Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 15, 2011

Panasss!!! Skandal Raba Buah Dada RM200,000..VVVIP hampir dapat dipastikan..!!!


Memang kecoh berita mengenai seorang gadis yang dibayar RM200,000 oleh seorang VVVIP semata-mata untuk menutup mulut gadis itu dari melaporkan perbuatan anak lelakinya yang meraba buah dadanya.

Ekoran status VVVIP itu disembunyikan, maka timbullah spekulasi dari pelbagai pihak, terutamanya puak-puak pembangkang yang riuh rendah menuduh VVVIP itu merupakan seorang pemimpin BN!

Betulkah tuduhan tersebut atau ia satu lagi tuduhan liar yang sengaja dilemparkan tanpa sebarang bukti?

Hakikatnya hari ini, saya bertemu dengan seseorang yang tahu tentang cerita ini. Menurutnya, kejadian itu berlaku di sebuah negeri di utara dan VVVIP itu memang mempunyai anak lelaki yang gatal dan suka buat sesuka hati mak bapak dia. Maklumlahhh..dia anak VVVIP tertinggi kerajaan negeri itu!

Menurut sumber, gadis yang menjadi mangsa tersebut telah dibayar dengan wang tunai sebanyak RM200,000 dan diminta tutup mulut. Anak lelaki VVVIP itu juga telah bertukar ke sekolah lain untuk tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.

Fakta paling penting yang diberitahu kepada saya ialah VVVIP itu berbangsa Cina dan terkenal dengan sifat "chauvinis", "rasis ultra kiasu" atau "little napoleon" oleh seorang Ahli Parlimen. Gadis itu juga berbangsa Cina.

Menurut sumber, dia sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai kes tersebut. Dipercayai gadis tersebut sedang hidup dalam ketakutan ekoran dipantau ketat oleh "macai-macai" VVVIP tersebut.

Bagaimanapun, kelakuan keji ini pastinya akan terburai dan dibongkarkan tidak lama lagi. Nak tahu siapa VVVIP tersebut? Rasanya anda tahu siapa gerangannya melalui "clue" yang diberi. Kita hanya menunggu kepastian sahaja...tunggu pendedahan mengenai kes ini nanti..!!!

GEMPARRR..!!! MALAYSIAKINI LELONG DIRI..SAPA NAK BELI...?!!!


Portal pro-pembangkang atau milik pembangkang, Malaysiakini.com semalam memaparkan skrip opera Cina di lamanya apabila bosnya, Steven Gan cuba bercerita ala-ala nada sedih bagaimana ia berusaha untuk bertahan selama belasan tahun.

Berbelas perenggan tapi ia bagaimanapun tidak menyebut langsung mengenai dana-dana asing yang diperoleh untuk memastikan survival dirinya selama ini sebaliknya cuba mencerita ‘perit-getir’ tak seberapa yang dilaluinya.

Paling menarik, tajuknya M’kini dijual pada UMNO? Langkah mayat kami.

Sebelum meneruskan rencana ini, izinkan kami memaparkan rumusan komen pemimpin UMNO yang kami peroleh mengenai rencana itu…

“UMNO PUN TAK HINGGIN LA KAT MALAYSIAKINI MR. STEVEN GAN”.

Pasalnya tidak ada mana-mana pihak pun dalam UMNO yang sebut parti itu nak ambil alih Malaysiakini.

Yang memulakan cerita itu ialah pesaing satu ideologi atau satu kapal Malaysiakini yakni The Malaysian Insider.

UMNO tak sebut apa pun, jadi yang Steven Gan tetiba nak suruh orang langkah mayat dia buat apa?

Ini adalah definasi baru kepada pepatah hidung tak mancung, pipi macam kereta sorong….opsss tersorong-sorong….

Kalau baca rencana itu, Steven Gan ‘mencurahkan perasaan’ melalui pengalamannya mempertahankan Malaysiakini.com dan seolah-olah mengemis simpati dari pembaca.

Dari ‘luahan perasaan’nya, Steven mengisahkan tentang penubuhan portal itu sejak 11 tahun lalu, keputusan untuk mengenakan bayaran kepada pembaca, menjana pendapatan melalui iklan dan sebagainya.

Dia juga mengulas tentang kemungkinan mengadakan ‘swap share’ dengan Malay Mail sebagaimana yang berlaku di antara Air Asia Sdn Bhd (Air Asia) dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) baru-baru ini.

Menariknya, Steven menyatakan bahawa tidak mungkin sama sekali untuk Malaysiakini.com menjadi milik UMNO.

“Jadi, adakah Malaysiakini akan jatuh ke tangan Umno? Langkah mayat kami dahulu,” katanya.

Diulangi, UMNO pun tak hingin la dengan Malaysiakini….tolong jangan angkat diri sendiri dalam bakul sampah.

Paling best, cerita yang tersebar ialah Malaysiakini akan bekalkan berita kepada The Malay Mail. Tolonglah….apa kelayakan kau orang nak bekalkan berita?

Malaysiakini diminati pun di kalangan penyokong pembangkang sahaja. Kalau menulis berita mengutuk kerajaan secara konsisten selama bertahun-tahun, memanglah anda akan diminati pambaca yang anti kerajaan.

Itu tidak menjadikan anda pembekal berita yang hebat, itu hanya menjadikan anda penulis berita sensasi dan tokok tambah yang hebat. Banyak perbezaannya di situ.

OKLAH KALAU NAK KUTUK KERAJAAN PUN, ITU KAU PUNYA PASAL…TAPI LEPAS KUTUK KAW-KAW NAK BERLAKON KONONNYA SEIMBANG DAN TELUS TU…TAK PAYAHLA BUAT OPERA OK...

Aneh sekali apabila memikirkan tentang Steven yang pada mulanya berbicara mengenai naik turun Malaysiakini dalam ala-ala sedih itu, tiba-tiba beralih pula bercakap mengenai politik dan kononnya menegaskan bahawa parti politik tidak layak memiliki media serta wartawan.

Pertamanya, kita semua sedia maklum bahawa Malaysiakini sudah banyak kali hilang kreadibiliti sebagai media bebas dengan melaporkan berita yang jelas berat sebelah dan mencemarkan etika kewartawanan.

Setiap hari portal itu sering memanipulasi laporan-laporan yang disiarkan malah sanggup memaparkan tajuk-tajuk berita yang kontroversi dan tidak tepat.

Cedok berita Bernama, tapi tukar tajuk bagi nampak buruk kerajaan.

