Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, November 23, 2011

GEMPARRR..!!! ISTANA MILIK PEMIMPIN PKR DI AUSTRALIA BERNILAI RM78.3 JUTA DIBONGKAR..???!!!

Benarkah "istana" ini milik pemimpin PKR yang bernama "S"..???

Aku tak pasti sama ada info yang aku dapat melalui seseorang ini adalah benar atau tidak. Namun, kemungkinan untuk perkara ini menjadi betul tetap ada...

Menurut sumber yang aku terima tengahari tadi, seorang pemimpin tertinggi PKR memiliki sebuah rumah yang layak digelar istana di Australia. Khabar itu juga memberitahu bahawa istana tersebut bernilai hampir RM78.3 juta..!!!

Nama pemimpin tersebut bermula dengan huruf S... heh!

Aku tak pasti mengenai perkara ini memandangkan masih tiada bukti kukuh yang aku peroleh dari sumber aku itu. Meskipun begitu, dia meminta tempoh untuk menghubungi rakannya yang berada di Australia untuk membuktikan kebenaran dakwaannya.

Menurutnya, pemimpin PKR ini membeli istana tersebut sekitar 5 tahun lalu di Perth. Katanya, rakannya yang bekerja di Australia dan kenal dengan seorang agent real estate yang menguruskan jual beli istana itu.

Pergghhh..!!! Tak sabar aku untuk mendapatkan info seterusnya dari sumber aku tu..heh!

GEMPARRR..!!! SESUATU YANG MENGEJUTKAN AKAN TERBONGKAR MALAM INI..!!!


Tadi aku pergi The Mall. Ada hal sikit kat situ dan kebetulan terjumpa seorang kenalan yang dah lama duduk di Australia, tapi sekarang dia memilih untuk kembali ke tanahair untuk berbakti di negara sendiri..

Actually, dia ada beritahu aku something tadi. Some info yang akan membuat korang semua terkejut besoooo..!!! Ntah la..aku terkejut tadi, tapi aku tak tahu la korang akan terkejut atau tidak bila dengar story aku nanti...

Anyway, I'm in such a hurry. Malam ni pukul 8.30 malam, aku akan ceritakan info yang aku dapat dari member aku tu. Dari Australia...!!!

Pukul 8.30 malam...tungguuuu..!!!!

TARIK BALIK "DATUK"SHIP MILIK AMBIGA DAN BERIKAN KEPADA ONG KIM SWEE..!!!


Aku percaya, dengan kata-kata dibawah inilah, skuad Harimau Muda gagah membenam Garuda di bumi sendiri. Hakikatnya, kata-kata seperti ini tidak pernah wujud di hati para pemimpin politik pembangkang.

Selain dari memburuk-burukkan negara di negara asing, pemimpin-pemimpin pembangkang lebih rela menjual diri kepada Wolfowitz, Soros, AlGore, Madeline Albright dan lain-lain tokoh Yahudi.
“They don’t respect you, they don’t respect our flag, they don’t respect our King and they don’t respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.” – Ong Kim Swee
Hakikatnya, kata-kata pembakar semangat ini juga membuktikan masih wujud bangsa Cina yang cintakan rakyat, jalur gemilang, DYMM Raja-Raja Melayu, ibubapa dan tanahair. Sifat ini wajar dicontohi oleh semua rakyat negara ini...

Sepuluh per sepuluh aku berikan kepada Ong Kim Swee..Syabas bro! Harap tarik balik gelaran Datuk yang ada pada Ambiga dan serahkan pada Ong Kim Swee..!!!

GEMPARRR..!!! PAS DAH MULA GOYANG DENGAR NAMA PARPUKARI...!!!

Takut dengan kebangkitan Barisan Nasional, khususnya UMNO, yang kian mendapat sambutan dari golongan anak muda di negara ini, PAS rasa tercabar untuk memanggil bekas Ketua Penerangannya yang diturunkan pangkat, Idris Ahmad, untuk meredakan ketakutan mereka.

