Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 29, 2011

PANASSS..!!! PANDAI SUNGGUH ANWAR PILIH KAWAN..!!!

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul.[1]

“Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).[2]” [ Surah Al – Mumtahanah : Ayat 1 – 2 ]

Di atas diberikan firman Allah SWT mengenai cara-cara dan adab-adab bagi umat Islam untuk memilih rakan. Dan firman Allah SWT itu juga dikuatkan dengan sabda Rasulullah SAW seperti yang berikut:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Demikianlah digambarkan betapa Islam menganjurkan umatnya agar bukan saja perlu memilih untuk menjalinkan persahabatan dengan seseorang, malah umat Islam juga perlu bijak untuk memilih rakan-rakan mereka.

Namun, agak memeranjatkan apabila seorang yang dikatakan warak, cukup Islamik dan dinobatkan sebagai “pemimpin anugerah Tuhan” memilih Yahudi sebagai teman-teman baiknya. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim yang saya maksudkan.

Tidak dinafikan bahawa Anwar Ibrahim memang berkawan dengan sebilangan tokoh-tokoh Islam, namun Anwar dilihat lebih akrab dengan golongan-golongan Yahudi dan proksi-proksi Rejim Zionis yang memusuhi Islam sejak zaman berzaman.

Perkara ini dibuktikan dengan keputusan Anwar untuk tinggal di Amerika Syarikat setelah dibebaskan dari penjara beberapa tahun lalu. Persoalannya, mengapa Anwar memilih Amerika Syarikat sedangkan sekalian dunia tahu bahawa negara “Uncle Sam” itu merupakan sebuah negara”proksi Yahudi”.

Sedangkan, Anwar boleh memilih untuk tinggal di Arab Saudi, Turki atau mana-mana negara Islam yang dikatakan menjadi sahabatnya. Misalnya, sekiranya Anwar memilih Arab Saudi untuk menjadi tempat tinggal dahulu, sekurang-kurannya dia boleh beberapakali menunaikan haji, umrah dan menziarahi Rasulullah SAW di maqam Baginda. Dan Anwar juga boleh rapat dengan ramai cendekiawan dan ulama Islam tersohor di sana, bukan?

Mengapa dia memilih Amerika Syarikat untuk menjadi “rumah kedua”nya? Bijakkah Anwar memilih rakan?

Saya difahamkan bahawa Anwar baru-baru ini berlepas ke luar negara untuk bertemu dengan AlGore, salah seorang sahabatnya yang memperjuangkan Lesbian, Gay, Transgender dan Bi-Seksual (LGBT). Dengan orang sebegitukah Anwar jadikan sahabat? Padanlah video skandal Anwar bersepah-sepah di seluruh dunia!

Ramai yang tahu bahawa Anwar sangat rapat dengan beberapa tokoh pro-Yahudi. Antara yang dipilih Anwar untuk menjadi rakan karib dan rujukannya ialah Paul Woltfowitz, George Soros, Howard Berman dan ramai lagi. Mengapa Anwar memilih golongan Yahudi yang terkenal dengan kezaliman mereka terhadap umat Islam sebagai sahabat?

Kini dipercayai Anwar sudah dibawah telunjuk mereka. Salah satu buktinya ialah tindakan Anwar yang menyokong perjanjian berat sebelah, The Annapolis Summit, tajaan US berhubung pertelingkahan Palestin-Israel. Mengapa Anwar sokong perjanjian tersebut sedangkan seluruh negara Islam timur tengah, Hamas, Fatah, malah semua negara Islam membantah? Anwar ternyata pro-Yahudi!

Apa lagi yang diharapkan dari Anwar? Melihat Anwar kini, saya tidak terkejut sekiranya Rejim Zionis Yahudi Israel akan membukan sebuah pengkalan ibupejabat Mossad di Malaysia sekiranya “sesumpah” itu berkuasa nanti!

Woi Din Puduraya..!!! Apa ke halnya hang nihhh..???!!!

Harap-harap dengan "jambul" terbaru aku ni..minah kat Puduraya tu boleh aku "ngap" kot..?

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini menyatakan bahawa adalah “tidak wajar, tidak adil dan membazir bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengupah orang asing untuk menaikkan imej beliau”. Jika difikirkan, sekali imbas, tentu ramai yang malas berfikir akan terpengaruh dengan kenyataan ini.

Cuba rujuk kembali kenyataannya. “Orang asing” yang dimaksudkan itu ialah Alastair Campbell yang pernah menjadi Ketua Komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Kemudian, Campbell dikatakan diupah untuk menaikkan “imej Datuk Seri Najib” di persada dunia. Itu maksud Salahuddin dari kenyataannya itu.

Berikut adalah kenyataan Salahuddin yang disiarkan oleh Harakah Daily:
“Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan
imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu, ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat
untuk kepentingan peribadi dan partinya,”

Pertamanya, Salahuddin itu sendiri tidak pasti sama aa benar atau tidak fakta yang mengatakan Perdana Menteri upah Campbell untuk menaikkan imej beliau. Jadi, mengapa pula tiba-tiba Salahuddin membuat kenyataan mengenai sesuatu yang dia sendiri tidak pasti mengenainya? Itu namanya membuat pertuduhan! Satu pertuduhan yang kemudiannya diikuti dengan kenyataan yang berunsurkan fitnah dan berniat jahat memburuk-burukkan Datuk Seri Najib!

Keduanya, apakah Salahuddin mempunyai bukti kukuh atau menyemak terlebih dahulu perkara tersebut sebelum membuat pertuduhan? Jika ada, sila kemukakan bukti atau Salahuddin boleh dikategorikan sebagai pelopor fitnah terhadap saudara seIslamnya sendiri. Salahuddin tahu atau tidak tentang hukum fitnah menurut Islam? Mursyidul Am PAS belum ajar lagikah bab fitnah kepada Salahuddin?

Ternyata apa yang Salahuddin katakan itu tidak berasas sama sekali kerana dia sendiri tidak pasti tentang fakta yang dikatakannya itu.

Kedua, sebenarnya, Datuk Seri Najib tidak pernah mengupah sesiapa, mana-mana individu, pertubuhan, agensi atau mana-mana pihak pun untuk menaikkan imej beliau di Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa. Selama beliau diangkat menjadi Perdana Menteri pada April 2009 dahulu, Datuk Seri Najib yang bertungkus lumus membuktikan kepada semua bahawa beliau sememangnya layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Seluruh rakyat Malaysia dan satu dunia bertumpu kepada Datuk Seri Najib untuk menilai kebolehan beliau dan nampaknya beliau berjaya membuktikan dirinya dengan mengemudi negara begitu baik sekali berbanding Pak Lah sebelumnya. Lihat saja pelbagai dasar dan perubahan transformasi yang dilaksanakan, kebanyakannya semua membuahkan hasil yang positif.

Sebenarnya, Datuk Seri Najib hanya mewarisi satu saja kontrak perjanjian untuk menaikkan “imej”. Itu pun bukannya menaikkan imej beliau secara peribadi, sebaliknya ia adalah kontrak yang dibuat oleh Pak Lah dengan sebuah agensi antarabangsa untuk membaik pulih dan meningkat imej NEGARA di peringkata antarabangsa. Tidak lebih dari itu.

Itu pun ia dibuat atas rasional kerajaan memandangkan perbuatan Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang sering keluar negara serta bertindak memburuk-burukkan Malaysia. Anwar misalnya, (yang kononnya miskin), sanggup mengelilingi dunia buat “tour” untuk memburuk-burukkan Malaysia dan individu yang memegang jawatan Perdana Menteri. Maklumlah, dia memang idamkan jawatan tersebut!

Atas itulah imej Malaysia terpaksa dibaik pulih dan dibersihkan dari “tahi-tahi” yang dibuat oleh Anwar di luar negara. Dan kerana untuk membersihkan “tahi-tahi” itulah maka wang negara terpaksa digunakan untuk membersihkan nama negara. Itu semua kerana kerja kotor dan keji Anwar. Kerana dia, negara kita terpaksa kehilangan wang. Dia punca sebenarnya!

Justeru itu, adalah sangat tidak wajar untuk Naib Presiden PAS menuduh yang bukan-bukan terhadap Datuk Seri Najib. Bukan saja memfitnah, malah dia seolah-olah sengaja memburuk-burukkan Presiden UMNO/BN itu untuk kepentingan politiknya. Kalau nak serang, seranglah secara sihat dan punya alasan yang kukuh, tak ada sesiapa nak marah.

Tapi, bila Salahuddin buat serangan yang tidak berasas begini, ia akan menggambarkan bahawa Salahuddin sengaja menabur tohmahan jahat terhadap Perdana Menteri dan ia tidak langsung menggambarkan Salahuddin sebagai seorang pemimpin pembangkang yang sihat. Sekiranya pemimpin-pemimpin pembangkang begini sikapnya, jangan salahkan rakyat untuk menolak mereka pada PRU ke-13 kelak!

Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! TERKINI..!!! IBUPEJABAT PKR DI TROPICANA DIPECAH MASUK? DOKUMEN SULIT HILANG..??!!!


Memang panas khabar yang saya terima sebentar tadi..!!! Seorang rakan lama yang merupakan seorang penyokong tegar PKR sejak 1998 telah memberitahu saya tentang satu kejadian menggemparkan berlaku di ibu pejabat PKR di Tropicana.

Sambil memaki hamun pihak yang dia sendiri tak tahu siapa, dia mengesyaki bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh "orang dalam PKR sendiri" memandangkan tiada sebarang tanda pecah masuk di ibu pejabat tersebut.

Menurut sumber, ibu pejabat PKR tersebut telah dipecah masuk secara senyap baru-baru ini yang mengakibatkan kehilangan beberapa dokumen penting dan sulit.

Sepenting mana atau sesulit mana dokumen-dokumen yang hilang itu tidaklah saya ketahui, namun dikhabarkan ia mengandungi maklumat-maklumat dan perancangan Pakatan Haram itu untuk masa hadapan.

Disyaki bahawa dokumen itu juga mempunyai hubungkait dengan strategi Pakatan Haram pada PRU ke-13 dan beberapa propaganda lain.

Sejauh mana kebenaran mengenai insiden dan kehilangan dokumen tersebut masih belum dapat dipastikan. Namun insyaAllah saya akan cuba mencari maklumat mengenai "rahsia Pakatan Haram" yang hilang itu...nantikan cerita selanjutnya..!!!

PANASSS..!!! ANWAR BLOCK DET DI TWITTER..!!! TAKUT LE TUHHH..!!!


Selama ini Anwar Ibrahim dan konco-konconya menjerit-jerit kononnnya memperjuangkan kebebasan media. Dan dia dibuktikan menipu apabila berdolak-dalik untuk menjawab soalan-soalan dari wartawan.

Malah, dia turut marah bila ditanya wartawan terutamanya soal JAM TANGAN OMEGA dan DNA.

Terbaru, blogger pula menjadi mangsa. Blogger Darul Ehsdan Today (DET) telah diblock oleh Anwar, Wan Azizah dan Saifuddin Nasution dari mengikuti Twitter milik mereka.

Hairannya, apa yang diorang takut sangat dengan DET? Takut nak berdebat dengan DET? Takut bertwitter dengan DET? Macam tu ke cara Anwar, Wan Azizah dan Saifuddin katakan sebagai kebebasan bersuara dan media?

DET bukan Perdana Menteri pun. Dia hanya blogger politik saja. Itu kerjanya untuk bertanyakan sesuatu maklumat kepada pemimpin-pemimpin politik. Susah sangat ke nak jawab soalan DET? Heheheheeee...

Dengan DET pun Anwar tak boleh lepas, inikan pula dengan PM! Syabas DET! Lu dah buat Anwar bisu! Lu memang hebat DET! Anwar pun tak mampu nak lawan debat dengan lu. Muahahahahaaaa....!!!

GEMPARRR..!!! ANWAR MENTERI KEWANGAN TERBAIK? MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI...

Kita faham, penulis faham. Sebagai sebuah parti yang tidak ada matlamat perjuangan jelas melainkan memperjuangkan nasib seorang individu yang mengasaskan penubuhannya dari belakang tirai besi, sudah tentu PKR akan bermati-matian mengagung-agungkan Anwar Ibrahim sebaik yang boleh.

Dengan semua cabang dalam komponen pakatan haram pembangkang menumpukan isu hutang negara (lanjutan dari pendedahan laporan ketua audit 2010) sebagai senjata terbaru untuk menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri, maka banyaklah apa yang dipanggil ‘kajian-kajian’ oleh badan-badan yang tidak tahu dari mana asal, sejauh mana kredebeliti dan intergritinya, yang timbul untuk menyokong ‘fakta’ yang kononnya Anwar lebih baik dalam soal mengurus kewangan.

Terbaru, dikatakan yang Anwar telah berjaya menurunkan hutang negara sepanjang menjadi Menteri Kewangan selama 6 tahun (1992 – 1998). Ini adalah berdasarkan penemuan yang dibuat oleh Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU), sebuah badan pemikir diketuai Ooi Heng yang ditubuhkan selepas pilihanraya 2008 untuk mengkaji prestasi kewangan negara yang lepas-lepas dibanding dengan sekarang.

Sebelum kita bermula lebih jauh, nama lama KPRU ialah Keadilan Parlimentary Research Unit.

Tapi sudah tentu media pembangkang seperti Harakah tidak akan menyebut yang itu, sebaliknya menggunakan ‘Kajian Politik Untuk Perubahan’ untuk menggambarkan KPRU kononnya nak tunjuk yang badan ini dan penemuan yang dibuatnya bebas dari pengaruh politik. Tapi kita belum bodoh lagi.

