ke mari dengan tujuan menge”pau” para peniaga di sana!

Peliknya, tiba-tiba saja seorang Ahli Parlimen di Kelantan dilantik menjadi Presiden sebuah kelab golf di Kedah! Saifuddin Nasution dilantik jadi Presiden Kelab Golf di Kulim? Apa di Kedah tidak ada tokoh PAS, PKR atau DAP yang layak untuk jadi Presiden Kelab Golf, kah? Mengapa perlu diimport budak muka berlubang itu?

Di Kelantan? Tak payah sebutlah! Memang PAS kuat di sana. PKR dan DAP tak kuat pun di Kelantan. PAS ditadbir lebih 20 tahun oleh Mursyidul Am PAS, Pok Nik Ajisss. Malangnya, pemimpin spiritual PAS itu gagal merancakkan ekonomi negeri sehingga anak-anak Kelantan terpaksa merempat mencari rezeki di negeri orang.

Yang tumbuh hebat di Kelantan ialah rumah pelacuran di Jalan Hamzah dan di sekitar kawasan Pejabat MB Kelantan. Judi ekor pun ada. Serambi Mekah ini juga terkenal dengan patung berhala paling besar di Asia Tenggara. Masjid hanya sebuah yang dibina sepanjang 20 tahun lebih pemerintahan Tok Guru. Bazar berniaga? Sempit bangat dehhh..! Nak membeli belah pun berlaga punggung!

Itu belum lagi disebut tentang bekalan air kotor dari AKSB dan sampah sarap yang menghiasi bandar Kota Bharu, “Bandaraya Islam”, kononnya! Bandaraya Islam apa kotornya mengalahkan tempat pembuangan sampah?! Buat malu Islam saja. Setahu saya, Islam menganjurkan kebersihan. Kelantan juga menjadi juara penghidap AIDS tertinggi. Namun, bila di sebut saja kelemahan-kelemahan pentadbiran Tok Guru, UMNO-BN pula yang disalahkan! Puloookkk..!!!

Jadi, di mana betulnya kenyataan Anwar di Gelang Patah itu? Mustahil untuk UMNO-BN memenangi negeri-negeri jajahan Pakatan Haram atau mustahil bagi Pakatan Haram untuk mempertahankan negeri-negeri tersebut dari dimenangi semula oleh UMNO-BN? Nampaknya Anwar barangkali sudah nyanyuk?

Apa dia fikir rakyat negeri-negeri itu semuanya buta, tuli, dan bisa diperbodohkan lagi oleh dakyah seperti yang dibuatnya sebelum ini?

Apa dia fikir rakyat negeri-negeri itu rela “diliwat” dan “dirogol” lagi oleh penyamun penyangak sepertinya?

Apa dia fikir rakyat negeri-negeri itu mahu terus ditipu, dianiaya dan dizalimi oleh Pakatan Haram?

Sudah nama dan pakatannya pun berstatus “haram”, maka jelaslah perangai mereka pun macam “haram jadah”!


Sumber: klik sini

TERKINI..!!! DS NAJIB DAH KENAL PASTI WINNABLE CANDIDATES...YANG LAIN JANGAN PERASANNN..!!!


Sejak Datuk Seri Najib sebut tentang "winnable candidate", maka ramailah boss-boss, ketua-ketua, pemimpin-pemimpin, tua muda, kaya miskin, hensem tak hensem, jelita tak tak jelita, dan individu-individu yang 'perasan', merekalah "winnable candidate" yang dimaksudkan.

Bila ditanya mereka nak jadi calon atau tidak, cepat-cepat mereka kata "mereka serah pada pucuk pimpinan, mereka hanya nak bekerja untuk rakyat saja...". Begitulah reaksi awal, padahal dalam hati menjerit-jerit sambil berlagu "pilihlah akuuu..pilihlah akuuu..!".

Susah betul. Kata tak merajuk kalau tak terpilih. Tapi kalau betul tak terpilih nanti, diorang lah yang muncung sedepa. Lepas tu sabotaj parti sana sini. Tak payah tipu la, dah pernah berlaku pun. Naik pentas pembangkang pun ada yang pernah!

Bila depan PM, diorang cakap lain. Belakang PM pulak buat yang lain. Kalau ada lagi yang macam tu, memang tak sedar dirilah "winnable candidates" itu...