Dalam kenyataan Idris Ahmad di Haramkah Daily, dia cuba menyifatkan jaringan media baru dan golongan muda di negara ini kononnya merupakan satu ancaman bagi BN dan UMNO. Dia cuba memberikan contoh bilangan tukang komen di Malaysiakini yang kononnya di dalam 100 orang, hanya 5 saja menyokong BN manakala bakinya menyokong Pakatan Haram.

Justeru itu, dia menyimpulkan seolah-olah media baru dan golongan muda yang lebih gemar melayari internet majoritinya adalah penyokong Pakatan Haram. Dia membuat kenyataan itu selepas membaca laporan mengenai Konvesyen Media Sosial 1Malaysia yang diadakan di PWTC, baru-baru ini.

Beginilah. Dahulu, ketika di zaman reformasi 1998, medium internet yang masih baru di negara ini menjadi medan puak-puak Pakatan Haram menghentam kerajaan dan menyebarkan fitnah memburuk-burukkan kerajaan. Ketika itu, diakui bahawa tidak banyak laman-lama blog, portal, atau yahoo.group yang menyokong kerajaan dan berperang menerusi ruang maya internet.

MyKMU.net yang ketika itu lebih dikenali sebagai KMU adalah antara sekumpulan pejuang maya yang ditubuhkan oleh beberapa rakan bagi berperang di alam siber. Sehingga kini, MyKMU membuktikan kekuatannya sebagai sebuah laman portal yang mampu kekal hebat selama tempoh 12 tahun, hingga kini.

Bagaimanapun, pada PRU 10 pada tahun 1999, kekuatan BN agak tergugat. Itupun mungkin dipengaruhi oleh insiden “mata lebam”. Namun, semuanya telah diselesaikan dengan baik oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan dalam keadaan BN dan UMNO selesa dan kuat, kepada seorang lagu bekas PM, iaitu Pak Lah.

Kemudian, Pak Lah tertipu dengan kemenangan BN pada PRU ke-10 apabila meraih kemenangan besar pada tahun 2004. Dia tidak sedar bahawa kemenangan itu bukanlah disebabkan diri dan kepimpinannya, namun kemenangan itu lebih kepada kekuatan UMNO-BN yang ditinggalkan oleh Tun M.

Memandang rendah kepada keupayaan media baru dan kewujudan blog-blog politik termasuk pentadbiran Pak Lah yang lemah, BN dilanda “tsunami” di mana PRU ke-12 menyaksikan parti-parti yang membentuk kerajaan tewas teruk.

Namun kini, dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak kelemahan-kelemahan ini telah diperbaiki dan diperkasakan. Hasilnya, menurut analisa top ranking blogger yang dibuat, blog-blog dan portal-portal pro-kerajaan menjuarai carta tersebut. MyKMU.net juga tersenarai sebagai antara portal yang terbukti diminati pembaca.

Ramai tertanya-tanya, benarkah Malaysiakini.com begitu diminati rakyat dan golongan muda? Jawapannya adalah TIDAK. Sekiranya dianalisa tukang-tukang komen di ruangan berita Malaysiakini, kita akan dapati bahawa seorang individu yang sama sering memberi komen berulang kali.

Selain itu, dipercayai bahawa cybertroopers Pakatan Haram yang diupah turut mencipta berpuluh ID seorang dan memenuhkan laporan berita dengan komen-komen mereka. Kononnya, ramailah yang menyokong mereka di Malaysiakini! Padahal, ianya hanyalah “fake identity”…

Baru-baru ini, saya ada mendapat tahu ada sebuah laman portal pro-Kerajaan yang baru ditubuhkan pada pertengahan tahun ini. Dikhabarkan bahawa popularitinya begitu hebat dan mendapat sambutan hangat dikalangan pembaca, khususnya golongan muda yang berumur antara 15 hingga 35 tahun. Khabarnya, laman berita itu ditubuhkan sebagai “seteru utama” Malaysiakini.

Menurut sumber saya lagi, dianggarkan seramai 60,000 hingga 70,000 unik visitor melawat laman berita itu setiap hari. Laman itu telah berjaya memotong ranking banyak media internet lain seperti MStar, MalaysianDigest dan lain-lain portal yang sudah lama ditubuhkan. Sehingga kini, laman berita pro-kerajaan itu berada di kedudukan 90 ranking alexa di Malaysia dan di dalam misi mengejar Harakah Daily pada kedudukan ranking 78.