Apa pun, bila badan pemikir yang dibiayai Anwar mengeluarkan kajian, apa yang boleh kita harap dari hasil kajian tersebut? Adakah ia akan memberi gambaran yang buruk tentang Anwar? Sudah tentu tidak, nak mati ke?

Cakap soal kewangan negara ini, apa yang penting ialah bukan perkara yang lepas tapi perkara yang akan datang. Anwar pun dulu Menteri Kewangan saja dan Timbalan Perdana Menteri, bukan Perdana Menteri pun. Apa yang pembangkang nak bangga sangat dengan ‘kehebatan’ Anwar semasa menjadi menteri dalam kerajaan BN yang mereka tentang?

Secara tak langsung pembangkang akui juga bahawa ada satu tempoh sepanjang lebih 50 tahun BN memerintah ini yang keadaan kewangannya ‘hebat’. Takdelah macam sekarang, semua pun tak baik dari dulu sampai sekarang.

Balik pada tajuk.

Dengan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dibawah pemerintahan pakatan haram pembangkang, sejauh mana hebat Anwar menguruskan ekonomi yang kita boleh bangga sangat? 3 tahun memerintah, 3 tahun perbelanjaan defisit. Memang masa bentang belanjawan tidak defisit tapi selepas itu berapa banyak perbelanjaan tambahan yang dipohon hingga akhirnya belanjawan menjadi defisit?

Ini baru bercakap tentang pengurusan kewangan negeri, bagaimana dengan pengurusan kewangan negara yang sudah tentu jauh berbeza.

Penulis tak pastilah hebat mana Anwar dulu. Memang pertumbuhan dalam negara kasar Malaysia antara 1990 – 1997 itu berkembang disekitar 8%, tapi itu bukan disebabkan Anwar seorang. Tanpa dia pun negara akan tetap mencapai pertumbuhan pada kadar yang sama, dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi serantau sesuai dengan kebangkitan Asia sebagai kuasa ekonomi pada ketika itu.

Cuma pada yang telah mempunyai pinjaman perumahan antara 1997 dan 1998, cuba ingatkan kembali bagaimana Anwar (ketika itu Menteri Kewangan) menaikkan Basic Loan Rate (BLR) yang mempengaruhi bayaran balik pinjaman bulanan sehingga ada yang tidak mampu dan akhirnya rumah terpaksa dijual.

Pada penulis yang terasa kesan tindakan Anwar, itulah legasi ‘kehebatan’ Anwar dalam mengurus kewangan negara pun.

Kesimpulannya beginilah, disaat ini Anwar benar-benar ketandusan isu untuk menyaingi populariti Perdana Menteri yang semakin meningkat. Tapi taklah penulis sangka, betul punya terdesak sehinggakan kajian tahap sampah macam ini pun digunakan oleh Anwar untuk menunjukkan dirinya hebat dalam mengurus kewangan.


Sumber: klik sini

Friday, October 28, 2011

Wardina Tak Perlu Hipokrit...Ngaku je laaaa...Kitorang Tak Kisah Pun...

Sebenarnya, saya pelik dengan kerenah seorang artis dan selebiriti wanita yang merasakan dirinya bagus, intelek, seolah-olah ‘berkasta tinggi’ dan sentiasa menganggap pandangannya itu betul. Siapa lagi artis wanita itu jika bukan Wardina Safiyyah.

Sebagaimana kita tahu, sejak Wardina mengubah imejnya dari tidak bertudung kepada imej yang lebih baik dan mengenakan tudung, identiti baru Wardina itu dipuji serta diakui sebagai satu tindakan yang sangat baik. Saya sendiri suka dan puji dengan tindakan Wardina tersebut.

Dijelaskan di sini, pujian dan sokongan tersebut adalah kerana penghijrahan dan penampilan imejnya yang lebih Islamik. Meskipun masih lagi mengenakan pakaian yang agak menampakkan bentuk tubuhnya dan menayangkan bentuk dengan menjadi model produk kelansingan badan, tindakan Wardina itu boleh dikira sebagai satu permulaan yang baik untuk menutup aurat. Itu saja.

Namun malangnya, penghijrahan identiti Wardina itu tidak sekata dengan penghijrahan minda dan sikap Wardina. Setelah bertudung, dia sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi yang mencetuskan kekeliruan serta dikatakan sering berlagak lebih bagus dari orang lain, termasuk rakan-rakan artisnya.

Suatu ketika dahulu, Wardina pernah mengeluarkan kenyataan berbaur politik terhadap Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan seolah-olah mencabar Menteri itu untuk bertanding pada pilihanraya akan datang. Komen “retweet”nya di laman twitter Shahrizat menggambarkan dia seolah-olah mahu menceburi bidang politik dengan bercita-cita untuk duduk ditempat Shahrizat di Parlimen.

Ekoran itu, dia “dibelasah” teruk oleh beberapa blogger politik semasa yang mempertikaikan tindakan bodohnya itu. Tidak tahan dengan serangan blogger tersebut, Wardina bertindak mengadakan sidang media menjelaskan bahawa dia tidak punya kaitan atau minat dengan dunia politik! Munasabahkah kenyataan Wardina itu jika dibandingkan dengan kenyataannya pada Shahrizat?

Setelah insiden itu reda, Wardina sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila mengecam sebilangan artis yang ditanya wartawan mengenai perlaksanaan hukum hudud. Kata Wardina, selain mengutuk wartawan yang berartis-artis tersebut tidak layak memberikan komen mengenai perkara itu kerana tidak berilmu.

Saya tertanya-tanya, dengan penghijrahan Wardina dari sudut pakaian, apakah dia berhak menghukum rakan-rakan artisnya sebagai tidak berilmu? Apakah semata-mata kerana Wardina kini bertudung maka dia berhak untuk menafikan rakan-rakan artisnya memberikan pandangan? Jika benar pun rakan-rakan artisnya itu tidak berilmu, apakah mereka diharamkan oleh hukum Islam untuk memberikan pendapat mengenai hudud dari perspektif mereka? Siapa Wardina untuk menafikan hak mereka bersuara?

Terbaru, Wardina yang sering rasa dia semua betul itu telah dibidas oleh anak gadis Timbalan Perdana Menteri, Najwa Muhyiddin. Dalam insiden di twitter itu, Wardina sekali lagi turut campur soal politik dengan mengandaikan bahawa anak-anak Menteri tidak ada seorang pun yang belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan.

Meskipun Wardina meletakkan tanda soal dalam andaiannya itu, kenyataan di twitter tersebut jelas cuba memburuk-burukkan keluarga Menteri-Menteri. Setelah di”terjah” Najwa, baru dia “terbongek” dan “cover” malu! Pada pandangan saya, jika Najwa tidak bersuara, sudah tentu Wardina akan tersenyum puas!

Begitulah Wardina Safiyyah. Seorang wanita cantik bertudung yang menafikan terlibat atau menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini. Namun, dari gaya bahasa dan sikap yang ditunjukkan, rasanya budak mentah pun tahu dia berpihak kepada parti mana. Pada saya, Wardina tak perlu hipokrit untuk mengaku menyokong mana-mana parti pada ketika ini kerana ramai sudah nampak “belang” sebenar pendiriannya.

Tak payah takut, Wardina. Kalau berpihak kepada DAP sekali pun, saya akan hormati pendirian Wardina itu, tapi tak perlulah hipokrit untuk menafikan sesuatu yang kini menjadi “open secret”. Ramai yang dah tahu…


Sumber: klik sini

GEMPARRR..!!! YUSOF QARADAWI PUN TAHU "SIAPA" ANWAR..!!!


Jika merujuk kepada perjanjian damai yang berat sebelah kepada rejim zionis Yahudi, antara Israel dan Palestin tajaan Amerika Syarikat yang dinamakan The Annapolis Summit, anda tentu akan dapati nama Anwar ada tersenarai di dalam golongan yang menyokong penuh perjanjian tersebut.

Terkejut atau tidak, nama Anwar sebagai "former deputy Prime Minister of Malaysia" memang menyokong penuh perjanjian yang ditentang seluruh negara Islam timur tengah, Hamas, Kerajaan Palestin dan semua dunia Islam!

Selain itu, apa yang menjadi rahsia PAS selama ini mengenai Anwar mendedahkan bahawa Prof Dr. Yusof Qardawi berpesan kepada Tuan Guru Haji Hadi agar “berhati-hati dengan Anwar Ibrahim” sewaktu Presiden PAS dan rombongannya meminta pandangan Ikhwanul Muslimin dalam pertemuan mereka di London sebelum 16 September 2008.

Pesanan ini tidak didedahkan kepada umum supaya kredibiliti Anwar tidak terjejas.

Dr. Yusof Qardawi menjelaskan penglibatan Anwar dengan Amerika amat mencurigakan apabila RAND Corporation (US) mendedahkan tentang penglibatan Anwar secara langsung dalam buku yang bertajuk “Building Moderate Muslim Network” terbitan yayasan itu dan ditaja oleh Smith Richardson Foundation.

Dalam buku ini didedahkan strategi Amerika merosakkan Islam dengan menaja kumpulan Muslim Moderat di seluruh dunia. Salah satu ciri Muslim Moderat adalah menolak Mahkamah Syari’ah, mengembangkan pluralisma agama dan menggalakkan dialog antara agama.

Smith Richardson Foundation juga merupakan penyumbang tetap kepada satu pertubuhan
Yahudi (Jewish Institute For National Security Affair). Jumlah sumbangan tetap yang disalurkan berjumlah USD 125,000 setahun bagi 2002 dan 2003.

Memang licik permainan budak Cerok Tok Kun ini. Sebenarnya dah nampak sangat dia dah ‘kemaruk’ nak jadi PM selepas PRU12 lalu. Rupa-rupanya ada ‘sponsor’ dari luar sana.

Jangan sampai Allah beri teguran pada Anwar untuk kali yang seterusnya, sudahlah… Anwar perlu insaf dan sedar bahawa peristiwa pemecatannya dalam tahun 1998 sehingga terpenjara selama 6 tahun adalah sebagai balasan ‘dosanya terhadap PAS’.

HAIIIYAAAA..!!! PASAL ROTI PUN PAKATAN HARAM MAU JELES KAAAA..??!!!

Selepas kerajaan memperkenalkan Restoran Rakyat 1Malaysia bagi membantu rakyat menikmati makanan berkualiti dengan harga yang minimum, kini parti Barisan Nasional melangkah setapak ke hadapan apabila memperkenalkan pula bantuan Roti 1Malaysia.

Jika makanan di Restoran Rakyat 1Malaysia dikenakan bayaran, Roti 1Malaysia pula diberikan secara percuma kepada mereka-mereka yang terpilih. Buat permulaan, Rumah-rumah anak yatim, Rumah orang-orang tua serta Tuna Wisma (orang tak berumah) diberikan bantuan ini.

Dibawah sumbangan Breadstory Group, Pengerusi program Roti 1Malaysia, Datuk Anne Eu menjelaskan bantuan ini adalah salah satu cara bagi membuktikan kerajaan amat prihatin kepada rakyat yang kurang bernasib baik. DS Najib terbukti mengotakan janjinya untuk mendahulukan rakyat.

Program Roti 1Malaysia ini secara keseluruhannya adalah dibawah naungan Datuk Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dan beliau berharap penyertaan bagi menjayakan program ini akan dipertingkat melalui penyertaan bakery lain serta hotel.

Setiap program mengutamakan rakyat sebegini jelas membuktikan bahawa kerajaan pimpinan DS Najib amat mementingkan rakyat dan sememangnya berhasrat membantu menaikkan taraf hidup mereka yang kurang bernasib baik. Inilah visi 1Malaysia yang diilhamkan selama ini oleh Perdana Menteri.

Tidak dinafikan bahawa usaha pihak yang terlibat menjayakan Roti 1Malaysia ini amatlah baik dan harus dipuji. Selain membantu mereka yang kurang bernasib baik, program-program sebegini juga dapat menjadi sebahagian usaha pembangunan bangsa.

Sebelum ini, pihak DAP dan Pakatan Rakyat memperkenalkan Menu Rakyat bagi menyaingi Restoran Rakyat 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri. Bagaimana pun, usaha pihak DAP tersebut mendapat kecaman daripada penyokong-penyokong kerajaan kerana ianya terang-terangan meniru pendekatan Barisan Nasional.

Apakah dengan wujudnya Program Roti 1 Malaysia ini, ia juga akan turut menjadi mangsa ciplak oleh DAP dan juga para pemimpin Pakatan? Jika mereka menawarkan harga yang lebih murah didalam sajian Menu Rakyat, adakah ada yang lebih murah dari Roti 1 Malaysia yang percuma ini?

Apapun, populariti DS Najib Razak serta kerajaan Barisan Nasional ternyata semakin meningkat dan segala program kerajaan sentiasa mendapat sambutan baik dari rakyat. Ini tentunya membuatkan gerombolan Pakatan tak lena tidur memikirkan strategi selanjutnya untuk menjatuhkan imej kerajaan.

Yang pasti, rakyat kini semakin nampak bahawa DS Najib serta seluruh kepimpinan Barisan Nasional sedang berusaha merealisasikan slogan Rakyat didahulukan menerusi program 1Malaysia. Tak mustahil selepas ini DS Najib akan menerajui kemenangan bergaya kerajaan di PRU akan datang.


Sumber: klik sini

Wira-wira Moden Dunia Islam Yang Gugur...Al-Fatihah...


Apakah anda kenal nama-nama dan wajah dalam gambar di atas?

Mereka semua adalah bekas pemimpin dunia Islam yang sebahagian besar dipercayai mati dibunuh sama ada secara langsung oleh ejen Yahudi atau ejen Amerika Syarikat atau secara tidak langsung dengan cara membakar emosi rakyat bangun memberontak menentang kepimpinan mereka.