Kalau galeri kartun milik Zunar si bengali lupa daratan di laman itu, penuh dengan gambar-gambar yang mengutuk kepimpinan negara sahaja. Takda sekali pun kita nak tengok ada kartun kutuk Lim Kit Siang atau anak emasnya, Lim Guan Eng? Apa ini lua olang maksum ka? By the way….apa ilu maksum?

Antara laporan portal itu yang di’tangkap’ tidak benar ialah mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tentang kematian jurukamera Bernama, Allahyarham Noramfaizul, isu kewarganegaraan Mismah, isu undian di laman web The Star dan banyak lagi pernah dibongkarkan.

Namun Malaysiakini tidak pernah memohon maaf atas segala ketelanjurannya itu, malah sanggup ‘bermuka tembok’ mendabik dada sebagai sebuah portal yang kononnya ‘telus’, ‘neutral’ dan ‘melaporkan yang benar’.

Ekoran sifat portal tersebut yang sering memanipulasi berita dan tidak beretika, mereka pernah di saman oleh beberapa pihak termasuklah oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, pada musim pilihan raya Negeri itu sebelum ini.

Sebenarnya, ramai pihak yang kesal dengan tindakan portal tersebut yang cuba menarik perhatian pembaca di internet dengan laporan-laporan yang kononnya kontroversi dan tidak tepat sama sekali.

Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya mengenai sumber pendapatan Malaysiakini.com bagi menampung kos operasi laman web berita tersebut.

Lagipun, bukan mudah untuk sebuah portal berita internet untuk bertahan lama memandangkan kos operasi yang tinggi untuk membayar harga server, domain, gaji wartawan dan pengurusan laman web itu.

Untuk bertahan dengan memperoleh pendapatan dari iklan saja tidak mencukupi dan hanya mengharapkan bayaran yuran dari pembaca secara ‘online’ juga tidak dapat menjamin untuk menampung keseluruhan kos.

Ekoran itu, pelbagai pihak telah membuat spekulasi mengenai ‘sumber sebenar’ Malaysiakini.com di mana ada desas-desus menyatakan bahawa portal itu dibiayai sepenuhnya oleh sebuah yayasan yang berpangkalan di luar negara.

Desas-desus itu juga mendakwa yayasan tersebut berkait rapat dengan sebuah pertubuhan yang dimiliki oleh golongan Yahudi yang berpengaruh.

Namun, sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut masih belum dapat dibuktikan ekoran tiada bukti kukuh untuk dibawa ke pengetahuan umum.

Bagaimanapun, berbalik mengenai ura-ura usaha sama antara Malaysiakini.com dan akhbar The Malay Mail menjadi satu bahan jenaka yang sangat melucukan.

The Malay Mail sebagaimana yang kita tahu adalah di antara akhbar agak berpengaruh di negara ini dan sudah lama bertapak dalam bidang penyiaran media cetak.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif akhbar berbahasa Inggeris itu, Datuk Akhiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru (seorang blogger ternama) dilihat lebih condong menyokong kerajaan sedia ada.

Jika melihat kepada latar belakang pengurusan The Malay Mail dan status yang ada pada akhbar itu, adalah sangat mustahil untuk melihat mereka mempunyai minat untuk bekerjasama dengan sebuah portal yang menjual berita dengan kontroversi murahan seperti Malaysiakini.com.

Dalam ertikata lain, mereka tidak sepadan langsung.

Justeru itu, adalah lebih baik untuk Malaysiakini.com cerminkan diri terlebih dahulu sebelum ‘meminang’ The Malay Mail.

Sewajarnya, Steven perlu menulis mengenai azam baru portal berita tersebut untuk melaporkan berita-berita yang lebih beretika, bertanggungjawab, benar dan memohon maaf kepada seluruh pembacanya yang pernah tertipu serta dimanipulasi minda sebelum ini.

Tidak perlulah mengemis simpati di laman web sendiri dengan menceritakan kepayahan melaporkan berita yang ‘dibuat-buat’ kerana ramai yang akan menyampah dengan tindakan sebegitu. - Mynewshub.my

Panasss..!!! Nasaruddin Mat Isa hangin satu badan kat Anwar..!!!


Nampaknya makin ramai Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang benci dan menyampah pada Anwar. Antara yang dikatakan memang hangin satu badan ialah Nasaruddin Mat Isa.

Bukan dia seorang saja, malah boleh dikatakan majoriti Ahli Parlimen PAS, PKR dan DAP yang memang marah dengan Anwar.

Puncanya? Puncanya ialah Anwar menjadi punca elaun semua Ahli Parlimen tidak dinaikkan oleh Kerajaan!

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di dalam pembentangan Bajet 2012 telah mempertimbangkan untuk menaikkan elaun Ahli-Ahli Parlimen, tapi dengan menetapkan satu syarat.

Menurut sumber, kenaikkan elaun tersebut merupakan antara yang tertinggi setelah ia sudah lama tidak dinaikkan. Dikatakan kenaikkannya berjumlah RM10k bagi seorang Ahli Parlimen!

Syaratnya ialah cadangan itu tidak ditolak oleh mana-mana Ahli Parlimen. Walau seorang yang bangkang, maka cadangan tersebut akan dibatalkan.

Malangnya, disebabkan memang sifat semulajadi Anwar untuk membangkang apa saja usul Najib, maka dia dengan 'bangga'nya membangkang cadangan itu...

Maka hancur musnahlah harapan Ahli-Ahli Parlimen yang sudah lama tak naik gaji. Sebenarnya, ramai Ahli Parlimen yang mengharap sebab mereka dah pokai dek melayan kerenah rakyat di parlimen masing-masing. Biasalah...nak bayar bil letrik air pun mintak pada Ahli Parlimen!

Justeru itu, apakah rakyat fikir Anwar akan dilantik menjadi PM jika Pakatan Haram berjaya menawan Putrajaya? Heh?!

Apakah rakyat fikir pemimpin Pakatan Haram akan melantik seorang pemimpin yang terlibat dengan skandal seks dan moral?

Nyawa dan hidup Anwar kini dalam genggaman Karpal, PAS sudah berada dibawah kaki DAP. Tentu kita bayangkan siapa sebenarnya yang akan memerintah sekiranya Pakatan Haram memerintah..kan? Heh!




- Posted using BlogPress from my iPad

Bersyukurlah sikit Ayoh Chik Oiiiii....




Hadi Awang ni tak sedar diri ke apa hah? Dia tu perasan nak jadi Pakar Ekonomi pulak ke bila menempelak Bajet 2012 yang dibentangkan oleh kerajaan..? Sepatutnya Hadi bersyukur kerana kerajaan lebih mengutamakan nasib kebanyakan rakyat, bukannya hanya tahu komplen dan juga menuduh kerajaan macam-macam..