So kepada "winnable candidates" yang perasan winnable candidates tu, sila baca apa yang dimaksudkan PM sebagai winnable candidates. Baca betul-betul dan fahamkan betu-betul. Jangan dok perasan lagi lepas ni..heh!
Calon Boleh Menang Diterima Majoriti Pengundi

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata calon boleh menang atau “winnable candidate” mestilah seseorang yang boleh diterima majoriti pengundi dalam masyarakat tempatan serta jentera parti.

Perdana Menteri berkata sekiranya jentera parti menolak, seseorang yang ada kebolehan atau mempunyai rekod kerja yang baik pun pada akhirnya tidak akan berjaya, seterusnya parti akan kalah dan kehilangan kuasa.

“Kalau kita sebagai anggota parti tidak ada sikap yang terbuka dan kita tekankan orang tu (calon itu) mesti merupakan calon yang ikut hierarki (parti) tapi calon kita itu tak mungkin berjaya, calon kita akan gagal,” katanya kepada Bernama semasa wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini Sabtu.

Presiden Umno itu menegaskan pentingnya semua pihak dalam parti memahami maksud “winnable candidate” yang mahu ditonjolkan semasa pilihan raya.

“Kalau tidak, sukar nak mencapai kejayaan. Kalau winnable candidate tu ditampilkan dalam kelompok dalam bahagian tanpa mengambil kira kehendak pengundi teramai, calon itu pun tak akan berjaya,” kata Najib.

Beliau mengakui adalah sukar untuk memuaskan hati semua pihak, terutama di peringkat bahagian Umno, tetapi menurutnya, “rumusan calon boleh menang itu adalah supaya setiap kerusi yang ditandingi mempunyai peluang terbaik untuk menang”.

Bagaimanapun katanya, proses pemilihan calon belum muktamad dan penilaian akan dibuat bukan sahaja secara subjektif tetapi juga objektif.

“Ini yang paling penting sekali, bukanlah orang yang kita sukai secara peribadi tetapi orang yang boleh diterima sebahagian besar pengundi dalam kawasan berkenaan. Itulah yang mesti kita lakukan,” katanya.

Katanya soal menentukan calon ini adalah satu perkara yang sangat mencabar dan sukar dilakukan dan mustahil parti dapat memuaskan semua orang.

“Mengikut pengalaman saya 35 tahun dalam politik, tak pernah berlaku dalam pilihan raya (calon yang dipilih memuaskan hati semua orang). “Tapi apapun yang dibuat parti, keputusan parti, pada kesudahannya kita kena terimalah, sebagai orang parti keputusan parti walaupun keputusan itu tidak mengikut selera atau kehendak kita,” katanya.

Beliau berkata banyak juga peristiwa di mana beliau melihat orang yang setia kepada parti, walaupun keputusan parti tidak disenanginya tetapi menerimanya dan akhirnya calon akan menang.

“Sebaliknya kalau dia terus menentang, dia nak kata apa nak jadi-jadilah, aku nak menentang. Jadi maknanya dia tak setia pada parti dan calon itu kalah dan maknanya parti akan kalah. Dia patut sedar bila parti kalah makna kita akan kehilangan kuasa,” katanya.

Najib juga mengakui bahawa di peringkat bahagian pun, anggota parti tidak sependapat mengenai calon terbaik di kalangan mereka dan apa yang harus ada ialah disiplin parti.

“Maknanya bila sampai pada masanya (pemilihan calon), keputusan itu perlu diterima, disokong dan terus dipertahankan oleh setiap ahli parti,” katanya.

Katanya, kriteria pemilihan calon ini difikirkan wajar berikutan keputusan pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional dan Umno tewas di lima buah negeri dan perlu menjadi pengajaran yang tidak harus dilupakan.

Menggunakan analogi semangat dan perjuangan skuad Harimau Muda yang menggondol pingat emas pada Sukan Sea ke-26 di Jakarta-Palembang baru-baru ini, walaupun menghadapi cabaran sengit, beliau berkata Umno juga perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi pilihan raya.

“Kalau kita ada kekuatan mental dan kita ada jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi.

“Kalau kita kental dari segi kekuatan minda kita, dan semangat kita pun kukuh, maka sudah terbukti seperti analogi Harimau Muda itu, kita boleh mengatasi keadaan yang sangat berat menekan kita, mencengkam kita, walaupun gelanggang tidak sama rata seperti di Jakarta, tapi pasukan kita akhirnya berjaya juga,” katanya.