Jika kita membaca sejarah, banyak perkara buruk yang diketengahkan media dan ahli sejarah barat mengenai diri mereka semua.

Dialog dan lirik yang sama didendangkan…kononnya mereka semua adalah korup dan memiliki harta yang banyak.

Namun hakikatnya, semua mereka adalah antara wira-wira Islam yang berjuang dan membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Dan akhirnya…imej mereka dimusnahkan media-media barat. Mungkin itu cara untuk mengekang kebangkitan Islam.mynewshub.my

Mungkin anda boleh menyenaraikan beberapa lagi nama pemimpin Islam yang gugur disebabkan permainan Yahudi dan Amerika di zaman moden ini?

Persoalannya, apakah salah seorang pemimpin Kerajaan di Malaysia ini juga akan turut menjadi mangsa komplot agen Yahudi atau agen Amerika Syarikat?

Siapa proksi sebenar Yahudi di Malaysia yang baru-baru ini bertemu dengan AlGore dan bersahabat baik sering berpelukan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi yang lain?

Anda tahu?

KHAS UNTUK BOB LOKMAN: Melayu itu Islam adalah salah.., PAS itu Islam baru betul..


Di dalam satu forum wacana yang bertajuk ‘Belia: Antara Seni dan Maksiat’ sempena Karnival Belia Muslim di Taman Kubang Gajah semalam, Mohd Hakim Lokman atau yang lebih dikenali dengan nama Bob Lokman menyifatkan istilah Melayu itu Islam adalah salah.

Bob yang tidak sampai setahun menyertai PAS mengaku bahawa selama 47 tahun dia terpengaruh dengan istilah Melayu itu Islam sehingga tak dapat membezakan antara betul dan salah.

Diatas sebab istilah tersebut, Bob Lokman mendakwa dirinya tidak pernah terdetik untuk menilai semula tauhid serta menuntut ilmu berkaitan dengan Islam sebelum dia mengenal PAS. Bob juga menegaskan bahawa istilah Melayu itu Islam juga melalaikannya untuk kembali kejalan yang benar.

“Saya baru 9 bulan berada di atas jalan pulang yang benar…tau kenapa setelah umur 47 baru sedar? Sebab kesilapan paling besar saya lambat ialah kerana selama ini saya terpengaruh dengan istilah Melayu itu Islam”, kata Bob.

Agak mengejutkan apabila Bob Lokman juga menyalahkan institusi keluarga apabila dia menyifatkan sebahagian keluarga melayu tidak peka kepada agama. Kata Bob lagi, kebanyakan keluarga melayu rasa tidak kisah jika pergi konsert buka, aurat dan pergaulan bebas. Semuanya kerana selesa dengan pegangan Melayu itu Islam.

Disini nampak seperti Bob Lokman mahu menyalahkan ibubapanya sendiri diatas kelewatannya menyertai PAS. Apa bezanya keluarga Bob jika dibandingkan dengan keluarga-keluarga melayu yang ditohmahnya itu? Dari satu segi, Bob Lokman secara tak langsung mengatakan bahawa PAS itulah adalah Islam yang sebenar.

Mengikut definasi Bob Lokman, hanya PAS lah yang mampu membawa kembali manusia ke jalan yang benar dan PAS sajalah yang mampu menyekat gejala sosial dari berlaku dikalangan anak muda generasi sekarang.

Dengan ucapan dari Bob itu, kita sebenarnya patut bersimpati kepada kedua-dua ibubapa Bob Lokman kerana sudah jelas mereka mempunyai anak yang tak tahu bersyukur. Bob Lokman sendiri mengaku yang selama 47 tahun dia sesat akibat tak diajar mengenai dimana letaknya Islam yang sebenar.

Bob secara tak langsung menyalahkan ibubapa sendiri telah diatas sebab kekurangan tersebut. Dan ibubapa Bob Lokman juga seolah-olah dipertanggung jawabkan sebagai gagal didalam memberikan ajaran tauhid kepada anak mereka sendiri.

Semua ini bukti bahawa ajaran PAS bukan saja mampu menyelewengkan aqidah, tetapi ajaran PAS juga mampu menjadikan seorang anak menidakkan jasa serta pengorbanan ibubapanya hanya kerana terlampau taksubkan sifat kepartian yang bertopengkan agama.

Jika beginilah keadaannya.., PAS ternyata lebih berbahaya dari ajaran-ajaran sesat lain yang terdapat didalam negara. Rakyat Malaysia harus berhati-hati terhadap tipudaya PAS yang amat licik ini. Bob Lokman telah membuktikannya dengan mengibaratkan PAS itu sebagai Islam yang sebenar.

Sumber: klik sini

MENU 1MALAYSIA VS. MENU RAKYAT..!!! NAH AMIK KO..MUFTI PERAK TEMPELENG TERESA KOKKKK..!!!


Nah amik hang Teresa Kok!!! Kan dah kena penampar sebijik! Tu laaa..tak sedar diri tu kafir harbi tiba-tiba nak jadi JAKIM suka-suka bagi status halal! Padahal, halal tu pun dia tak tahu apa makna sebenarnya...

Menu Rakyat “Halal”: Hanya JAKIM Tentukan Hukum

Golongan bukan Islam di negara ini digesakan untuk tidak bercakap mengenai soal hukum halal dan haram bagi sesuatu makanan bagi umat Islam di negara ini memandangkan ia mampu menyebabkan kekeliruan dan penghormatan kepada agama tersebut.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sama ada makanan itu halal atau haram dimakan oleh umat Islam, ia bukanlah ditentukan sesuka hati oleh sesiapa sahaja tanpa merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Tak boleh la letak hukum begitu saja, sepatutnya kenalah rujuk kepada JAKIM terlebih dahulu.

“Siapa mereka nak tentukan (makanan) tu halal atau haram? JAKIM saja yang berhak dan diberi kuasa dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Myneshub.my di sini hari ini.

Mufti Perak itu dihubungi bagi mengulas mengenai sebuah restoran sayur-sayuran milik bukan Islam yang dikatakan ‘halal’ oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang mempromosikan ‘Menu Rakyat’nya yang lebih murah berbanding ‘Menu 1Malaysia’, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memperkenalkan dan mencuba ‘Menu 1Malaysia’ yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan untuk semua golongan rakyat.

Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Don Daniyal Don Biyajid pula berkata, golongan bukan Islam perlu menghormati soal hukum hakam agama Islam sebagaimana umat Islam di negara ini yang menghormati agama mereka.

“Saya sendiri tidak berhak untuk menentukan soal halal atau haram di negara ini, yang berhak hanyalah satu badan kerajaan yang diberikan kuasa tersebut iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi tidak wajarlah Teresa Kok ‘halal’kan…

“Oleh itu, saya minta agar mereka yang bukan Islam jangan bercakap mengenai halal atau haram makanan tersebut, tanya, belajar dan fahami dahulu tentang soal itu, barulah bercakap,” katanya kepada Mynewshub.my.

Menurut Don Daniyal, Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam sebuah hadis di mana Baginda menegaskan bahawa makanan yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, serta terdapat perkara-perkara yang menimbulkan was-was di antara keduanya.

Lanjutan dari sabda Rasulullah SAW itu juga katanya meminta seluruh umat Islam untuk menjauhi makanan yang menimbulkan rasa was-was tersebut, termasuklah makanan yang disediakan oleh golongan bukan Islam.

Don Daniyal menjelaskan bahaw bukanlah beliau bermaksud untuk mencurigai makanan yang disediakan oleh golongan bukan Islam itu tidak bersih, namun memberitahu bahawa umat Islam digalakkan untuk memilih makanan yang disediakan oleh umat Islam untuk menghilangkan rasa was-was tersebut.

“Memang Islam mementingkan kebersihan dalam pemakanannya, namun tidak dinafikan bahawa makanan yang disediakan umat Islam juga kadang kala kurang bersih.

“ Namun jika difikirkan, sedangkan makanan yang disediakan oleh umat Islam pun kadang kala diragui kebersihannya dari segi hukum, apatah lagi makanan yang disediakan oleh bukan Islam,” katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenainya, beliau meminta agar umat Islam memahami konsep hukum makanan yang halal dan haram menurut Islam dan tidak memakan sesuatu yang belum disahkan halal oleh pihak JAKIM.

“Konsep halal dan haram bukan sekadar terhad kepada daging itu (khinzir) sahaja, ia merangkumi segala aspek sumber makanan tersebut seperti tukang masaknya, bahan-bahan, barang-barang yang digunakan dan sebagainya,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa mana-mana pihak perlu merujuk terlebih dahulu dengan JAKIM sebelum menyatakan sesuatu makanan itu halal atau haram untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. –Mynewshub.my

Lawak pagi ini..!!! NAJIB MEMPERKASA...ANWAR MEMPERKOSA..!!!

Jauh bezanya antara MEMPERKASA dan MEMPERKOSA...hehehehe...teruk betul Anwar ajar rakyat dan penyokongnya..!!! Cissss..!!! Jangan harap kitorang akan terpengaruh dengan dakyah Anwar tuuuu...!

Thursday, October 27, 2011

Panasss..!!!Surat Pedas Zaini Hassan Untuk Pok Nik Ajis Kat Kelantan..!!!


SAYA amat teruja membaca berita utama New Straits Times (NST) semalam (25 Oktober) mengenai langkah kerajaan Pas Kelantan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk mengkaji “kemungkinan melaksanakan” Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, atau hukum hudud di negeri itu. Jawatankuasa itu terdiri daripada panel 19 anggota.

Saya juga cukup teruja kerana selepas Nik Aziz Nik Mat berhempas pulas membangkitkan isu itu (terutamanya menjelang ketibaan pilihan raya umum) sejak 1990-an (kira-kira 20 tahun lalu), baru kini ia mahu dikaji?

Sepatutnya ia hanya menunggu untuk pelaksanaan sahaja dan soal teknikal telah diselesaikan sejak belasan tahun malah puluhan tahun dulu lagi.

Saya dan mungkin jutaan lagi rakyat Malaysia amat hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pembangunan Islam Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah itu.

“Ia (panel itu) akan mengkaji kemungkinan melaksanakan enakmen itu, kerana ia mempunyai pandangan perundangan yang ia (hudud) boleh dijalankan, tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Jawatankuasa itu akan melihat sebarang ruang yang ada untuk pelaksanaan. Jika ada, jawatankuasa itu akan membuat syor kepada kerajaan negeri,” kata Amar kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri itu kelmarin.

Sekali lagi saya kebingungan. Mahu kaji lagi? Mahu cari ruang lagi, mahu mencari syor lagi. Saya cukup sedih kerana selepas lebih 20 tahun soal hudud digembar-gemburkan ia masih dalam kajian?

Kajian apa lagi wahai Tuan Guru Nik Aziz? Sepanjang pengalaman saya membuat liputan di Kelantan dulu (semasa Nik Aziz mula menjadi MB), setiap kali isu hudud dibangkitkan, inilah bunyi ceritanya – kaji, kaji, kaji...

Sekali lagi saya cukup bingung dan keliru. Apakah Nik Aziz mahu membingungkan rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam? Sudahlah Tuan Guru. Cukuplah.

Saya, yang mengikuti soal hudud ini sudah terlalu lama merayu Nik Aziz cepat-cepatkanlah melaksanakan hukuman hudud itu di Kelantan dan negeri-negeri pakatan pembangkang lain, terutamanya di Pulau Pinang.

Sudah tentu Lim Guan Eng juga akan mengalu-alukan hukum hudud dilaksanakan di negerinya kerana ia boleh menjamin Pulau Pinang bebas daripada jenayah di negeri itu. Lagipun kan Guan Eng seorang pejuang (advocate) anti jenayah dan moral yang hebat.

Sesiapa yang didapati melanggan GRO rakyat China yang terlalu ramai di negeri itu sekarang akan dihukum rotan di khalayak ramai, di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Dengan sendirinya tugas polis pun akan lebih ringan dan sekali gus rumah-rumah persundalan dan kelab-kelab GRO akan dapat ditutup. Selangor juga, dikhabarkan sedang menghadapi masalah kebanjiran rumah urut yang semakin bercambah. Ia juga boleh dilaksanakan di Selangor.

Wahai Tuan Guru Nik Aziz marilah kita berdoa supaya pelaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan dengan segera di Kelantan.

Lagipun, Kelantan mencatatkan kes HIV/AIDS yang tertinggi di Malaysia, yang kini sudah mula menjangkiti isteri-isteri pasangan masing-masing.

Bagi Karpal Singh, yang pernah berkata “langkah mayat” dia dulu jika undang-undang dan konsep negara Islam itu mahu diadakan juga perlulah akur. Hormatilah sedikit Nik Aziz yang merupakan orang berpengaruh dalam pakatan.

Bagi negeri-negeri lain pula, perkasakanlah isu-isu ekonomi, muamalat dan munakahat kerana ia akan menjamin kesejahteraan hidup umat Islam.

Apabila perut kenyang dan terhindar daripada kemiskinan maka tiadalah wujud jenayah dan kekufuran yang bukan-bukan.

(Baca: Di antara Syariat Islam dan hukum hudud di bawah tulisan ini yang dipetik: Dari sekitar 500 ayat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-isu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya.)

Saya berharap Nik Aziz, ikhlaslah kali ini. Laksanakanlah segera hudud di Kelantan. Jika boleh luluskanlah cepat. Kami semua sudah penat dengan isu yang tidak habis-habis ini. Jangan biarkan orang lain gelak kepada kita.

KISAH HUDUD II: DI ANTARA

SYARIAT ISLAM DAN HUKUM HUDUD

INI adalah perspektif kedua mengenai hukum hudud yang saya mahu berkongsi dengan pembaca. Ia ditulis oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah, Ketua Biro Dakwah, Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA (www.isma.com).