Apa motif yang Hadi nak tonjolkan bila menuduh Bajet 2012 yang diumumkan oleh kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah jangka panjang dalam menangani strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat? Hadi tahu ke apa yang sebenarnya dibentangkan oleh kerajaan didalam Bajet tersebut?

Hadi mendakwa.., harga minyak sebagai elemen kos paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan membebankan rakyat. Tapi tahu ke Hadi Awang bahawa kerajaan masih lagi bagi subsidi kepada setiap liter petrol kepada rakyat? Malah petrol yang digunakan oleh kereta Hadi tu pun dapat subsidi jugak tauu…

Dan macam lah Presiden PAS ni bijak sangat bila menuduh Bajet yang dibentangkan oleh kerajaan merupakan Bajet yang tak efisyen. Kononnya.., untuk jangka masa panjang, kerajaan akan gagal mendidik rakyat supaya berhemat, malah rakyat terus digula-gulakan dengan pemberian jangka pendek.

Apa buktinya Hadi cakap macam tu? Mungkin Hadi sakit hati bila kerajaan luluskan pemberian RM 500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan. Kalau itulah puncanya, kenapa Hadi tak bidas Guan Eng dan Anwar yang janjikan perkara yang sama dalam Bajet mereka?

Perlu diingat, Lim Guan Eng dan Anwar hanya sediakan RM 100 saja berbanding pemberian RM 500 dari kerajaan Barisan Nasional. Kenapa Hadi diam bila Anwar dan Guan Eng buat benda yang sama? Tok Guru jenis apa yang tak adil dan berat sebelah macam Hadi ni..?

Kalau benarlah Hadi Awang sebagai Presiden PAS sangat bijak dalam ekonomi, kenapa parti PAS sampai sekarang masih lagi tak mampu untuk menjana ekonomi mereka sendiri? Kenapa setiap kali nak pilihanraya sama ada kecil atau umum.., PAS masih harap pada derma rakyat di kampung-kampung?

Terbukti bahawa Hadi Awang hanya mampu bercakap tapi langsung tak serupa bikin. Setakat bercakap saja, sesiapa pun mampu buat. Tapi untuk melaksanakan janji-janji yang diucapkan, hanya kerajaan berkredibiliti saja yang mampu melaksanakannya.

Di dalam Pakatan, Anwar yang merupakan bekas Menteri Kewangan pun tak mampu nak tunaikan janji-janji yang dibuat kepada rakyat.., tambah pula Hadi Awang yang langsung tak tahu satu apa pun didalam hal ekonomi negara.

Jadi tak payahlah Hadi nak tuduh Bajet 2012 ni sebagai satu Bajet Pilihanraya atau apa sekalipun.. Hadi tak perlu nafi yang DS Najib mampu melonjakkan ekonomi negara dalam Bajet kali ni kerana ia memang terbukti mesra rakyat golongan pertengahan dan bawahan..

Sepatutnya Hadi berdoa kepada Tuhan supaya kurniakan kesihatan dan berikan kebahagiaan kepada seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat seperti DS Najib Tun Razak. Dan Hadi sewajarnya bersyukur kerana elaun dirinya sendiri sebagai Ahli Parlimen juga telah dinaikkan.

Berani ke Hadi menolak kenaikan elaun tersebut? Dan berani ke Hadi menyeru kawan-kawannya didalam Pakatan memboikot pemberian dari Kerajaan Barisan Nasional kepada mereka? Berani ke Haji Hadi?

Friday, October 14, 2011

Oi Khalid "gagap"..!!! Bila nak mintak maaf pada JAIS, Hasan Ali..??? Diorang tunggu tuuu..!!!

Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini membuat kenyataan media bagi menunjukkan kekesalan dan murka Baginda terhadap usaha memurtadkan umat Islam di Selangor berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Tuanku Sultan turut menyatakan bahawa JAIS punya bukti bagi membuktikan wujudnya usaha berkenaan, namun ia tidak mencukupi untuk difailkan kes di mahkamah. Maka gegak gempitalah para umat Islam di Selangor menyokong tindakan JAIS tersebut dan serta merta diadakan Seminar Menangani Cabaran Kristianisasi Di Malaysia di bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam, semalam.

Lantaran itu, maka sahlah tindakan JAIS itu tepat dan GMDU berbohong kepada rakyat negara ini. Kononnya, GMDU hanya meraikan majlis “thanksgiving”? Majlis Thanksgiving bersama umat Islam naif yang cuba dimurtadkan, begitu?

Saya masih ingat ketika diawal serbuan tersebut, Khalid “gagap” tergopoh-gapah menghubungi Pastor gereja berkenaan untuk meminta maaf atas tindakan JAIS tersebut. Dia yang pertama meminta maaf dan seorang lagi Khalid, iaitu Khalid “gereja” kemudiannya mengecam tindakan JAIS tersebut. Teruk JAIS dibelasah dan dikhabarkan ada pegawai atasannya yang diancam tukar kerja ke tempat lain.

Persoalannya sekarang, bila Khalid “gagap” nak minta maaf pada JAIS? Bila nak minta maaf pada Exconya, Hasan Ali, yang dibidas teruk dan di”zip”kan mulut sehingga bisu?

Kalau dulu Khalid cepat saja menghubungi Pastor gereja untuk minta maaf, kenapa sekarang tak cepat-cepat hubungi Hasan Ali? Ketika saya bertemu dengan Hasan Ali di Seminar tersebut di Shah Alam, Khalid “gagap” belum lagi meminta maaf padanya. Apa susah sangatkah nak minta maaf dari saudara seIslam? Dengan paderi Kristian cepat pula Khalid minta maaf!

Seperkara lagi, setelah dibuktikan bahawa ada cubaan dari gereja tersebut untuk memurtadkan umat Islam. Khalid sepatutnya mengambil tindakan terhadap gereja tersebut. Sudahlah tidak berdaftar, premis itu dikatakan aktif pula memurtadkan umat Islam! Khalid “gagap” tak sayangkan Islam ke? Sitalah gereja itu kalau berani..!

Saya sebenarnya amat kesal dengan Khalid “gagap” yang jelas menyebelahi Kristian dan zalim terhadap Islam. Sebagai Menteri Besar, sudah tentu dia tahu bahawa perlembagaan melarang sebarang bentuk dakwah dari agama lain kepada umat Islam, terutamanya ke arah murtad. Menurut perlembagaan, agama lain memang bebas diamalkan di negara ini, namun mereka dilarang sama sekali cuba menggerakkan usaha memurtadkan umat Islam. Takkan Khalid tak tahu?