Mengenai pengundi muda, beliau berkata sudah terbukti dalam pilihan raya kecil sejak dua tahun yang lepas, biasanya majoriti golongan itu menyokong Umno.

“Bererti sudah terbukti bahawa tidak semestinya orang muda bersikap “anti-establishment” (anti kerajaan) dan tidak menyokong parti kerajaan iaitu parti BN, mereka akan menilai, siapakah yang lebih memahami kehendak dan naluri mereka sebagai orang muda,” katanya.

Katanya, pergerakan Pemuda dan Puteri Umno perlu prihatin dalam mereka merealisasikan perjuangan mereka untuk generasi muda.

Beliau memberi contoh projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang berbangkit dalam makmal Pemuda BN yang seterusnya dicadangkan kepada kerajaan.

Najib berkata perkara seperti itu memerlukan pertimbangan daripada kerajaan, dan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang amat peka dan amat prihatin kepada kehendak dan tuntutan generasi muda.

“Jadi, maknanya walaupun saya bukan orang muda…walaupun saya rasa saya muda (ketawa), tetapi maknanya kita mesti melakukan pendekatan dengan generasi muda sepertimana juga dengan wanita, golongan warga emas, kelas pertengahan dan pelbagai lagi kelompok dalam masyarakat,” katanya. -Mynewshub.my

Sunday, November 27, 2011

GEMPARRR..!!! APEX DI UGUT POMPUAN MURAHAN..???!!!


Adehhh..!!! Panas gak hati aku bila tengok pompuan gedik dok nak menyondol-nyondol kat Apex nih. Aku tahu la Apex ni memang tinggi, hensem dan sebagainya, tapi kalau sampai dah desperate sangat sampai hantar email, gambar etc kat blog hiburan suruh publish tu apahal?

Nak buruk-burukkan nama Apex le tu? Deyyy...kalau Apex pernah tido dengan lu sekali pun, itu kisah lama dan mungkin Apex dah bertaubat atau tutup buku. Tapi, dengan mendedahkan keburukan tersebut, samalah dengan mendedahkan betapa murahnya diri artis pompuan nih!

Artis ke minah ni? Tak pemes pun...! Tetiba je menyentil kat tepi Apex? Cheh! Buang karan laaaaaaaaa....

"Setelah pulang terjulang sebagai wira negara membantu skuad Harimau Muda membaham Garuda di bumi sendiri, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi.

Dalam perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi sendiri.

“Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,” kata pemilik laman web tersebut.

Menghangatkan lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex dan Shida Harmi di mana terkandung unsur pertengkaran dan ugutan.



Dalam perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-olah cuba mengugut Apex untuk mendedahkan kepada umum kononnya mereka pernah tidur bersama.

“Klu I nk sebar kan dri dlu lah cik fahmiiiii.. Pk la skik.. Sb kan u dh wat palat gini, kutuk2 I sume, Cite psl u? Cite psl pe? Bukan I cite btul ke? Yg u cakap I dok meroyan tergile2 kan u nape? U nak i tunjuk bukti yg pena tdo dgn u? I got all d prove..dun u eva play wit me,” kata Shida, merujuk kepada BBM tersebut.

Blog hiburan itu juga percayai bahawa gambar dan perbualan BBM antara Apex – Shida Harmi itu berlaku pada sekitar Ogos 2011, ketika kisah tentang pertunangan Apex dan bekas tunangnya, Elia, sedang sebok diperkatakan ramai.

Khairul Fahmi putus tunang dengan Elia dan kemudiannya digosipkan menjalin hubungan mesra dengan seorang artis, Dahlia Teck, selain dikaitkan dengan watak sampingan, Shida Harmi.

Apex juga telah dilanda kontroversi apabila pihak tertentu telah mengirimkan beberapa keping gambar beliau dan beberapa gadis-gadis seksi ketika menyambut hari lahir Dahlia Teck di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang di sini sejurus sebelum berlepas ke Jakarta bagi menghadapi kejohanan Sukan Sea di Jakarta.

Berikut adalah beberapa keping gambar Apex dan Shida Harmi yang tersiar di laman blog Rotikaya.com hari ini." -Mynewshub.my

Bila Kak Su Bersuara... Heh!