Ikuti tulisan beliau:

SEMASA saya belajar di University of Queensland 1984-1987 dulu, apabila pokok Jacaranda yang meranting kering di musim sejuk mula berbunga lebat berwarna ungu hampir di setiap jalan di universiti, di sebalik kecantikannya, jiwa para mahasiswa/i mula gundah gulana kerana ia menandakan peperiksaan hampir tiba.

Begitu juga di Malaysia, di setiap penghujung empat tahun lalu apabila isu hukum hudud mula dilemparkan melalui media massa ke tengah-tengah para pengundi, ia menandakan musim Pilihan Raya Umum Malaysia hampir tiba, hanya menunggu bila tarikhnya ditetapkan, bergantung respons para pengundi di bandar dan kampung, tua dan muda, kafir dan Islam.

Bagi golongan masyarakat yang faham dan beriman, mereka melihat dan menilai isu ini dengan pandangan Syarak dan pertimbangan realiti.

Namun mereka adalah hanya segelintir dari masyarakat umum yang jauh lebih ramai dan tersebar di seluruh negara.

Ada pun pada umum masyarakat, mereka kebingungan kerana sekali lagi isu ini diketengahkan dalam keadaan ilmu dan jiwa mereka yang tidak mampu memahaminya, dan ramai dari kalangan mereka yang akhirnya membuat pertimbangan dari neraca yang tidak Islamik lalu mengambil pendirian yang tidak tepat.

Syariat Islam dan hukuman Hudud mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Syariat Islam adalah satu sistem hidup rabbani, keseluruhannya berasaskan al-Quran, kitab Allah dan petunjuk peninggalan dari Sunnah Rasul-Nya, Muhammad SAW, bermula dari membina ilmu dan akidah, melahirkan ibadah dan akhlak pada diri dan masyarakat dalam sesebuah negara, kemudian mereka meluaskan dakwah Islam ke negara-negara jiran sehingga Islam memimpin dan membimbing seluruh dunia, tanpa meninggalkan seinci pun bumi yang tidak diperintah oleh Syariat Islam.

Dengan ini Syariat Islam sifatnya membangunkan manusia dan dunia, lahir dan batin, manakala hukum menghukum seperti hudud, takzir dan seumpamanya boleh kita nisbahkan sebagai hanya 5% sahaja dari Syariat Islam yang sifat umumnya adalah membangun.

Sebab itu al-Quran yang mempunyai lebih 6,000 ayat hanya mempunyai sekitar 500 ayat sahaja mengenai hukum hakam atau dipanggil “Ayat-ayat Ahkam”.

Dari sekitar 500 ayat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-isu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Adapun hukuman yang digelar “Hudud”, ia adalah tujuh hukuman yang telah ditentukan Allah dalam al-Quran dan As-Sunnah.

Bagi mereka yang suka penerangan dengan angka, saya gambarkan di sini (sekadar mengemukakan angka yang tidak semestinya tepat, tetapi boleh memberi kefahaman yang lebih jelas), hukuman Hudud yang tujuh itu adalah seperti sekitar 5 peratus (%) dari undang-undang Islam yang 95% lagi adalah Takzir (denda) yang diserahkan kepada Dewan Rakyat di Parlimen menggubalnya dan hakim di kamar mahkamah menentukannya.

Oleh kerana 7 hukuman tersebut (1. bunuh, 2. zina, 3. menuduh zina/qazaf, 4. curi, 5. minum arak, 6. samun/qat’ tariq, 7. bughoh – menentang pemerintah dengan kekerasan) telah ditentukan Allah, dan tidak boleh diolah lagi oleh Parlimen atau hakim, maka ia disebut Hudud, di dalam bahasa Inggeris bermakna “already defined”.

Kalau begitu, hukuman dan denda (termasuk Hudud) hanyalah 5% daripada ajaran Islam yang bersifat membina umat dan negara, bukan meruntuh dan menghukum, manakala hukuman Hudud hanya 5% daripada undang-undang Islam dalam sesebuah negara yang lengkap dan membangun, maka dari segi matematiknya hudud hanya 5% x 5% = 0.25% daripada keseluruhan ajaran dan Syariat Islam sebenarnya.

Ia bukan segala-galanya mahupun juzuk besar daripada ajaran Islam yang sangat luas, membangun dan membahagiakan umat manusia.

Begitu juga yang kita maksudkan dengan rumah tangga Islam adalah ibu bapa yang berkeperibadian Islam, mendidik anak-anak dengan ajaran Islam, menjaga adab-adab Islam dalam rumah, suami isteri yang saling menghormati perjuangan Islam masing-masing, berdakwah kepada jiran-jiran, dan sebagainya, bukan semata-mata si ayah merotan anak (hukuman).

Begitu juga apabila kita maksudkan dengan sebuah Negara Islam, ia adalah negara yanag tertegaknya Syariat Islam dalam setiap bidang kehidupan rakyatnya, dan bukan semata-mata melaksanakan hukuman Hudud dan cuai pelbagai aspek Syariat Islam yang lain.

Ringkasnya, apa yang rakyat Islam di Malaysia mahu adalah penegakan Syariat Islam dalam semua bidang media massa terutamanya di siaran televisyen, pendidikan, pengurusan negara, kementerian dan jabatan, membebaskan rakyat daripada belenggu budaya Barat, membina umat yang berjihad dan punya kekuatan di rantau, menguatkan kesatuan umat dan membanteras perpecahan, menguatkan hubungan di antara negara-negara Islam, menyebarkan roh Islam ke dalam jabatan dan sektor kerajaan dan swasta, membanteras rasuah, membanteras pelacuran, arak, judi, dadah, kelucahan, pergaulan bebas, bidah, khurafat, syirik, mendorong hafazan al-Quran dan bahasa Arab terutama kepada generasi baru dengan berbagai insentif, kesihatan, ekonomi, akhlak, berjimat dengan wang rakyat dan menyuburkannya, meneroka kekayaan dan hasil bagi negara dan mengelakkan pemborosan dan pelaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud.

Oleh kerana itu kita adalah rakyat yang lebih bijak dari terheret membincangkan isu hudud menjelang pilihan raya, sedang selama tempoh tenang 4-5 tahun di antara dua musim pilihan raya, media massa merosakkan umat dengan memaparkan budaya Barat yang negatif kepada anak bangsa kita, pelacuran, arak, judi, kelucahan, rasuah tersebar ke tahap yang sukar dibendung dan telah menghakis banyak tunggak-tunggak negara terutamanya akhlak dan jiwa rakyat serta wang dan kekayaan negara.

Semangat roh jihad di kalangan belia dan bebas dari pengaruh dominasi Kuasa Barat merupakan tunggak penting yang masih di dalam keadaan yang minimum.

Apa yang kita tuntut adalah Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang didefinisikan oleh Imam Hasan Al-Banna yang bermaksud “tidak akan tertegak Ad-Daulah Al-Islamiyah (Negara Islam) melainkan di atas asas Dakwah, sehingga ia menjadi Negara Risalah (negara yang mempunyai visi dan misi menyebarkan Islam ke seluruh dunia), bukan (semata-mata) ia berbentuk pentadbiran, atau kerajaan material beku pekak yang tidak mempunyai roh.

Seperti mana juga dakwah tidak (dapat) tertegak melainkan dalam satu perlindungan (iaitu negara) yang menjaga, menyebar, menyampai dan menguatkan Dakwah tersebut)". Satu persoalan yang sering dibicara oleh golongan terpelajar.

Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa kebanyakannya dalam hal ehwal tanah, adat resam dan hal ehwal agama Islam manakala Parlimen dan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dalam bidang jenayah berat lebih-lebih lagi yang membabitkan hukuman mati.

Malah dikatakan sebarang penggubalan hukuman jenayah berat di DUN seperti hudud yang bertentangan dengan Parlimen, maka ia terbatal dengan sendirinya dan tidak boleh dilaksanakan oleh pihak negeri.

Wacana ilmiah mengenainya perlu dianjurkan lebih meluas untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada umat.

Mereka yang benar-benar ikhlas bercakap mengenai hudud yang belum terjadi, seharusnya menegakkan Syariat Islam dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas dalam masa yang sama yang sepatutnya telah lama terjadi dan mudah untuk dilaksanakan.

Adapun berbicara mengenai Hudud yang berkait dengan penggubalan dan sebagainya, tetapi membiarkan banyak perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam di dalam pentadbiran dalam negara dan penghayatan dalam masyarakat adalah sebenarnya merupakan permainan kata-kata untuk mengeliru dan meraih sesuatu daripada masyarakat awam yang kurang mengerti apa yang sebenarnya sedang dan akan berlaku.

Adalah lebih baik membuktikan keikhlasan dengan perbuatan daripada cuba meyakinkan dengan perkataan.

GEMPARRR..!!! BILA TERESA KOK DAP KAFIR HARBI TETAP HUKUM HALAL HARAM UNTUK UMAT ISLAM...


Terkejut juga saya apabila membaca laporan media mengenai “Menu Rakyat” yang diperkenalkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Menurut “kafir harbi” itu, “Menu Rakyat” tersebut adalah berkonsepkan sayur-sayuran sahaja (seperti yang dimakan oleh golongan “vegetarian”) dan dihidangkan oleh sebuah restoran Cina yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.

Menurut laporan media itu, pengurus restoran sayur-sayuran itu mengaku bahawa restoran tersebut tidak memiliki sijil halal atau memohon pengiktirafan tersebut dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Namun, dia menyatakan bahawa semua makanan di restorannya itu adalah “halal” dan umat Islam boleh makan di situ tanpa rasa was-was.

Teresa Kok pula menyokong kenyataan pengurus tersebut dan merungut mengenai kesulitan yang dialami oleh pemohon-pemohon sijil halal dari JAKIM yang berhadapan dengan pelbagai prosedur yang ketat. Dengan selamba, Teresa Kok menegaskan bahawa makanan di retoran Cina itu “halal” untuk di makan oleh umat Islam di negara ini.

Menurut media, makanan di restoran itu memang murah dengan hanya mengenakan bayaran RM2 untuk sepinggan nasi putih dan tiga jenis lauk pauk.

Saya menggeleng kepala beberapa kali bila membaca laporan media itu. Perasaan was-was begitu kuat hadir di dalam kotak fikiran saya untuk “meluluskan” makanan di restoran itu masuk ke tubuh dan menjadi darah daging saya.

Masih terbayang di fikiran saya tentang sekeping gambar yang memaparkan Teresa Kok sedang memotong seekor “khinzir panggang” di sebuah restoran Cina di sekitar Selangor tidak lama dulu. Dan kini Teresa Kok cuba berbicara mengenai soal makanan halal dan haram bagi umat Islam? Tanpa pengiktirafan JAKIM pulak tu..!

Saya ingin bertanya kepada para pembaca sekelian, tergamakkah anda untuk makan dan minum di sebuah restoran Cina yang pekerjanya semuanya bukan Islam? Tergamakkah kita masuk dan menjamu selera di sebuah restoran Cina?

Entahlah, namun pada saya, meskipun restoran atau gerai Cina itu menyediakan makanan yang tidak bercampur dengan sebarang bahan “khinzir”, tak lalu tekak saya untuk menjamahnya. Pernah saya di ajak oleh seorang rakan untuk minum di sebuah restoran Cina dan mencadangkan saya untuk hanya minum coca-cola di dalam tin, tapi saya tetap menolak dengan hormat. Bukan apa, tak tergamak saya rasanya…

Pada saya, isu halal atau haram pada sesuatu makanan itu bukanlah satu perkara yang wajar diambil mudah. Minuman atau makanan haram yang masuk ke tubuh umat Islam akan menjadi darah dagingnya sehingga hari kiamat. Saya tak mahu bertemu Allah kelak dengan darah dan daging yang mengandungi elemen haram. Saya malu pada Allah!

Dan siapa Teresa Kok untuk menilai sama ada makanan dan minuman di restoran tersebut sebagai “halal”? Dia pakar pemakanan halal dari JAKIM, kah? Bila JAKIM iktiraf Teresa Kok sebagai sebahagian dari penguatkuasa kawalan makanan haram halal di Malaysia? Teresa Kok ada sijil “halal”?

Memanglah makanan di restoran tersebut sangat murah. Iyalah, hanya RM2 untuk sepinggan nasi dan tiga jenis lauk sayur, tentulah murah dan padan dengan makanannya. Bukankah sayur murah jika dibandingkan dengan ikan, daging, ayam dan makanan laut. Bolehlah dia letak RM2 sekali makan!

Tapi, sesuaikah untuk dijadikan “Menu Rakyat”? “Rakyat” juga merujuk kepada umat Islam yang menjadi majoriti penduduk negara ini. Sesuai dan “halal”kah “Menu Rakyat” yang dicadangkan Teresa Kok itu? Jaminan “halal” dari Teresa Kok sendiri? Boleh pakaikah jaminan dari seorang penternak dan pemakan “khinzir” seperti Teresa Kok itu? Agak-agaklah sikit bila nak mencadangkan sesuatu…

Pada saya, Teresa Kok memang tidak tahu apa-apa mengenai hukum halal dan haram sesuatu makanan bagi umat Islam. Mungkin dia hanya membuat andaian sendiri bahawa makanan yang berkonsepkan sayur-sayuran adalah “halal” selagi tidak bercampur dengan unsur “khinzir”. Mungkin Mursyidul Am PAS belum ajar Teresa Kok lagi dan menyebabkan “andartu” DAP itu menjadi “kurang ajar”!