Saya memohon kepada semua pihak, terutamanya NGO-NGO Islam di negara ini supaya bekerjasama dengan UMNO dalam menangani isu murtad ini. Hanya perpaduan dengan saudara seagama yang punya kuasa saja yang dapat memperbaiki keadaan ini. Kerajaan sedia ada tidak pernah “pilih bulu” sekiranya NGO yang datang itu adalah ahli PAS seumur hidup pun. Dalam banyak hal, Kerajaan sering mengenepikan sentimen politik demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu.

Jika nak diharapkan pada parti politik pembangkang yang ada, sampai bila pun takkan menjadi. Mereka sendiri bertelagah sesama mereka. Tapi bila di depan rakyat, mereka sengaja berlakon, kononnya mereka sepakat. Padahal, pi mai pi mai tang tu juga…tak kemana pun mereka…

GEMPARRR...!!! Najib sembah salib depan Pope Benedict..!!!

Puak Pakatan Haram kata Najib sembah salib depan Pope?

Cuba lihat pada gambar yang saya sertakan di atas. Menarik bukan? Melalui gambar tersebut, kita dapat melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, seolah-olah sedang menyembah salib di hadapan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin tertinggi Kristian Katolik itu di Gandolfo, Rome, pada bulan Julai lalu.

Inilah gambar yang sedang panas menghiasi laman-lama web, blog-blog dan Facebook cybertroopers pembangkang sekarang. Macam-macam yang dicercanya Perdana Menteri. Kononnya Najib tunduk dan bersekongkol dengan pemimpin Kristian ini. Kononnya, Najib sembah salib depan Pope. Betul ke? Tapi itulah propaganda mereka…

Namun, cuba perhatikan betul-betul gambar tersebut. Benarkah itu gambar yang tulen tanpa diedit oleh mana-mana pihak? Originalkah gambar itu?


Ini gambar originalnya…

Pertamanya, cuba lihat tali leher Najib di gambar tersebut. Ia berwarna jingga, bukan? Kalau pembaca nak tahu, ketika mengadakan lawatan tersebut, Najib sebenarnya memakai tali leher berwarna UNGU! Tiba-tiba saja Najib tukar tali leher? Tulenkah gambar itu? Perlukah dihantar kepada pakat untuk dikenal pasti ketulenannya?

Baiklah, cuba lihat pula pada tag nama yang dipakai Najib ketika “menyembah” salib itu.Najib pakai tag nama ketika buat lawatan ke luar negara? Untuk pengetahuan semua, sudah menjadi kebiasaan mana-mana pemimpin negara pun untuk tidak memakai tag nama ketika membuat lawatan di luar negara. Apa ke hal pula tiba-tiba Najib pakai tag nama jumpa Pope? Masih lagi percaya ketulenan gambar itu?

Cuba lihat pula pencahayaan yang ada pada gambar itu. Sekata atau tidak? Sinar flash kamera jelas tidak sekata dan huru-hara. Kemudian, pastur warnanya pula sangat berlainan seolah-olah ada pertindihan yang dibuat-buat. Nampak sangat ia telah diedit!

Namun, yang paling lucu, saya fikir tukang edit gambar ini ternyata seorang yang baru belajar edit gambar. Dia baru belajar photoshop ke? Nampak sangat amatur dan tak genuine! Teruk betul editnya. Berterabur sana sini. Apa puak-puak Pakatan Haram tak ada pakar edit gambar yang lebih hebat, kah? Teruk sangat yang ini, sama tarafnya dengan Tian Chua yang edit gambar Najib sedang makan semeja dengan Razak Baginda dan Altantuya dulu.

Nampaknya puak-puak Pakatan Haram sudah terdesak sangat. Ketika mana dikatakan sebuah lagi tayangan video skandal seks yang melibatkan Anwar di Thailand sedang di acah-acah oleh blogger-blogger pro-Kerajaan. Mereka sebok pula mencari jalan untuk melakukan perkara yang sama. Padahal, Najib tidaklah memiliki tabiat luar tabii sebagaimana Anwar!

Tapi, oleh kerana nak kenakan Najib jugak, maka mereka tidak ada pilihan selain membuat fitnah dengan mengedit gambar Najib ketika melawat Pope. Dengan tujuan, rakyat akan percaya dengan fitnah rekaan mereka. Busuk punya hati!

Persoalannya, rakyat percayakah pada gambar tersebut? Mungkin yang totok-totok seperti C4, neutron, bujuk dan lain-lain percaya. Namun saya yakin bahawa rakyat yang bijak tahu gambar tersebut merupakan fitnah jahat yang cuba dilemparkan oleh pihak pembangkang kepada Perdana Menteri.

Biasalah. Memang itu sifatnya pembangkang. Dari dulu tak pernah berubah. Kalau pemimpin UMNO tidak punya sebarang kesalahan, maka akan diada-adakan kesalahanannya. Akan diburuk-burukkan, difitnah, ditohmah, dicaci, dicerca dan sebagainya. Sebagai contoh, apa yang puak-puak pembangkang tak buat pada Tun M dulu? Macam-macam adaaaaa….

Justeru itu, saya minta pada pihak yang membuat editing gambar tersebut supaya belajat lagi cara-cara mengedit gambar dengan lebih baik. Cuba lagi lepas ni. Itu pun kalau rasa tak malu setelah dikantoikan kali inilah. Kalau rasa kesal, bertaubat dan mintalah maaf dari Najib. Kalau malu berdepan dengan Najib, minta maaf di facebooknya pun mungkin akan diterima, kot? Itu pun bergantung pada PM lah…

Satu lagi, kalau nak serang pun, buatlah serangan yang berkualiti dan benar. Tak payah la tipu-tipu macam ni. Nak bangkang, bangkanglah dengan kualiti dan fakta. Kalau buat macam ni, dah tentu rakyat akan kata pembangkang di Malaysia ni tak sihat! Demam sepanjang tahun tak kebah-kebah. Musim pilihanraya, pembangkang terus gila meroyan! Heh!

GEMPARRR..!!! Subjek Pendidikan Islam akan dihapuskan...!!!

Baru-baru ini ada perkhabaran dari utara semenanjung Tanah Melayu yang mengatakan bahawa matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan akan dihapuskan oleh Kabinet Pakatan Haram sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Menurut sumber yang merupakan bekas pemimpin DAP yang tidak mahu dikenali, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pakatan Haram yang lain telah mengadakan satu mesyuarat tertutup membincangkan mengenai perkara tersebut. Desakan tersebut dipercayai diusulkan oleh DAP.