Meskipun baru ditubuhkan dalam usia setahun jagung, laman web itu berjaya membuktikan kewujudannya sangat menarik perhatian pembaca dan kesempatan ini pastinya akan digunaka sepenuhnya untuk membetulkan fikiran golongan muda yang semakin terpesong melalui agenda pembangkang, khususnya Malaysiakini. Bagaimanapun, nama laman web tersebut tidak dapat dinyatakan di sini atas sebab tertentu.

Pokoknya, BN kini telah membuktikan keupayaan mereka untuk menguasai media internet dan semakin mendapat perhatian ramai. Rakyat sudah ramai yang celik setelah pejuang-pejuang pro UMNO -BN mendedahkan kebenaran di sebalik pembohongan pembangkang dan menyerang mereka bertubi-tubi tanpa membenarkan mereka berhenti mengatur nafas sekali pun!

Perkara inilah yang paling ditakuti oleh PAS, PKR dan DAP. Mereka tahu bahawa alat propaganda mereka yang banyak membantu kemenangan mereka pada tahun 1999 dan 2008 sedang menjunam jatuh. Pembohongan dan fitnah yang mereka lakukan semakin terbongkar. Setiap hari mereka diserang dengan pelbagai isu yang menjelaskan kejijikan mereka sebagai komponen parti yang paling jahat, tidak bermoral dan busuk niatnya.

Justeru itu, tak payahlah Idris Ahmad cuba menegakkan benang yang basah dalam hal ini. Sememangnya media baru dan golongan muda semakin jelek dan jijik dengan Pakatan Haram dan mereka sudah semakin beralih sokongan kepada UMNO-BN. Harap Idris Ahmad boleh terima kenyataan ini dengan hati yang terbuka.

Kalau fitnah dan tembelang Pakatan Haram sudah terbongkar di saluran media yang menjadi modus operandi utama penyebaran maklumat palsu mereka itu sudah tenggelam. Bayangkanlah kesannya kepada golongan muda di zaman ini…


Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! TELUR PEMUDA PAS HILANG SORANG SEBIJI MALAM TADI..!!!

Ketua Dewan Pemuda PAS

Bakal Timbalan Ketua Pemuda PAS (orang kanan Nasrudin lepas gulingkan Nik Abduh!)

Sedang saya menulis artikel ini, berkemungkinan konsert Elton John yang berlangsung di Arena of Stars di Genting Highlands sedang berada di kemuncaknya. Mungkin Elto John sedang menyanyikan laginya yang paling hits untuk para penonton di puncak Genting Highlands itu.

Sebagaimana kita tahu, Elton John merupakan seorang gay yang aktif dan tidak malu untuk mengaku dirinya mengamalkan aktiviti songsang itu. Kehadirannya di negara ini menjadi satu kontroversi apabila pelbagai pihak membantah penganjuran konsert yang menampilkan artis yang terlibat dengan LGBT.

Antara yang paling kuat “berbunyi” ialah Dewan Pemuda PAS. Bukan saja berbunyi, Dewan Pemuda PAS Pahang misalnya telah menganjurkan demonstrasi khas bagi membantah konsert tersebut atas alasan bahawa Elton John adalah “Raja Gay” dunia.

Bukan saja memaki hamun, Dewan Pemuda PAS turut mengoyak, memijak, meludah dan bertindak membakar “Elton John” ketika demonstrasi itu. Tapi mereka hanya bertindak pada gambarnya sajalah…

Memandangkan protes melampau dan kemarahan yang meletop-letop terhadap Elton John dan penganjur konsert itu, saya sangat tertunggu-tunggu tarikh hari ini untuk menyaksikan “kehebatan”, “kegarangan” dan “kebengisan” Dewan Pemuda PAS…

Malangnya, setelah berhubung dengan salah seorang rakan media yang bertugas di konsert tersebut, dia memberitahu bahawa konsert tersebut berlangsung dengan lancar, aman dan tenteram, sama ada sebelum konsert berlangsung sehinggalah ketika dia memberitahu keadaan di sana kepada saya sekitar jam 11.30 malam tadi.