Sebenarnya, banyak lagi syarat-syarat yang diperlukan untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu makanan. Bukan tertakluk pada unsur “khinzir” saja. Sumber makanan itu perlu diperhalusi. Makanan dari sumber yang tidak bersih pun haram juga. Makanan dari hasil mencuri pun haram juga. Makanan yang bercampur dengan sumber haram seperti arak pun haram juga. Bukannya haram itu bergantung kepada bebas dari “khinzir saja”. Harap Nik Aziz boleh buat tazkirah sedikit untuk Teresa Kok…

Pada saya, Teresa Kok dan Menu Rakyat ini hanyalah helah untuk bersaing dengan Menu 1Malaysia sahaja. Dia cemburu dengan Menu 1Malaysia dan perkenalkan Menu Rakyat yang dipertikaikan status halal haramnya. Pada kita umat Islam, bolehkah kita bergantung pada jaminan mulut Teresa Kok dalam menentukan halal haram makanan tersebut? Biar betul..?!

Anwar Panassss..!!! Apa Selepas Anwar DiPenjara?


Lazimnya, kerjaya mahupun hidup seseorang ahli politik akan ‘tamat’ sekiranya disabitkan kesalahan jenayah dan dipenjarakan. Namun, Anwar Ibrahim mengatasi kelaziman manusia biasa.

Sebagai manusia ‘Anugerah Tuhan’, penjara bukanlah penamat, tetapi merupakan ‘permulaan’ baru hidupnya. Hidup Anwar menjadi semakin rancak selepas dipenjarakan di mana namanya semakin melonjak terutama di kalangan tokoh-tokoh zionis dan juga pejuang-pejuang hak asasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di seluruh dunia.

Bukti bahawa penjara tidak menamatkan apa-apa bagi Anwar ialah apabila beliau sekali lagi tertangkap atas dakwaan melakukan jenayah yang sama, iaitu meliwat. Malah, pendedahan video seks oleh rakan karibnya juga membuktikan yang penjara langsung tidak menjejaskan gaya hidup Anwar. Beliau masih lagi aktif melakukan gangguan seksual, meliwat dan berzina di mana saja dan dengan siapa saja yang disukainya.

Kehilangan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri juga tidak bermakna beliau telah hilang segala-galanya. Gaya hidupnya masih sama atau lebih mewah lagi berbanding ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Beliau mampu keluar negara bila-bila masa saja dan kemewahan keluarganya tidak pernah susut.

Hari ini, Anwar menghadapi kemungkinan di penjara buat kali kedua atas kesalahan yang sama. Seluruh rakyat Malaysia dan juga para pendukung dan penyokong neo-con di barat serta golongan atau pensimpati LGBT seluruh dunia tidak sabar menunggu kesudahan kes liwat II Anwar.

Jika Anwar memenangi kes ini, maka ia akan menjadi simbol kemenangan bagi pejuang-pejuang hak LGBT di negara ini, khasnya, dan di kalangan umat Islam seluruh dunia, amnya.

Kemenangannya juga akan bermakna membuka ruang yang lebih luas bagi puak-puak neo-con meneruskan usaha mereka untuk menghuru-harakan negara dengan tujuan untuk menguasai sepenuhnya rantau asia, terutamanya negara Islam contoh iaitu Malaysia.

Bukan itu saja, jika Anwar menang kes ini juga, ia akan merupakan kejayaan golongan anti-Islam untuk bertapak kukuh di negara ini dalam usaha mengasak fahaman-fahaman liberal dan pluralis bagi menembusi akidah umat Islam.

Begitu juga dengan golongan chauvinis yang akan terus menggunakan Anwar untuk mencapai cita-cita dan agenda politik mereka.

Pendek kata, jika Anwar menang kes ini, rakyat Malaysia akan terus haru biru akibat politik yang keterlaluan tanpa batasan, manakala kerajaan pula terpaksa terus membuang masa, tenaga dan wang untuk menangani serangan-serangan politik pembangkang yang kebanyakkannya langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Kita juga tidak dapat mengagak sejauh mana kemenangan Anwar akan mempengaruhi sentimen penyokong pembangkang. Apa yang pasti, jika Anwar menang, secara automatik, rakyat akan merombak persepsi dan sentimen politik masing-masing. Tidak keterlaluan jika dikatakan andainya Anwar menang, ia juga akan membuka peluang yang lebih cerah untuk Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya ke-13.

Namun, setakat hari ini, seluruh dunia sudah menjangkakan kekalahan Anwar dalam kes liwat II kerana kegagalan pihak pembela mengemukakan hujah, saksi, bukti atau alibi yang mampu menyanggah pendakwaan.

Maka, kita harus melihat kepada senario jika Anwar kalah pula.

Anwar selama ini dilihat sebagai tali yang menghubungkan PAS dan DAP. Setakat ini, tiada siapa yang dilihat dapat mengganti tempat Anwar sebagai tali penghubung itu. Azmin, yang dikatakan pengganti terdekat Anwar juga tidak menepati ciri-ciri sebagai tali penghubung yang baik. Begitu juga Wan Azizah yang tidak mendapat kepercayaan mahupun penghormatan yang sepatutnya sebagai Presiden parti akibat sering dibelakangkan oleh suaminya sendiri.

Tanpa tali penghubung, bagaimana PAS dan DAP akan dapat bersatu? Ramai yang berkata bahawa Mat Sabulah orangnya yang telah dipersiapkan oleh DAP untuk menjadi tali penghubung yang baru. Dengan kedudukan Mat Sabu di dalam PAS iaitu sebagai Timbalan Presiden maka secara automatik dia akan ‘memandu’ PAS ke mana saja yang DAP mahukan. Maka jika ini berlaku, PAS selepas Anwar dipenjara adalah sebenarnya hanyalah pada nama, kerana rohnya sudah pun ‘dirasuk’ oleh DAP.

PKR tanpa Anwar pula dijangkakan tidak akan bertahan lama walaupun Anwar akan terus cuba melakukan drama ulangan dari dalam penjara dengan bantuan rakan-rakannya di barat. Tetapi dipercayai dramanya tidak akan laku lagi. Azmin, Wan Azizah mahupun Nurul Izzah hanyalah debu dalam politik Malaysia tanpa Anwar Ibrahim. Debu-debu ini akan hilang begitu saja ditelan zaman.

Bagi UMNO pula, kembalinya Anwar ke Sungai Buloh adalah lebih kepada pembalasan peribadi. Ini kerana Anwar bolehlah dikatakan sebagai punca segala masalah UMNO hari ini.

Anwar adalah pelopor politik wang di dalam UMNO, ‘pemangkin’ masalah perkauman di Malaysia serta perosak minda golongan muda di dalam UMNO dan juga di pusat-pusat pengajian tinggi yang sepatutnya menjadi tulang belakang negara. Kini, anak-anak muda Malaysia rosak, keliru, celaru dan buntu dengan hala tuju mereka dari segi politik, bangsa, negara mahupun agama, semuanya kerana politik tanpa batasan dan keterlaluan Anwar.

Walaupun begitu, Malaysia tetap dijangka akan lebih aman sedikit selepas Anwar dipenjara.

Namun, apa yang menyedihkan ialah kekalahan Anwar di mahkamah tidak bermakna yang UMNO dan Malaysia akan pulih dari kerosakan yang telah dilakukannya.

Anak-anak muda yang keliru itu belum tentu lagi dapat dibentuk kembali menjadi rakyat yang berguna dan bukannya asyik menyumpah-nyumpah negara sendiri. Negara kita mungkin tidak akan pulih lagi seperti sediakala buat selama-lamanya, di mana kedudukan Melayu tetap dan selamat, kaum-kaum lain lebih terbuka untuk bergaul dan menerima hakikat kedudukan budaya dan bahasa masing-masing tanpa perasaan tamak, sombong, prejudis dan syak wasangka serta sama-sama mendukung patriotisme bumi Malaysia. Tuntutan-tuntutan akan berterusan, perasaan tidak puas hati dan marah akan berpanjangan selagi satu pihak asyik disaran untuk mengalah dan satu pihak asyik menang seolah-olah keadaan ‘saling memerlukan’ tidak wujud sama sekali.

Hakikatnya, Malaysia sudah rosak teruk dikerjakan Anwar..

Akan mampukah UMNO dan BN mengembalikan semula kegemilangan Malaysia suatu ketika dahulu selepas Anwar dipenjara?

Oleh: Nihaz Mohd Yusoff @ OpenHighway71

GEMPARRR..!!! CHINA DOLL ANWAR TELAH DIKENAL PASTI POLIS..!!!

Ini "Mak Tiri Luar Nikah" Nurul Izzah, ke?

Memang lepas ni Anwar tak boleh tidur malam..!!! Mana tidaknya? Tembelangnya dah pecah. Polis dah jumpa China Doll yang Anwar langgan tu bebbbb..!!!

Amacam Nurul Izzah? Papa Izzah "hebat" ye? Dapat "MAK TIRI" luar nikah ke Izzah? Best, ke dapat mak tiri dari China tu? Apasal tak rekomen Teresa Kok atau Eli Wong saja pada Papa Izzah?


Hadoi laaaa...Izzah..Fitnah lagi ke? Abis tu yang polis jumpa tu sapa pulak? Takkan china doll yang dilanggan Tian Chua, kot? Heheheheheheee....pujuk-pujuk la Mak Izzah tu ye....jangan nangis banyak sangat...redha je laaaaaa...

Di bawah adalah beritanya...
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.


“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.


“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.


Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.


Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu - MyMetro

p/s: Kalau rasa berita ni fitnah..saman je laaaaa..!!!

GEMPARR..!!! MESTI BACAAA..!!! CERITA DARI TUN M BUAT ANWAR TAK TIDUR MALAM..!!!


Empat tahun selepas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Haniff Omar pertama kali memberitahu saya tentang dakwaan-dakwaan mengaitkan Anwar dengan pelakuan homoseksual, saya menerima satu naskah buku ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri’ (50 Reasons Why Anwar Ibrahim Cannot Become Prime Minister.)

Buku itu ditulis oleh Datuk Khalid Jafri, bekas pengarang Utusan Malaysia. Menyedari buku tersebut begitu sensasi dan menganggapnya tidak lain daripada usaha untuk mendapatkan wang, saya enggan membacanya.

Namun, khabar-khabar angin berhubung Anwar masih tidak dapat dilenyapkan.

Pada 1997, saya menerima sepucuk surat daripada seorang wanita bernama Ummi Hafilda.

Kandungan surat tersebut mengusik hati kerana apa yang diperkatakan begitu spesifik dan terperinci mengenai dakwaan-dakwaan liwat terhadap Anwar.

Saya kemudian mendapat tahu Ummi sebenarnya adik kepada setiausaha politik Anwar, Mohd Azmin Ali.

Saya mengaku walaupun begitu saya masih menganggap segala dakwaan tersebut tidak masuk di akal.


Jika kandungannya mengenai hubungan Anwar dengan wanita, mungkin saya boleh mempercayainya, tetapi dalam hal ini macam mana pula seseorang yang begitu alim membabitkan diri dengan kegiatan-kegiatan homoseksual?

Payah bagi saya untuk mempercayai seorang dewasa berkedudukan tinggi dan seorang Muslim yang boleh dicontohi melakukan perkara yang didakwa itu.

Walaupun dakwaan Ummi mengukuhkan laporan KPN yang disampaikan kepada saya empat tahun sebelum itu, saya tidak menganggapnya sebagai serius.

Sebulan kemudian, sepucuk lagi surat Ummi menyusul. Kali ini untuk memaklumkan dia menarik balik dakwaan-dakwaan tersebut.

Saya berasa hairan mengapa pula kali ini dia menafikan apa yang didakwanya sebelum itu.

Sementara itu, polis meneruskan pemerhatian ke atas segala aktiviti Timbalan Perdana Menteri, seperti mana lumrah dilakukan mereka.

Walaupun sekiranya saya menyuruh mereka jangan melakukannya, saya yakin mereka tidak akan ikut.

Kali ini mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan beberapa orang yang terbabit.

Apabila KPN baru, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan pegawai penyiasatnya Tan Sri Musa Hassan mengemukakan bukti kepada saya, barulah saya sedar yang saya tidak lagi boleh mengetepikannya.

Lalu saya berkata saya mahu berjumpa dengan kesemua saksi dan berbincang dengan mereka secara peribadi. Tindakan itu agak rumit kerana ia bermakna saya membabitkan diri secara terus dengan perkara berkenaan.

Pada waktu itu saya sedang dalam proses mencari penyelesaian kepada krisis mata wang. Ia merupakan sesuatu yang saya perlu memberikan perhatian penuh memandangkan Sukan Komanwel 1998 akan diadakan.

Sukan tersebut amat penting bagi saya, dan itulah sebabnya saya berasa tidak selesa kerana isu terbaru itu juga memerlukan perhatian saya.

Tidak lama kemudian saya bertemu dengan kesemua saksi secara individu dan tertutup di kediaman rasmi saya, Sri Perdana, Kuala Lumpur.

Saya memberikan kepada mereka jaminan bahawa segala yang dibincangkan adalah rahsia dan saya hanya mahu mendengar sendiri cerita-cerita tersebut.

Di antara saksi termasuk Azizan Abu Bakar, pemandu isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut polis Anwar meliwat Azizan beberapa kali, jadi saya bertanya kepada Azizan mengenai segala dakwaan itu. Sememangnya dia berasa amat takut kerana Anwar ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Disebabkan itu mesyuarat di antara kami mendapati dirinya begitu takut dan tidak keruan.

Azizan memberitahu segala-gala secara terperinci tentang kejadian itu.

Dia berkata dia amat takut kerana Anwar seorang yang begitu berkuasa dan boleh memberikannya masalah besar. Itulah sebabnya dia mengaku tidak berani melawan.