Sumber memberitahu bahawa Anwar dan kepimpinan Pakatan Haram telah bersetuju dengan usul tersebut dan menjanjikan bahawa sekiranya matapelajaran tersebut tidak dihapuskan, maka matapelajaran agama lain akan diperkenalkan di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Ia dikatakan bertepatan dengan konsep “Malaysian Malaysia” laungan DAP yang mahukan kesamarataan hak bagi semua agama. Jika dilaksanakan, maka kedudukan agama Islam di negara ini adalah sama dengan agama-agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Tao dan lain-lain lagi. Dikatakan lagi bahawa modul pelajaran di sekolah-sekolh turut akan dirangka semula bagi mengikut acuan aliran Pakatan Haram.

Pada saya, sekiranya dakwaan ini benar, maka ia adalah satu malapetaka bagi seluruh umat Islam Melayu di negara ini. Keistimewaan agama Islam di negara ini bakal disamaratakan dengan agama-agama lain oleh Anwar dan konco-konconya. Dalam ertikata lain, tiada lagi istimewa atau lebihnya Islam di Tanah Melayu ini.

Sekiranya dakwaan tersebut benar, maka sistem pendidikan di negara kita akan mengamalkan dasar fahaman pluralisme yang disebar oleh Anwar selama ini. Sebagaimana kita tahu, fahaman pluralisme yang disebarkan Anwar melalui Institut Kefahaman Dasar (IKD) telah difatwakan sebagai fahaman sesat dan perlu diperangi oleh seluruh umat Islam.

Ketika negara sedang mengalami bencana sosial di kalangan remaja yang majoritinya anak-anak dan pelajar-pelajar sekolah, tiba-tiba matapelajaran Pendidikan Islam hendak dihapuskan? Nak digantikan dengan matapelajaran sivik atau moral? Sivik dan moral yang berpandukan acuan Anwar yang gemar meliwat? Sekurang-kurangnya, matapelajaran Pendidikan Islam mengajar tentang Islam yang melarang sebarang hubungan seks luar tabii’, termasuk liwat!

Saya percaya, bukan sahaja matapelajaran Pendidikan Islam sahaja yang akan dihapuskan sekiranya mereka memerintah negara. Pelbagai dasar lain juga akan dirangka dan dilaksanakan oleh mereka. Anwar sendiri telah berikrar akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang selama ini banyak menolong bangsa Melayu dan Bumiputera untuk memastikan keseimbangan “kek ekonomi” antara kaum di negara ini. Dengan penghapusan DEB, dijangka ekonomi negara akan dimonopoli sepenuhnya oleh kaum Cina.

Selain itu, Anwar pernah berikrar akan menambah bilangan bangsa Cina dan India bagi memegang jawatan-jawatan utama di pelbagai sektor di peringkat Pusat dan Negeri. Dalam ertikata lain, jangan terkejut jika selepas ini kita semua akan mendapat seorang Pengarah Tanah Negeri yang berbangsa Cina. Sekiranya itu berlaku, dijangka banyak tanah-tanah rezab Melayu akan terlepas ke tangan bukan bumiputera. Melayu merempat sajalah, bak kata Namewee…

Suka saya memberitahu bahawa berkemungkinan besar juga portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan bertambah sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri. Kini, Kabinet Negara hanya punya seorang Menteri yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal agama Islam. Namun, Anwar akan tambah lima enam orang lagi Menteri yang bertugas menjaga hal ehwal agama Kristian, Budhha, Hindu, Sikh, Tao dan sebagainya. Barulah “Malaysian Malaysia”!

Sebenarnya, banyak lagi dasar-dasar kerajaan yang akan ditukar oleh Anwar sekiranya Pakatan Haram berkuasa. Semuanya akan berpaksikan kepada dasar DAP. Dasar PKR? PKR ada dasar ke? Mungkin satu-satunya dasar PKR yang akan dijalankan ialah “dibenarkan mengamalkan hubungan membabitkan Lesbian, Gay, Bi-seksual dan Transgender (LGBT).

Dasar PAS? Jangan haraplah! Baru buka mulut nak buat hudud, dah kena jegil biji mata. Menikus PAS dibuatnya. Baru nak usul negara Islam, ditengkingnya Kit Siang dan Guan Eng. Terus PAS menyorok bawah meja. Baru nak cakap soal kepentingan Melayu Muslim, dah dituduh racis perkauman. Dasar PAS? Simpan sajalah dalam almari kat rumah…

Saya ucapkan “tahniah” kepada seluruh umat Islam, terutamanya kepada puak-puak PAS sekiranya matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah dihapuskan. “Tahniah” tersebut ditujukan kepada mereka yang membantu menjatuhkan agama sendiri di Tanah Melayu ini. Sudahlah gejala murtad disokong puak-puak PKR dan DAP, itupun lagi mau sokong mereka? Lantak korang laaa…

Thursday, October 13, 2011

Panasss..!!! Bob Lokman salahkan Sultan Selangor?!!!

Semalam, saya berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, seorang Exco yang terbuang yang bernama Hasan Ali. Ketika bertemu dengannya, maka adalah beberapa soalan yang diajukan kepadanya dari yang hadir…

Antara soalan yang diajukan ialah tentang bekas pelawak RTM terkenal, Bob Lokman yang kini kononnya sudah berubah menjadi orang “baik-baik” setelah menyertai PAS. Dan sebagaimana kita maklum, baru-baru ini Bob Lokman telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) yang berada di bawah portfolio, Hasan Ali.

Sebelum ini, Bob Lokman mengeluarkan kenyataan mempersoalkan tindakan JAIS yang menahannya selepas menyampaikan satu ceramah “agama” di sebuah masjid di negeri Selangor. Dalam kenyataannya, dia turut mempertikaikan penahanannya, “saya ditahan setelah jadi baik”, katanya kepada media baru-baru ini.

Menariknya, Bob Lokman menyalahkan Kerajaan BN, terutamanya UMNO, yang kononnya sengaja menahan bekas pelawak itu menyampaikan ceramah “agama”. Itu tohmahan dari seorang yang mendakwa dirinya cucu Tok Kenali, seorang tokoh ulama dari negeri Kelantan.