Justeru, itu jelas sekali bahawa Dewan Pemuda PAS hanya beretorik, tidak serius, tidak konsisten dan hanya berpura-pura membantah konsert Elton John itu. Jika tidak, sudah tentu mereka sudah panjat Genting Highlands untuk sekurang-kurangnya berdemo membantah konsert tersebut.

Nak tahu apa alasan puak-puak Pemuda Buih Pepsi Cola itu? Katanya, mereka “sebok dengan persiapan pilihanraya umum”..!!!

Apa ke bongoknya jawapan seperti itu diberikan dari seorang Ketua Pemuda PAS Negeri? Perdana Menteri belum umum pun pembubaran Parlimen, nak buat persiapan apanya? Menipu sangatlah alasan begitu tu…

Pelik betul. Dengan gambar, mereka cukup berani memaki hamun, memijak, mengoyak, meludah dan membakar. Tapi bila tuan punya badan tiba, seekor pun tak nampak batang hidung. Semuanya menikus di bawah ketika ibu masing-masing. Ini Dewan Pemuda PAS atau Dewan Pemudi PAS? Taknak tukar jantina ke?

Atau Dewan Pemuda PAS sudah “dibayar” oleh “Raja Biseksual Negara” untuk tidak membuat kacau kepada “sahabat gay”nya itu? Berapa yang dibayar? Atau Dewan Pemuda PAS buat begitu kerana taksub pada “Raja Biseksual Tempatan” itu? Tak perlulah saya beritahu siapa “Raja Biseksual” tersebut. Tanya budak tadika PASTI pun tahu siapa dia!

Justeru itu, ingin saya tegaskan disini bahawa Dewan Pemuda PAS hanyalah segerombolan lelaki tidak bertelur, yang hanya sekadar mencari publisiti murahan dan mahu tunjuk jaguh dihadapan orang ramai, tidak lebih dari itu. Semuanya sekadar retorik untuk kuasa politik dan kepentingan diri sendiri.

Kalau benar-benar anak lelaki berdarah Melayu dan beragama Islam, sila minta jam OMEGA dari “Raja Biseksual Negara” tu…


Sumber: klik sini

LAWAK GEMPARRR PAGI INI...WIKILEAKS SERANG ANWAR, KIT SIANG & POK NIK AJISSSS..!!!

Malas nak cakap banyak la...tak payak pakai wikileaks pun dah macam-maca dah kitorang dapat tahu pasal ketiga-tiga ekor ni...tunggu masa yang sesuai je untuk didedahkan..buat masa ni..kasi diroang berdebar-debar dulu...heh!

Tuesday, November 22, 2011

PANASSS..!!! BOLEH BERSATU KERANA BOLA SEPAK, TAPI TAK BOLEH BERSATU KERANA AQIDAH ISLAM..?!


Sekalung tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Muda negara yang berjaya mempertahankan kilauan emas bagi kontijen Sukan SEA kali ini di Stadium Bung Karno, Indonesia.

Bukan mudah untuk menang kali ini. Setelah didahului seawal minit ke-5 hasil jaringan Gunawan Dwi Cahyo, skuad bawah 23 negara terpaksa menghadapi pelbagai ancaman dan provokasi dari penyokong fanatik Indonesia yang ternyata tiada langsung semangat kesukanan.

Sebelum perlawanan berlangsung, penyokong-penyokong Indonesia mengancam tidak akan membiarkan skuad Harimau Muda pulang dengan mudah sekiranya menang pada perlawanan final tersebut. Malah, sikap pemain Indonesia yang melakukan tackle keras meskipun pengadil sudah meniup wisel turut menekan para pemain negara.

Dari ketinggalan 0-1 seawal minit ke-5, Harimau Muda bangkit menyamakan kedudukan hasil tandukan Mohd Asraruddin. Dan perlawanan diheret secara dramatik sehingga ke tahap penentuan melalui sepakan penalti. Mungkin kesabaran yang ditunjukkan Harimau Muda itu dihadiahkan dengan kemenangan bagi pihak Malaysia.