Saya sedar betapa payah untuk mengingat kembali tarikh sebenar dan waktu segala-galanya berlaku. Itulah sebabnya saya tidak mementingkan sangat butiran-butiran tersebut.

Pada saya pertemuan tersebut mencukupi untuk meyakinkan saya bahawa Azizan bercakap benar.

Di mahkamah, tarikh sebenar dan waktu amatlah penting dan cukup bagi digunakan sebagai bahan bukti sama ada untuk menghukum atau membebaskan seseorang tertuduh, tetapi saya juga percaya para peguam dan hakim juga tidak mungkin mudah mengingati secara terperinci dan dengan tepat apa yang mereka lakukan setahun lalu.

Sesetengah orang mungkin menyimpan catatan dalam diari, tetapi saya rasa tidak siapa pun yang mencatatkan segala-gala yang mereka lakukan setahun lalu.

Saya turut menemuramah empat orang wanita yang memberitahu saya mereka dipujuk oleh seorang lelaki India bernama Nalla supaya pergi berjumpa dengan seseorang yang amat berkuasa.

Beliau dikatakan membawa wanita-wanita tersebut secara berasingan ke sebuah rumah di Bukit Kenny, sebuah kawasan eksklusif orang-orang kaya di Kuala Lumpur. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang mereka mengenali sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mereka disuruh menanggalkan pakaian dengan tujuan melakukan hubungan seks. Dua daripada mereka enggan melakukannya, tetapi yang dua orang lagi bersetuju.

Mereka mengaku bersedia untuk mengadu kepada polis dan kepada saya, tetapi mereka berkeras tidak mahu hadir di mahkamah untuk memberi keterangan.

Pihak polis memberikan taklimat terperinci kepada saya mengenai hasil penyiasatan mereka serta pendapat mereka berhubung segala bukti yang dikumpulkan.

Mereka juga mengaku beryakinan bahawa kesemua saksi yang mengadakan pertemuan dengan saya bercakap benar.

Berhadapan dengan segala maklumat daripada polis dan hasil temuramah saya sendiri, saya berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu.

Saya tidak boleh membiarkan orang berkarakter seperti itu menggantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia, malahan saya langsung tidak mahu beliau dalam kerajaan.

Segala tindakan dan kemunafikannya berselindung di sebalik wajah seorang yang alim tidak boleh diterima. Saya juga tidak dapat menerima cara-cara keji yang digunakan beliau untuk memerangkap orang dan seterusnya memastikan mereka menutup mulut.

Saya kemudian memanggil kesemua Menteri Besar UMNO, Ketua Menteri dan ketua-ketua negeri ke Sri Perdana untuk bermesyuarat. Saya juga mengarahkan pihak polis supaya memaklumkan kepada kesemua saksi bersedia untuk dipanggil.

Kemudian saya memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin parti tersebut mengenai apa yang saya dimaklumkan mengenai Anwar. Saya menunjukkan kepada mereka gambar-gambar kesemua saksi.

Saya bertanya kepada mereka sama ada mahu menyoal kesemua saksi, tetapi setelah berbincang sesama sendiri mereka menyatakan keyakinan terhadap apa yang didakwa dan tidak berasa perlu untuk menemuramah saksi-saksi tersebut.

Saya tanya mereka apa tindakan yang harus saya ambil. Saya berkata sekiranya saya menyembunyikan bukti dan membenarkan Anwar meneruskan tugasnya, lambat laun apa yang dilakukannya akan dibongkar jua dan digunakan untuk memeras ugutnya.

Dan dengan demikian dia akan terus terdedah kepada bahaya bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga kepada Malaysia.

Malahan saya juga akan terbabit sekiranya diketahui saya sememangnya tahu segala yang berlaku tetapi gagal mengambil sebarang tindakan.

Jika itu berlaku saya pasti dituduh bersekongkol menutup perkara tersebut.

Macam mana sekali pun, saya tidak boleh membenarkan beliau terus memegang jawatannya. Saya perlu melakukan sesuatu yang betul dan menyingkir beliau.

Saya juga merasakan apabila orang ramai mengetahui tindakan yang saya ambil, saya yakin mereka akan bersetuju.

Seterusnya para pemimpin yang mengadakan pertemuan dengan saya sebulat suara menyetujui rancangan saya dan berkata mereka akan menyokong saya sekiranya berlaku sesuatu.

Berbeza daripada proses untuk menyingkir seseorang hakim, tindakan untuk menyingkir Anwar tidak perlu mematuhi sebarang prosedur Perlembagaan.

Sebagai Perdana Menteri saya mempunyai kuasa untuk menyingkir beliau daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri selain menggugurkan beliau daripada Kabinet, seperti mana saya mempunyai kuasa untuk melantik beliau.

Bagaimana pun, selepas beliau berhenti menjadi anggota kerajaan, beliau masih menjadi ahli UMNO dan Timbalan Presiden parti itu. Itu juga tidak dapat diterima.

Hakikatnya, penyingkirannya sebagai Timbalan Presiden dan ahli parti hanya boleh dilakukan dengan persetujuan Majlis Tertinggi UMNO.

Pada masa itu saya juga sedang serius membuat rancangan untuk berundur, jadi saya perlu membuat keputusan segera.

Pada 2 September 1998 saya mengeluarkan kenyataan melalui agensi berita Bernama bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipecat daripada Kerajaan.

Pada waktu itu ramai orang telah membaca buku Khalid Jafri yang disebarkan juga kepada kesemua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO. Buku tersebut juga laris dijual di pasar-pasar malam.

Ramai yang mengetahui tentang surat Ummi Hafilda, tetapi kebanyakannya sama ada tidak menyedarinya atau tidak yakin apa yang berlaku.

Rata-rata ramai yang mempercayai pemecatan Anwar satu tindakan bermotifkan politik kerana bukan rahsia lagi usaha beliau untuk menjejaskan kredibiliti saya dan menghakis sokongan terhadap saya di kalangan ahli UMNO.

Para penyokong beliau menuduh saya mengamalkan kronisme dan rasuah hinggakan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 1998 ada di antara mereka yang secara terbuka mengkritik saya dan kepimpinan saya.

Orang ramai sedar Anwar sebenarnya orang di sebalik serangan tersebut, tetapi pada waktu itu saya masih belum bersedia untuk mengumumkan segala salah lakunya. Saya hanya sekadar memberikan isyarat tetapi tidak mendedahkannya semasa menyampaikan ucapan penutup.

Apa yang saya dedahkan secara terperinci kepada pihak Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin UMNO tidak dapat didedahkan kepada orang ramai. Disebabkan itulah ramai yang menganggap tindakan saya menyingkirkan Anwar disebabkan kebimbangan kononnya Anwar akan menggulingkan saya.

Hingga sekarang pun masih payah bagi saya untuk menerangkan dengan meyakinkan bahawa sebenarnya saya tidak takut segala ini berlaku.

Dengan kepercayaan saya masih popular di kalangan majoriti ahli UMNO, saya terus yakin akan berjaya mengatasi sebarang cabaran daripada Anwar.

Saya berjaya mengatasi Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam – kedua-duanya tokoh UMNO yang terbukti berpengaruh, sementara Anwar pula hanya seorang individu dari luar yang pernah memusuhi parti di masa lalu.

Saya telah mendidik dan membentuk beliau dan membantu beliau naik dalam UMNO sehingga menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri.

Saya yakin seluruh ahli UMNO dapat melihat bagaimana beliau sebagai anak didik saya bersikap begitu tidak mengenang budi dan tidak sabar, apatah lagi bagi seorang muka baru.

Di kalangan veteran parti beliau hanya seorang yang berlagak – seorang yang telah mengguris hati ramai penyokong serta tokoh dalam kerakusannya untuk membolos diri naik ke atas.

Mungkin beliau mempunyai barisan penyokong yang komited dan kuat – yang sanggup menuruti dan berhutang budi dengan beliau atau untuk kepentingan lain. Bagaimana pun, saya yakin akan dapat mengatasi beliau sekiranya beliau mencabar.

Dakwaan saya menyingkirkan beliau kerana takut beliau akan menggulingkan saya tidak berasas sama sekali.

Saya menyingkir beliau di atas dua sebab – bahawa beliau tidak sesuai meneruskan perkhidmatan dalam kerajaan dan beliau juga tidak sesuai menggantikan saya sebagai Perdana Menteri.

Sekarang saya terpaksa membawa kes Anwar ke Majlis Tertinggi UMNO. Dan kerana kesemua Menteri Besar yang saya telah yakinkan tentang perkara tersebut juga ahli Majlis Tertinggi, saya percaya akan mendapat sokongan padu daripada mereka.

Tetapi Anwar juga seorang ahli parti, malahan Timbalan Presiden. Ini bermakna beliau akan hadir pada mesyuarat Majlis dan duduk di sebelah saya.

Mesyuarat bagi menentukan nasib Anwar diadakan beberapa hari kemudian di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Saya memulakan mesyuarat dengan menerangkan secara terperinci rasional di sebalik tindakan menyingkir beliau daripada kerajaan. Dan dengan pihak yang dimaksudkan duduk di sebelah saya, suasana amat tegang dan saya tidak berasa selesa.

Tetapi saya tidak mempunyai pilihan – saya tidak dapat mengarahkan beliau supaya keluar kerana sebagai seorang ahli beliau berhak hadir dalam mesyuarat.

Setelah saya habis menerangkan rasional tindakan saya itu, saya memberikan peluang kepada Timbalan Presiden UMNO untuk menjawab segala tuduhan terhadapnya selain memberi sebab kenapa beliau tidak patut dipecat.
Sepanjang keterangannya, Anwar tidak sekali pun menyentuh persoalan mengenai homoseksual, tetapi hanya memberi penumpuan kepada hubungan beliau dengan wanita.

Dia bertegas mengatakan tidak melalukan sebarang yang luar biasa. Beliau berkeras berkata semua termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi juga pernah melakukan perkara sama.

Dia menepuk meja sekali dua bagi menunjukkan kemarahan.

Kesemua ahli Majlis mendengar apa yang dikatakannya tanpa sekali pun menyampuk atau menyuruh beliau berhenti.

Setelah habis, ahli yang pertama bercakap ialah Datuk Paduka Ibrahim Ali. Beliau mengaku mengenali Anwar sejak sekian lama – sejak tahun-tahun 1970an dan kedua-dua mereka pernah ditahan di Pusat Tahanan Kamunting.

Beliau mengkritik Anwar kerana menepuk meja dan seterusnya berkata beliau mahu mempercayai apa yang dikatakan kerana beliau telah membaca buku Khalid Jafri dan juga surat Ummi Hafilda (salinan surat tersebut sebenarnya disebarkan secara terbuka.)

Ibrahim berkata Anwar bukan saja patut dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, tetapi juga daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan ahli UMNO.

Seperti lumrah prosedur yang saya sentiasa ikuti, saya membenarkan semua orang berhujah. Ramai yang menyatakan pendapat, kebanyakannya menentang Anwar, tetapi tidak selantang Ibrahim.

Mereka menyokong tindakan saya memecatnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan selepas itu ada di antara mereka yang mencadangkan Anwar disingkir daripada jawatannya dalam UMNO. Ada yang menggesa supaya keahlian UMNO beliau ditarik balik.

Saya masih tidak bersedia untuk membincangkan tindakan yang akan diambil. Semua orang telah bercakap dan saya menyuruh Anwar memberikan reaksi kepada segala pandangan oleh ahli-ahli Majlis.

Beliau enggan dan seterusnya berdiri dan meninggalkan mesyuarat.

Selepas itu saya bertanya kepada Majlis apa yang harus dibuat. Saya mengingatkan mereka berhadapan dengan dua pilihan: penyingkiran sebagai Timbalan Presiden dan penyingkiran daripada parti.

Majoriti menyetujui tindakan penyingkiran, yang bermakna Anwar tidak lagi memegang jawatan Timbalan Presiden.

Jam hampir tengah malam apabila mesyuarat berakhir, tetapi saya tidak pulang kerana perlu menandatangani beberapa surat, sementara yang lain-lainnya meninggalkan ruang. Saya diberitahu para penyokong Anwar berkumpul di tingkat bawah, tetapi polis akan memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Tidak lama kemudian apabila saya menuju ke bawah saya mendapati kira-kira 60 orang penyokongnya dalam keadaan marah. Mereka membaling botol plastik ke arah saya sebelum saya sempat memasuki kereta. Mereka menjerit dengan marah dan mengeluarkan kata-kata termasuk ‘zalim’ dan ‘diktator’.

Sebenarnya Anwar telah menjemput kumpulan yang setia dengan beliau ke situ. Beliau juga telah bercakap dengan mereka selepas keluar daripada mesyuarat.

Dengan dilindungi pengawal peribadi dan anggota polis, saya yakin mereka tidak akan dapat mencederakan saya kerana keadaan terkawal.

Sejak sekian lama sehingga pada malam itu saya biasa berhadapan dengan orang yang menghormati saya ke mana saja saya pergi, tetapi kali ini merupakan pengalaman berbeza. Saya terkejut melihat para penyokong Anwar di situ.

Walaupun di masa-masa lampau beberapa orang tokoh pernah dipecat, termasuk Datuk Harun Idris, Aziz Ishak dan juga diri saya sendiri, namun keadaan seperti yang berlaku pada malam itu tidak pernah terjadi.

Pada pengalaman saya drama yang berlaku itu sememangnya stail Anwar. Selepas beliau dipecat, beliau terus mengapi-apikan pengikutnya.

Beliau menjelajah ke seluruh negara memberitahu orang ramai kononnya pemecatan itu sebahagian daripada konspirasi untuk menggagalkan rancangannya beliau untuk menjadi Perdana Menteri, dan kononnya segala-gala yang berlaku tidak lain daripada percaturan politik.