Kembali kepada Hasan Ali, bila ditanya mengenai soal Bob Lokman tersebut, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang digulingkan itu menjelaskan bahawa memandangkan ramai ahli politik yang memberikan ceramah di masjid di negeri Selangor, suasana tersebut telah memanaskan situasi politik di negeri itu. Hasan Ali menggunakan perkataan “heat” untuk menggambarkan suasana tersebut.

Ekoran itu, pada 22 Jun yang lalu, JAIS telah menerima arahan secara langsung dari DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang melarang sebarang pentauliahan kepada ahli politik dari JAIS untuk menyampaikan sebarang bentuk ceramah, tazkirah atau yang sewaktu dengannya di negeri naungan Baginda. Mana-mana ahli politik yang sudah tamat pentauliahannya juga tidak akan diperbaharui tauliahnya, termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, Abdul Rani.

Hasan Ali berkata, justeru arahan tersebut, maka sudah menjadi amalan JAIS untuk tidak pernah menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor dan mengimplimentasikan arahan tersebut berkuatkuasa serta merta. Jadi, dia mempertahankan tindakan JAIS tersebut yang menahan Bob Lokman baru-baru ini.

Dari penerangan tersebut, maka jelaslah Bob Lokman berada dipihak yang salah. Tiada pertikaian mengenai perkara itu. Muktamad. Lagipun, menurut Hasan Ali, JAIS sudah lama memantau aktiviti Bob Lokman yang menyampaikan ceramah “agama”nya di beberapa kawasan di sekitar Selangor dan tidak mampu lagi menahan sabar dengan kerenah Bob Lokman yang tak reti-reti bahasa, mahu juga memegang mikrofon dan berceramah…

Jadi, mengapa pula Bob Lokman secara tiba-tiba menyalahkan Kerajaan BN dan UMNO? Apa kena mengena BN dan UMNO dalam ini cerita? Yang menahannya ialah JAIS yang berada di bawah kuasa partinya sendiri, PAS. Tiba-tiba saja nak salahkan orang lain? Wajarkah begitu?

Seperkara lagi, apa dia fikir dengan berubah menyertai PAS maka dia fikir dia sudah jadi “baik”? Apa dengan berubah menukar identitinya yang dahulu berambut merah punk mohawk dan berdendan macam negro kepada iras penampilan datuknya, Tok Kenali, dengan berjubah lusuh, berserban sebakul dan bertongkat, maka dia boleh diiktiraf menjadi baik? Jadi “baik” jika sertai PAS? Biar betul? Makin sesat tu adalah…

Bob Lokman sepatutnya bermuhasabah diri. Tak baik dia mencemarkan nama baik datuknya itu. Tok Kenali dulu bukan berparti pun. Arwah tak campur langsung soal politik dan hanya bertumpu kepada pendidikan serta ilmu Islam sahaja. Apa dia fikir dengan takdirnya dia cucu Tok Kenali maka dia dapat “tauliah besar” untuk sampaikan ceramah “agama” ikut suka hati kepala hotak dia?

Bok Lokman sebelum ini mengakui bahawa dia baru baru berubah dan belajar “agama” dari PAS. Sudah la baru belajar, belajar tentang Islam dari golongan yang jual Islam pulak tu. Sepatutnya, Bob Lokman belajarlah dari agensi yang muktaraf seperti JAKIM, JAIS, MAIS, PERKIM atau yang sewaktu dengannya. Jika Bob Lokman belajar dari agensi-agensi tersebut, silap-silap dia lebih hebat ilmunya dari Ustaz Ridhuan Tee Abdullah…

Layakkah orang yang baru belajar “agama” PAS untuk mengajar umat Islam lain tentang Islam? Dia baru belajar, tapi nak ajar orang pulak? Bila orang tahan dia dan tak beri kebenaran kepadanya untuk mengajar, dia tuduh pula JAIS bersekongkol dengan UMNO. Bila masa pulak JAIS bersekongkol dengan UMNO? Masa UMNO berkuasa di Selangor dulu, Kerajaan UMNO memang berhubungan baik dengan JAIS, tapi tak pernah la pula UMNO nak politikkan JAIS atau paksa agensi di bawah naungan DYMM Sultan itu untuk menyebelahinya. JAIS dibiarkan neutral!

Janganlah macam tu, Bob! Yang tahan kamu itu ialah DYMM Sultan Selangor dan Hasan Ali, mantan Pesuruhjaya parti kamu sendiri. Yang kamu tuduh UMNO tu apahal?

Nampaknya Bob sudah salah “terkam”. Kenyataannya sebelum ini menyatakan bahawa “dia ditahan setelah jadi baik”. Perkataan “ditahan” menunjukkan dia telah “ditahan” oleh satu “pihak”, iaitu pihak yang mengeluarkan arahan kepada JAIS. JAIS tidak boleh dipersalahkan kerana jabatan itu hanya menjalankan perintah dari “Ketua Tertinggi Agama Islam Negeri Selangor”.

Maka, bolehlah disimpulkan bahawa Bob Lokman seolah-olah cuba memburuk-burukkan DYMM Sultan Selangor dalam kenyataan tersebut, seolah-olah Sultan Sharafuudin Idris Shah “zalim” kerana menahannya setelah dia sudah jadi “baik”! Setujukah Bob Lokman dan sudikah dia mengaku kesilapannya, sekaligus mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk memohon ampun?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, Bob…

GEMPARRR..!!! PAS tolak hudud, Nik Aziz digesa letak jawatan segera..???!!!

Semalam, seorang kafir harbi yang diangkat oleh puak-puak PAS untuk menjadi “Khalifah” mereka di Pulau Pinang telah membuat kenyataan “lawak bodoh” yang cuba memperbodoh-bodohkan rakyat, terutamanya puak-puak PAS yang sememangnya sering diperbodohkan itu.

Dalam kenyataan bodoh berkenaan, Guan Eng memberitahu bahawa PAS dan DAP sudah mencapai kata sepakat untuk “bersetuju untuk tidak bersetuju” mengenai perlaksanaan undang-undang hudud di negara ini.

Apa punya berbelit lidah Guan Eng ni? Tak bolehkah kalau tak belit-belit kenyataan itu? “Straight to the point” lah! Cakap saja yang PAS dan DAP sepakat untuk tidak bersetuju melaksanakan hudud, habis cerita. Semua orang faham. Apa Guan Eng ingat dengan “bermain lidah” sebegitu maka dia boleh perbodoh-bodohkan rakyat untuk faham makna kenyataan itu? Nampaknya Guan Eng “under estimate” daya intelektual rakyat Malaysia…

“Khalifah” yang dianggap salah seorang “Khulafa Ur-Rasyidin” selepas Sayyidina Ali R.A itu memberi alasan pula bahawa agenda hudud tidak terkandung dan tidak diperbincangkan sama sekali dalam pertemuan antara kepimpinan DAP, PKR dan PAS, tidak terdapat dalam agenda buku Jing”gay”, serta tidak wujud dalam rangka kerja dasar yang disepakati oleh para “mursyidul am” ketiga-tiga parti itu pada tahun 2009. Kerana itulah hudud tidak dipersetujui.