Secara sedar atau tidak, kemenangan Harimau Muda ini menyaksikan seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menyokong pasukan negara tanpa mengira fahaman kepartian atau sokongan politik. Rata-rata penyokong Skuad Harimau Muda jelas memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada mereka.

Namun, saya tertanya, sekiranya kita mampu bersatu kerana sukan, mengapa kita tidak boleh bersatu kerana Islam? Misalnya, mengapa bila isu murtad menjadi topic hangat diperbincangkan, parti-parti pembangkang membuat keputusan untuk tidak bersatu untuk hal melibatkan aqidah umat Islam tersebut?

Disaat aqidah umat Islam semakin tercabar, mengapa umat Islam di Malaysia, terutamanya dari parti PAS enggan bersatu bersama NGO-NGO yang menganjurkan Himpunan Sejuta Umat tempohari?

Persoalan ini perlu dijawab sejujur-jujurnya oleh umat Islam di dalam PAS, PKR mahupun DAP. Dimana letaknya kepentingan Islam di dada mereka berbanding kedudukan sukan bola sepak negara? Mana lebih penting? Islam atau bola?



Sumber: klik sini

Tahniah "Majikan"..!!! "Bibik" cuba lagi dua tahun..!!!


Tahniah Majikan...!!! Nampaknya bibik kalah...hahahahaaaa..!!!

Harimau Baham Garuda Di Bumi Indonesia!

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Muda berjaya membuktikan kehebatan apabila membaham laskar Garuda pada final bola sepak Sukan SEA sekaligus menghadiahkan pingat emas kepada seluruh peminat bola sepak tanahair.

Disifatkan sebagai ibu segala pingat emas, ia memperlihatkan pasukan Malaysia bermain sepenuh jiwa dan raga untuk negara.

Meskipun dihujani dengan pelbagai provokasi dari penyokong-penyokong serta media tuan rumah, skuad Harimau Muda bimbingan jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, tetap gagah untuk berjuang sehingga ke saat akhir perlawanan yang penuh mendebarkan.

Bermula dengan jaringan awal pada minit ke-5 oleh pemain pertahanan Indonesia, Gunawan Dwi Cahyo, stadium Bung Karno yang dibanjiri lebih 100,000 orang penyokong fanatik negara jiran gamat berpesta meraikan gol tersebut.

Bagaimanapun, sorakan tersebut berjaya ‘dibisukan’ apabila lebih kurang 20 minit kemudiaannya, pemain tengah skuad Harimau Muda, Mohd Asraruddin Putra Omar, bertindak membenamkan diri untuk menanduk masuk gol penyamaan mengikat kedudukan perlawanan kepada 1-1.

Keputusan kekal kepada Malaysia dan Indonesia terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, perlawanan akhir merebut pingat emas Sukan SEA itu menjadi semakin sengit menyaksikan kedua-dua pasukan bertali arus mengatur serangan demi serangan.

Meskipun ditekan dengan permainan kasar dan ‘tackle’ keras yang dilakukan pemain Indonesia, Harimau Muda tetap konsisten dengan mempamerkan gerakan-gerakan merbahaya yang mencemaskan pintu gol lawan.

Namun, kedudukan 1-1 kekal sehingga pengadil meniup wisel penamat.

Penuh debaran, perlawanan dramatik tersebut diheret ke pertarungan masa tambahan yang kemudiaanya menyaksikan kedua-dua pasukan menjaringkan gol, namun dibatalkan atas kedudukan pemain yang berada dalam posisi “offside”.

Menyaksikan perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti, sudah tentu ia mampu menyebabkan ramai peminat sukan bola sepak negara menjadi sesak nafas.

Penyerang berbisa kelahiran Papua, Titus Bonai memulakan tendangan sepakan penalti bagi skuad Garuda berjaya menghasilkan gol pertama, namun jaringan tersebut berjaya dineutralkan oleh Mahali Jazli yang berjaya menewaskan penjaga gol negara jiran itu, Kurnia Miega.