Beliau tidak pun menyebut atau pun menyentuh keterlibatannya dalam aktiviti-aktiviti tidak bermoral.

PAS yang mengecamnya sewaktu berada di dalam UMNO kini mempertahankan beliau.

Ahli Parlimen PAS Mohamad Sabu yang sebelum itu sentiasa menyelitkan bayang-bayang kegiatan homoseksual dan tidak bermoral Anwar kini begitu teruja hinggakan seolah-olah memeluknya erat.

Seterusnya ahli-ahli PAS mengadakan perhimpunan dan menarik hingga seramai 30,000 orang di mana saja Anwar berucap. Kebanyakan mereka ahli PAS atau penyokong parti itu. Ada juga ahli UMNO yang turut hadir.

Saya tidak mahu menjadikan kempen riuh di serata negara beliau sebagai satu isu besar kerana Sukan Komanwel sedang berlangsung. Tentu sekali tidak sesuai bagi saya menjelajah ke seluruh negara untuk menerangkan keadaan sebenar.

Ia merupakan sesuatu yang rumit – bukan sesuatu yang mudah diterangkan kepada audiens yang besar.

Saya, bagaimana pun, memanggil kesemua pemimpin UMNO akar umbi untuk memberikan penjelasan. Kebanyakannya mempercayai apa yang saya terangkan tetapi ada juga yang melemparkan perkataan-perkataan kesat dan meninggalkan perjumpaan.

Sememangnya payah untuk meyakinkan orang ramai bahawa Anwar bukannya dimangsakan atau pun simbol kemurnian yang sentiasa dilaungkannya.

Telah begitu lama beliau bersama para pemimpin UMNO bahagian serta ahli-ahli. Ini kerana saya merestui beliau membantu memantapkan talian hubungan dan komunikasi dia antara pejuang parti dan akar umbi.

Tetapi beliau menggunakan peluang tersebut untuk mempromosikan diri, terutama di kalangan orang kampung. Beliau berjaya memimpin dan mengimamkan orang Islam dalam solat berjemaah dan menyampaikan khutbah-khutbah yang meyakinkan.

Dalam keadaan sedemikian amat payah bagi orang ramai mempercayai beliau melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Pada pemikiran mereka, jika beliau seorang yang baik, orang yang menuduhnya , iaitu saya, semestinya jahat. Begitu mudah dan ringkas pendirian mereka – pendirian yang dengan liciknya dibentuk oleh seorang yang pakar dalam berhujah dan payah dibidas.

Akhirnya saya digambarkan sebagai tidak adil di mata ramai rakyat Malaysia yang alim.

Beberapa hari selepas pemecatan Anwar daripada Kerajaan, ketua pembangkang di Parlimen Lim Kit Siang mengeluarkan satu kenyataan media bahawa saya sebagai Perdana Menteri mempunyai tanggung jawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa berhubung pemecatan Anwar.

Presiden Aliran, P. Ramakrishnan juga berkata rakyat berhak diberitahu sebab-sebab Anwar dipecat.

Lagi pun, terdapat 14 NGO mengeluarkan kenyataan media bersama mendesak supaya saya “menerangkan dengan betul” mengenai penyingkiran Anwar.

Dengan suara dan desakan yang semakin lantang dari pelbagai pihak meminta saya memberikan penjelasan, saya pun mengadakan satu sidang media di pejabat saya pada 22 September.

Di sidang media itu, seorang wartawan bertanya mengapa saya memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden UMNO.

Saya menjelaskan pada mulanya saya sendiri tidak mempercayai segala dakwaan homoseksual terhadap Anwar, tetapi kemudian semakin yakin selepas menemuramah pasangan-pasangan Anwar.

Anwar kemudian mengemukakan saman malu RM100 juta terhadap saya.

Mahkamah Tinggi kemudian membatalkan tindakan saman tersebut kerana saya dilindungi prinsip kebenaran dan perlindungan bersyarat (qualified privilege).

Dalam perundangan kebenaran merupakan pembelaan lengkap dalam kes saman malu.

Menurut Mahkamah Tinggi, sebagai Perdana Menteri saya mempunyai tanggung jawab di bawah undang-undang selain tanggung jawab moral dan sosial untuk memaklumkan kepada seluruh negara berkenaan perkara-perkara berkaitan Anwar dan kelayakan beliau memegang jawatan-jawatan awam. Perkara tersebut telah menjadi isu kepentingan awam.

Saya mempunyai tanggung jawab untuk menerangkan kepada negara reaksi Kerajaan dan UMNO berhubung beberapa serangan serta dakwaan oleh Anwar.

Kesemuanya merupakan isu-isu am kepentingan awam, yang mereka mempunyai sebab dan kepentingan untuk dimaklumkan.

Mahkamah Tinggi berkata tindakan saya dilakukan dengan jujur dan tidak bertujuan jahat apabila saya bercakap mengenai Anwar. Oleh itu, saya dilindungi pembelaan bersyarat.

Mahkamah Rayuan tidak membenarkan rayuan Anwar dan mengulangi apa yang dikatakan oleh Mahkamah Tinggi, iaitu saya dilindungi pembelaan kebenaran dan pembelaan bersyarat.

Mahkamah Persekutuan juga tidak membenarkan permohonan Anwar supaya dibenarkan membuat rayuan. Mahkamah tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, beberapa perkembangan di Indonesia menggalakkan lagi Anwar dan penyokongnya.

Pada 21 Mei, 1998 Presiden Suharto digulingkan melalui tekanan demonstrasi jalanan yang berterusan dan besar-besaran. Mengambil iktibar daripada kempen anti Suharto di Indonesia, Anwar mula bercakap tentang reformasi dan menggambarkan saya sebagai korup dan lebih mementingkan kronisme.

Pada 20 September, sehari sebelum upacara penutup Sukan Komanwel, Anwar mengadakan perhimpunan besar di Dataran Merdeka di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang juga merupakan tapak bersejarah di mana negara ini mengisytiharkan Merdeka pada 1957.

Lokasi tersebut pada beliau dan para penyokongnya merupakan sesuatu yang simbolik dan bijak, tetapi bagi ramai ahli UMNO, ia merupakan satu persendaan.

Perhimpunan tersebut sengaja diadakan pada masa yang sama dengan lawatan Queen Elizabeth II ke Gereja St Mary yang terletak di sebelah kawasan tersebut. Ini dilihat sebagai satu tindakan tidak menghormati lawatan seorang pembesar negara, tetapi Anwar tidak mempedulikannya.

Anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan berkenaan dan memastikan Queen Elizabeth tidak diancam bahaya.

Anwar seterusnya menggesa pengikutnya membakar kediaman saya dan juga ibu pejabat UMNO. Berikutan itu satu kumpulan berjaya memecah masuk bangunan UMNO dan merosakkan beberapa buah bilik.

Satu lagi kumpulan berjaya menghampiri satu kilometer dari kediaman saya, tetapi sempat disuraikan oleh anggota polis. Pihak polis, bagaimana pun, tidak lagi dapat membiarkan tunjuk perasaan oleh Anwar dan penyokongnya, tidak kira sama ada Sukan Komanwel sedang berlangsung atau pun tidak.

Pada petang 20 September, mereka menangkap beliau di rumahnya.

Sejak waktu itu saya sedar akan timbul lebih banyak masalah, namun saya berharap ia tidak berlaku sewaktu Sukan Komanwel sedang berlangsung.

Kumpulan wartawan luar yang berada di sini untuk membuat liputan pemberontakan oleh Anwar menganggap perkembangan yang berlaku sebagai peluang untuk menghentam dan mengutuk Malaysia kerana menangkap seorang pemimpin Pembangkang. Itulah yang mereka amat harapkan berlaku.

Sementara itu, wartawan tempatan yang mengetahui latar belakang segala isu, mengehadkan liputan mereka kepada perkembangan dan keputusan Sukan Komanwel, terutama prestasi Malaysia yang cemerlang. Laporan mereka mengenai demonstrasi itu hanya berdasarkan fakta semata-mata.

Tetapi apabila kami mengadakan majlis makan tengah hari untuk media di Hotel Mint yang merupakan pusat media sepanjang Sukan Komanwel, seorang wartawan wanita dari Australia bertanyakan tentang Anwar.

Beliau begitu sinis apabila menyentuh tentang tuduhan salah laku moral dan liwat di antara orang dewasa berdasarkan suka sama suka apabila menganggapnya sebagai perkara biasa. Bagi beliau dan mereka yang sehaluan dengannya Anwar tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pada waktu itu saya masih sibuk mengatur dan menyelia kawalan mata wang.

Para pemerhati dan wartawan asing berkata perbezaan cara Anwar dan saya menangani krisis kewangan di antara sebab beliau dipecat, tetapi tuduhan itu tidak benar.

Perbezaan di antara kami amat sesuai dibahas di Kabinet, tetapi ia tidak sesuai dibawa hingga ke peringkat itu. Ia sememangnya tidak perlu kerana sebagai ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Anwar bersetuju dengan idea saya mengenai pengawalan mata wang, sekurang-kurangnya begitulah dilihat secara luaran.

Ada juga pihak yang mengatakan Anwar orang di sebalik peletakan jawatan oleh Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara. Bagaimana pun, pada waktu itu saya tidak mengesyaki apa-apa.

Dakwaan kononnya saya memecat Anwar kerana perbezaan cara kami menangani krisis kewangan sememangnya tidak tepat.

Beliau juga tidak disingkirkan kerana sebab-sebab politik, seperti cubaannya untuk menjejaskan sokongan parti terhadap saya. Sekira itu tanggapannya, saya pasti dengan mudah menguruskannya tanpa perlu memecat beliau.

Apabila KPN memaklumkan kepada saya bahawa polis telah mengambil keputusan untuk menangkap Anwar bersabit tindakan menghasut keganasan, saya berasa agak bimbang.

Ini kerana mereka yang bersimpati dengannya tidak akan menerima saja tindakan tersebut, malahan ia juga akan menyebabkan Anwar dijulang sebagai simbol ‘perjuangan’ politik mereka.

Lantaran saya menasihati KPN supaya jangan menggunakan kekerasan atau pun menggari Anwar apabila ditangkap. Bagaimana pun, sebaliknya polis menggunakan pendekatan yang biasa digunakan dalam amalan dan prosedur mereka – mereka pergi ke rumah Anwar dengan memakai tutup kepala, memecahkan pintu dan menggarinya. Beliau dihumban ke dalam van polis dan dibawa ke ibu pejabat polis.

Saya menyangka beliau akan dikenakan tuduhan di mahkamah serta merta, tetapi setelah beberapa hari tiada apa yang berlaku. Kemudian saya diberitahu beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri.

Berkali-kali saya bertanyakan kepada polis mengapa beliau belum lagi dikenakan tuduhan, tetapi mereka hanya memberikan jawapan yang samar.

Akhirnya saya mendapat tahu beliau mengalami kecederaan di bahagian mata sewaktu dalam tahanan dan polis mahukan supaya kecederaan itu sembuh sebelum beliau dibawa ke mahkamah dan menghadapi kamera.

Kesan lebam di mata itu, bagaimana pun, memakan masa untuk hilang dan memandangkan saya sendiri pun tidak mahu beliau ditahan di bawah ISA, saya memberitahu polis tidak lagi boleh berlengah.

Anwar dihadapkan dengan tuduhan pada 29 September 1998, sembilan hari selepas beliau ditangkap. Hari itu hari pertama beliau muncul di khalayak ramai dan lembam di matanya masih ketara.

Sebagai seorang doktor saya tahu betapa mudahnya bagi seseorang mengalami lebam di mata. Itulah sebabnya pada peringkat awal saya menyangka beliau telah terhantuk kepala.

Saya tidak pernah bayangkan seseorang membelasahnya. Perkara tersebut amat dimarahi ramai apabila saya berkata kemungkinan kecederaan itu disebabkan perlakuan sendiri, tetapi secara jujur saya tidak percaya polis membelasah beliau, terutama apabila saya telah mengarahkan KPN supaya berhati-hati.

Rupa-rupanya KPN Rahim sendiri yang bertanggung jawab menyebabkan lebam di mata Anwar. Dia membenarkan Anwar membangkitkan kemarahannya, lantaran ditempelengnya Anwar tanpa menyedari apa yang berlaku akan digunakan sepenuhnya sebagai modal oleh Anwar dan para penyokongnya.

Sebenarnya Rahim bukannya membantu saya dari segi politik – apa yang dilakukannya lebih banyak membawa mudarat kepada kedudukan Malaysia di mata dunia.

Dengan itu para penyokong Anwar dan parti-parti pembangkang memperoleh bukti nyata berhubung tuduhan saya bersikap ‘diktator. Mereka seterusnya mempamerkan poster-poster Anwar dengan mata lebamnya di seluruh pelosok negara.


Penyokong beliau menjadikan seolah-olah saya yang secara peribadi bertanggung jawab ke atas layanan ganas itu, walaupun saya cuba memastikan perkara tersebut tidak berlaku.

Anwar menghadapi tuduhan berasingan bersabit rasuah dan meliwat, tetapi kedua-dua tuduhan mempunyai kaitan dengan dakwaan beliau meminta seorang pegawai kanan polis, Datuk Mohamad Said Awang, Pengarah Cawangan Khas supaya mengugut Ummi Hafilda hingga memaksa dia menarik balik surat aduan pertama kepada saya itu.

Perbicaraan rasuah yang bermula pada 2 November, 1998 berlangsung selama lima bulan. Tahap keterujaan di mahkamah sewaktu keterangan diberikan oleh Mohamad Said begitu tinggi apabila beliau menjelaskan bagaimana Anwar mengarahkan beliau “menukar” pendirian Ummi Hafilda dan memaksa beliau menarik balik dan seterusnya menafikan kandungan suratnya kepada saya.