Jadi maknanya, selama ini PAS hanya syok sendiri? Begitu? Mursyidul Am PAS, seorang Tok Guru yang didewa-dewakan PAS itu hanya menipu puak-puak pengikutnya dengan memberi harapan nak laksanakan hudud, begitu? Jika benar, maka memang Nik Aziz dan PAS menipulah selama ini…

“Ni Pok Nik Ajiz, ambo nok pese sikek kok mu nih. Kalu mu raso mu dok se pertahe ke hudud tu, mako mu dok payoh la janji sano sini. Dok payoh lo mu dok buwitahu sano sini mu nok kerajaae BN tolok hudud. Padahe, mu sendighi ye tolok hudud nihhhh…!” (terpaksa ditulis dalam bahasa Melayu Kelantan supaya Nik Aziz faham…)

Selama ini, Nik Aziz canang di seluruh dunia mengatakan UMNO jahat, UMNO buruk, UMNO kafir, UMNO itu jahat belaka tiada yang jahat melainkan yang jahat belaka, dengan alasan bahawa UMNO tolak hudud! Padahal. Kebenarannya ialah UMNO tak pernah tolak hudud Islam! Yang ditolak ialah hudud ciptaan PAS kerana ianya tidak adil!

Dan sekarang terbukti sudah bahawa PAS SENDIRI MENOLAK HUDUD! Buktinya, di dalam kitab suci terbaru PAS, Al-Kitab Al-Jing”Gay”, PAS tidak sertakan pun hudud di dalamnya. Dalam rangka dasar Pakatan Haram 2009, tidak ada sebarang dasar pun yang menyentuh soal hudud. Malah, dalam syura dengan para “Mursyidul Am DAP” baru-baru ini terbukti PAS sekali lagi menolak hudud dengan tidak mempersetujuinya, mengulangi apa yang diputuskan Hadi pada 28hb September lalu.

Justeru itu, usah lagi menyalak soal hudud dan memberikan harapan palsu kepada puak-puak PAS yang selalu kena tipu itu. Memberi harapan palsu sebegitu samalah seperti menipu dan berbohong. Apa Nik Aziz tidak tahu bahawa berbohong itu berdosa?

Apa? Tahaluf siyasi lagi? Macam perjanjian Hudaibiyah? Dalam perjanjian Hudaibiyah, tahaluf siyasi Rasulullah itu membawa keuntungan kepada umat Islam. Tapi tahalfu siyasi PAS dengan DAP ini jelas sangat merugikan Islam secara total! Nak tipu apa lagi? Tahaluf siyasi PAS yang bodoh dan merugikan…itu hakikatnya! Kalau Nik Aziz beri alasan “tahaluf siyasi” lagi, maka sekali lagi dia berbohong! Tambah dosa lagi?

Sudah-sudahlah Nik Aziz. Beri sajalah jawatan Mursyidul Am PAS itu kepada ustaz Harun Din Al-Hafiz. Beliau lebih layak! Puak-puak PAS pun sudah celik mata dan tak mahu lagi tertipu dengan tunduk wala’ pada pemimpin yang merugikan PAS dari masa ke semasa. Sejak PAS berkawan dengan “setan” sudah banyak kali PAS dimalukan, dibisukan, rugi dan dikeldaikan sewenang-wenangnya oleh “setan-setan” dan “agen rejim Yahudi” itu…

Sampai bila nak bertongkatkan jawatan tu? Sampai mati?

Tuesday, October 11, 2011

GEMPARRR..!!! Bob Lokman Mengaku "Baik"..?!!!

Saya tersenyum sumbing bila melihat sikap bekas pelawak terkenal, Bob Lokman, yang melenting dan melatah apabila mengulas mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) yang menahan beliau selepas menyampaikan satu ceramah ‘agama’ di sebuah masjid di Hulu Langat baru-baru ini.

Sebagaimana kita tahu, untuk menyampaikan apa-apa bentuk ceramah, taklimat, tazkirah mahupun sesuatu mengenai ajaran agama Islam, seseorang individu itu perlu mempunyai tauliah dari Jabatan Agama Islam di negeri tersebut. Tauliah tersebut dikurniakan sendiri oleh DYMM Sultan yang menaungi Jabatan tersebut di negeri naungan masing-masing.

Tauliah tersebut sangat perlu ekoran ajaran agama Islam perlu dipantau oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri dari sebarang penyelewengan aqidah, ajaran sesat, silap faham tentang ajaran Islam sebenar dan memastikan agar Islam tidak dicemari oleh dakyah yang tidak benar atau tepat.

Itu antara rasional tentang mengapa seseorang itu perlu mendapat tauliah untuk berbuat demikian di masjid-masjid yang dibawah naungan DYMM Sultan yang menjadi Ketua Agama Islam di sesebuah negeri. Adakah Bob Lokman tidak faham atau tidak peduli dengan garis panduan tersebut? Susah sangatkah untuk mematuhinya?

Sebelum ini, bekas Mufti Perlis yang sering mencetus kontroversi, Professor Madya Dr. Asri Zainul Abidin, pernah ditahan JAIS kerana menyampaikan ceramah atau tazkirah di Selangor. Ini adalah kerana meskipun beliau adalah bekas Sahibus Samahah Mufti Perlis dan seorang yang berilmu agama, namun tauliah untuknya hanya laku di Perlis sahaja dan tidak di Selangor.

Tak dapatkah Bob Lokman berfikir tentang dirinya? Sudahlah ‘baru’ nak mengenal Islam, nak dikenalnya Islam itu pun melalui PAS yang sering selewengkan fahaman umat Islam. Layakkah dia menyampaikan tentang suatu perkara yang dia sendiri tidak ‘master’ atau mahir secara mendalam?

Tindakan Bob Lokman itu seolah-olah seorang budak yang baru belajar “A, B, D, G, K..” secara tidak tersusun dan tertinggal huruf di merata tempat, namun cuba tunjuk pandai kepada sekelompok jemaah yang akan percayai pada kata-katanya.

Setelah ditahan, Bob Lokman mempersoalkan, “mengapa dia ditahan setelah jadi baik?”.