Ratusan ribu penyokong skuad Garuda sekali lagi ‘dibisukan’ apabila sepakan penalti penjaring gol pertama perlawanan, Gunawan Dwi Cahyo, terkena tiang dan gagal menghasilkan gol, manakala pemain nombor 17 negara, Fandi Osman, berjaya menjaringkan gol menjadikan kedudukan kepada 1-2.

Bagaimanapun, skuad Indonesia menarik nafas lega apabila sepakan pemain tengah Harimau Muda, Fakri Shaarani berjaya diselamatkan Miega dan Egi Megiansyah berjaya menewaskan penjaga gawang gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Ketika kedudukan terikat 3-3, suasana stadium Bung Karno kembali mendebarkan degupan jantung setiap penonton yang keresahan menantikan kesudahan perlawanan penuh dramatik ini.

Sepakan penalti ke-empat bagi skuad Garuda dan Harimau Muda yang diambil oleh Ferdinand Sinaga dan Fazli Shas yang menggegarkan jaring memanaskan lagi kemuncak perlawanan yang penuh dramatik tersebut, menjadikan kedudukan terikat pada 4-4.

Sepakan penalti terakhir bagi kedua-dua pasukan sudah tentu memaksa semua penonton memberikan fokus 100 peratus di atas padang.

Bagaikan wira terbilang, Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apex sewajarnya diberikan setinggi-tinggi pujian apabila tangkas menangkis sepakan penalti Ferdinand.

Penyokong-penyokong skuad Garuda terpaku, kelu dan bisu, ada yang tertunduk hampir menangis.

Melengkapkan langkah bergaya skuad Harimau Muda membaham Garuda, Baddrol Bakhtiar menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua pasukan skuad bola sepak negara melepaskan sepakan padu, meskipun berjaya ditangkis sedikit oleh Miega, akhirnya bola tersebut tergolek masuk ke gawang gol Indonesia.

Kemenangan tersebut melebarkan jumlah pungutan pingat emas negara di dalam Sukan SEA sebanyak enam kali sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi skuad bola sepak negara pada kejohanan yang lalu di Laos pada tahun 2009.

Skuad Harimau Muda dijadualkan berangkat pulang kembali ke tanahair malam ini juga dan dijangka tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pukul 3.30 pagi ini. -mynewshub.my

GEMPARRR..!!! SAIFUDDIN NASUTION FITNAH ORANG ISLAM BERIBADAH KEPADA ALLAH..!!!


Woi Saifuddin Nasution 'muka berlubang"!!!! Orang pegi buat ibadah pun kau nak provoke dan buat fitnah ke??? Apa ke jenis manusia ko ni haaaaa...??? Ko dah termakan nasi kangkang Teresa Kok ke???

Ada ke patut dia tuduh Datuk Seri Dr. Muhammad Salleh guna duit NFC untuk pegi buat umrah di Mekah? Dia ni nak kena bala dari Allah ke apa? Dah la buat fitnah jahat, dia tuduh pulak umat Islam lain seleweng duit...

Oiii mangkukkk..!!! Kalau tak tahu apa-apa, diam je laaa..!!! DS Muhammad Salleh tu ke Arab Saudi untuk tujuan pemasaran daging NFC di timur tengah! Takkan la nak pasarkan kat dalam Malaysia je? NFC ada mission laaaa...bukan macam ko yang hidup celah ketiak Anwar je!

Dah kebetulan dia berada di Tanah Suci Mekah, salah ke kalau dia beribadah kepada Allah? Haaa??? Cuba cakap kat aku! Salah ke dia beribadah setelah kebetulan dia ada kat situ atas urusan duniawi???

Allah berfirman dan mafhumnya, carilah rezeki Allah itu sebanyak mungkin sedaya mampu dan jangan lupa pula beribadah menuju akhirat! Ko tak pernah dengar ustaz baca kitab ke? Apa ko ni tak pernah belajar agama ke dulu? Ko belajar agama dari orang Yahudi? Gitu?

Ko memang takde moral la, Saifuddin! Orang beribadah pun ko nak attack! Mana moral ko?

Aku nak ingatkan ko..pemimpin Pakatan Haram pun buat benda yang sama jugak. Diorang buat tour dari investment kat timur tengah, then sekaligus singgah di Mekah untuk tunai umrah. Kalau ko tak caya, tanya Pok Nik Ajisss dan Ustaz Azizan! Ko pegi tanya sekarang!