Tindakan tersebut dianggap sebagai rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan mahkamah mendapati beliau bersalah. Sejak daripada itu segala usaha perundangan Anwar gagal kerana kesemua rayuannya ditolak oleh mahkamah.

Perbicaraan liwat bermula pada 7 Jun 1999. Usaha untuk mengikuti perkembangan perbicaraan di akhbar amat mendukacitakan kerana berlaku beberapa kecuaian pihak pendakwa.

Satu peringkat yang amat menjengkelkan apabila pihak pembelaan mendakwa tindakan meliwat tidak berlaku pada hari yang disebutkan dalam tuduhan.

Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah tidak berkata apa-apa, seolah-olah menyetujui jenayah tersebut tidak berlaku, dan surat khabar pula turut melaporkan tiada pelakuan liwat.

Tetapi, walaupun ia tidak berlaku pada hari yang dinyatakan, tidak bermakna ia tidak berlaku sama sekali.

Masalahnya dengan pihak pendakwa, mereka kesemuanya penjawat awam belaka dan tidak mengerti tentang pemikiran penjenayah.

Amat mengecewakan mengikuti perkembangan tersebut kerana mereka tidak sebenarnya menjalankan tugas secara betul dan baik. Saya tidak dapat berbuat apa-apa.


Mereka mengemukakan begitu banyak bukti yang tidak relevan di mahkamah hingga menyebabkan orang ramai semakin kurang yakin kesahihan kes tersebut.

Walaupun akhirnya Mahkamah Tinggi mendapati Anwar bersalah, namun beliau berjaya mengutip kelebihan hinggakan ramai rakyat Malaysia berasa yakin beliau sebenarnya mangsa satu konspirasi politik.

Macam mana orang boleh percayakan ini saya sendiri tidak faham.

Untuk berkomplot menjatuhkan Anwar dengan cara ini saya memerlukan bantuan polis, Peguam Negara dan pendakwa-pendakwanya, saksi, hakim, pakar makmal forensik dan lain-lain lagi.

Tentu sekali seorang daripada kumpulan konspirator yang begitu ramai ini akan lambat laun membocorkan butiran komplot tersebut.

Walaupun beberapa orang saksi menganggap saya sebagai musuh, namun tidak seorang pun tampil untuk menyatakan bahawa dia dipaksa berbohong untuk menyokong saya.

Di antara saksi-saksi itu termasuk bekas Ketua Pengarah Agensi Pencegah Rasuah (ACA), Datuk Shafee Yahya, yang sebelum itu menuduh saya mencampuri penyiasatan agensi tersebut ke atas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.

Pada 1998 saya menerima banyak aduan mengatakan ACA keterlaluan sewaktu menjalankan penyiasatan. Oleh yang demikian dengan menyedari bagaimana kadangkala pegawai kerajaan bertindak keterlaluan dalam menjalankan tugas mereka, saya bertanya kepada Shafee supaya menerangkan keadaan tersebut.

Pertemuan kami tidak berjalan lancar dan Shafee menjadi marah dan menuduh saya mengganggu tugasnya.

Sebenarnya, apa yang berlaku dengan ACA tidak ada kaitan dengan kes Anwar. Tetapi Shafee berjaya diberi kesempatan di mahkamah dan begitu gembira berjaya dapat mencerca saya.

Walaupun Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, namun Mahkamah Persekutuan dengan suara majoriti membatalkan keputusan tersebut dan membebaskan Anwar bersabit tuduhan meliwat.

Mahkamah Persekutuan berkata bukti yang dikemukakan tidak selari dengan keterangan Azizan, iaitu dia diliwat oleh Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja (adik angkat Anwar) pada waktu, tarikh dan tempat yang disebutkan.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui kandungan keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar berikutan kesilapan teknikal berhubung tarikh kejadian yang didakwa berlaku.

Mereka juga tidak menyedari bahawa majoriti Mahkamah Persekutuan berpendapat terdapat “…bukti untuk mengesahkan pihak perayu (Anwar dan Sukma) terbabit dalam perlakuan homoseksual, dan oleh itu kami lebih mempercayai insiden di Tivoli Villa memang benar berlaku…”

Walaupun keputusan dibatalkan kerana kesilapan teknikal, hakikatnya apa yang dipersetujui secara konklusif oleh Mahkamah Persekutuan ialah keterlibatan Anwar dan Sukma dalam kegiatan homoseksual.

Satu lagi elemen yang didakwa sebagai “konspirasi’ saya terhadap Anwar ialah apa yang dianggap sebagai campur tangan saya dalam sistem perundangan.

Saya sering kali dituduh mencampuri urusan mahkamah, menghina hakim dan bermusuhan dengan profesion perundangan. Ini saya huraikan di muka surat lain.

Di sini saya hanya perlu menyatakan bahawa Anwar dibicarakan di mahkamah dalam kes yang saya lihat sebagai jelas.

Orang Melayu secara amnya alim dan bersifat konservatif, dan pada mereka meliwat adalah dosa besar. Mereka tidak akan membiarkan pelakuan sebegitu berlaku atau menunjukkan simpati terhadap orang yang melakukannya.

Bagaimana pun, nama baik Anwar yang diselubungi sifat alim telah mempengaruhi ramai orang bahawa tuduhan terhadapnya tidak dapat diterima akal.

Mereka enggan percaya Anwar sanggup berkelakuan sedemikian, walaupun pihak mahkamah mendapati beliau bersalah.

Media tempatan dan Barat juga keberatan untuk melepaskan persepsi mengenai imej saya yang didakwa bersikap ‘diktator’.

Media asing, terutama, berkata Anwar tidak bersalah dan pendapat itu diterima bulat-bulat oleh sesetengah rakyat Malaysia.

Dalam pada itu parti-parti pembangkang dan surat khabar mereka terus meletakkan saya dalam keadaan yang seburuk yang mungkin.

Saya dibuat seperti saya yang sedang dibicarakan, dan jika seseorang itu mempercayainya , seolah-olah keseluruhan hidup saya dan kerja-kerja saya hanya ditumpukan untuk membinasakan Anwar dan kerjayanya.

Sekali lagi Anwar mengemukakan saman malu terhadap saya berdasarkan jawapan saya kepada satu soalan oleh seorang wartawan selepas saya menyampaikan ucapan perasmian persidangan “Human Rights and Globalisation’ (‘Hak Asasi Manusia dan Globalisasi) yang ditaja oleh SUHAKAM pada 9 September 2005.

Menjawab soalan berhubung isu Anwar, saya menerangkan bahawa dalam masyarakat kita, meliwat tidak boleh diterima dan saya tidak boleh membenarkan seseorang yang bersifat sedemikian dalam Kabinet saya, dan bakal menggantikan saya sebagai Perdana Menteri.

Saya juga berkata, “Bayangkan kami mempunyai seorang Perdana menteri yang ‘gay’…tak ada seorang pun akan selamat.”

Bagaimana pun, Mahkamah Tinggi membatalkan saman malu Anwar terhadap saya…sekali lagi berdasarkan bahawa saya dilindungi pembelaan kebenaran (justifikasi) dan perlindungan bersyarat.

Rayuan Anwar seterusnya kepada Mahkamah Rayuan juga dibatalkan kerana terdapat beberapa kecacatan dalam Rekod Rayuan yang difailkan oleh peguamnya.

Pada 24 November 2010, Mahkamah Persekutuan memutuskan supaya permohonan Anwar untuk kebenaran mengemukakan rayuan ditolak.

Pada waktu Anwar dipecat, ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO sering kali mengadu mengenai sikap media. Beberapa orang daripada mereka mencadangkan supaya tindakan diambil ke atas wartawan yang mengkritik, terutama apabila kritikan mereka ditujukan kepada saya secara peribadi.

Jika itu dilakukan – apabila pengarang-pengarang kanan dibuang atau dipindahkan, saya juga akan dipersalahkan oleh mereka di luar Majlis Tertinggi. Mereka akan berkata saya yang mengarahkan supaya mereka dibuang atau dipindahkan.

Saya perlu mengaku bahawa saya tidak pernah menyangkal segala yang didakwa, tetapi sebaliknya menyetujui keputusan Majlis Tertinggi kerana saya tidak mahu mereka yang mengambil berat tentang saya merasakan seolah-olah saya mengecewakan mereka.

Saya berpendapat mereka ikhlas menyokong saya. Tetapi apabila saya meletakkan jawatan mereka dengan pantas menentang saya untuk dilihat sebagai berpihak kepada bos baru mereka.

Secara kebetulan di bawah kepimpinan bos baru itulah Tan Sri Abdullah Ahmad , pengarang New Straits Times disingkirkan tanpa rasa ragu-ragu.

Beberapa orang pengarang kanan NST dan Utusan Malaysia turut disingkirkan. Ketika itu tidak seorang pun menuduh pengganti saya bertindak ke atas para pengarang yang tidak menyokong beliau.

Sama ada kita dapat menerimanya atau tidak, saya perlu menerima segala-galanya sebagai sifat kita orang Malaysia. Apabila kita berada di atas, orang akan cuba membaca pemikiran kita dan berusaha melakukan apa yang mereka berpendapat kita inginkan.

Mereka berasa marah bagi pihak kita, dan kita akan dilihat sebagai mengecewakan mereka sekiranya kita tidak turut berasa marah seperti mereka.

Seperti yang saya telah sebutkan, apabila Perdana Menteri Australia Paul Keating melabelkan saya sebagai seorang yang degil dan keras kepala, saya tidak marah – beliau berkata demikian kerana saya enggan mengikut jejak majoriti, dan label sedemikian sememangnya agak sesuai untuk saya.

Saya sering tidak melakukan segala yang dilakukan orang lain
Kebanyakan orang Malaysia memang macam itu, dan ia membolehkan negara ini menunjukkan betapa kita boleh berdiri di atas kaki sendiri dan berkeupayaan.

Tetapi mereka berkata saya sepatutnya berasa tersinggung dengan apa yang dikatakan Keating. Mereka pula yang berasa terhina bagi pihak saya berikutan apa yang diluahkan PM Australia itu. Saya tidak mahu memalukan mereka, jadi saya pun ikut saja.

Hal berhubung Anwar dan krisis mata wang telah menyebabkan Malaysia tidak stabil, justeru sememangnya menjadi tanggung jawab saya untuk bertindak mengimbangi keadaan ekonomi dan politik negara.

Menjelang lewat 1998, ekonomi negara semakin menunjukkan pemulihan, tetapi situasi politik masih tidak bertambah baik.

Pergerakan reformasi Anwar dan penubuhan Parti Keadilan disusuli dengan lebih banyak demonstrasi jalanan serta perhimpunan.

Walaupun saya telah bersara sebagai Perdana Menteri beberapa tahun lalu, dakwaan tentang aktiviti homoseksual Anwar tidak juga lenyap.

Segala-galanya berulang kembali apabila timbul dakwaan baru mengenai kegiatan homoseksual beliau.

Kali ini ia membabitkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berusia 23 tahun. Dia mendakwa diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Pada 7 Ogos tahun yang sama Anwar dihadapkan ke mahkamah bersabit tuduhan meliwat Saiful.

Pada 15 Ogos Saiful bersumpah menggunakan Quran di hadapan pegawai-pegawai Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.

Ini merupakan cara Saiful cuba membuktikan dia bercakap benar. Saiful kemudian mencabar Anwar supaya turut bersumpah menggunakan Quran dan menafikan tuduhan itu.

Pada 16 Ogos saya juga mencabar Anwar bersumpah menggunakan Quran bagi membuktikan yang beliau tidak bersalah. Saya kata sebagai seorang tokoh terkemuka di arena politik Malaysia Anwar sepatutnya bertindak mengikut sentimen orang ramai dan bersumpah dengan cara sedemikian selain mengemukakan kenyataan bersumpah berhubung dakwaan yang dibuat oleh Saiful.

Anwar tidak bersumpah menggunakan Quran untuk menafikan tuduhan bahawa beliau pernah meliwat Saiful. Dan oleh kerana perbicaraan masih berterusan saya tidak mahu membuat sebarang komen.

Tidak dapat dinafikan Anwar seorang yang berkarisma dan beliau tahu cara untuk mendapatkan sokongan daripada orang lain. Segala-gala yang saya lakukan untuk Anwar di masa-masa lalu kini diketepikan.

Saya digambarkan seolah-olah telah memangsakan beliau dan menghumbankannya ke dalam penjara, seolah-olah tiada perbicaraan dilakukan.

Apabila nama saya disebutkan di dalam mana-mana buku atau rencana, saya digambarkan sebagai seorang Perdana Menteri yang menghumban timbalannya ke dalam penjara. Apa yang nyata beliau sebenarnya dituduh mengikut prosedur dan seterusnya dibicarakan, tetapi ini tidak pula disebutkan.

Sememangnya sifat saya untuk memaafkan orang, dan saya telah memulihkan karier beberapa orang yang pernah cuba menjejaskan kedudukan politik saya. Ini saya lakukan hingga sanggup menamakan seorang daripada mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Anwar dipecat.

Tetapi saya mendapati sukar untuk memaafkan Anwar kerana tindakannya memburukkan saya di mata dunia.

Sepatutnya hari ini Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia, tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana tindakannya sendiri. Beliau tidak memberikan saya pilihan selain menyingkirkan beliau, dan saya berpendapat apa yang saya lakukan adalah yang terbaik untuk negara.

Mungkin saya pernah melakukan banyak kesilapan, tetapi memecat Anwar bukan satu daripadanya.

-Memoir "A Doctor In The House"

Bila Kak Su Bersuara... Heh!