“Jadi baik”? Apa maksud Bob Lokman dengan ungkapan “jadi baik”? Apakah dia cuba memberitahu dia adalah seorang yang “jahat” sebelum ini? Apakah Bob Lokman minum arak? Bunuh orang? Berzina? Syirik kepada Allah SWT? Atau dia menderhaka kepada kedua ibu bapanya? Dia ada buat banyak dosa besarkah sebelum ini?

Jika benar dia pernah buat dosa besar, apakah dia fikir dengan menyertai PAS maka dia fikir dia sudah “jadi baik”? Apakah dia fikir dengan memakai jubah, melilit serban di kepala dan memegang sebatang tongkat kayu maka dia fikir dia sudah berubah “jadi baik” sebaik Tok Kenali, datuknya yang terkenal di Kelantan itu? Apakah dia fikir dengan berubah identiti menyerupai datuknya itu maka dia fikir dia sudah “jadi baik” seperti datuknya?

Jangan “jadi bodoh” lah Bob! Saya fikir, jika Allahyarham Tok Kenali masih hidup sekarang pun, sudah tentu ulama terkenal Kelantan itu akan ‘hadiah’kan penampar ‘jepun’ di muka Bob Lokman. Rasanya, nak mengaku Bob Lokman sebagai cucunya pun dia malu. Sudahlah “jahat” sebelum ini, kemudian setelah ‘berubah’ pun masih lagi ‘jahat’, malah lebih ‘jahat’ dari sebelumnya!

Tidakkah Bob Lokman tahu bahawa ada satu golongan umat Islam (termasuk ulama) yang akan dimasukkan ke dalam neraka yang lebih bawah dan dalam berbanding golongan kafir? Tahukah Bob tentang ciri-ciri mereka? Antaranya iala golongan yang menjual dan mempergunakan agama untuk tujuan duniawi. Tidakkah Bob kenal dengan “mereka”?

Kalau Bob tak kenal, saya boleh kenalkan. “Mereka” adalah sebuah parti yang berkempen dengan bertanyakan soalan “antara Islam dan Melayu, siapakah yang anda pilih?”. Sekiranya memilih Islam, maka mesti pilih PAS dan sekiranya memilih Melayu, maka mesti pilih UMNO.

Dan sudah tentu sebagai umat Islam, kita akan memilih Islam. Tapi sekiranya kita memilih Islam, apakah kita membuang “Melayu”? Kempen politik apakah yang menjual nama “Islam” sebegini? Islam menjadi barang dagangan untuk meraih undi politik yang bersifat keduniaan, kah?

Bob, itu baru satu contoh. Banyak lagi yang Bob boleh dapat dan fikirkan mengenai salah faham dan permainan minda oleh parti yang Bob sertai itu. Mereka memanipulasi minda umat Islam dengan memperniagakan nama Islam. Ramai yang tertipu dan akhirnya mengakibatkan umat Islam di negara ini berpecah belah hanya kerana ideologi politik. Malah ada saudara seagama yang dikafirkan mereka! Ingat lagi pada “amanat Hj Hadi”?

Sudahlah Bob. Tak payah nak temberang atau cuba menegakkan benang yang basah. Kelak akan menyerlahkan lagi kebodohan yang ada pada kepala otak cucu Tok Kenali. Nama siapa yang busuk nanti? Nama Tok Kenali yang baik budi juga akan terbabit.

Sewajarnya, Bob mengakui bahawa dia bersalah dalam hal ini kerana menyampaikan sesuatu yang dia sendiri “kelam” dan tidak layak. Dia patut mohon dahulu tauliah dari Jabatan Agama Islam untuk berbuat demikian di tempat-tempat sebegitu, khususnya di masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri, yang dinaungi oleh DYMM Sultan.

Namun, sekiranya Bob Lokman tak boleh kawal dan gian sangat nak pegang mikrofon, maka dia boleh sampaikan ceramah “agama”nya di pentas-pentas politik. Di situ, tiada siapa yang nak melarang. Tapi berpada-padalah. Janganlah perasan diri tu macam Tok Kenali pula. Cukuplah sekadar cucu Tok Kenali sahaja, dan cukuplah sekadar nak beritahu tentang penyesalan diri yang berbuat pelbagai kesilapan diri ketika bergelar artis!

Seperkara lagi, jangan pula salahkan orang lain pula dengan pengalaman dan identiti buruk ketike menjadi artis dahulu. Orang lain pun jadi artis juga, tapi tak pula menyalahkan Kerajaan atau orang lain atas kegagalan hidup dan keluarga. Ada juga artis yang sudah berubah. Cuba lihat Lah VE, dia berubah kepada imej lebih Islamik, tapi tak pula menyalahkan Kerajaan atau orang lain!

Sudahlah Bob. Kalau ‘kosong’, diam lebih baik…


Sumber: klik sini

Kelantan: Membangun Bersama BERHALA..!!!


Berikut adalah kisah yang saya percaya benar yang terjadi di Kelantan. Di bawah pentadbiran Nik Aziz yang menggunakan slogan "membangun bersama berhala"!

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.
Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.
Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.

Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.

Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT. sumber

Monday, October 10, 2011

Amboiii..!!! Seksinya Bung Anwar Pakai Bathrobe...


Cakap banyak tak nak laaaa...korang tengok sendiri...ni baru sikit...khabarnya ada lagiiii...!!! Heheheheeeee....

Sunday, October 9, 2011

Urgent Message Untuk HUSIN LEMPOYANG..!!!


Husin, betul ke tuan "di sponsor" ke Mekah?! Heh! Tapi itu la gossip-gossip yang saya dengar. Tapi takkan la macam tu pulak? Lagi pun, Husin ni saudagar unta leher panjang, dah tentu mampu untuk ke Mekah dengan duit sendiri...

Memang benar Husin "di sponsor"...tap dia "di sponsor" diri sendiri laaaa...

Tahniah saya ucapkan kepada Husin yang berjaya sponsor diri sendiri untuk menunaikan ibadah haji musim ini. Sebenarnya, saya dah tahu lama dah pasal Husin nak ke Mekah. Dia ada bagitahu saya lama sebelum ini ketika kami lepak-lepak makan dekat sebuah restoran di Pekeliling tempohari...

Husin, saya tak nak pesan apa-apa (berbentuk material). Cuma satu saja yang saya nak pesan..tolong doakan saya di maqam mustajab supaya dapat tunaikan haji sebelum umur mencecah 40 tahun dan kukuhkan iman saya pada Allah. Itu saja harapan saya. Harap Husin dapat tunaikan...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!