Diorang pagi teruk! Siap bawa delegasi ramai-ramai lagi! Tapi kami tak pernah serang pun tindakan diorang tu sebab kami tahu diorang pergi buat ibadah kepada Allah! Allah pun Tuhan kami jugak! Ko ada Tuhan ke tidak, Saifuddin...???!!!

Aku tak tahu la apa jenis manusia la ko ni, Saifuddin! Buat malu je ngaku beragama Islam, orang pergi beribadah pun ko serang dan fitnah! Ko tak rasa malu ke? Atau memang ko takde rasa malu dahhh???

LAWAK PAGI INI..!!! ANWAR DESPRATE NAK KE PUTRAJAYA..!!!

Ini dah desperate sangat dah ni...sampai gali lobang dengan Khalid Gagap nihhh..!!!

Monday, November 21, 2011

40 KEPING GAMBAR PANAS SEKITAR KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA - PWTC AHAD LALU...ENJOY!

Ahad baru ni aka ada pegi ke Konvesyen Media Sosial 1Malaysia kat PWTC..kebetulan aku ada bawak camera cap ayam aku...aku snap je la mana yang dapat...enjoy!

Antara panel forum Tony Yew dan Nobisha...blogger hebat nihhh..

Mamat yang pakai baju merah pertama dari kiri tu menang IPhone 4S..dia ada "hutang" ngan aku...hehe..

Nombor aku ada naik tak?

DS Rais Yatim bagi hadiah kat pemenang...

Ku Nan...serius jer brooo...

Adeh laaaaa...Soi Lek pun datang sekali ke?

Blogger top ranking dari Kedahhhh...heheheheeeeee...

Bila dua orang Pahang bertemu..macam-macam nak cerita...

Happy je Datuk Seri...

Antara VIP yang hadir...


Dr. MiM yang "dipaksa" baca Resolusi...err..sapa yang buat Resolusi tu? Korang semua setuju ke?

DS Najib dan VIPs serius mendengar "resolusi" yang "direka" oleh..?

Shakar, ko rasa-rasa aku lekat tak jadi calon Sembrong on next PRU ni?

Amboii...seronok nampakkk...heheheheeeee...

DS Najib mula berucap...

Diorang tu (pembangkang) semua penipuuu..!!!

Saya pergi buat haji pun diorang fitnah macam-macam, patut ke?

DS Najib makin lantang...

Diorang (pembangkang) dah takde modal nak attack saya...tu yang buat fitnah tuu...

DS Najib dah naik "syiekhh.."!

DS Najib terus panassss...

Kita dah ada bala tentera baru...

Siap la korang lepas ni..!!!

Jom ramai-ramai kita dedahkan temberang pembangkang!

Ingat...! Kita tak boleh lekaaaa..

DS Najib terus menghangatkan pentas...

Sapa pulak yang kentut niiihhh..potong betul laaaa..busuk sampai ke atas pentasss..!!!

Alamak aiii...dia tahu ke aku yang kentut ni? Busuk la pulak kentut aku kali ni...(heheh..gurau je bro!)

Ishhhh..!!! Diorang tak serik-serik nak buat dosa nak fitnah saya...

Hanya Allah saja yang akan balas dosa diorang...

DS Najib dah mula sejuk sikit...

Sejuk-sejuk pun jangan cuba main-main dengan DS Najib nihhh...

Salute for all BN media sosial supporters...together we go to war..!!!

...myvo1ce...

Datuk Shakar bagi cenderahati kat DS Najib...

Datuk Shakar sedang menerangkan maksud cenderamata ini...

Jap..jap..blom ready lagi ni...nak control hensem jap..heheheeeee...

Okay...snap cepat..tengah tahan napas nih...muahahahahaaaaa...!!!

Aku rasa aku kenal ngan mamat ni...dia ni "kawan baik" PapaGomo, kan? Muahahahaa...(jangan marah Gomo..gurau jer!)

Perghhh..!!! Fanatik brader nih...caya la brooo...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!